Akhirnya Status Bertukar
Setelah setahun aku menganggur, akhirnya status Penganggur Terhormat telah ditamatkan dengan berjayanya semalam. Terima kasih pada pihak syarikat yang sudi menerima aku. Kebetulan masa aku datang tu, ada 3, 4 orang lagi sedang di interview dan memang aku dapat agak yang aku tak dapat. Tapi dalam masa yang sama aku masih berharap yang peluang masih ada walau suam - suam ayam. Yela, setahun kot. Tak tahan. Memang lah ramai je yang syorkan aku kerja MCD, 7E, pasaraya, bisnes dan macam - macam lagi.
Aku ni tak minat bisnes pun. Walaupun tak minat, ada lah jugak aku jual #waterproofcasemurah. Hehehhe. Kalau korang nak boleh tengok dekat instagram Jual Macam - Macam . selain jual #waterproofcase, aku jugak menjadi agen untuk wedding photography murah. Dalam ig tu, tak banyak lagi gambar pasal wedding. sebab aku pun baru je masuk seminggu.
Dalam masa setahun tu, memang aku dah macam suri rumah yang berjaya. Cuma tak masak sepenuhnya. Kadang - kadang je aku masak senang cite bila perlu.
Awal - awal masuk ni memang kerja belum ada. Lagi satu, hmm. Aku dah tak boleh turun sangat event. Kalau Sabtu Ahad jela mungkin boleh. Itu pun kalau tak ada hal lain. Sekin status aku. hahahhahahaa