Tuesday, February 28, 2017

Sibuknya

Mieza S | 2/28/2017 04:49:00 PM | |

Sibuknya

Sibuknya


Rasa macam dah lama sangat je tak jumpa dengan kawan tu. Haritu mesej dia. Dah lah tinggalkan bluetick. Nasibbaik setengah jam kemudian dia masih lagi sudi nak balas mesej aku. Sedih betul hidup. Aku yakin dan pasti semua orang ada hidup masing - masing. Dan pandai membahagikannya secara telus. Takkan lah nak jumpa berborak kejap tak boleh? Hmmm.

Tah. Sibuk betul dia. Yela. Bak kata quote dekat atas tu :

No one is always busy It just depends on what number you are on their priority list. 

Okay sekarang aku dah faham. Justeru aku buat kesimpulan mudah, aku tidak tersenarai dalam pembahagian waktunya sepanjang hari setiap saat. Hahahaha. Okay tak pe lah faham. Harap, kalau tiba - tiba rindu tapi aku yang tak ada untuk dia. Maaf sangat - sangat. 

Dan aku memungkinkan yang dia memang tak akan rindu aku. Yela, tarikh penting pun mampu lupa. Bukan harap. Tapi, bila dia punya dua pilihan untuk ke aku atau orang lain. Dan dia lebih berminat untuk orang lain. Tu lah. Aku tak ada dalam senarai pembahagian waktu. 

Kawan yang sedang menyulam rindu dalam sendu. Huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.