Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris dan Tyka Wangikanlah Hatimu
Masih ingat lagi bila lagu Wangikanlah Hatimu didendangkan Noraniza Idris dan Tyka di atas pentas epik 3 Juara. Kalau tak ingat, korang boleh baca dekat pautan ni --> Wangikanlah Hatimu di 3 Juara. Masa tu lagu Wangikanlah Hatimu masih belum lagi meluas dalam kalangan masyarakat memandangkan ini merupakan Single Terbaru Noraniza Idris dan Tyka.
Pada 21 Februari, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris dan Tyka di L'Clasico yang terletak di Publika. Memang meriah sangat. Diorang pun tak sangka jemputan yang hadir melebihi dari yang dijangka. Antara orang lama yang turut hadir memberikan sokongan ialah Zed Zaidi, M.Nasir, Dato' DJ Dave dan ramai lagi. Turut serta dalam majlis tersebut adalah Bapa Irama Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Pak Ngah yang sentiasa jatuh bangunnya dengan pop Etnik dan Tradisional.
Restoran L'Clasico
Korang pernah datang Publika tak? Aku dah banyak kali masuk. Adalah dalam 4kali. Kiranya dah banyak lah kan? Sebab melebihi satu. Hahahaha. Tapi belum pernah pusing habis memandangkan bangunannya sangat besar dan ada banyak blok. Tak larat weyh. Memandangkan majlis pelancaran ni di adakan di Restoran L'Clasico, maka aku berpeluang menjejakkan kaki di restoran ini. Ini merupakan kali petama aku sampai dekat sini. Macammana nak sampai dekat Restoran L'Clasico ni? Ah senang je. Korang naik train sampai KTM Segambut, lepastu naiklah grab/uber untuk sampai ke restoran ni. Senang je kan? Sebab restoran ni betul - betul sebelah highway.
Restoran L'Clasico bercirikan ala ala cafe hipster. Mereka menyajikan makanan barat. Ketika majlis pelancaran ini berlangsung mereka turut mengambil bahagian dalam penajaan kuiz bersama peminat dan sidang media yang diadakan ketika itu. Makan tengahari yang disajikan pun sangat sedap. Korang tak percaya? Boleh terjah instagram L'Clasico Publika. Jangan jilat skrin sudah lah.
Wangikanlah Hatimu
Majlis yang diadakan secara sederhana tu dimulakan dengan bacaan doa dan persembahan tarian daripada penari kebudayaan. Disusuli dengan persembahan dari Noraniza Idris dan Tyka dengan lagunya Wangikanlah Hatimu. Boleh tengok pautan ini kalau nak tengok lirik lagu Wangikanlah Hatimu. Lirik yang disusun indah itu ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya dengan membawakan mesej berunsurkan kebaikan. Semoga lagu Wangikanlah Hatimu meletup - letup dan mengungguli carta radio di Malaysia.
Single terbaru Wangikanlah Hatimu ini merupakan kerjasama antara Luncai Emas Sdn Bhd bersama Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVBS). Lagu Wangikanlah Hatimu ini bakal dipasarkan terus secara digital melalui iTunes Store dan aplikasi lain seperti Spotify, Joox, Apple Music, Younder Music dan banyak lagi.
Memotong pulut kuning sebagai simbolik pelancaran single terbaru |
Kempen #SaveIramaMalaysia
Turut diadakan kempen #saveIramaMalaysia dengan tujuan tidak lain tidak bukan adalah untuk terus menerus mengangkat irama malaysia ke seluruh pelosok negara agar terus dapat bersaing dalam industri muzik Malaysia. Kempen #saveIramaMalaysia dilancarkan seiring dengan lancarnya lagu Wangikanlah Hatimu pada 21 Februari tempoh hari. Kempen ini telah bermula pada 15 Januari 2017 dan akan berakhir pada 31 Ogos 2017.
Siri jelajah bersempena kempen #saveIramaMalaysia akan menemui peminat pada tarikh berikut :
9-13 Mac - Pahang, Kelantan, Terengganu
22-24 Mac - Perak, Selangor
15-18 April - Perlis, Kedah, Penang
28-30 April - Sarawak
4-7 Mei - Johor, Melaka, Negeri Sembilan
12-15Mei - Sabah
Korang jangan lupa simpan tarikh - tarikh penting okay? Selamatkan irama Malaysia! Semoga lagu Wangikanlah Hatimu terus mekar dalam hati kalian ya. Muah sikit.
Bergambar bersama Tyka |
Youtube : Noraniza Idris Production Ventures
Instagram : @noraniza_idris
Facebook Page : Noraniza Idris
Mewangi Satu Dunia : https://www.instagram.com/mewangisatudunia/ (penaja)