Wednesday, February 1, 2017

GT Wonder Boy Robot Pertama Keluaran GT Group Malaysia

Mieza S | 2/01/2017 07:05:00 PM | 0Comments |

GT Wonder Boy Robot Pertama Keluaran GT Group Malaysia

GT Wonder Boy Robot Pertama Keluaran GT Group Malaysia

Kalau sebelum ni aku ada tulis mengenai GT Group Malaysia yang telah melancarkan aplikasi GT Dollar di Sime Darby Covention Centre dengan kehadiran para jemputan yang sangat memberangsangkan. Jadi entri kali ini aku akan sambung cerita mengenai GT Robot yang telah dikeluarkan oleh GT Group Malaysia.

GT Robot yang pertama diperkenalkan ini namanya adalah GT Wonder Boy.  Ingat tak lagi cerita Big Hero 6? Ha menangis aku tengok cerita tu. Punya sedih jalan cerita yang dibawa. Kalau dari cerita Big Hero 6 menceritakan sebuah robot yang gemok tapi comel yang dinamakan Baymax. Baymax ni macam - macam dia boleh buat. Antaranya berinteraksi dengan manusia, jadi 'doktor'. Aku paling suka part dia jadi 'doktor'. Dia scan badan manusia je dah boleh tahu manusia tu sakit apa. Walaupun sekadar sakit hati dengan orang. Hahhaa. 

GT Wonder Boy Sebuah Robot Pintar Abad 21

GT Wonder Boy Robot Pertama Keluaran GT Group Malaysia

Gt Wonder Boy didatangkan dengan pelbagai saiz. Ketika pelancaran tempoh hari, hanya yang kecil ini je yang dibawa dan ditunjukkan kepada tetamu yang datang. Nak tau tak apa dorang buat? Dorang siap menari lagi. Waktu tu diorang pasang lagu Didi & Friends BINGO. Comel gile. Dah lah kecik dan bijak. 

Kelebihan GT Wonder Boy

1. Pembantu peribadi
2. Perbualan dua hala
3. Menari dan menyanyi
4. Khidmat pelanggam (boleh tanya macam - macam soalan)
5. Penterjemah
6. Multi bahasa (boleh cakap dalam banyak bahasa)
7. Fotografer peribadi
8. Boleh mengajar

GT Wonder Boy Robot Pertama Keluaran GT Group Malaysia

Banyak kan kelebihan GT Wonder Boy? Sesuai sangat untuk mereka yang sunyi tak de teman. Boleh ajak berbual. Boleh jadi peneman tidur. Boleh nyanyi sama - sama. Boleh tolong ambilkan gambar bila ada majlis penting. Wah, bestnya~ Siap boleh jadi cikgu. Kalau korang ada benda yang tak tahu tapi malas google, tanya je dekat GT Wonder Boy. Beliau boleh jawab dengan tepat tanpa ragu - ragu!

Teruja kan dengan kelebihan GT Wonder Boy. Mengingatkan kita pada Baymax dan doraemon pulak. GT Wonder Boy boleh di dapati di pautan ini http://www.gtrobots.com/pre-order/. Cepat tempah! 

Untuk maklumat lanjut mengenai GT Group dan produk mereka boleh tengok pautan di bawah :
Laman Web : www.gtdollar.com
Facebook : gtdollarmy
Instagram : @gtgroupmalaysia

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.