Sunday, June 28, 2020

Hanya Sebuah Dinding


Hanya Sebuah Dinding

entri ini wujud saat aku memerlukan seseorang untuk dipeluk dan melepas resah, namun aku sedar yang aku sebenarnya tidak mempunyai sesiapa untuk diluah. ya aku menahan sebak sebelum aku memilih untuk menghidupkan komputer riba. aku menimbang tara apa penulisan yang mahu aku simpankan disini. 

aku memilih tajuk 'hanya sebuah dinding' kerana aku rasa ia begitu sinonim dengan orang seperti aku. atau mudahnya, aku ini adalah sebuah dinding bagi orang lain. mengapa? atas alasan aku manusia yang sering sudi menerima apa jua bentuk kerahsiaan orang, baik kesedihan atau kegembiraan dan kebaikan atau keburukan. 

sudahnya, kesedihan aku? aku lemparkan disini, buat hilang rasa sunyi dan patah hati. entah. aku yang terlalu beria atau aku yang terlalu kisahkan sesuatu. weyh sumpah penat. kalau nak cerita pasal patah hati, tidak kisah lah atas alasan apa pun. mesti hati aku tak upaya nak dikira lagi sebab dah tak wujud dalam bentuk kepingan tapi tinggal serpihan yang dah pecah - pecah. sukar untuk aku gambarkan. 

aku tahu, aku mungkin sekadar manusia yang membesar - besarkan hal kecil. aku sendiri yang melukai aku. bukan orang lain. entahlah. justeru adalah baik jika aku tak pernah punya hati? agar aku tak perlu rasa tersakiti? 

kau tahu apa lagi perkara sedih selain janji yang tidak ditepati? 

tentang kata - kata yang kau susun menjadi sebuah ayat penyata ringkas untuk simpanan dan ingatan aku. kemudian engkau sendiri yang mematahkannya. 

kembali semula kepada aku hanya sebuah dinding. hmm. aku selalu rasa, aku hanya sebuah dinding tempat mereka melepaskan emosi. baik emosi sedih atau gembira. asalkan ia adalah emosi. mereka melakar perasaan mereka ke aku. aku juga, sudi tadah terima. cuma kesedihannya bila, apa yang mereka kata, tak seperti apa yang mereka lakukan. 

ia seperti sebuah kota yang dibangunkan dengan paksi - paksi untuk tegak berdiri, kemudian ditarik satu - satu paksi dan seluruh kota jatuh menyembah bumi. begitulah keretakan yang hati aku sedang terima. sakit. ia tak sesakit seperti sebuah pengkhianatan. ia sekadar sebuah kaca yang pecah kemudian dipaksa untuk kembali bercantum sempurna. tapi tidak mungkin bukan. 

kaca yang bercantum tapi tidak sama itulah 'kesakitan' yang aku alami. 

aku sering menerima kisah kekecewaan orang lain. aku juga sering menerima kesedihan orang lain. ternyata dalam masa yang sama, aku juga dikecewa dan diberi kesedihan dalam bentuk yang berbeza oleh orang yang dikecewakan oleh orang lain. entah. 

aku terfikir, kalau kalau orang yang kecewa lebih menghargai. rupanya sering salah. yang sering dikecewa dan sering merasa sedih juga kadangnya butuh untuk mengecewakan orang lain jika perlu. atau mungkin juga secara tidak sedar kerana ia tidak merasakan hal yang dilakukan itu adalah hal yang akan mengundang kecewa orang lain.

payahnya.

menjadi manusia yang ketika melangkah kaki ke dunia, hatinya ditinggal didalam kamar, agar tersimpan rapi tak diganggu. kadang - kadang aku butuh menjadi manusia yang tak perlu memakai hati saat ke mana - mana.  biar kosong. supaya tidak merasa apa - apa. entah. 

aku juga seperti orang lain. mahu memiliki seseorang yang bisa mendengarkan aku. seperti aku sering mendengarkan orang. tapi itulah. tak pernah ada yang kekal. aku takut. 


aku sekadar penat tak berpenghujung. 


hey, 
ter untuk kamu, 
semoga tuhan menjaga mu baik - baik, 
aku menulis ini adalah untuk kau tahu, 
apa yang sering kau bilang,
sama sekali tidak sama seperti perilakumu, 
ia menyakiti aku tanpa kau sedar, 
aku sedikit kecewa dengan sikapmu begini, 
seolah - olah, 
waktu kau melemparkan kecewaanmu ke aku, 
kau adalah manusia yang benar - benar kecewa, 
namun, 
tanpa kau sedar, 
kekecewaan kau yang kau bilang, 
bukanlah sebuah kekecewaan yang sebenar, 
ia hanya sebuah propaganda, 
yang dapat aku simpulkan, 
kau sedang rasa ditinggal, 
justeru, kau mencari seseorang, 
yang sudi mendengarkan engkau, 
betapa kau benar - benar rasa ditinggal, 
kemudian, saat mereka memanggilmu, 
kau memilih untuk memenuhi mereka, 
lalu meninggalkan aku dan berlalu,
tanpa ucapan pamit.

aku harap, 
kau akan selalu berhati - hati, 
dalam menyantuni kata - katamu, 
agar tak ada yang salah erti. 

begitulah aku, 
hanya sebuah tempah singgah, 
bagi mereka yang kecewa, 
juga pilihan terakhir jika perlu. 

entah. aku cuma kecewa. 
semoga tuhan selalu rapikan hati ini agar tak terlalu  sudi membenci.
aku disini masih ada. 
cuma perlu masa, merawat diri yang luka. 
:')

Thursday, June 25, 2020

Lirik Lagu Kala Cinta Menggoda Noah


Lirik Lagu Kala Cinta Menggoda Noah

Sejak jumpa kita pertama
Kulangsung jatuh cinta
walau kutahu kau ada pemiliknya
Tapi ku tak dapat membohongi hati nurani

Ku tak dapat menghindari gejolak cinta ini
Maka ijinkanlah aku mencintaimu
Atau bolehkanlah ku sekedar sayang padamu
ijinkanlah aku mencintaimu

Atau bolehkanlah ku
sekedar sayang padamu
Memang serba salah rasanya
Tertusuk panah cinta

Apalagi ku juga ada pemiliknya
Tapi ku tak mampu membohongi hati nurani
Ku tak mampu menghindari
gejolak cinta ini...

hati nan lara

yang dirundung asmara
hilanglah selera
hilanglah segala rasa

oooh ijinkanlah aku mencintaimu
atau bolehkanlah ku sekedar sayang padamu
maafkan jika ku mencintaimu
lalu biarkan ku mengharap kau sayang padaku

ijinkanlah aku mencintaimu
bolehkanlah ku sekedar sayang padamu...
mencintaimu...

Lirik lagu Hilang BitoBeyto


Lirik lagu Hilang BitoBeyto

Begitu manisnya janji cintamu
Kau jaminkan kebahagiaan
Sumpahmu aku yang terakhir
Rupanya semua hanya dusta

Mudahnya kau meninggalkanku
Tanpa kau fikir perasaanku
Mudahnya kau menggantikanku
Hilang semuanya

Perasaanku padamu (perasaanku padamu)
Hilang harapanku
Kau leburkan impianku bersamamu
Oh, kasihku (Oh, kasihku)

Mudahnya kau meninggalkanku
Tanpa kau fikir perasaanku
Mudahnya kau menggantikanku

Hilang semuanya (hilang semuanya)
Perasaanku padamu (perasaanku padamu)
Hilang harapanku
Kau leburkan impianku bersamamu

Oh, kasihku (Oh, kasihku)
Hilang semuanya (semuanya)
Perasaanku padamu (perasaanku padamu)
Hilang harapanku
Kau leburkan impianku bersamamu
Oh, kasihku (Oh, kasihku)


Lirik Lagu Kesalahan Terindah Siti Nordiana


Lirik Lagu Kesalahan Terindah Siti Nordiana

Bila ku ingat semua
Mengenang yang pernah ada
Kau yang pernah menjadi
Kesalahan terindahku

Salahkah hatiku ini
Masihku mengharapkanmu
Haruskah ku menepis
Perasaan ku padamu

Jujur hati ini masih cinta
Masih merindu kamu
Namun bila kau sudah berkasih
Kan ku simpan dalam hati saja

Jujur hati ini masih cinta
Masih merindu kamu
Namun bila kau sudah berkasih
Kan ku simpan dalam hati saja

Namun bila kau sudah berkasih
Kan ku simpan dalam hati saja
Kan ku simpan dalam hati saja


Lirik Lagu Pendam Azarra Band


Lirik Lagu Pendam Azarra Band

Ku biarkan diriku
Di basahi hujan
Ku lepaskan pendamku
Ku tangisi takdirku

Siapakah diriku
pada kamu
Di mana perginya
cintamu yang dulu

Mengapa ku sering diluka
Mengapa ku sering diarah
Siapakah aku
pada dirimu

Seringku memujuk hatiku
Sabarlah wahai sang tangisku
Jangan kau ikutkn
rasa sedihmu

Ku lepaskan pendamku
Ku tangisi takdirku
Siapakah diriku pada kamu
Di mana perginya cintamu yang dulu

Mengapa kau sering ku luka
Mengapa kau sering ku arah
Siapakah kamu pada diriku
Seringku memujuk hatiku

Sabarlah wahai sang tangisku
Jangan kau ikutkn rasa sedihmu
Ku biarkan diriku
Di basahi hujan

Lirik Lagu Terima Kasih Atas Segalanya Bitobeyto


Lirik Lagu Terima Kasih Atas Segalanya Bitobeyto

Terima Kasih atas segalanya
Yang Telah kau beri kepada diriku
Aku Ingin kau tahu
Ku Menyayangimu ku mencintaimu

Sepenuh Hatiku
Bukan Seketika tapi selamanya
Aku Takut aku takut
kehilanganmu

Maafkanlah Seandainya
ku menyakitimu
Maafkanlah Seandainya
ku melupakanmu

Aku Tahu aku ini hanya insan biasa
Yang Tak punya apa apa tuk berikan padamu
Aku Tahu aku ini bukan pilihanmu

Maafkanlah Seandainya
ku menyakitimu
Maafkanlah Seandainya
ku melupakanmu

Aku Tahu aku ini hanya insan biasa
Yang Tak punya apa apa tuk berikan padamu
Aku Tahu aku ini bukan pilihanmu
Aku Tahu aku ini bukan pilihanmu

Tuesday, June 23, 2020

Rindu Kenangan


Rindu Kenangan

selamat petang kawan - kawan. kalau nak ikutkan entri ini ditulis semalam, bukan hari ni. disebabkan aku lalai dan menjalani kerumitan pada hari semalam, aku memilih untuk membiarkan sahaja semalam berlalu tanpa melakukan apa - apa. semalam juga aku mengalami kesedihan tanpa arah tuju. tiba - tiba sahaja aku melambatkan urusan makan dan memilih untuk tidur. mood aku terbang dan pulang lewat ke sarangnya. 

yang sebenarnya cuma mampu memejam mata lebih kurang dua jam berlalu dan membiarkan kepala menganyam duka entah siapa - siapa. ada air mata yang tumpah. aku taktahu itu isunya apa. aku biarkan dan malas ambil tahu. 

siang semalam aku menjalani rutin seperti hari - hari biasa. tiada yang luar biasa atau indah. pulang dari pejabat aku singgah menjemput kawan aku; cyra. cyra meminta aku singgah di pasaraya jika punya kelapangan masa untuk membeli barang keperluan anak yang harus diganti baru. aku turutkan sahaja permintaannya. 


Sesi Mengenang

Rindu Kenangan
2012

beberapa hari lepas, facebook telah mengeluarkan notifikasi berkenaan status lama; tahun 2012 jika tidak salah. sengaja aku meninggalkan komen distatus tersebut supaya kawan aku notis wujudnya status tersebut walaupun tahun sudah berganti tahun.

kami bualkan hal tersebut sepanjang di pasaraya. kami gelak macam tidak ada hari esok seolah waktu bergelak ketawa itu adalah ditahun 2012. aku tak tahu kenapa, putaran waktu sepanjang kami berdua disitu seolah - olah membawa aku ke masa lalu. 

masa lalu aku dan cyra. entah kenapa hal sekolah memenuhi ruang legar pasaraya. mengingatkan semula aku tentang kenangan - kenangan sekolah dan siapa yang masih sudi menjalani hidup menyimpan aku pada masa depan. tentang hal - hal sederhana yang dirai bersama. tentang hujan panas yang kami redah berdua. tentang orang - orang yang pernah dibenci. tentang orang - orang yang kami sayang.

aku tak tahu aku mahu menulis apa disini. aku cuma sedar, betapa setiap tulisan aku pada hari ini adalah hal - hal yang akan menterjemah kenangan aku dimasa depan. ada banyak yang aku tuliskan tentang cyra. cuma blogspot tidak mampu mengeluarkan semua carian atas nama cyra, itulah kesedihannya. 

cuma ada beberapa entri sahaja, aku kongsikan disini. 


(update) 
selepas beberapa minit menyiarkan entri ini, aku menjalani rutin biasa mengambil cyra ditempat kerja. sewaktu perjalanan mahu ke sana, imaginasi aku dalam kepala penuh dengan bayang - bayang lama. aku teringat pada 2011 (mungkin), aku kecelakaan motor bersama cyra di ijok, kuala selangor. sadis bodoh. 

waktu itu aku gopoh mahu ke sekolah sana, mahu mengutip sijil - sijil lama. perjalanan tak dirancang. tidak punya wang. objektifnya cuma mahu ambil sijil dan pulang. 

(anggaran sahaja) dengan hanya berbekalkan wang dua orang ditolak tambah kira - kira berjumlah rm10 atau mungkin kurang dari rm10, kami bertolak ke kuala selangor (smk seri tanjong)  dengan menaiki motorsikal keluarga cyra secara sembunyi. tidak ada lesen! 

entah macammana laluan yang dipanggil ular (bersimpang siur) berdekatan kuil itu, berbatuan dan pasir pasir menghias jalan raya seolah - olah menjemput kami berdua untuk mencium mereka. barangkali kita akan 'jatuh'. 

tidak sampai beberapa saat, motor kami mengheret jalan. demmmm. dua orang abang askar membantu kami dan bertanyakan soal lesen. kami diam membatu. huhu. 

lengan baju aku koyak. luka menghias tangan secara total. aku tak ingat siapa yang membonceng atau siapa yang bawa. entah. selepas menyapu pasir debu di baju, kami teruskan perjalanan hingga ke destinasi sambil mengimbau situasi yang terjadi tadi. (aku lupa motor apa). 

angin begitu mencucuk luka - luka yang masih basah. menyesal tiba - tiba. di persimpangan lampu isyarat, tiba - tiba sahaja motor kami seperti gelong. rupanya tayar pancit. dem! malapetaka betul. orang yang aku hubungi waktu itu adalah kakak fatin. 



di sekolah, kami terus ke tandas dan saling tukar baju sesama sendiri. luka di tangan aku yang sedikit teruk harus disembunyi. aku tak mahu disoal sesiapa. aku pakai tshirt cyra yang berlengan panjang untuk menutup tangan. dan cyra pakai baju aku. 

selepas itu aku berjumpa guru untuk mengutip sijil. habis selesai urusan, aku habiskan masa bersama kawan - kawan. mereka sendiri terkejut. sejauh ini ya perangai kami. dasar. itu sahaja moment yang aku ingat ketika itu. 

memang kelakar jika dikenang. tidak punya wang. hanya berbekal semangat iltizam dan kami berjaya mengharungi 128km tanpa lesen berdua dengan motor lama. gila! itu kerja gila. 

__

aku selalu punya sangka buruk ke tuhan tentang siapa yang tuhan wujudkan untuk aku menjalani kehidupan hari mendatang. aku boleh bilang berapa saja manusia yang tuhan pinjamkan untuk aku sehingga aku merasakan dunia aku banyak lopong; tidak seperti manusia lain. 

aku tak pernah sedar dan selalu lupa. tuhan menitipkan aku manusia yang cuma seberapa, yang boleh dibilang dengan jari itulah. manusia yang akan kekal dalam balang kaca sampai bila - bila. yang tak pernah rasa nak lari untuk menjalani hidup baru dengan 'kenangan' lain. entah. 

aku dapat merasakan aku menjalani kedewasaan aku dengan ditemani perempuan baik macam dia. weyh nak nangis T_T. dah nangis dah. lama aku berhenti dekat titik atas. sebab nak sudahkan air mata. aduh cengengnya aku bila cerita pasal orang yang 'hidup' dalam diri aku. 

terima kasih kakak, saudara perempuan paling rapat. yang paling sudi jadi kakak aku. yang sudi buat aku rasa aku ada kakak walaupun masa kita kecik dulu kita pernah gaduh tarik rambut macam akan benci seumur hidup. hahahhahaha. terima kasih sudi tolong masa susah. terima kasih walaupun dah kawin dah ada anak, masih layan aku sama macam dulu. T_T nangis lagi. sedih nya. ciwek betul. 

terima kasih cyra, sudi singgah penuhkan masa lalu aku. dan untuk semua waktu - waktu kau yang aku pinjam dalam meniti sebuah kedewasaan. semoga aku panjang usia untuk balas balik semua waktu yang kau pinjamkan untuk aku. 




Maaf? Entah

orang - orang yang pernah aku simpan dalam balang kaca kemudian pergi; hanya untuk mendapatkan 'kebebasan' memilih, kini datang kembali. entah. dulu aku jaga 'rapi', tak pernah pula dihargai. sekarang rasa sunyi, baru tahu. hal - hal yang tak dimiliki, seharusnya dijaga. agar dimasa kedepannya tidak rasa hilang, walau ia tak pernah pulang. 

begitulah hidup. 

hanya akan rasa kehilangan disaat sudah tiada. 

peluang kedua? entah. takut. tak tahu lah. 

semoga tuhan sudi menjawab semua soalan - soalan aku yang tertangguh. 



hmm. patutlah emosi semenjak dua menjak ni. rupanya hari perempuan aku tiba. aku tak larat nak rai. letihnya menjadi seorang perempuan. harus menyusun emosi disaat tak bersedia. hmm

Friday, June 19, 2020

Emosi Berkecai


Emosi Berkecai

entahlah. tadi pulang lewat ke rumah. sekitar jam enam setengah. kereta mengerumuni jalan untuk pulang ke rumah masing - masing. air hujan yang membasahi permukaan jalan tar memercik ke sekitar badan kenderaan yang aku naiki.

aku selamat sampai dirumah. rumah kosong. ayah ku di depan menguruskan hal apa entah. adik pula selalu jam segini belum pulang, bersiar siar keliling kampung menunggu maghrib mendekati baru tiba di depan pintu. 

pintu berkunci namun suara dari corong radio jelas kedengaran. itu kerja ayahku. membuka radio supaya rumah tidak kelihatan sunyi. 

selepas masuk ke kamar dan meletakkan beg yang ku galas di belakang aku menuju ke dapur. aduhh. patah terus hati aku. pinggan terbiar di dua singki. aku basuh semuanya dan lap singki yang masih basah. 

aku ke depan memeriksa meja makan. aduh. sarapan pagi tadi masih berbaki. cawan cawan bergelimpangan dahaga kan air di atas dulang. aku ambil dan bawanya ke singki dan pulangkan semuanya ke tempat asal. 

pagi tadi sebelum berangkat pulang ke kampung emak ada meninggalkan pesan. nasi ada lebih, dimasak di dapur noxa. bukan periuk elektrik seperti kebiasaan. aku sudah memaki hamun diri sendiri dan kepada adik yang hanya menjadi patung dirumah. 

perut ku sudah meminta disedekahkan nasi. jarum sudah hampir mengenai tujuh. aku sepatutnya sudah kenyang. namun jam segini masih sedang membersih lagi. aku bersihkan periuk noxa dan pindahkan semua butiran nasi ke dapur elektrik untuk dipanaskan. 

selesai semuanya aku mandi. dan kepala sudah tidak lagi runsing. 

oh aku terlupa satu hal. selepas meletakkan beg, aku ke dapur meninjau keadaan rumah. dan kembali semula ke kamar dengan perasaan yang sangat memberat. aku tak tahu apa yang mengganggu jiwa. 

sejurus itu, terus aku mendail nombor youkai menggunakan aplikasi whatsapp. lama aku dail namun tak berangkat. aku makin sesak. akhirnya aku mendail nombor oney. tidak sampai beberapa saat oney menjawab panggilan tersebut. aku lega. 

aku tanya oney, apa yang sedang dilakukan waktu itu. katanya sedang menonton lagu di televisyen bersambungan dengan telefon bimbit. aku tanya kan lagi, dengan siapa. katanya bersama keluarga. aduh. terasa seperti sedang mencuri waktu orang tanpa izin. 

hati aku dipamit rasa bersalah. entah. aku tergagap kadang laju macam keretapi. katanya dia bukan artis, jadi jangan gopoh berbual. aduh malu. 

tiga minit berbual, aku putuskan untuk menamatkan perbualan. entah kenapa selepas talian dimatikan, aku menangis. taktahu kenapa. emosi aku berkecai dan berserakan di atas lantai berpelukan mesra bersama baki rambut gugur yang tertinggal tak sempat mencapai kepala adik. 

sedih betul. aku masih tak mendapatkan jawapan, apakah punca aku menangis tiba - tiba? adakah kerana beban yang tergantung melihat rumah pecah dicampur tolak tambah perut lapar sekaligus lelah pulang lewat dari pejabat atau aku menangis kerana jiwa kacau yang sengaja diwujudkan? atau sedih memikirkan aku ini cuma dinding tempat menconteng meluah rasa sedih orang sekeliling? bahagianya sendiri, bila sepi datang mencari aku yang sudi? entah. 

lelah. 

3 Bulan PKP Akhirnya


3 Bulan PKP Akhirnya

akhirnya aku dapat meninjau sekeliling tanpa rasa bersalah. JANGAN kecam. 3 bulan sepanjang perintah kawalan pergerakan dijalankan, aku hanya duduk dirumah. hatta keluar rumah untuk ke kedai pun tidak. hanya keluar rumah beberapa langkah untuk sidai kain, itu sahaja. segalanya dilakukan oleh orang lain. hahaha. nasib baik waktu tu aku tak mengalami ketepuan otak akibat duduk dalam rumah dalam jangka yang sangat panjang. 

3 bulan itulah aku 'berpuasa' dari menghabiskan masa bersama tasya untuk secubit kenangan dimasa kedepannya. lamaaaa gile. bukan 3 tapi lebih. memandangkan sebelum PKP dijalankan, aku memang tak keluar dengan tasya. hangout dengan tasya merupakan satu rutin yang wajib dijalankan sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mengeratkan silaturahmi. semoga sampai aku tutup mata masih dengan orang sama, semoga tuhan jaga kita.

aku tulis entri ini untuk aku mengenang tasya atau sue bila dah ada anak dua. eh. hahahhha. aku juga simpan gambar dekat sini kalau aku hilang gambar dorang. 


Tasya Orang Pertama

3 Bulan PKP Akhirnya

tasyalah orang pertama yang aku cari bila PKP mula dilonggarkan. aku siap ambil cuti untuk menyamai cuti dia. kesepatan dipersetujui. kami jumpa di nu sentral sampai kan lupa bersalam peluk peluk cium KAHKAH. sebab jarak sosial yang sedang diterapkan dalam kepala otak. 

aku follow tasya kemana dia nak pergi. sebab selalu dia lah yang buat planning. kami jumpa di nu sentral dan makan tengahari di food court. tasya teringin nak makan makanan dekat situ. aku ikutkan ajeee. aku cakap dengan tasya aku nak jumpa kawan COD. HAHHA. dia kata dia okay je nak teman kan aku. terima kasih tasya sebab selalu teman aku ke mana - mana aku nak pergi. harap lepas kau kawin kau masih sudi dengan aku. supaya aku tak lah rasa hidup ini terlalu sepi.


Jumpa Sue

3 Bulan PKP Akhirnya

kalau ikutkan, sue bukan menjadi priority aku pada pertemuan kali itu. HAHAHH. tapi disebabkan gathering CJ bakal diadakan, aku membuat keputusan untuk jumpa sue. asal tah aku jumpa dia. aku tak tahu! aku cuma macam dapat 'petunjuk' dari naluri yang mengatakan 'bersahabatlah dengan sue'. HAHHA. lebih kurang macam tu lah perasaan dia. 

dalam grab tangan aku sejuk. aku sakit perut. aku nak berak semua lah. tasya saksi! "kau ni kenapa ja. rilek la". haha aku tak boleh. padahal jumpa orang dalam media sosial tu perkara biasa dalam hidup aku untuk 'membeli' sebuah perkenalan. betapa hidup aku tak ada apa nak banding dengan orang lain.

aku selalu takut nak 'mula'. takut orang tak 'terima.' 

aku jumpa sue waktu kerja. aku pinjam masa sue beberapa minit untuk peluk cium laga - laga pipi sikit ahhaha. sempat lah berbual tah pape, rakam foto jadi warna dan pulang semula. 

mengimbau kali pertama aku 'kenal' sue. aku tulis dekat sini supaya aku tak pernah lupa dekat mana kali pertama aku kenal dia. kenal sue sebab ali invite aku dalam room. masa ni ada amin (dosa2Johnny), ada ali (X7is) , ada sue (spongebob). secara jujurnya dalam friendlist aku cuma ada lelaki sahaja. mungkin sebab aku perempuan. nak masuk dengan perempuan lain tu macam susah. nak pulak clan lama semua power (pada pandangan aku lah). aku memang jarang main sekali (ingame) dengan perempuan diclan lama. lebih selesa main dengan partner yang biasa ingame sama.

bila se-room sekali dengan sue aku takut juga. aku off mic. sebab dia power. aku kalau main dengan orang power aku senyap. nanti orang complaint 'bapak la, noob. tapi kecoh macam power sangat.' yela sebab orang suka complain mulut aku bising. jadi kalau off mic lebih selamat. orang akan cakap 'ohh. patutlah suka off mic. noob rupanya. orang noob memang ceni, kalau main tak reti nak on mic.' ha gitu. 

jadinya aku berpeluanglah se - room dengan sue 2 3 kali. sehinggalah dengan secara rasmi aku keluar clan, ali 'jemput' aku join dia. aku rasa aku tak fikir panjang pun walaupun aku kata dekat ali yang aku perlukan masa berfikir. 

bila dah masuk group whatsapp, aku 'nampak' sue. ini lah spongebob tu. entah macammana ya, jadi 'kawan'. walaupun nampak remeh dan bodoh kejadiannya, aku tak rasa tuhan wujudkan ali untuk aku 'kenal' sue. faham tak maksud aku? jadi aku memilih untuk 'lock' sue jadi kawan aku. hikss.

dapat kawan baru tu perasaannya macam kau tak kenal sesiapa sebab baru pindah sekolah, tiba - tiba budak dekat meja sebelah tegur. sejak dari tu terus jadi kawan. macam tu la. susah lah nak explain woi. 

terima kasih spongebob selalu layankan je perangai aku HAHHAHA. 


Aktiviti Biasa

3 Bulan PKP Akhirnya

selalu lepak dengan tasya pergi bukit bintang je. lepastu jalan kaki sampai TS. singah lorong - lorong jalan untuk ambil gambar hipster. ceh! disebabkan tempat kerja sue agak jauh dari kawasan lepak, kitorang memilih untuk habiskan masa dekat sunway jurr. tempat cantik yang selalu ambil gambar tu tutup pulak. 

sudahnya kitorang keluar pergi laluan tepi sunway lagoon tu. dekat situ jela cite dia. masalah dia kat situ ialah, siapa nak ambilkan gambar kitorang? ada lah guard dekat situ, tapi dia tak faham bahasa melayu! penat la aku jadi omputih "hello can u take our picture?" dia angguk macam faham. bagi lah phone dekat dia. 

boleh dia jadi patung dekat situ. aku kata "sir, can u move there?" taktahu lah betul ke tidak ayatnya. dekat atas tu aku da crop. kau tengok pecah teruk. punya jauh dia ambik. tak ikhlas cakap jela. aku ingat dia memang takkan keluar dari garisan merah yang dia keluar. rupanya lepas dah settle amik gambar kitorang, elok jela dia keluar dari garisan tu. hampeh punya bangla. geram aku. 

dah lah dekat situ ada budak - budak nak up empat orang. beg sama weyh! dah takde kerja aku nak kena tutup beg pula sebab segan. 

3 Bulan PKP Akhirnya

3 Bulan PKP Akhirnya
bergambar depan kerja spongebob

3 Bulan PKP Akhirnya
baju tu buat aku rasa aku gemok dari biasa HAHHAH

dari pukul dua belas tengahari sampai pukul 7malam baru perjumpaan aku dan tasya selesai walaupun masih berbaki gosip. takpe next time sambung. dan kami bersalaman berlaga pipi dan pulang. kami berpisah di persimpangan laluan. aku ke ktm pelabuhan klang dan tasya ke ampang. bye tasya. 


Nikky Lilly

3 Bulan PKP Akhirnya
Add caption

oh ya. sebelum aku mengakhiri entri. aku nak tulis pasal nikky. siapa entah perempuan ni tiba - tiba je keluar dekat feed youtube. aku pun buka la sebab macam 'relate' dengan aku. ahahhaha. so ya. aku tanya wiki (https://en.wikipedia.org/wiki/Nikki_Lilly). dia rupanya vlogger and youtuber. mempunyai 1.13m pengikut di youtube. wow gile! ini pautan untuk melihat kehidupan nikki; Nikki Lilly

suka berkongsi hal - hal kecantikan dan kehidupan. oh lupa suka menyanyi juga. aku macam kagum macam mana dia survive hidup dengan kecaman orang. dia power duh. nikki cantik, cantik dengan cara yang sederhana <3
jadi aku cedok sedikit kekuatan dan keyakinan dia untuk tetaplah merasa aku juga sebahagian penduduk bumi seperti manusia lainnya. persetankan semua perbezaan dan raikan dengan bahagia. enjoy hidup sederhana dan nikmati semua. yeahh! terima kasih nikki untuk sebuah inspirasi. 

Tuesday, June 16, 2020

Bakal Gathering CJ


Bakal Gathering CJ
sumber: google

aduh kenyang perut aku dengan sebungkus nasi dan se tin nescafe. dua kali minum caffeine. gila betul. hari - hari macam tu aku rasa. dasar. sikit hari lagi masuk metro; peminum tegar caffeine ditemui meninggal saat menghabiskan tegukan terakhir. ha gitu. 

aku menulis entri ini untuk sebuah pertanyaan yang masih belum menemui jawapan. tentang isu remeh berbangkit dalam group whatasapp. hahha. entahlah. aku kesian dekat orang. dalam masa sama aku kesian dekat diri sendiri sebab kena melalui situasi sama berulang sejak sekolah; semenjak aku belajar kenal orang atau orang kenal aku. letih.


Admin Captain Jack

Bakal Gathering CJ

isu nya cuma aku taknak jumpa diorang. aku menghargai diorang semua sebab sudi datang dari jauh untuk gathering admin CJ; ya ya. aku salah seorang admin yang tak diiktiraf juga, hahahha. cadangnya bulan depan. untuk pengetahuan, aku memang tak pernah jumpa semua. yang lain tu memang dah kawan lama; tiga orang lelaki. cuma aku dengan dia lah yang masih belum kenal semua; sue namanya. 

haritu aku turun kuala lumpur untuk menghabiskan masa dengan tasya. aku singgah sekejap dekat tempat kerja sue. jadi itulah kali pertama aku jumpa sue. masa tu aku pakai mask, so sue tak nampak muka aku weyh. make sense tak kalau aku kata dia sebenarnya tak tahu keadaan muka aku macammana? aku tahu dia ada instagram aku, tapi tak sama macam depan - depan. 

dalam gambar boleh pilih angle mana aku nak kelihatan 'cantik' dalam gambar. kalau jumpa depan -depan 3D weyh. pusing lah kot mana pun, orang tetap akan nampak kau jendul, nampak kau hidung senget, nampak bibir tebal sebelah, nampak kaki tak sama panjang. aku tulis bukan untuk menghina sesiapa tapi untuk korang yang membaca ni lebih jelas tentang apa yang aku nak sampaikan. aku oku weyh. aduh sesak lah isu ni. sesak dalam kepala. aku tak tahu bagaimana cara terbaik menolak ajakan orang bila orang ajak bersilaturrahmi. aku paranoid tentang kehilangan. 

aku adalah orang yang sangat aktif jumpa orang dalam media sosial. sehingga sering menjadi persoalan. berapakah harga sebuah penerimaan? soalan bodoh macam ni timbul sebab aku selalu kena tinggal atas alasan - alasan yag entah apa - apa. orang memang tak tinggal aku, sebab aku yang memilih pergi. kepergian aku adalah kerana mereka tak lagi melayan aku macam awal - awal dulu waktu sebelum jumpa. 

kita manusia wak. kita memang selalu kata, kesempurnaan bukan hak mutlak manusia. memang. hakikatnya tuhan bagi akal dan fikiran untuk membuat perbandingan bukan terima semua benda tanpa fikir apa - apa. ye dok? 


Tak Yakin Sampai Mati

Bakal Gathering CJ

entahlah. media sosial ajar aku untuk jadi manusia yang selalu berpura - pura. HAHAH. bila aku tengok bigo terus rasa macam wah bestnya kalau aku cantik. boleh buat live sembang - sembang. bila tengok youtube terus rasa macam wah bestnya boleh jadi youtuber. hakikatnya aku noob. bukan noob sebab tak pandai nak guna. noob sebab bodoh taknak cuba. 

aku tak yakin. sebab aku oku. entah. aku takut gila orang ejek aku bukan - bukan. kau tahu jela media sosial sekarang kan?  even kawan nak video call pun aku boleh gaduh. sumpah aku paranoi. lain macam weyh. 

ha lagi satu, aku resdung. boleh bayang tak, baru kenal orang baru lepastu dia kena adapt yang 'orang baru' tu setiap masa kesat hidung dan pegang kain dekat tangan? hahhahahhaa. 

kalau perempuan cantik/lelaki mungkin kelihatan comel bila duduk dalam situasi tu. bila perempuan/lelaki yang hodoh duduk dalam situasi macam tu, ofcourse nampak pengotor dan annoying. 

sama macam lelaki hensem yang sendukkan nasi kau pakai tangan vs macha yang sendukkan nasi kau pakai tangan. ATAU perempuan cantik yang sedang menebar roti canai vs perempuan hodoh menebar roti canai. mesti auto takde selera kan kalau dapat yang hodoh. 

ah aku malas nak cakap. bukan nak shaming2 orang. ni fuckta ni. 
memetik kata - kata kawan aku "The girl.. Her confidence is what i admire the most. kalau ada separuh dari keyakinan yang dia ada pun, dah cukup bersyukur dah. 
orang nampak aku sangat yakin dengan diri sendiri sebab berdepan dengan kekurangan fizikal sangat besar tapi melalui kehidupan seperti orang lain. ya memang. aku kelihatan 'sempurna' macam tak ada apa - apa. itu untuk kehidupan aku seorang. 

bila ia berkait dengan orang lain, contohnya kenal orang baru yang tak pernah tahu kurang aku. agak susah untuk aku mula semula. aku perlu membina kepercayaan. membina keyakinan. percaya yang dia 'ikhlas' walaupun naluri mengatakan tidak. percaya yang kehilangan adalah proses aku mengenal penerimaan manusia ke aku itu bagaimana.

sumpah tak kisah kalau aku kenal orang dalam media sosial seperti wechat, instagram dan laman sesawang lain lepastu dia dah tak sudi kawan dengan aku. cuma aku akan sedikit ralat bila orang yang aku percaya sudi berkawan dengan aku terima kekurangan aku, dengan mudah memilih pergi. waktu tu aku akan rasa aku manusia paling tak berguna sebab memilik untuk bersua muka padahal dah tahu akibat nya akan jadi apa. 

berbalik kepada gathering CJ ni. entahlah. aku nak ikut. tapi, taktahu. aku tengok diorang ni jenis suka tolong kawan waktu susah senang. kira berbaloi lah kalau aku jadi kawan diorang dan aku sangat bersyukur tuhan kenal kan aku dengan diorang. dalam masa sama aku bersyukur kerana memilih untuk meninggalkan 7sun dan setuju menyertai clan CJ tanpa ragu. aku dapat hadiah; persahabatan. 

KALAU aku memilih untuk jumpa diorang, aku kena bersedia dengan dua kemungkinan. mereka berpura - pura 'berkawan sekaligus menerima aku' pada waktu kejadian dan waktu pulang aku tak lagi dilayan macam biasa. atau mereka memang benar - benar menerima aku apa adanya, berkawan macam biasa macam selalu; bezanya sudah saling kenal. 

entah. aku penat nak fikir keputusan sendiri. menolak atau menerima perlawaan. 


Monday, June 15, 2020

Lirik Lagu Aku Itu Aku Yonnyboii



Lirik Lagu Aku Itu Aku Yonnyboii


Kata-kata yang disenjata
Ku rasa apa yang kau rasa
Aku cuma manusia biasa
Aku juga jatuh terluka

Aku juga selalu ditipu
Aku juga mampu menipu
Kadang diriku rasa pilu
Hati yang merah jadi biru

Aku juga mahu diriku dipapah
Ku tahu yang ku manusia yang bersalah
Mungkin hidupku ini lebih bertuah
Dari mereka yang lain aku berserah

Emosi ku kadang tak pernah tenang
Kadang hati gelap tak pernah terang
Kadang diri ini selalu berperang
Kadang rasa diri tak pernah senang

Semua masalah yang ku cuba buang
Semua kata-kata ku cuba pegang
Sakit aku bukan sakit sendi
Sakit di kepala sakit hati jiwa mati

Ku cuba gelak ketawa
Walau sakitnya di jiwa diri berpagar
Ku buat tanpa sedar
Bagai tidur tanpa mimpi bangun bercalar

Tolong jangan keluar
Wahai diriku yang asing tolong bersabar
Tolonglah aku
Aku juga mahu diriku dipapah

Ku tahu yang ku manusia yang bersalah
Mungkin hidupku ini lebih bertuah
Dari mereka yang lain aku berserah
Tutup mata pegang hati tanya diri

Siapa aku siapa kamu siapa kami
Aku engkau-engkau aku kita kami
Siapa kita siapa aku tanya diri
Ku pinta kau faham

Ku jenis yang tak boleh pendam
Jenis yang berdendam
Sakitnya hatiku digenggam
Mata memandang

Buatku jatuh kecundang
Mulut kau regang
Tak boleh tengok orang senang
Cuma mahu bebas

Ku tidak mahu diboneka
Jiwa ku kebas
Kian hari ku terleka
Hatiku dicantus

Dengan kata-kata mereka
Sakitnya bukan aku sorang
Sakitnya engkau yang merebar

Lirik Lagu Rezeki Orkes A Hizadin


Lirik Lagu Rezeki Orkes A Hizadin


Aku tak pernah jatuh cinta
Pada wanita seperti pada dia
Tapi aku, tidak cukup sempurna
Dipandang aku sebelah mata

Aku yang hina
Aku dah pernah hampir gila
Gelap dunia, semua kerna dia
Tahu aku, tidak cukup sempurna

Sebelum aku pejamkan mata
Ku bangkit semula
Jadi, ku ambil sedikit masa
'Tuk buktikan aku juga

mampu jadi manusia
Hati ku yakin suatu masa
Ku pasti akan berjaya
Rezeki ada di mana-mana

RezekiNya pasti ada
Aku tak pernah hampir gila
Kerna wanita, seperti kerna dia
Tahu kamu, rasakan kau sempurna

Mempermainkanku depan mata
Kamu yang hina
Jadi, ku ambil sedikit masa
'Tuk buktikan aku juga
mampu jadi manusia

Hati ku yakin suatu masa
Ku pasti akan berjaya
Rezeki ada di mana-mana
RezekiNya pasti ada

Jadi, ku ambil sedikit masa
'Tuk buktikan aku juga
mampu jadi manusia
Hati ku yakin suatu masa

Ku pasti akan berjaya
Rezeki ada di mana-mana
RezekiNya pasti ada
RezekiNya pasti ada

Wednesday, June 10, 2020

Raya di Halal Academy


Raya di Halal Academy
sumber: google

masih sempat lagi rasanya nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang menyambut terutama kepada pembaca blog kanvas dakwat yang masih setia disini. terima kasih yang tak terhingga untuk kalian masih sempat ada terus membaca. tanpa kalian, kanvas dakwat takkan dapat sempat bertahan. 

baru perasan rupanya entri hari raya gambar sendiri dan keluarga masih belum ada. nampak gaya esok - esok lah. tertangguh tak bertarikh guys. macammana entah boleh lupa. 

Jamuan Makan - makan Pejabat

setiap tahun memang acara makan - makan sempena raya tak pernah dilupakan. selepas beberapa hari menyambut raya, halal academy mengadakan acara ini secara sederhana. ya ampun makannya, tak terhabis wak. ada spageti, nasi impit kuah kacang, satay kuah kacang, oden beserta isi - isinya, laksa, mihun goreng, pisang cheese, kek dan manisan, entah apa lagi. makannya cuma 10 orang. waktu pulangm semua berbungkus - bungkus. 

hari ini masih lagi panaskan lauk semalam, rendang ayam. 

entri ini bukan berkisar makanan tetapi entri bergambar. disebabkan pejabat ni mempunyai studio, jadi kitorang sebagai staff ambil kesempatan untuk guna apa yang ada . hahahaa. sebaik bos baik, eh. jadi inilah hasilnya. 

Gambar Raya GAE

Raya di Halal Academy

logikalnya, pejabat aku cuma mempunyai sepuluh orang staf sahaja (termasuk bos). tapi kita semua kalau buat kerja macam superhero. haha. tak caya? percayalah. kita semua 'kuat' dalam hal - hal pejabat. orang lain mesti tak percaya. dalam gambar ni tak ada bos, sebab bos malas. dia tak suka gambar - gambar ni. 

jadi, ni cuma gambar kita - kita je. 

Raya di Halal Academy
pekerja terbaik 2019

apa salahnya aku memuji diri sendiri di entri ini. hahaha. aku dah bersama syarikat ini baru tiga tahun. ada banyak manis berselang seli pahit yang mewarnakan hari - hari aku disini. pejabat dah macam rumah kedua selepas rumah mak. walaupun tak banyak masa dihabiskan disini, selalu ada rindu yang tertinggal kalau laa tak masuk pejabat. 

Kakak Syue

Raya di Halal Academy
kakak syue

ini kakak syue. kebanyakkan gambar dekat sini, semuanya pakai iphong dia. sebab tu lawa. hikhik. tatau lah. dari awal kenal, dia tak kedekut barang. ni bos tau. bos. hahah. selalu kalau date dengan dia, mesti aku akan pinjam telefon dia untuk hantar gambar pakai gmail. aku ni kalau bab gambar, aku tegas sikit. kalau gambar tak complete, aku akan minta sampai complete. nak marah, marah lah. hahahhaha. sebaik la bos bagi je pegang telefon dia tanpa prejudis. 

aku rasa aku malas nak komen dengan siapa aku rapat. sebab setahu aku, dengan semua aku rapat. HAHAHHA. semua orang ada rahsia aku. rahsia kecik atau juga rahsia besar. 

terima kasih kak syue. 


Kakak Noi

Raya di Halal Academy
kakak noi

kakak noi ni selalu kata dia tak pandai masak. bla bla bla. end up, walaupun dia puasa dia mesti akan bawakkan bekal untuk aku makan dari air tangan dia. dia tau aku suka makan apa. dia tahu apa aku suka apa aku tak suka. dia tahu banyak perkara. gosip pun selalu dengan dia. masalahnya bukan dia je, orang lain pun sama. selalu gosip. ah entah. hahha. tapi kak noi suka shopping, dia suka kucing. 

dalam masa sehari, lima enam parcel dia je. sampai abang posmen dah hafal nama aku dan nombor ic depan. kau rasa? AHAHHA.


Kakak Jannah

Raya di Halal Academy
kakak jannah

kakak jannah di pejabat merangkap ibu - ibu yang sering memberikan tips kesedaran kesihatan dan kecantikan. seorang yang memahami keperluan anak - anak. selalu marah "miza, takkan lah nak halakan penghawa dingin dekat diri sendiri pun nak kena tanya. alih jelah." dengan kak jannah ni selalu minta pendapat untuk hal - hal dewasa. 

yela. aku tak tahu macamana cara nak jadi manusia yang berumur dua puluh lima secara normal. aku selalu tanya soalan bodoh. "kak, selalu umur dua puluh lebih nak nampak dewasa macamana." begitulah selalu. 


Fathihah

Raya di Halal Academy
fathihah

kenal fatihah melalui sebuah program dan dia diserap masuk ke sini. mula - mula aku takut juga nak berbaik dengan dia. yela, aku yang kena 'jaga' peserta program tu punya assignment. diorang dah budak degree diploma. hawak tak ada apa. umur pun lebih kurang. jadi macam tak boleh nak lead. 

sekali dia kena duduk meja sebelah lah pula, pishang. hahahha. entah macammana, lama - lama baik. boleh manja - manja. eh. fathihah ni dia suka buat kelakar tak diduga. hahhaa. entah. kelakar. 


Kakak Shira

Raya di Halal Academy
kakak shira

kakak shira ni orangnya tersusun. taktahu nak terangkan, tapi dia sangat tersusun. jarang ah berbual dengan dia, sebab dia macam high level. haha aku takut sikit. cara dia bercakap pun aku suka dengar. walaupun berbual biasa. aku rasa macam dia baca skrip, dah susun cantik - cantik ayat. 

tak sangka, dia sama minat! suka puisi suka buku. ada zine. hahahhaa. tak boleh relate perwatakkan dia dengan apa yang dia minat. cuma dia punya puisi macam lebih inggeris. aku banyak bahasa melayu. dah itu je yang aku tahu. 


Nazurah

Raya di Halal Academy
adik nazurah

nazurah adalah adik - adik yang pernah intern dekat syarikat ni. jujurnya, aku jarang berbual dengan adik - adik intern. tak reti ah. malu takut orang tak layan. aku ni dah manje. HAHAHH. aku selalu ada persepsi yang buruk dekat orang. takut orang tak menerima. so, aku memang dipandang sebagai kakak sombong sebab tak pernah bertegur dengan diorang. 

bukan sombong, tapi malu. senang cerita tak friendly. entah. taktahu. hahahha. berbual bila perlu. so, nazurah kerja dekat sini. tu pun boleh kira berapa kali je berbual. not bad sebab aku dah 'banyak' cakap dengan dia. hahah sebab dia dah jadi staf sini. 

yela, kalau aku borak dengan budak intern nak sembang apa? aku punya tajuk selalu budak - budak. siapa je la yang nak layan. sebab tu selalu menjadi persoalan. nak jadi dewasa yang berumur dua puluh lima bagaimana? 


Raya di Halal Academy
khairul akmal

lupa terus ambil gambar berdua dengan khairul. hahaha. sebaik ada gambar ramai - ramai ni. boleh lah lekat dekat sini.  kalau ikut dia pernah datang meeting. entah macamana, dia boleh kerja dekat sini. waktu meeting tu cara dia bercakap macam orang yang ada wawasan. 

sekali dah kerja, gila - gila juga. hahhahh. suka cari pasal budak ni. aku syak dia dah berpunya sebab dia pakai cincin silver yang kapel selalu pakai. kah. nampak sangat aku perhati orang sekeliling. 

heeee. aku rasa itu je cerita raya di halal academy. 

terima kasih untuk kenangan manis berselang seli pahit yang memenuhi ruang hidup. semoga semua selalu ada untuk hari kedepannya. 

Monday, June 1, 2020

Hari Pertama


Hari Pertama

hari ini merupakan hari pertama aku bekerja dalam waktu yang normal selepas dicutikan bagi mengelak covid. aduh sekarang aku rasa mual akibat pening isi markah peserta dalam excel. pening sebab fokus sangat tengok skrin komputer. sebab tu lah aku ni jenis malas betul nak fokus buat kerja, aku lagi suka kalau sambil buat kerja aku main game, aku tengok youtube, aku reply mesej kat phone. tapi tadi entah kenapa, sebab nak segera siap kot. uwerkkk. pening serious!

aku kembali menaip selepas bersiar - siar ke meja jiran sebelah. hahhaa. saja lah nak bagitahu, hari ini hari pertama. kerja aku macam biasa. dalam senarai yang ditulis semua dah settle. huh. sekarang adalah masa untuk aku buang - buang masa. youtube dah bosan jadi aku habiskan masa dengan menulis di blog. tak ada benda nak kongsi tapi aku cuba cari bahan untuk dikongsi. 

aku nak cerita pasal ahcik. ada serba sikit pasal dia di entri sebelum ini; keluar clan

Rindu

hilang tak lama mana. ada satu hari tu, terdetik di hati aku nak call lepas dia mesej selamat hari raya. rindu weyh. aku ni senang rindu orang. aku call tak berangkat 29mei2020 jam 0141. dia mesej aku di telegram, dan mesej biasa. aku tak reply pun sekadar baca sahaja (keesokkan hari). dia call aku semula jam 0300 0400 pagi macam tu (aku dah tidur). 

tadi aku log in blogspot. tak sangka lah pula dia tinggal kan komen dalam entri dan dekat ruangan chatting. hahahha. aku nampak effort dia.

bila kita lama hilang tiba - tiba contact semula, panggilan yang terlepas tu rasa macam rugi sangat tak berpeluang nak angkat. korang mesti tanya kenapa dia tak whatsapp je aku? 

sebenarnya aku block dia di whatsapp dan juga call. sebab tu dia call aku pukul 0300pagi memang aku tak dengar apa - apa, cuma esok tu aku check notification aku tahu lah dia call. 

semalam sementara nak menunggu isyak, aku beranikan diri call lagi walaupun sebenarnya aku takut. dia angkat weyh. hahahha. perasaan dia tu macam eksited (acah - acah crush gitu). faham tak rasa dia macamana? macam tu lah entah susah nak cakap. macam budak sekolah lah pulak perangai aku pun. 

dia angkat. so kami sembang - sembang dalam 30minit lepastu sambung semula di codm. sampai lah aku rasa nak tidur. jadi dia orang terakhir yang borak dengan aku sebelum aku tidur. 


Kosong

Hari Pertama

aku rasa, aku dah kosong dengan dia. rasa marah aku dan merajuk aku pun dah habis. aku dah tak perlu rasa kecewa atau perlu jeles kalau dia buat sesuatu yang sepatutnya aku akan rasa sakit hati atau jeles. dah tarikh luput kot. sebab yelah, aku dah pun tahu reaksi dia. dia pernah kata "kita kan kawan.". aku anggap "ya, kita memang benar - benar kawan."

aku tak sepatutnya merosakkan erti 'kawan' tersebut, semata - mata sebab rasa yang wujud dalam diri aku, aku cuma pentingkan diri sendiri. 

ah entah. aku harap, kita kawan sampai bila - bila <3