Raya di Halal Academy


Raya di Halal Academy
sumber: google

masih sempat lagi rasanya nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang menyambut terutama kepada pembaca blog kanvas dakwat yang masih setia disini. terima kasih yang tak terhingga untuk kalian masih sempat ada terus membaca. tanpa kalian, kanvas dakwat takkan dapat sempat bertahan. 

baru perasan rupanya entri hari raya gambar sendiri dan keluarga masih belum ada. nampak gaya esok - esok lah. tertangguh tak bertarikh guys. macammana entah boleh lupa. 

Jamuan Makan - makan Pejabat

setiap tahun memang acara makan - makan sempena raya tak pernah dilupakan. selepas beberapa hari menyambut raya, halal academy mengadakan acara ini secara sederhana. ya ampun makannya, tak terhabis wak. ada spageti, nasi impit kuah kacang, satay kuah kacang, oden beserta isi - isinya, laksa, mihun goreng, pisang cheese, kek dan manisan, entah apa lagi. makannya cuma 10 orang. waktu pulangm semua berbungkus - bungkus. 

hari ini masih lagi panaskan lauk semalam, rendang ayam. 

entri ini bukan berkisar makanan tetapi entri bergambar. disebabkan pejabat ni mempunyai studio, jadi kitorang sebagai staff ambil kesempatan untuk guna apa yang ada . hahahaa. sebaik bos baik, eh. jadi inilah hasilnya. 

Gambar Raya GAE

Raya di Halal Academy

logikalnya, pejabat aku cuma mempunyai sepuluh orang staf sahaja (termasuk bos). tapi kita semua kalau buat kerja macam superhero. haha. tak caya? percayalah. kita semua 'kuat' dalam hal - hal pejabat. orang lain mesti tak percaya. dalam gambar ni tak ada bos, sebab bos malas. dia tak suka gambar - gambar ni. 

jadi, ni cuma gambar kita - kita je. 

Raya di Halal Academy
pekerja terbaik 2019

apa salahnya aku memuji diri sendiri di entri ini. hahaha. aku dah bersama syarikat ini baru tiga tahun. ada banyak manis berselang seli pahit yang mewarnakan hari - hari aku disini. pejabat dah macam rumah kedua selepas rumah mak. walaupun tak banyak masa dihabiskan disini, selalu ada rindu yang tertinggal kalau laa tak masuk pejabat. 

Kakak Syue

Raya di Halal Academy
kakak syue

ini kakak syue. kebanyakkan gambar dekat sini, semuanya pakai iphong dia. sebab tu lawa. hikhik. tatau lah. dari awal kenal, dia tak kedekut barang. ni bos tau. bos. hahah. selalu kalau date dengan dia, mesti aku akan pinjam telefon dia untuk hantar gambar pakai gmail. aku ni kalau bab gambar, aku tegas sikit. kalau gambar tak complete, aku akan minta sampai complete. nak marah, marah lah. hahahhaha. sebaik la bos bagi je pegang telefon dia tanpa prejudis. 

aku rasa aku malas nak komen dengan siapa aku rapat. sebab setahu aku, dengan semua aku rapat. HAHAHHA. semua orang ada rahsia aku. rahsia kecik atau juga rahsia besar. 

terima kasih kak syue. 


Kakak Noi

Raya di Halal Academy
kakak noi

kakak noi ni selalu kata dia tak pandai masak. bla bla bla. end up, walaupun dia puasa dia mesti akan bawakkan bekal untuk aku makan dari air tangan dia. dia tau aku suka makan apa. dia tahu apa aku suka apa aku tak suka. dia tahu banyak perkara. gosip pun selalu dengan dia. masalahnya bukan dia je, orang lain pun sama. selalu gosip. ah entah. hahha. tapi kak noi suka shopping, dia suka kucing. 

dalam masa sehari, lima enam parcel dia je. sampai abang posmen dah hafal nama aku dan nombor ic depan. kau rasa? AHAHHA.


Kakak Jannah

Raya di Halal Academy
kakak jannah

kakak jannah di pejabat merangkap ibu - ibu yang sering memberikan tips kesedaran kesihatan dan kecantikan. seorang yang memahami keperluan anak - anak. selalu marah "miza, takkan lah nak halakan penghawa dingin dekat diri sendiri pun nak kena tanya. alih jelah." dengan kak jannah ni selalu minta pendapat untuk hal - hal dewasa. 

yela. aku tak tahu macamana cara nak jadi manusia yang berumur dua puluh lima secara normal. aku selalu tanya soalan bodoh. "kak, selalu umur dua puluh lebih nak nampak dewasa macamana." begitulah selalu. 


Fathihah

Raya di Halal Academy
fathihah

kenal fatihah melalui sebuah program dan dia diserap masuk ke sini. mula - mula aku takut juga nak berbaik dengan dia. yela, aku yang kena 'jaga' peserta program tu punya assignment. diorang dah budak degree diploma. hawak tak ada apa. umur pun lebih kurang. jadi macam tak boleh nak lead. 

sekali dia kena duduk meja sebelah lah pula, pishang. hahahha. entah macammana, lama - lama baik. boleh manja - manja. eh. fathihah ni dia suka buat kelakar tak diduga. hahhaa. entah. kelakar. 


Kakak Shira

Raya di Halal Academy
kakak shira

kakak shira ni orangnya tersusun. taktahu nak terangkan, tapi dia sangat tersusun. jarang ah berbual dengan dia, sebab dia macam high level. haha aku takut sikit. cara dia bercakap pun aku suka dengar. walaupun berbual biasa. aku rasa macam dia baca skrip, dah susun cantik - cantik ayat. 

tak sangka, dia sama minat! suka puisi suka buku. ada zine. hahahhaa. tak boleh relate perwatakkan dia dengan apa yang dia minat. cuma dia punya puisi macam lebih inggeris. aku banyak bahasa melayu. dah itu je yang aku tahu. 


Nazurah

Raya di Halal Academy
adik nazurah

nazurah adalah adik - adik yang pernah intern dekat syarikat ni. jujurnya, aku jarang berbual dengan adik - adik intern. tak reti ah. malu takut orang tak layan. aku ni dah manje. HAHAHH. aku selalu ada persepsi yang buruk dekat orang. takut orang tak menerima. so, aku memang dipandang sebagai kakak sombong sebab tak pernah bertegur dengan diorang. 

bukan sombong, tapi malu. senang cerita tak friendly. entah. taktahu. hahahha. berbual bila perlu. so, nazurah kerja dekat sini. tu pun boleh kira berapa kali je berbual. not bad sebab aku dah 'banyak' cakap dengan dia. hahah sebab dia dah jadi staf sini. 

yela, kalau aku borak dengan budak intern nak sembang apa? aku punya tajuk selalu budak - budak. siapa je la yang nak layan. sebab tu selalu menjadi persoalan. nak jadi dewasa yang berumur dua puluh lima bagaimana? 


Raya di Halal Academy
khairul akmal

lupa terus ambil gambar berdua dengan khairul. hahaha. sebaik ada gambar ramai - ramai ni. boleh lah lekat dekat sini.  kalau ikut dia pernah datang meeting. entah macamana, dia boleh kerja dekat sini. waktu meeting tu cara dia bercakap macam orang yang ada wawasan. 

sekali dah kerja, gila - gila juga. hahhahh. suka cari pasal budak ni. aku syak dia dah berpunya sebab dia pakai cincin silver yang kapel selalu pakai. kah. nampak sangat aku perhati orang sekeliling. 

heeee. aku rasa itu je cerita raya di halal academy. 

terima kasih untuk kenangan manis berselang seli pahit yang memenuhi ruang hidup. semoga semua selalu ada untuk hari kedepannya. 

Post a Comment

0 Comments