sumber: google |
aduh kenyang perut aku dengan sebungkus nasi dan se tin nescafe. dua kali minum caffeine. gila betul. hari - hari macam tu aku rasa. dasar. sikit hari lagi masuk metro; peminum tegar caffeine ditemui meninggal saat menghabiskan tegukan terakhir. ha gitu.
aku menulis entri ini untuk sebuah pertanyaan yang masih belum menemui jawapan. tentang isu remeh berbangkit dalam group whatasapp. hahha. entahlah. aku kesian dekat orang. dalam masa sama aku kesian dekat diri sendiri sebab kena melalui situasi sama berulang sejak sekolah; semenjak aku belajar kenal orang atau orang kenal aku. letih.
isu nya cuma aku taknak jumpa diorang. aku menghargai diorang semua sebab sudi datang dari jauh untuk gathering admin CJ; ya ya. aku salah seorang admin yang tak diiktiraf juga, hahahha. cadangnya bulan depan. untuk pengetahuan, aku memang tak pernah jumpa semua. yang lain tu memang dah kawan lama; tiga orang lelaki. cuma aku dengan dia lah yang masih belum kenal semua; sue namanya.
haritu aku turun kuala lumpur untuk menghabiskan masa dengan tasya. aku singgah sekejap dekat tempat kerja sue. jadi itulah kali pertama aku jumpa sue. masa tu aku pakai mask, so sue tak nampak muka aku weyh. make sense tak kalau aku kata dia sebenarnya tak tahu keadaan muka aku macammana? aku tahu dia ada instagram aku, tapi tak sama macam depan - depan.
dalam gambar boleh pilih angle mana aku nak kelihatan 'cantik' dalam gambar. kalau jumpa depan -depan 3D weyh. pusing lah kot mana pun, orang tetap akan nampak kau jendul, nampak kau hidung senget, nampak bibir tebal sebelah, nampak kaki tak sama panjang. aku tulis bukan untuk menghina sesiapa tapi untuk korang yang membaca ni lebih jelas tentang apa yang aku nak sampaikan. aku oku weyh. aduh sesak lah isu ni. sesak dalam kepala. aku tak tahu bagaimana cara terbaik menolak ajakan orang bila orang ajak bersilaturrahmi. aku paranoid tentang kehilangan.
aku adalah orang yang sangat aktif jumpa orang dalam media sosial. sehingga sering menjadi persoalan. berapakah harga sebuah penerimaan? soalan bodoh macam ni timbul sebab aku selalu kena tinggal atas alasan - alasan yag entah apa - apa. orang memang tak tinggal aku, sebab aku yang memilih pergi. kepergian aku adalah kerana mereka tak lagi melayan aku macam awal - awal dulu waktu sebelum jumpa.
kita manusia wak. kita memang selalu kata, kesempurnaan bukan hak mutlak manusia. memang. hakikatnya tuhan bagi akal dan fikiran untuk membuat perbandingan bukan terima semua benda tanpa fikir apa - apa. ye dok?
Tak Yakin Sampai Mati
entahlah. media sosial ajar aku untuk jadi manusia yang selalu berpura - pura. HAHAH. bila aku tengok bigo terus rasa macam wah bestnya kalau aku cantik. boleh buat live sembang - sembang. bila tengok youtube terus rasa macam wah bestnya boleh jadi youtuber. hakikatnya aku noob. bukan noob sebab tak pandai nak guna. noob sebab bodoh taknak cuba.
aku tak yakin. sebab aku oku. entah. aku takut gila orang ejek aku bukan - bukan. kau tahu jela media sosial sekarang kan? even kawan nak video call pun aku boleh gaduh. sumpah aku paranoi. lain macam weyh.
ha lagi satu, aku resdung. boleh bayang tak, baru kenal orang baru lepastu dia kena adapt yang 'orang baru' tu setiap masa kesat hidung dan pegang kain dekat tangan? hahhahahhaa.
kalau perempuan cantik/lelaki mungkin kelihatan comel bila duduk dalam situasi tu. bila perempuan/lelaki yang hodoh duduk dalam situasi macam tu, ofcourse nampak pengotor dan annoying.
sama macam lelaki hensem yang sendukkan nasi kau pakai tangan vs macha yang sendukkan nasi kau pakai tangan. ATAU perempuan cantik yang sedang menebar roti canai vs perempuan hodoh menebar roti canai. mesti auto takde selera kan kalau dapat yang hodoh.
ah aku malas nak cakap. bukan nak shaming2 orang. ni fuckta ni.
memetik kata - kata kawan aku "The girl.. Her confidence is what i admire the most. kalau ada separuh dari keyakinan yang dia ada pun, dah cukup bersyukur dah.
orang nampak aku sangat yakin dengan diri sendiri sebab berdepan dengan kekurangan fizikal sangat besar tapi melalui kehidupan seperti orang lain. ya memang. aku kelihatan 'sempurna' macam tak ada apa - apa. itu untuk kehidupan aku seorang.
bila ia berkait dengan orang lain, contohnya kenal orang baru yang tak pernah tahu kurang aku. agak susah untuk aku mula semula. aku perlu membina kepercayaan. membina keyakinan. percaya yang dia 'ikhlas' walaupun naluri mengatakan tidak. percaya yang kehilangan adalah proses aku mengenal penerimaan manusia ke aku itu bagaimana.
sumpah tak kisah kalau aku kenal orang dalam media sosial seperti wechat, instagram dan laman sesawang lain lepastu dia dah tak sudi kawan dengan aku. cuma aku akan sedikit ralat bila orang yang aku percaya sudi berkawan dengan aku terima kekurangan aku, dengan mudah memilih pergi. waktu tu aku akan rasa aku manusia paling tak berguna sebab memilik untuk bersua muka padahal dah tahu akibat nya akan jadi apa.
berbalik kepada gathering CJ ni. entahlah. aku nak ikut. tapi, taktahu. aku tengok diorang ni jenis suka tolong kawan waktu susah senang. kira berbaloi lah kalau aku jadi kawan diorang dan aku sangat bersyukur tuhan kenal kan aku dengan diorang. dalam masa sama aku bersyukur kerana memilih untuk meninggalkan 7sun dan setuju menyertai clan CJ tanpa ragu. aku dapat hadiah; persahabatan.
KALAU aku memilih untuk jumpa diorang, aku kena bersedia dengan dua kemungkinan. mereka berpura - pura 'berkawan sekaligus menerima aku' pada waktu kejadian dan waktu pulang aku tak lagi dilayan macam biasa. atau mereka memang benar - benar menerima aku apa adanya, berkawan macam biasa macam selalu; bezanya sudah saling kenal.
entah. aku penat nak fikir keputusan sendiri. menolak atau menerima perlawaan.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.