Review GT-888 keluaran GT Mobile
Kalau sebelum ni aku ada buat entri mengenai GT Group rancang membuka peluang pekerjaan dan GT Wonder Boy robot pertama keluaran GT Group. Dalam entri tu aku ada bagitahu yang aku nak review GT Mobile dari Group iaitu GT-888. Jadi, dua entri tu aku dah cerita serba sedikit mengenai GT Group. GT Mobile ni adalah sub di bawah GT Group. Dan GT-888 merupakan telefon pintar keluaran GT Mobile.
GT-888 Telefon Pintar Keluaran GT Mobile
GT Mobile merupakan telefon pintar yang dihasilkan di Singapura oleh GT Group. Buat masa ni GT Mobile oleh GT Group telah menghasilkan 3 jenis telefon pintar iaitu GT-888. GT-886 dan GT-883. Aku dah berpeluang merasa pakai GT-888 selama beberapa minggu. Boleh lah tahan. Tapi nak kata aku jatuh cinta tu tak lah. Mungkin sebab aku belum sebati lagi dengan GT-888. Yela, nak jatuh cinta bukan sehari dua kan?
Spesifikasi GT-888
Model : GT-888Harga : RM 1580.00 (Harga Semasa - $ 368.00)
Kuasa Dalaman
Unit Pemprosesan Pusat (CPU) : 64 Bit MTK MT6735P dengan kelajuan 1.0GHz
Skrin : 5.5 inci HD 1280*720 pixels, Corning Gorilla Glass 3 (Tahan Lasak)
Kapasiti RAM : 2GB (Metal Grey) / 1GB (Silk White)
Storan Dalaman : 16GB
Kamera Hadapan : 5mp (beauty mode & flash)Kamera Belakang : 8mp
Bateri : 2550mAh
Saiz dan Berat : 158.9 X 77.5 X 8.6 mm / 160g
Sistem Operasi : Pre-install Android 5.1 Lollipop
Warna : Metal Grey/ Silk WhiteGT Mobile turut membawakan ciri - ciri berikut didalam GT-888
Charger : Quick charging
WiFi : WiFi 802.11 a/b/g/n support dual-band WiFi (2.4GHz/5GHz)
Bluetooth : Bluetooth 4.0
Positioning : GPS, A-GPS, GLONASS, Digital Compass, Hall Effect Sensor, Gravity Sensor, Ambient Light Sensor
Kelebihan GT-888 :
Gambar selfie pertama dengan GT-888 |
Nampak tak? Gambar terang dan cantik. Sebab masa ni aku duduk luar rumah. cahaya memang superb. Jadi gambar nya pun sangat lawa dan aku berkenan. Tapi tulah. Bila dalam rumah jadi tak lawa pula. Sebab cahaya tak cukup. Hehhee.
Skrin pun luas. Memang penuh lah muka kan kalau selfie. Kalau gambar panorama pulak dapat ambil gambar secara menyeluruh. Tu memang best untuk kaki selfie. Oh ye lagi satu. Kamera selfie ada flash tau. So dalam gelap tak ada masalah walaupun kamera depan hanya 5mp.
Selain tu, kelebihan GT-888 yang paling aku suka ialah bab charging. Untuk orang yang 24jam on data dan wifi memang sangat sesuai la. Sebab sebelum ni aku pakai ASUS, bateri turun macam air. Laju gila dia turun. Nak cas dah lah lama. Lepastu terpaksa bawa beban 2 3 powerbank kalau nak kemana - mana. Berat beg tau! Jadi dengan GT-888 semua ni bukan lagi jadi masalah. Fast charging dan bateri boleh tahan sehingga 8jam. Kalau ASUS, aku on data sejam dah boleh RIP dah telefon tu. HAHAHAHA.
Sekarang ni semua orang ada lebih dari 1 sim kan? Termasuk aku. Tu baru Digi dengan Maxis. kalau tambah pulak Celcom. Tak ke jadi tiga? Kan susah nak bawah dua tiga telefon dalam beg. Baik pakai satu telefon yang dual sim. Macam GT-888. Sesuai untuk mereka yang ada banyak urusan peribadi dan kerja. Reka bentuk pun menawan. Ala - ala iphone gitu. Sebab nipis. Suka tau, sebab cantik.
Selain tu, kelebihan GT-888 yang paling aku suka ialah bab charging. Untuk orang yang 24jam on data dan wifi memang sangat sesuai la. Sebab sebelum ni aku pakai ASUS, bateri turun macam air. Laju gila dia turun. Nak cas dah lah lama. Lepastu terpaksa bawa beban 2 3 powerbank kalau nak kemana - mana. Berat beg tau! Jadi dengan GT-888 semua ni bukan lagi jadi masalah. Fast charging dan bateri boleh tahan sehingga 8jam. Kalau ASUS, aku on data sejam dah boleh RIP dah telefon tu. HAHAHAHA.
Sekarang ni semua orang ada lebih dari 1 sim kan? Termasuk aku. Tu baru Digi dengan Maxis. kalau tambah pulak Celcom. Tak ke jadi tiga? Kan susah nak bawah dua tiga telefon dalam beg. Baik pakai satu telefon yang dual sim. Macam GT-888. Sesuai untuk mereka yang ada banyak urusan peribadi dan kerja. Reka bentuk pun menawan. Ala - ala iphone gitu. Sebab nipis. Suka tau, sebab cantik.
Kekurangan GT-888 :
Muka bercabuk sebab pakai masker. Hehehe |
Bagi aku yang sangat suka bergambar dan ambil gambar ni, berasa kurang senang dengan kamera GT-888. Ya. Aku sangat pentingkan kualiti gambar. Bukan setiap masa kita akan ambil gambar di luar. Kadang - kadang blogger macam aku atau kalau aku bukan blogger pun aku akan ambil gambar dalam rumah atau dalam bilik. Dalam keadaan macam ni, gambar sangat tak cantik dan terdapat noise (titik titik pada gambar - macam gambar pada waktu malam).
Bab video aku tak kisah. Sebab aku sangat jarang menggunakan video. Kualiti okay ke tak, aku tak kisah. Aksesori juga sangat terhad, memandangkan GT-888 adalah keluaran Singapura. Jadi segala aksesori untuk telefon ni, agak payah dicari di Malaysia. Mungkin kalau ada telefon bimbit lain yang ada saiz sama. aku boleh cuba.
Disebabkan aku tak ada DSLR, jadi telefon aku akan penuh dengan apps fotografi dan juga permainan. Kalau tak ada external storan macammana aku punya gambar yang berlambak - lambak termasuk beberapa apps nak muat dekat telefon? Mungkin aku terpaksa uninstall bila tak digunakan dan install semula bila aku perlukan. Termasuk juga gambar. Aku terpaksa guna alternatif lain seperti menggunakan pendrive atau hardisk untuk pindahkan gambar. 16GB tu tak cukup weyh untuk aku. Jadi, bila takde external storan ni memang sangat menyusahkan. >.<
Harga 1k lebih untuk sebuah telefon bimbit yang baru dekat Malaysia ni macam tak kena je. Sebab model baru yang masuk Malaysia dengan harga yang tinggi mungkin susah untuk rakyat Malaysia percaya dan jadi pengguna. Macam aku. Aku akan fikir sepuluh kali juga nak beli GT-888 ni dengan harga 1k lebih. Melainkan GT Mobile sudah lama bertapak di Malaysia dan mendapat kepercayaan oleh rakyat Malaysia. Oh lagi satu. Aku tak tahu nak cakap. Tapi bila aku slide telefon GT-888, pergerakkan dia agak lambat. Mungkin setting kot. Tapi entah lah. Lepastu aku tak suka kamera dia punya button tengah. Mengingatkan aku pada telefon Ienovo. Aku fobia dengan Ienovo! Kahkah.
Kalau korang nak dapatkan GT-888, korang boleh dapatkan di beli GT-888. Ni senarai store di Malaysia yang menjual GT-888 GT-888 di Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai GT Group dan GT Mobile :
Website : http://www.gtmobile.sg/
Facebook : Gtdollarmy
Instagram : @gtgroupofficial
Mengenai GT-888 : GT-888
1 Comments
Menarik juga spesifikasi phone ni. boleh la recommend dekat orang yang memang nak beli phone nanti hehe thanks ya.
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.