HPM 2012 - Mieza S Mieza S: HPM 2012

HPM 2012

February 24, 2017

HPM 2012


Semalam blogwalking ternampak gambar header macam dekat atas ni. Teringat zaman 2012 dulu. Masuk HPM sebab suka menulis. Walaupun isi content agak macam tak kemas, tapi alhamdulillah dapat nombor satu. Dan konon - konon aku menaikkan nama sekolah vokasional gitu. Punya lah bangga cikgu HEM. Masa tu Cikgu HEM adalah Puan Asyikin. Dalam masa yang sama dia mengajar sains di kelas aku. 

Aku memang tak suka dia mengajar. Bukan sebab tak suka dia pun. Tapi sebab aku tak suka sains. Hahhah. Tapi tulah. Dia yang datang masa aku ambil hadiah. Dia jugak yang check kan karangan aku dengan Puan Pengetua. Masa tu aku baik dengan Puan Pengetua. Masa tu aku tingkatan 5. Jadi, aku memang tak ada gambar. Mungkin masa ni aku pakai telefon Nokia C3 lagi, Sadis tak ada kenangan langsung kan?

Bila dah blogwalking, dia balas balik, request esei yang aku tulis tu. Yela. Nanti kalau aku jumpa mana aku letak file tu aku tulis. Kalau tak jumpa. Nasib lah. Nah, korang blogwalking lah blog dia. Mana tahu bermanfaat dan banyak info menarik : http://khaidirkhaizuki.blogspot.my/