Nyaris Salah

Nyaris Salah

Nyaris Salah

Aku syak, aku ni ada satu masalah la. Dimana, aku terlalu beriya - untuk hafal sesuatu benda. Hhahaha. Contohnya masa mula - mula kerja. Pintu ofis ada password, sepanjang seminggu awal aku susah sangat nak ingat nombor pintu. Jadi, aku akan tengok nombor pintu di dalam telefon. Mungkin banyak sangat nombor yang aku hafal kot. Sampai lah satu masa, aku dah tak perlukan lagi nombor tu. Bukan sebab aku hafal. Tapi sebab jari aku dah terbiasa nak tekan nombor mana satu.

Cumanya lagi, mungkin aku akan mencampur adukkan nombor. Macam baru je tadi aku nak buat. aku nyaris salah tekan nombor. Aku nak masukkan password akaun media sosial. Alahai. Selalunya bila dah jadi macam tu, akan akan lupa semua nombor.

Teringat zaman belajar dekat Kajang. Masa tu aku guna GPS nak ke sana. Cuma sesekali aku selitkan dekat poket. Punya takut sesat. Dan berlarutan sebulan lamanya. Susah lah nak ingat. Lagipun asyik dapat jalan tak pernah nak sama. Macam mana nak hafal. kang sesat nak patah balik sudah satu hal. Bila dah selalu sangat lalu jalan yang sama, aku dah tak guna telefon. Macam aku cakap, aku tak boleh nak hafal jalan tu. Cuma aku ikut laluan yang sama setiap hari dan benda tu jadi kebiasaan. Tu pun kadang - kadang macam was - was. Hahahhaa

Post a Comment

2 Comments

  1. kena catit ni..akak pun tak pernah catit password...macam ingatan ni kuat sangat je

    ReplyDelete
  2. Siqah ada juga catit password segala untuk kerja. Takut gak lupa tetiba nanti. Jenuhlah nak reset.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.