Selamat Hari Guru
Tahukah engkau. Sempena hari guru ni. Cuma nak cakap. Kelakar bila cikgu sekolah yang pernah mengajar dulu lebih pandang anak murid yang dah berjaya, yang punya kenderaan mewah, yang punya kejayaan banyak, yang punya pekerjaan bagus, yang punya gaji tinggi, yang punya sijil sijil besar. Sedangkan yang tidak bagus ini walau dirinya tidak berjaya punya banyak wang, kereta mewah. Namun dia sedang bergelumang dengan sebuah kehidupan orang lain agar ia kelihatan lebih beerti. Tanpa mempedulikan bagaimana kehidupannya sendiri. - Mieza Suhaini
Mari aku kongsikan sedikit cerita yang tidak pernah orang kisah tapi sedikit mengecilkan hati aku. Ketika aku tingkatan satu sehingga tiga (baca: dari tahun 2008 - 2010) aku banyak menghantar karya penulisan yang tak seberapa ke majalah sekolah. Dan kesemua karya tersebut diterbitkan walaupun mereka menggunakan istilah tapisan. Penulisan aku bukan berunsur lucah atau politik atau mana - mana hasutan. Sementelah, bukan keseluruhan pelajar akan menghantar karya untuk dimuatkan ke dalam malajah. Ustazah (baca: aku lupa namanya) merupakan orang yang bertanggungjawab penuh ke atas sebarang yang berkenaan majalah siap berpesan kepada aku, katanya dia suka aku menulis. Dia suruh aku hantar banyak lagi karya. Dan jangan pernah berhenti menulis. Sampai harini aku begitu menyimpan kata - kata azimat tersebut.
Sehinggalah bila aku masuk tingkatan empat dan lima. Aku berpindah ke sebuah sekolah. Aku menghantar begitu banyak karya. Namun, banyak yang tidak dimuatkan ke dalam majalah. Berfikir juga aku. Mungkin ada kesalahan - kesalahan yang aku telah lakukan. Jadi, bila majalah sekolah dikeluarkan. Aku tengok tidak ramai pun yang menghantar karya. Ruangan karya sangat hambar. Sepatutnya penuh. Aku sedih betul. Dan mereka semua langsung dan tidak pernah menghargai karya dan tulisan - tulisan aku.
Sehingga ke hari ini aku teringkat Puan Hamidah Saiat, guru Programming Development Tools (baca: wah siap ingat binti lagi). Aku rasa dia satu - satunya pernah baca tulisan cakar ayam aku di atas sekeping kertas yang dilipat kecil. Entah pujian ikhlas atau menyedapkan hati. Tapi aku rasa dia satu - satunya yang menyokong aku untuk terus menulis. Terima kasih cikgu. Kerana pernah menyokong saya suatu ketika dulu.
1 Comments
Mesti Kechik ada pengalaman yg kurang indah kan pd zmn sek dulu. Sbb itu Kechik dah berjaya sekarang..
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.