semua orang tahu yang aku dengan dia kawan sejak sekolah rendah. darjah satu barangkali. kenal kami cuma dibawah pokok ceri. tak ada babak dalam drama. cuma skrip budak kecik "Eh, awak yang mengaji dekat rumah Cik Jah tu kan?"
ya dari situ kami kawan. sampai sekarang. gaduh? Pernah. paling bodoh masa darjah 4/5. weh lawak. tak sangka dah besar kau Cyra. sekarang dah jadi emak - emak. tak dapat lah nak duduk satu #gengbujang. sorry lah masa kau nikah dekat masjid aku tak menangis. bukan tak sampai feel. tapi sebab aku tak dengar apa yang tok kadi merepek dekat depan.
sebab aku selalu baca pengalaman orang, bila tok kadi baca khutbah nikah rata - rata orang dekat belakang jadi sebak. ni semua microphone punya pasal. masa tu memang tak rasa apa - apa langsung tentang kehilangan.
sampailah lepas habis photoshoot, aku rasa kita bakal jauh. sebab kau dah ada kehidupan peribadi yang lebih utama dan berkepentingan. masa tu aku baru nak rasa sedih.
kehilangan --
Majlis Berjalan Lancar
aku dah dicop untuk jadi bridesmaid sejak sekolah menengah lagi rasanya atau mungkin lebih awal. aku dah tak ingat. berkali - kali juga aku tolak. logiknya bridesmaid akan wujud dalam kepingan gambar masa photoshoot pengantin. ah!
aku tak suka nak jadi perosak yang merosak gambar bahagia orang lain. nanti kena buat gaya apetah yang aku rasa aku tak yakin nak buat. sebelum ni aku kena jadi bridesmaid Amira (tapi aku tolak. aku tak yakin) dan akhirnya, aku iyekan jela untuk jadi pengapit Cyra.
ucapan dekat buku aku dah tulis, dekat instagram dah tulis. tinggal nak abadikan gambar dan tulisan di blog. tengah buatlah ni.
tapi sebelum tu Cyra, aku harap kau tak menyesal pilih aku sebagai kawan dan bridesmaid di hari penting kau. yang mana tak puas hati sebab tak jadi macam yang dah dirancang tu, kau let go jela. hahahah benda dah lepas kan jangan dikenang.
mungkin tuhan dah tulis perancangan yang lebih baik dan segalanya dah sempurna.
walaupun ada masalah - masalah kecil yang mengganggu sebelum dan ketika majlis, akhirnya majlis ni tamat tanpa ada sebarang pertumpahan darah atau pertengkaran kecil. syukur --
macammana rasanya jadi puan? mesti aneh. sebab aku nak panggil kau puan pun rasa macam nak patah je lidah yang lembut ni.
Semoga Bahagia dengan Pasangan
bridesmaid |
jadi inilah muka - muka bridesmaid. aku kenal semua. jadi tak rasa kekok nak berbual atau acah - acah kenal. isu bridesmaid ni yang paling banyak masalah. dari awal nak beli baju sampai lah esok nak majlis. nasib baik pengantin steady je nak terima semua benda.
yang buat orang tu, nanti kalau kena balik orang buat kau nasib la eh. hahahahhaha. kbye --
hai Cyra,
semoga bahagia dengan pasangan yang kau pilih untuk jadi syurga masa depan.
jadi isteri yang paling ada untuk setiap waktu setiap saat setiap degup dada.
mimpi paling sempurna setiap kali dia terjaga.
menyediakan wajah yang paling indah ketika dia sedang lelah.
bersarapan dengan senyuman paling manis dan secawan kopi panas.
akhir kata.
jangan leraikan sisa kenangan yang cuma kita ada dan rasa.
aku sayang kau.
aku tak tahu mana dulu yang aku akan aku lalu.
samaada bertemu tuhan atau.
bersanding atas pelamin macam kau dulu.
mohon kau ada waktu.
untuk keduanya.
terima kasih sepanjang kita kenal.
Reunion PK SM Vokasional Shah Alam (2011-2012)
antara majlis kenduri kawin dengan open house, majlis kenduri kawin lagi ramai kawan lama yang datang. sebab hari penting kan? kawin pun cuma sekali. dia takkan jadi berkali - kali kecuali kalau memang orang tu sejenis suka bersanding banyak kali. hahahaa.
cyra maaf sebab lari sekejap tinggalkan majlis. aku mengenang kenangan di rumah amin. kebetulan amin pun buat open house. jadi lepas kawan - kawan PK habis makan, diorang gerak dulu. lepastu aku menyusul dengan Ziha dan Anis.
Cikgu Voksha |
Okay ni Puan Hamidah Saiat, guru Programming Development Tools yang aku pernah cerita dekat entri selamat hari guru 2016. throwback sikit lah. zaman sekolah memang cikgu jarang marah. kalau marah dia diam, lepas tu muka merah. maaf cikgu kalau selalu buat cikgu marah dan sakit kepala.
antara cikgu yang best dan memahami. suka support apa pun student dia buat. suka bagi semangat macam emak - emak bukan sebagai cikgu. sebab tu rasa dekat. cikgu ni memang selalu ada untuk majlis penting kalau dijemput dan kebetulan tak sibuk. terima kasih cikgu untuk selama mana yang cikgu ada.
kawan baik |
ini Akid Akram. aku pernah tulis entri tentang dia
dari sekolah sampai habis sekolah dia masih ada kekal. dan aku faham kalau mana - mana kawan aku sibuk dengan urusan peribadi dan masih punya waktu yang terselit untuk aku. kenangan? akid sama macam cyra. walaupun aku kenal cyra lebih lama dari aku kenal akid, kenangan tu macam - macam ada.
salah satunya? merewang balik sekolah lepak alam sentral yang tak ada pape tu. pusing satu shah alam sebab malas nak tunggu bas jalan arah balik. duduk kedai 3 4 jam cuma minum satu cawan air di tealive. jatuh basikal masa eksited nak rakam video naik basikal. banyak la banyak.
Badz, Anis, Zieha, Ammar, Acap, Haziq, Farisya tak ada dalam gambar |
dari kiri (belakang) Hakim, Ammar, Haziq, Acap, Akid, dari kiri (depan) Azri, Amin, Jijul, Mirul, Cyra, Mieza, Mai, Anis, Alyn, Fara, Zieha Dayah, Farisya tak de dalam gambar |
terima kasih Amin, jemput open house |
ada spageti, soto, mee kari. mampu makan mee kari je. sebab dah kenyang. soto tu dah fevret tau. mampu curi sikit dekat mangkok orang sebelah je la.
terima kasih semua yang hadirkan diri ke majlis Cyra. setelah sekian lama tak jumpa. terima kasih punya ruang untuk datang walau sekejap. bagi pihak Cyra, maaf mana yang kurang mintak halal ye.
biar jauh dan tetap bersambung
sampai penghujung
untuk entri perempuan itu, dua dah lepas. lepasni giliran siapa?
11 Comments
Cantiknya baju pengantin. Pink gituww. Selamat pengantin baru buat kawan awak :)
ReplyDeleteIka datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/07/movie-review-eiffel-im-in-love-2-2018.html
ala - ala princess gitu
DeleteAlhamdulillah..syukur..giliran Mieza sampai juga nanti..aamin.
ReplyDeleteinsyaallah
Deletesemoga pasangan bahagia hingga akhir hayat..
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
done join. tq ejulz
Deletesyok baca..
ReplyDeleteheeee
Deleteseronok bila ada kawan baik. moga kekal selamanya. :)
ReplyDeleteterima kasih . harap macam tula
Deletejarang jumpa gadis puitis sekarang ni. hehe
ReplyDeletememang bila dah besar semua buat haluan masing-masing, tapi just a few yang kita betul-betul rapat tetap berjumpa at least setahun sekali. masa tu kita faham, tak perlu jumpa hari-hari tapi semua tahu kita sayang each other.
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.