Ku rasa apa yang kau rasa
Aku cuma manusia biasa
Aku juga jatuh terluka
Aku juga selalu ditipu
Aku juga mampu menipu
Kadang diriku rasa pilu
Hati yang merah jadi biru
Aku juga mahu diriku dipapah
Ku tahu yang ku manusia yang bersalah
Mungkin hidupku ini lebih bertuah
Dari mereka yang lain aku berserah
Emosi ku kadang tak pernah tenang
Kadang hati gelap tak pernah terang
Kadang diri ini selalu berperang
Kadang rasa diri tak pernah senang
Semua masalah yang ku cuba buang
Semua kata-kata ku cuba pegang
Sakit aku bukan sakit sendi
Sakit di kepala sakit hati jiwa mati
Ku cuba gelak ketawa
Walau sakitnya di jiwa diri berpagar
Ku buat tanpa sedar
Bagai tidur tanpa mimpi bangun bercalar
Tolong jangan keluar
Wahai diriku yang asing tolong bersabar
Tolonglah aku
Aku juga mahu diriku dipapah
Ku tahu yang ku manusia yang bersalah
Mungkin hidupku ini lebih bertuah
Dari mereka yang lain aku berserah
Tutup mata pegang hati tanya diri
Siapa aku siapa kamu siapa kami
Aku engkau-engkau aku kita kami
Siapa kita siapa aku tanya diri
Ku pinta kau faham
Ku jenis yang tak boleh pendam
Jenis yang berdendam
Sakitnya hatiku digenggam
Mata memandang
Buatku jatuh kecundang
Mulut kau regang
Tak boleh tengok orang senang
Cuma mahu bebas
Ku tidak mahu diboneka
Jiwa ku kebas
Kian hari ku terleka
Hatiku dicantus
Dengan kata-kata mereka
Sakitnya bukan aku sorang
Sakitnya engkau yang menyebar
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.