Belum Terlewat

Belum Terlewat

Belum Terlewat

Terima kasih buat semua yang tak lupa mengucapkan selamat ulangtahun aku yang kebetulan masih muda. Tempoh hari, ada aku katakan aku mahu meluahkan segalanya tanpa ada yang tersimpan walau satu. Tapi, bila terjelas jawapannya ada didepan mata, aku tak rasa aku kena luahkan. Sebab aku dah dapat jawapan pun.  :) 

Sungguh, aku tak kecil hati. Sebab aku masih mahu berprasangka baik - baik. Bahawa kau adalah orang - orang yang mungkin lupa akibat kesibukan dunia. 

Ah kau. Ulangtahun terlupa pun mahu kecil hati.

Aku tidak kecil hati pun.
Sekadar.
Sekadar sikit rasa pilu.

Ya. Kerana dia tak pernah lupa. 

Tak pernah lupa sepanjang bersama dulu. Mungkin kerana, aku dan dia sudah berantakan atau sudah menjauh atau lalu bagaimana? 

Entah. 

Aku masih lagi berprasangka baik. Mungkin kau lupa --