Hanya Sebuah Dinding


Hanya Sebuah Dinding

entri ini wujud saat aku memerlukan seseorang untuk dipeluk dan melepas resah, namun aku sedar yang aku sebenarnya tidak mempunyai sesiapa untuk diluah. ya aku menahan sebak sebelum aku memilih untuk menghidupkan komputer riba. aku menimbang tara apa penulisan yang mahu aku simpankan disini. 

aku memilih tajuk 'hanya sebuah dinding' kerana aku rasa ia begitu sinonim dengan orang seperti aku. atau mudahnya, aku ini adalah sebuah dinding bagi orang lain. mengapa? atas alasan aku manusia yang sering sudi menerima apa jua bentuk kerahsiaan orang, baik kesedihan atau kegembiraan dan kebaikan atau keburukan. 

sudahnya, kesedihan aku? aku lemparkan disini, buat hilang rasa sunyi dan patah hati. entah. aku yang terlalu beria atau aku yang terlalu kisahkan sesuatu. weyh sumpah penat. kalau nak cerita pasal patah hati, tidak kisah lah atas alasan apa pun. mesti hati aku tak upaya nak dikira lagi sebab dah tak wujud dalam bentuk kepingan tapi tinggal serpihan yang dah pecah - pecah. sukar untuk aku gambarkan. 

aku tahu, aku mungkin sekadar manusia yang membesar - besarkan hal kecil. aku sendiri yang melukai aku. bukan orang lain. entahlah. justeru adalah baik jika aku tak pernah punya hati? agar aku tak perlu rasa tersakiti? 

kau tahu apa lagi perkara sedih selain janji yang tidak ditepati? 

tentang kata - kata yang kau susun menjadi sebuah ayat penyata ringkas untuk simpanan dan ingatan aku. kemudian engkau sendiri yang mematahkannya. 

kembali semula kepada aku hanya sebuah dinding. hmm. aku selalu rasa, aku hanya sebuah dinding tempat mereka melepaskan emosi. baik emosi sedih atau gembira. asalkan ia adalah emosi. mereka melakar perasaan mereka ke aku. aku juga, sudi tadah terima. cuma kesedihannya bila, apa yang mereka kata, tak seperti apa yang mereka lakukan. 

ia seperti sebuah kota yang dibangunkan dengan paksi - paksi untuk tegak berdiri, kemudian ditarik satu - satu paksi dan seluruh kota jatuh menyembah bumi. begitulah keretakan yang hati aku sedang terima. sakit. ia tak sesakit seperti sebuah pengkhianatan. ia sekadar sebuah kaca yang pecah kemudian dipaksa untuk kembali bercantum sempurna. tapi tidak mungkin bukan. 

kaca yang bercantum tapi tidak sama itulah 'kesakitan' yang aku alami. 

aku sering menerima kisah kekecewaan orang lain. aku juga sering menerima kesedihan orang lain. ternyata dalam masa yang sama, aku juga dikecewa dan diberi kesedihan dalam bentuk yang berbeza oleh orang yang dikecewakan oleh orang lain. entah. 

aku terfikir, kalau kalau orang yang kecewa lebih menghargai. rupanya sering salah. yang sering dikecewa dan sering merasa sedih juga kadangnya butuh untuk mengecewakan orang lain jika perlu. atau mungkin juga secara tidak sedar kerana ia tidak merasakan hal yang dilakukan itu adalah hal yang akan mengundang kecewa orang lain.

payahnya.

menjadi manusia yang ketika melangkah kaki ke dunia, hatinya ditinggal didalam kamar, agar tersimpan rapi tak diganggu. kadang - kadang aku butuh menjadi manusia yang tak perlu memakai hati saat ke mana - mana.  biar kosong. supaya tidak merasa apa - apa. entah. 

aku juga seperti orang lain. mahu memiliki seseorang yang bisa mendengarkan aku. seperti aku sering mendengarkan orang. tapi itulah. tak pernah ada yang kekal. aku takut. 


aku sekadar penat tak berpenghujung. 


hey, 
ter untuk kamu, 
semoga tuhan menjaga mu baik - baik, 
aku menulis ini adalah untuk kau tahu, 
apa yang sering kau bilang,
sama sekali tidak sama seperti perilakumu, 
ia menyakiti aku tanpa kau sedar, 
aku sedikit kecewa dengan sikapmu begini, 
seolah - olah, 
waktu kau melemparkan kecewaanmu ke aku, 
kau adalah manusia yang benar - benar kecewa, 
namun, 
tanpa kau sedar, 
kekecewaan kau yang kau bilang, 
bukanlah sebuah kekecewaan yang sebenar, 
ia hanya sebuah propaganda, 
yang dapat aku simpulkan, 
kau sedang rasa ditinggal, 
justeru, kau mencari seseorang, 
yang sudi mendengarkan engkau, 
betapa kau benar - benar rasa ditinggal, 
kemudian, saat mereka memanggilmu, 
kau memilih untuk memenuhi mereka, 
lalu meninggalkan aku dan berlalu,
tanpa ucapan pamit.

aku harap, 
kau akan selalu berhati - hati, 
dalam menyantuni kata - katamu, 
agar tak ada yang salah erti. 

begitulah aku, 
hanya sebuah tempah singgah, 
bagi mereka yang kecewa, 
juga pilihan terakhir jika perlu. 

entah. aku cuma kecewa. 
semoga tuhan selalu rapikan hati ini agar tak terlalu  sudi membenci.
aku disini masih ada. 
cuma perlu masa, merawat diri yang luka. 
:')

Post a Comment

2 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.