selamat petang kawan - kawan. kalau nak ikutkan entri ini ditulis semalam, bukan hari ni. disebabkan aku lalai dan menjalani kerumitan pada hari semalam, aku memilih untuk membiarkan sahaja semalam berlalu tanpa melakukan apa - apa. semalam juga aku mengalami kesedihan tanpa arah tuju. tiba - tiba sahaja aku melambatkan urusan makan dan memilih untuk tidur. mood aku terbang dan pulang lewat ke sarangnya.
yang sebenarnya cuma mampu memejam mata lebih kurang dua jam berlalu dan membiarkan kepala menganyam duka entah siapa - siapa. ada air mata yang tumpah. aku taktahu itu isunya apa. aku biarkan dan malas ambil tahu.
siang semalam aku menjalani rutin seperti hari - hari biasa. tiada yang luar biasa atau indah. pulang dari pejabat aku singgah menjemput kawan aku; cyra. cyra meminta aku singgah di pasaraya jika punya kelapangan masa untuk membeli barang keperluan anak yang harus diganti baru. aku turutkan sahaja permintaannya.
Sesi Mengenang
2012 |
beberapa hari lepas, facebook telah mengeluarkan notifikasi berkenaan status lama; tahun 2012 jika tidak salah. sengaja aku meninggalkan komen distatus tersebut supaya kawan aku notis wujudnya status tersebut walaupun tahun sudah berganti tahun.
kami bualkan hal tersebut sepanjang di pasaraya. kami gelak macam tidak ada hari esok seolah waktu bergelak ketawa itu adalah ditahun 2012. aku tak tahu kenapa, putaran waktu sepanjang kami berdua disitu seolah - olah membawa aku ke masa lalu.
masa lalu aku dan cyra. entah kenapa hal sekolah memenuhi ruang legar pasaraya. mengingatkan semula aku tentang kenangan - kenangan sekolah dan siapa yang masih sudi menjalani hidup menyimpan aku pada masa depan. tentang hal - hal sederhana yang dirai bersama. tentang hujan panas yang kami redah berdua. tentang orang - orang yang pernah dibenci. tentang orang - orang yang kami sayang.
aku tak tahu aku mahu menulis apa disini. aku cuma sedar, betapa setiap tulisan aku pada hari ini adalah hal - hal yang akan menterjemah kenangan aku dimasa depan. ada banyak yang aku tuliskan tentang cyra. cuma blogspot tidak mampu mengeluarkan semua carian atas nama cyra, itulah kesedihannya.
cuma ada beberapa entri sahaja, aku kongsikan disini.
(update)
selepas beberapa minit menyiarkan entri ini, aku menjalani rutin biasa mengambil cyra ditempat kerja. sewaktu perjalanan mahu ke sana, imaginasi aku dalam kepala penuh dengan bayang - bayang lama. aku teringat pada 2011 (mungkin), aku kecelakaan motor bersama cyra di ijok, kuala selangor. sadis bodoh.
waktu itu aku gopoh mahu ke sekolah sana, mahu mengutip sijil - sijil lama. perjalanan tak dirancang. tidak punya wang. objektifnya cuma mahu ambil sijil dan pulang.
(anggaran sahaja) dengan hanya berbekalkan wang dua orang ditolak tambah kira - kira berjumlah rm10 atau mungkin kurang dari rm10, kami bertolak ke kuala selangor (smk seri tanjong) dengan menaiki motorsikal keluarga cyra secara sembunyi. tidak ada lesen!
entah macammana laluan yang dipanggil ular (bersimpang siur) berdekatan kuil itu, berbatuan dan pasir pasir menghias jalan raya seolah - olah menjemput kami berdua untuk mencium mereka. barangkali kita akan 'jatuh'.
tidak sampai beberapa saat, motor kami mengheret jalan. demmmm. dua orang abang askar membantu kami dan bertanyakan soal lesen. kami diam membatu. huhu.
lengan baju aku koyak. luka menghias tangan secara total. aku tak ingat siapa yang membonceng atau siapa yang bawa. entah. selepas menyapu pasir debu di baju, kami teruskan perjalanan hingga ke destinasi sambil mengimbau situasi yang terjadi tadi. (aku lupa motor apa).
angin begitu mencucuk luka - luka yang masih basah. menyesal tiba - tiba. di persimpangan lampu isyarat, tiba - tiba sahaja motor kami seperti gelong. rupanya tayar pancit. dem! malapetaka betul. orang yang aku hubungi waktu itu adalah kakak fatin.
di sekolah, kami terus ke tandas dan saling tukar baju sesama sendiri. luka di tangan aku yang sedikit teruk harus disembunyi. aku tak mahu disoal sesiapa. aku pakai tshirt cyra yang berlengan panjang untuk menutup tangan. dan cyra pakai baju aku.
selepas itu aku berjumpa guru untuk mengutip sijil. habis selesai urusan, aku habiskan masa bersama kawan - kawan. mereka sendiri terkejut. sejauh ini ya perangai kami. dasar. itu sahaja moment yang aku ingat ketika itu.
memang kelakar jika dikenang. tidak punya wang. hanya berbekal semangat iltizam dan kami berjaya mengharungi 128km tanpa lesen berdua dengan motor lama. gila! itu kerja gila.
__
aku selalu punya sangka buruk ke tuhan tentang siapa yang tuhan wujudkan untuk aku menjalani kehidupan hari mendatang. aku boleh bilang berapa saja manusia yang tuhan pinjamkan untuk aku sehingga aku merasakan dunia aku banyak lopong; tidak seperti manusia lain.
aku tak pernah sedar dan selalu lupa. tuhan menitipkan aku manusia yang cuma seberapa, yang boleh dibilang dengan jari itulah. manusia yang akan kekal dalam balang kaca sampai bila - bila. yang tak pernah rasa nak lari untuk menjalani hidup baru dengan 'kenangan' lain. entah.
aku dapat merasakan aku menjalani kedewasaan aku dengan ditemani perempuan baik macam dia. weyh nak nangis T_T. dah nangis dah. lama aku berhenti dekat titik atas. sebab nak sudahkan air mata. aduh cengengnya aku bila cerita pasal orang yang 'hidup' dalam diri aku.
terima kasih kakak, saudara perempuan paling rapat. yang paling sudi jadi kakak aku. yang sudi buat aku rasa aku ada kakak walaupun masa kita kecik dulu kita pernah gaduh tarik rambut macam akan benci seumur hidup. hahahhahaha. terima kasih sudi tolong masa susah. terima kasih walaupun dah kawin dah ada anak, masih layan aku sama macam dulu. T_T nangis lagi. sedih nya. ciwek betul.
terima kasih cyra, sudi singgah penuhkan masa lalu aku. dan untuk semua waktu - waktu kau yang aku pinjam dalam meniti sebuah kedewasaan. semoga aku panjang usia untuk balas balik semua waktu yang kau pinjamkan untuk aku.
Maaf? Entah
orang - orang yang pernah aku simpan dalam balang kaca kemudian pergi; hanya untuk mendapatkan 'kebebasan' memilih, kini datang kembali. entah. dulu aku jaga 'rapi', tak pernah pula dihargai. sekarang rasa sunyi, baru tahu. hal - hal yang tak dimiliki, seharusnya dijaga. agar dimasa kedepannya tidak rasa hilang, walau ia tak pernah pulang.
begitulah hidup.
hanya akan rasa kehilangan disaat sudah tiada.
peluang kedua? entah. takut. tak tahu lah.
semoga tuhan sudi menjawab semua soalan - soalan aku yang tertangguh.
hmm. patutlah emosi semenjak dua menjak ni. rupanya hari perempuan aku tiba. aku tak larat nak rai. letihnya menjadi seorang perempuan. harus menyusun emosi disaat tak bersedia. hmm
1 Comments
Kenangan lalu yang membina kita hari ini :)
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.