Tuesday, February 28, 2017

Sibuknya

Sibuknya

Sibuknya


Rasa macam dah lama sangat je tak jumpa dengan kawan tu. Haritu mesej dia. Dah lah tinggalkan bluetick. Nasibbaik setengah jam kemudian dia masih lagi sudi nak balas mesej aku. Sedih betul hidup. Aku yakin dan pasti semua orang ada hidup masing - masing. Dan pandai membahagikannya secara telus. Takkan lah nak jumpa berborak kejap tak boleh? Hmmm.

Tah. Sibuk betul dia. Yela. Bak kata quote dekat atas tu :

No one is always busy It just depends on what number you are on their priority list. 

Okay sekarang aku dah faham. Justeru aku buat kesimpulan mudah, aku tidak tersenarai dalam pembahagian waktunya sepanjang hari setiap saat. Hahahaha. Okay tak pe lah faham. Harap, kalau tiba - tiba rindu tapi aku yang tak ada untuk dia. Maaf sangat - sangat. 

Dan aku memungkinkan yang dia memang tak akan rindu aku. Yela, tarikh penting pun mampu lupa. Bukan harap. Tapi, bila dia punya dua pilihan untuk ke aku atau orang lain. Dan dia lebih berminat untuk orang lain. Tu lah. Aku tak ada dalam senarai pembahagian waktu. 

Kawan yang sedang menyulam rindu dalam sendu. Huhu

Sunday, February 26, 2017

Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris dan Tyka Wangikanlah Hatimu

Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris dan Tyka Wangikanlah Hatimu

Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris dan Tyka Wangikanlah Hatimu


Masih ingat lagi bila lagu Wangikanlah Hatimu didendangkan Noraniza Idris dan Tyka di atas pentas epik 3 Juara. Kalau tak ingat, korang boleh baca dekat pautan ni --> Wangikanlah Hatimu di 3 Juara. Masa tu lagu Wangikanlah Hatimu masih belum lagi meluas dalam kalangan masyarakat memandangkan ini merupakan Single Terbaru Noraniza Idris dan Tyka. 

Pada 21 Februari, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris dan Tyka di L'Clasico yang terletak di Publika. Memang meriah sangat. Diorang pun tak sangka jemputan yang hadir melebihi dari yang dijangka. Antara orang lama yang turut hadir memberikan sokongan ialah Zed Zaidi, M.Nasir, Dato' DJ Dave dan ramai lagi. Turut serta dalam majlis tersebut adalah Bapa Irama Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Pak Ngah yang sentiasa jatuh bangunnya dengan pop Etnik dan Tradisional. 

Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris dan Tyka Wangikanlah Hatimu

Restoran L'Clasico

Korang pernah datang Publika tak? Aku dah banyak kali masuk. Adalah dalam 4kali. Kiranya dah banyak lah kan? Sebab melebihi satu. Hahahaha. Tapi belum pernah pusing habis memandangkan bangunannya sangat besar dan ada banyak blok. Tak larat weyh. Memandangkan majlis pelancaran ni di adakan di Restoran L'Clasico, maka aku berpeluang menjejakkan kaki di restoran ini. Ini merupakan kali petama aku sampai dekat sini. Macammana nak sampai dekat Restoran L'Clasico ni? Ah senang je. Korang naik train sampai KTM Segambut, lepastu naiklah grab/uber untuk sampai ke restoran ni. Senang je kan? Sebab restoran ni betul - betul sebelah highway. 

Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris dan Tyka Wangikanlah Hatimu

Restoran L'Clasico bercirikan ala ala cafe hipster. Mereka menyajikan makanan barat. Ketika majlis pelancaran ini berlangsung mereka turut mengambil bahagian dalam penajaan kuiz bersama peminat dan sidang media yang diadakan ketika itu. Makan tengahari yang disajikan pun sangat sedap. Korang tak percaya? Boleh terjah instagram L'Clasico Publika. Jangan jilat skrin sudah lah.

Wangikanlah Hatimu

Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris dan Tyka Wangikanlah Hatimu

Majlis yang diadakan secara sederhana tu dimulakan dengan bacaan doa dan persembahan tarian daripada penari kebudayaan. Disusuli dengan persembahan dari Noraniza Idris dan Tyka dengan lagunya Wangikanlah Hatimu. Boleh tengok pautan ini kalau nak tengok lirik lagu Wangikanlah Hatimu. Lirik yang disusun indah itu ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya dengan membawakan mesej berunsurkan kebaikan. Semoga lagu Wangikanlah Hatimu meletup - letup dan mengungguli carta radio di Malaysia. 

Single terbaru Wangikanlah Hatimu ini merupakan kerjasama antara Luncai Emas Sdn Bhd bersama Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVBS). Lagu Wangikanlah Hatimu ini bakal dipasarkan terus secara digital melalui iTunes Store dan aplikasi lain seperti Spotify, Joox, Apple Music, Younder Music dan banyak lagi.

Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris dan Tyka Wangikanlah Hatimu
Memotong pulut kuning sebagai simbolik pelancaran single terbaru


Kempen #SaveIramaMalaysia

Turut diadakan kempen #saveIramaMalaysia dengan tujuan tidak lain tidak bukan adalah untuk terus menerus mengangkat irama malaysia ke seluruh pelosok negara agar terus dapat bersaing dalam industri muzik Malaysia. Kempen #saveIramaMalaysia dilancarkan seiring dengan lancarnya lagu Wangikanlah Hatimu pada 21 Februari tempoh hari. Kempen ini telah bermula pada 15 Januari 2017 dan akan berakhir pada 31 Ogos 2017.

Siri jelajah bersempena kempen #saveIramaMalaysia akan menemui peminat pada tarikh berikut :
9-13 Mac - Pahang, Kelantan, Terengganu
22-24 Mac - Perak, Selangor
15-18 April - Perlis, Kedah, Penang
28-30 April - Sarawak
4-7 Mei - Johor, Melaka, Negeri Sembilan
12-15Mei - Sabah

Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris dan Tyka Wangikanlah Hatimu

Korang jangan lupa simpan tarikh - tarikh penting okay? Selamatkan irama Malaysia! Semoga lagu Wangikanlah Hatimu terus mekar dalam hati kalian ya. Muah sikit.

Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris dan Tyka Wangikanlah Hatimu
Bergambar bersama Tyka
Laman Web : Akarkitazapin.com.my
Youtube : Noraniza Idris Production Ventures
Instagram : @noraniza_idris
Facebook Page : Noraniza Idris
Mewangi Satu Dunia : https://www.instagram.com/mewangisatudunia/ (penaja)

Friday, February 24, 2017

HPM 2012

HPM 2012


Semalam blogwalking ternampak gambar header macam dekat atas ni. Teringat zaman 2012 dulu. Masuk HPM sebab suka menulis. Walaupun isi content agak macam tak kemas, tapi alhamdulillah dapat nombor satu. Dan konon - konon aku menaikkan nama sekolah vokasional gitu. Punya lah bangga cikgu HEM. Masa tu Cikgu HEM adalah Puan Asyikin. Dalam masa yang sama dia mengajar sains di kelas aku. 

Aku memang tak suka dia mengajar. Bukan sebab tak suka dia pun. Tapi sebab aku tak suka sains. Hahhah. Tapi tulah. Dia yang datang masa aku ambil hadiah. Dia jugak yang check kan karangan aku dengan Puan Pengetua. Masa tu aku baik dengan Puan Pengetua. Masa tu aku tingkatan 5. Jadi, aku memang tak ada gambar. Mungkin masa ni aku pakai telefon Nokia C3 lagi, Sadis tak ada kenangan langsung kan?

Bila dah blogwalking, dia balas balik, request esei yang aku tulis tu. Yela. Nanti kalau aku jumpa mana aku letak file tu aku tulis. Kalau tak jumpa. Nasib lah. Nah, korang blogwalking lah blog dia. Mana tahu bermanfaat dan banyak info menarik : http://khaidirkhaizuki.blogspot.my/



Thursday, February 23, 2017

Akhirnya Status Bertukar

Akhirnya Status Bertukar

Akhirnya Status Bertukar


Setelah setahun aku menganggur, akhirnya status Penganggur Terhormat  telah ditamatkan dengan berjayanya semalam. Terima kasih pada pihak syarikat yang sudi menerima aku. Kebetulan masa aku datang tu, ada 3, 4 orang lagi sedang di interview dan memang aku dapat agak yang aku tak dapat. Tapi dalam masa yang sama aku masih berharap yang peluang masih ada walau suam - suam ayam. Yela, setahun kot. Tak tahan. Memang lah ramai je yang syorkan aku kerja MCD, 7E, pasaraya, bisnes dan macam - macam lagi.

Aku ni tak minat bisnes pun. Walaupun tak minat, ada lah jugak aku jual #waterproofcasemurah. Hehehhe. Kalau korang nak boleh tengok dekat instagram Jual Macam - Macam . selain jual #waterproofcase, aku jugak menjadi agen untuk wedding photography murah. Dalam ig tu, tak banyak lagi gambar pasal wedding. sebab aku pun baru je masuk seminggu. 

Dalam masa setahun tu, memang aku dah macam suri rumah yang berjaya. Cuma tak masak sepenuhnya. Kadang - kadang je aku masak senang cite bila perlu. 

Awal - awal masuk ni memang kerja belum ada. Lagi satu, hmm. Aku dah tak boleh turun sangat event. Kalau Sabtu Ahad jela mungkin boleh. Itu pun kalau tak ada hal lain. Sekin status aku. hahahhahahaa

Wednesday, February 22, 2017

Belum Terlewat

Belum Terlewat

Belum Terlewat

Terima kasih buat semua yang tak lupa mengucapkan selamat ulangtahun aku yang kebetulan masih muda. Tempoh hari, ada aku katakan aku mahu meluahkan segalanya tanpa ada yang tersimpan walau satu. Tapi, bila terjelas jawapannya ada didepan mata, aku tak rasa aku kena luahkan. Sebab aku dah dapat jawapan pun.  :) 

Sungguh, aku tak kecil hati. Sebab aku masih mahu berprasangka baik - baik. Bahawa kau adalah orang - orang yang mungkin lupa akibat kesibukan dunia. 

Ah kau. Ulangtahun terlupa pun mahu kecil hati.

Aku tidak kecil hati pun.
Sekadar.
Sekadar sikit rasa pilu.

Ya. Kerana dia tak pernah lupa. 

Tak pernah lupa sepanjang bersama dulu. Mungkin kerana, aku dan dia sudah berantakan atau sudah menjauh atau lalu bagaimana? 

Entah. 

Aku masih lagi berprasangka baik. Mungkin kau lupa --



Friday, February 17, 2017

Review GT-888 keluaran GT Mobile

Review GT-888 keluaran GT Mobile

Review GT-888 keluaran GT Mobile

Kalau sebelum ni aku ada buat entri mengenai GT Group rancang membuka peluang pekerjaan dan GT Wonder Boy robot pertama keluaran GT Group. Dalam entri tu aku ada bagitahu yang aku nak review GT Mobile  dari  Group iaitu GT-888. Jadi, dua entri tu aku dah cerita serba sedikit mengenai GT Group. GT Mobile ni adalah sub di bawah GT Group. Dan GT-888 merupakan telefon pintar keluaran GT Mobile. 

GT-888 Telefon Pintar Keluaran GT Mobile

Review GT-888 keluaran GT Mobile

GT Mobile merupakan telefon pintar yang dihasilkan di Singapura oleh GT Group. Buat masa ni GT Mobile oleh GT Group telah menghasilkan 3 jenis telefon pintar iaitu GT-888. GT-886 dan GT-883. Aku dah berpeluang merasa pakai GT-888 selama beberapa minggu. Boleh lah tahan. Tapi nak kata aku jatuh cinta tu tak lah.  Mungkin sebab aku belum sebati lagi dengan GT-888. Yela, nak jatuh cinta bukan sehari dua kan? 

Spesifikasi GT-888

Model : GT-888
Harga : RM 1580.00 (Harga Semasa - $ 368.00)

Review GT-888 keluaran GT Mobile


Kuasa Dalaman

Unit Pemprosesan Pusat (CPU) : 64 Bit MTK MT6735P dengan kelajuan 1.0GHz
Skrin : 5.5 inci HD 1280*720 pixels,  Corning Gorilla Glass 3 (Tahan Lasak)
Kapasiti RAM : 2GB (Metal Grey) / 1GB (Silk White)
Storan Dalaman : 16GB
Kamera Hadapan : 5mp (beauty mode & flash)
Kamera Belakang : 8mp
Bateri : 2550mAh
Saiz dan Berat :  158.9 X 77.5 X 8.6 mm / 160g
Sistem Operasi : Pre-install Android 5.1 Lollipop
Warna :  Metal Grey/ Silk White
Sim : Dual sim (Sim + MicroSim)

Rekabentuk GT-888

GT Mobile turut membawakan ciri - ciri berikut didalam GT-888

Charger : Quick charging
WiFi : WiFi 802.11 a/b/g/n support dual-band WiFi (2.4GHz/5GHz)
Bluetooth : Bluetooth 4.0
Positioning : GPS, A-GPS, GLONASS, Digital Compass, Hall Effect Sensor, Gravity Sensor, Ambient Light Sensor

Kelebihan GT-888 : 


Review GT-888 keluaran GT Mobile
Gambar selfie pertama dengan GT-888

Nampak tak? Gambar terang dan cantik. Sebab masa ni aku duduk luar rumah. cahaya memang superb. Jadi gambar nya pun sangat lawa dan aku berkenan. Tapi tulah. Bila dalam rumah jadi tak lawa pula. Sebab cahaya tak cukup. Hehhee.

Skrin pun luas. Memang penuh lah muka kan kalau selfie. Kalau gambar panorama pulak dapat ambil gambar secara menyeluruh. Tu memang best untuk kaki selfie. Oh ye lagi satu. Kamera selfie ada flash tau. So dalam gelap tak ada masalah walaupun kamera depan hanya 5mp.

Selain tu, kelebihan GT-888 yang paling aku suka ialah bab charging. Untuk orang yang 24jam on data dan wifi memang sangat sesuai la. Sebab sebelum ni aku pakai ASUS, bateri turun macam air. Laju gila dia turun. Nak cas dah lah lama. Lepastu terpaksa bawa beban 2 3 powerbank kalau nak kemana - mana. Berat beg tau! Jadi dengan GT-888 semua ni bukan lagi jadi masalah. Fast charging dan bateri boleh tahan sehingga 8jam. Kalau ASUS, aku on data sejam dah boleh RIP dah telefon tu. HAHAHAHA.

Sekarang ni semua orang ada lebih dari 1 sim kan? Termasuk aku. Tu baru Digi dengan Maxis. kalau tambah pulak Celcom. Tak ke jadi tiga? Kan susah nak bawah dua tiga telefon dalam beg. Baik pakai satu telefon yang dual sim. Macam GT-888. Sesuai untuk mereka yang ada banyak urusan peribadi dan kerja. Reka bentuk pun menawan. Ala - ala iphone gitu. Sebab nipis. Suka tau, sebab cantik. 

Kekurangan GT-888 : 


Review GT-888 keluaran GT Mobile
Muka bercabuk sebab pakai masker. Hehehe


Bagi aku yang sangat suka bergambar dan ambil gambar ni, berasa kurang senang dengan kamera GT-888. Ya. Aku sangat pentingkan kualiti gambar. Bukan setiap masa kita akan ambil gambar di luar. Kadang - kadang blogger macam aku atau kalau aku bukan blogger pun aku akan ambil gambar dalam rumah atau dalam bilik. Dalam keadaan macam ni, gambar sangat tak cantik dan terdapat noise (titik titik pada gambar - macam gambar pada waktu malam). 

Bab video aku tak kisah. Sebab aku sangat jarang menggunakan video. Kualiti okay ke tak, aku tak kisah. Aksesori juga sangat terhad, memandangkan GT-888 adalah keluaran Singapura. Jadi segala aksesori untuk telefon ni, agak payah dicari di Malaysia. Mungkin kalau ada telefon bimbit lain yang ada saiz sama. aku boleh cuba. 

Disebabkan aku tak ada DSLR, jadi telefon aku akan penuh dengan apps fotografi dan juga permainan. Kalau tak ada external storan macammana aku punya gambar yang berlambak - lambak termasuk beberapa apps nak muat dekat telefon? Mungkin aku terpaksa uninstall bila tak digunakan dan install semula bila aku perlukan. Termasuk juga gambar. Aku terpaksa guna alternatif lain seperti menggunakan pendrive atau hardisk untuk pindahkan gambar. 16GB tu tak cukup weyh untuk aku. Jadi, bila takde external storan ni memang sangat menyusahkan. >.<

Harga 1k lebih untuk sebuah telefon bimbit yang baru dekat Malaysia ni macam tak kena je. Sebab model baru yang masuk Malaysia dengan harga yang tinggi mungkin susah untuk rakyat Malaysia percaya dan jadi pengguna. Macam aku. Aku akan fikir sepuluh kali juga nak beli GT-888 ni dengan harga 1k lebih. Melainkan GT Mobile sudah lama bertapak di Malaysia dan mendapat kepercayaan oleh rakyat Malaysia. Oh lagi satu. Aku tak tahu nak cakap. Tapi bila aku slide telefon GT-888, pergerakkan dia agak lambat. Mungkin setting kot. Tapi entah lah. Lepastu aku tak suka kamera dia punya button tengah. Mengingatkan aku pada telefon Ienovo. Aku fobia dengan Ienovo! Kahkah. 

Kalau korang nak dapatkan GT-888, korang boleh dapatkan di beli GT-888. Ni senarai store di Malaysia yang menjual GT-888 GT-888 di Malaysia

Maklumat lanjut mengenai GT Group dan GT Mobile :
Facebook : Gtdollarmy
Instagram : @gtgroupofficial
Mengenai GT-888 : GT-888


Friday, February 3, 2017

Test

Blog dalam pembaikian. Sekian terima kasih.

Wednesday, February 1, 2017

GT Wonder Boy Robot Pertama Keluaran GT Group Malaysia

GT Wonder Boy Robot Pertama Keluaran GT Group Malaysia

GT Wonder Boy Robot Pertama Keluaran GT Group Malaysia

Kalau sebelum ni aku ada tulis mengenai GT Group Malaysia yang telah melancarkan aplikasi GT Dollar di Sime Darby Covention Centre dengan kehadiran para jemputan yang sangat memberangsangkan. Jadi entri kali ini aku akan sambung cerita mengenai GT Robot yang telah dikeluarkan oleh GT Group Malaysia.

GT Robot yang pertama diperkenalkan ini namanya adalah GT Wonder Boy.  Ingat tak lagi cerita Big Hero 6? Ha menangis aku tengok cerita tu. Punya sedih jalan cerita yang dibawa. Kalau dari cerita Big Hero 6 menceritakan sebuah robot yang gemok tapi comel yang dinamakan Baymax. Baymax ni macam - macam dia boleh buat. Antaranya berinteraksi dengan manusia, jadi 'doktor'. Aku paling suka part dia jadi 'doktor'. Dia scan badan manusia je dah boleh tahu manusia tu sakit apa. Walaupun sekadar sakit hati dengan orang. Hahhaa. 

GT Wonder Boy Sebuah Robot Pintar Abad 21

GT Wonder Boy Robot Pertama Keluaran GT Group Malaysia

Gt Wonder Boy didatangkan dengan pelbagai saiz. Ketika pelancaran tempoh hari, hanya yang kecil ini je yang dibawa dan ditunjukkan kepada tetamu yang datang. Nak tau tak apa dorang buat? Dorang siap menari lagi. Waktu tu diorang pasang lagu Didi & Friends BINGO. Comel gile. Dah lah kecik dan bijak. 

Kelebihan GT Wonder Boy

1. Pembantu peribadi
2. Perbualan dua hala
3. Menari dan menyanyi
4. Khidmat pelanggam (boleh tanya macam - macam soalan)
5. Penterjemah
6. Multi bahasa (boleh cakap dalam banyak bahasa)
7. Fotografer peribadi
8. Boleh mengajar

GT Wonder Boy Robot Pertama Keluaran GT Group Malaysia

Banyak kan kelebihan GT Wonder Boy? Sesuai sangat untuk mereka yang sunyi tak de teman. Boleh ajak berbual. Boleh jadi peneman tidur. Boleh nyanyi sama - sama. Boleh tolong ambilkan gambar bila ada majlis penting. Wah, bestnya~ Siap boleh jadi cikgu. Kalau korang ada benda yang tak tahu tapi malas google, tanya je dekat GT Wonder Boy. Beliau boleh jawab dengan tepat tanpa ragu - ragu!

Teruja kan dengan kelebihan GT Wonder Boy. Mengingatkan kita pada Baymax dan doraemon pulak. GT Wonder Boy boleh di dapati di pautan ini http://www.gtrobots.com/pre-order/. Cepat tempah! 

Untuk maklumat lanjut mengenai GT Group dan produk mereka boleh tengok pautan di bawah :
Laman Web : www.gtdollar.com
Facebook : gtdollarmy
Instagram : @gtgroupmalaysia