Memang Tak Ramai, Tapi
Tiga hari aku cuti, macam - macam jadi dalam hidup. Kadang rasa down gila. Sampai orang sanggup tipu kemudian tinggalkan aku. Lepastu ada lah yang carik aku balik sebab nak menuntut benda yang dia tak pernah dapat. Orang macam ni pun ada eh dalam dunia. Sepatutnya orang macam ni jadi pelindung, bukan menjadi kan aku bertambah rasa macam nak mati -_- dan hidup dalam takut dengan bayang - bayang sendiri.
Nasib baik semalam, dapat jugak aku luahkan apa yang aku simpan dekat seseorang yang aku percaya -- Akid. Kawan sekolah sejak tingkatan 4 dulu. Dia pun dah berabad tak jumpa. Tapi alhamdulillah lah. Masih sudi luang masa untuk aku. Berbuka puasa sama - sama. Aku percaya dia sebab dia faham apa yang aku cerita. Sebab aku dengan dia sama. Tak ada beza.
Jadi, logiknya. Bila aku fikirkan balik. Bila ada yang sanggup buang aku dan tipu aku, aku patut bersyukur walaupun tak ramai tapi kualiti kawan yang aku ada ni sangat bagus. Ye kan? Buat apa ramai - ramai kalau semuanya tak guna dan tak boleh pakai. Akhirnya, aku membuat kesimpulan dan bersangka baik dengan tuhan. Bahawa ramai tak menjanjikan bahagia, sedikit tak mengundang duka. Aku harap lepas ni dah tak de orang gila masuk dalam hidup aku. Aku tak mahu dah jadi lemah gemalai mengingatkan detik detik kecewa.
6 Comments
Wish you and akid will always be friends forever till jannah....
ReplyDeleteCheers.
positif2! caiyokkk
ReplyDeleteYeah you go girl! Never give in.
ReplyDeletestay strong
ReplyDeletePengalaman semua tu. Masa ni baru tau mana satu kawan mana satu lawan.
ReplyDeletestay strong and move on...
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.