- April 30, 2018
- 1 Comments
Jika selama ini kau menganggap cintaku hanyalah seperti sebilah pisau yang hanya mahu membunuh jiwamu, maka kau salah. Aku adalah molekul - molekul darah yang mahu bercantum dalam batang tubuh mu agar aku kekal ada dalam dirimu meski dalam tiada
Jika selama ini kau menganggap hatiku adalah panah yang akan mematikan rasa dalam hidupmu, maka kau salah. Aku adalah keringat yang mahu mengalir dalam setiap empat kerat tulang yang kau kerahkan untuk pencarian hidup esok hari.
Jika selama ini kau menganggap aku adalah duri yang menyucuk kulitmu sehingga berbalam, maka kau salah. Aku adalah bunga yang mahu mekar dalam setiap degup nafas mu.
Jika selama ini, aku selalu salah dimatamu. maka jangan pejamkan mata dan lihat lah aku yang sedang berlapang dada. Menanti harap kau percaya aku bukan seperti anggapanmu.
- MiezaS
- April 30, 2018
- 0 Comments
The external world is a canvas where you paint with the colours of your soul.
Michael Beckwith
- MiezaS
- April 30, 2018
- 0 Comments
Sejauh apa pun kita berkelana,
Dalam hati kita,
Takkan pernah mati,
Waktu - waktu senda.
Yang namanya K e n a n g a n.
- MiezaS
- April 30, 2018
- 0 Comments
Aku mahu dikenang orang lain sebagai sesuatu yang istimewa, bukan sebagai sesuatu yang malang.
- MiezaS
- April 30, 2018
- 0 Comments
Di daerah asing,
Kita duduk di pelantar,
Untuk melepaskan lelahnya
Sebuah perjalanan.
Yang akhirnya,
Kesal dengan kegagalan,
Terbang menghentam,
Hati - hati kita.
- MiezaS
- April 30, 2018
- 1 Comments
- April 30, 2018
- 0 Comments
Laut biru yang terdampar di sudut mata,
Tak sedikit pun menggugat perpisahan kita waktu lalu,
Walau ombak dan debu pasir menjadi saksi pertelingkahan kita,
Hanya kerana dia
Aku harap angin membisikkan kesakitan,
Didadamu yang pernah dulu,
Melupakan aku.
- MiezaS
- April 30, 2018
- 0 Comments
- April 30, 2018
- 0 Comments
Dapatkah aku melukiskan cinta
menerangkan sejuta rasa
seperti nota dalam mimpi indah
dikau kekasih selamanya
selagi jantungku terus bergetar
selagi nyawaku masih bersama
akan ku terus mencintai kamu
walau jalannya ku lalu berliku
biar ditimbus gelisah derita
ku mahu bersama
ku mahu bersama
seperti angin kau hembusan rasa
menerbangkan titipan hati
seperti madah dalam kamus cinta
ungkapan itu kupersonakan
(bersama)
selagi jantungku terus bergetar
selagi nyawaku masih bersama
akan ku terus mencintai kamu
walau jalannya ku lalu berliku
(selagi jantungku terus bergetar)
selagi jantung
(selagi nyawaku masih bersama)
selagi nyawa masih bersama
(akan ku terus mencintai kamu)
(walau jalannya ku lalu berliku)
walau jalannya
biar ditimbus gelisah derita
ku mahu bersama
- April 27, 2018
- 0 Comments
Masih disini kabur mencari
Resahku hadir dalam kelam dan kecewa
Tak ku mengerti mengapa mimpi
Lebih sempurna dri nyata tak bermaya
Percaya pasti lesapnya sepi hadirmu menyinari
Dibalik tinta termaktub sudah terikat kasih kita
Mengejar rindu ini
Dalam menyepi ku mencari
Kenangan ku menunggu
Mimpi indahmu hadir mekar selama
Tak mungkin berpisah jauh
Cintaku untukmu
Tak ku mengerti mengapa mimpi
Lebih sempurna dri nyata tak bermaya
Percaya pasti lesapnya sepi hadirmu menyinari
Dibalik tinta termaktub sudah terikat kasih kita
Mengejar rindu ini
Dalam menyepi ku mencari
Kenangan ku menunggu
Mimpi indahmu hadir mekar selama
Menyinarnya kasihmu
Dalam tulusku menyintamu
Tak mungkin berpisah jauh
Cintaku untukmu
Bukanlah tanpa liku perjalanan kita
Dalam kalut dan resah menduga segala
Namun janji cinta ini
Kita mengukir takdirnya bersama
Mengejar rindu ini
Dalam menyepi ku mencari
Kenangan ku menunggu
Mimpi indahmu hadir mekar selama
Menyinarnya kasihmu
Dalam tulusku menyintamu
Tak mungkin berpisah jauh
Cintaku untukmu
- April 26, 2018
- 0 Comments
Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku membuktikan
Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku persembahkan
cinta yang kau pinta
menurut telahanmu
Tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu
Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku meruntuhkan
Egomu yang sering menggunung
Dan menolakku jauh darimu
Dimanakah ia
Tempatku dihatimu
Tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu
Tak mungkin ku sekalipun akan mengalah
Demi cintaku
Kucoba tuk menjadi yang terbaik
Hanya untuk dirimu sayang
Takkan pernah ku mengalah
Untuk menjadi yang terbaik
Tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu
Tak mungkin ku sekalipun akan mengalah
Demi cintaku
Kucoba tuk menjadi yang terbaik
Hanya untuk dirimu
Andai kau menyedari
Besarnya cinta ini
Dan ku terus menanti
Kata akhir darimu
- April 26, 2018
- 0 Comments
Saja nak kongsi pengalaman makan domino's pizza yang baru tu. Ala yang ala korean tu dia punya rasa. Ha Samyeang Beef Pizza, Samyeang Chicken Pizza, dan Samyeang Tuna Pizza. Tak lupa juga Ayam Haseyo yang meletops. Korang pernah rasa tak?
3 jenis pizza dan Ayam Haseyo ni memang letak sos samyeang. Sos samyeang ni memang terinspirasi dari kombinasi Korean iaitu manis, 'tajam' dan pedas. Pernah makan maggi samyeang ramen? Walaupun pedas berdenyut lidah, tetap juga kau nak nak sumbat maggi tu kan? Padahal air mata dah laju turun.
Sos Samyeang Dominos Pizza
Macam tu juga lah pizza dominos yang baru ni. Haritu makan sebelah akak ni, nangis dia. Sambil makan, sambil lap air mata. Kesian betul. Masa makan tu tak rasa sangat. Bila pizza tu dah habis nak sumbat suapan yang seterusnya, masa tu lah. Uihhh. Tak tahan.
Tapi nak banding pizza dominos yang letak sos samyeang ni dengan maggi samyeang ramen, yang tu lagi pedas gila! Pizza ni ala kadar je. Hehehe.
Korang yang memang acah - acah kpop ke, kaki korea ke, kaki pedas memang patut cuba. Tengok boleh pergi ke tak makan pizza dominos Samyeang Pij-ja yang baru ni. Oh tak lupa juga kepada promosi Super Tuesday dimana korang boleh dapatkan pizza dominos Samyeang Pij-ja bersaiz peribadi dengan harga RM3.90 sekiranya membuat tempahan secara atas talian. Atau bawa pulang pizza dengan RM4.90 jika membuat tempahan di kaunter.
Pada korang yang berkenan sangat dengan sos samyeang ni, boleh lah beli dengan harga RM19.90 untuk setiap 500ml bagi pembelian pizza domino's ala carte. Kalau nak beli sos samyeang sahaja harganya cuma RM24.90. *sementara stok masih ada.
Masak Menggunakan Sos Samyeang
Alang - alang dah merasa pizza dominos Samyeang Pij-ja, korang boleh cuba resepi resepi melayu + korean. Bagaimana? Hanya menambah sos samyeang dalam masakan dengan menggantikan sambal secara keseluruhan atau letak beberapa sudu sebagai penyedap rasa.
Diingatkan sos samyeang adalah kombinasi dari perisa manis, tajam dan pedas. Mungkin boleh buat tomyam, sambal ikan dan lain - lain. Syiok lah lepas ni.
Kreatif memasak tak? Boleh lah berjinak - jinak masuk dalam cabaran #Samyeangkan! Macammana? Boleh baca dibawah.
Cabaran bersama #Samyeangkan
Mudah je weh.
1. Cuma perlu tambahkan sos samyeang dalam setiap masakan seperti ayam masak merah dan pelbagai lagi mengikut kretiviti masing - masing. Kalau taknak masak pun boleh.
2. Mungkin boleh guna sos samyeang sebagai sos cicah keropok lekor. Sedap uii untung orang yang tahan pedas!
3. Kongsikan bagaimana korang menyediakan makanan tersebut (resepi) menggunakan sos samyeang dan letakkan hashtag #samyeang #samyeangkan dalam setiap posting cabaran tersebut
4. Setiap penyertaan yang kretif akan memenangi Domino's Pizza bernilai RM200.
5. Cabaran #Samyeangkan akan tamat pada 26 April 2018 pada jam 11.59pm
6. Jangan lupa setkan akaun anda ke public!
7. Selamat mencuba dan menang.
Domino's Pizza Malaysia
Website : www.dominos.com.my
Facebook : www.facebook.com/DominosMY
Instagram : www.instagram.com/dominosmy
- April 24, 2018
- 2 Comments
![]() |
Sumber gambar; google |
Entahlah. Aku rasa macam nak kerja partime je hari Sabtu dan Ahad. Biar tak ada ruang untuk aku berfikir yang aneh - aneh, yang menyakitkan hati, biar aku sibuk, biar aku punya lebihan wang belanja.
Lagipun duduk dirumah bukan buat apa. Asyik ulang - ulang benda sama. Kalau dah terlalu bosan, aku bikin mimpi cuma. Itu pun belum tentu ada mimpi yang mahu singgah.
Aku kadang lelah memikir hidup yang belum aku jalani. Entah.
Buat Keputusan Releven
Aku harap apa pun kata yang aku putuskan, akan menambahkan kedewasaan aku. Baik atau buruk impaknya kelak. Semoga apa pun nanti aku putuskan, aku dapat terima dengan hati terbuka walaupun kiri kanan menegah.
Tak Boleh Berpatah Semula
Bagi aku, kalau macam tu kau cakap. Macam tu lah selamanya aku anggap. Contoh bila kau bagi aku ayat 'taknak bagi harapan'. Kuat mana pun tali yang mengikat perasaan aku dekat kau, aku sendiri yang akan putuskan atas sebab kau tak pernah yakin.
Walaupun waktu itu, kau mengeluarkan kata yang meluncur laju tanpa sempat kau proses hasilnya. Aku tak peduli. Bagi aku kalau kau perlu masa untuk berfikir bagaimana, ambil sebanyak waktu kau mahu. Bukan menjawab sekadar ada. Jangan. Itu akan menjadikan salah faham.
Aku mungkin boleh terima salah faham. Tapi untuk seseorang yang tak yakin dengan aku, tak mungkin lah aku nak usaha apa - apa. Dia pun tak buat apa. Jadi lebih baik aku tak ada hubungan. Biar lah kalau suatu hari nanti kau menyesal. Aku tak boleh.'
Melainkan, cerita kita sudah tertulis.
Aku nak kerja partime. Untuk melupakan semua luka dan rasa.
- April 19, 2018
- 2 Comments
Disebabkan sekarang memang weekend adalah hari bebas beraktiviti, aku tak terkecuali membuang masa melakukan aktiviti yang berfaedah. Contohnya menikmati air terjun pelangi di Sungai Lembing.
Buat pengetahuan semua, ini merupakan pengalaman kali kedua jejak tempat sama. Kalau nak baca pengalaman kali pertama boleh baca di Rainbow Waterfall Sungai Lembing. kali pertama tu dengan kengkawan blogger. Kali kedua ni pula dengan kengkawan hiking yang cuma kenal dalam group whatsapp.
![]() |
Geng carpool Shah Alam |
Gambar diatas merupakan geng carpool. Hakak Ely yang ambik aku dekat Petron Seksyen 13. Memang kalau bercarpool itu port terbaik. Kira dalam kereta kitorang berbual macam ice breaking ala - ala macam baru nak masuk sekolah.
Oh ya, waktu nak balik tu aku cakap dengan Kak Ely.
"Kak Ely, nak pinjam bantal boleh?"
Krik.
Krik.
Hahhaa. Bantal busuk dia kot. Aku kan tak malu. Kbye.
Rainbow Waterfall Sungai Lembing
Ini gambar menunggu ketibaan geng kereta lain sampai di Genting Sempah -- Konon konvoi. Hidung berair dah macam air terjun. Tahu lah nak mandi air terjun. Tak sabar sangat dia nak keluar. Hmm. Punyalah rasa sejuk lupa nak bawa sweater yang aku anggap selaku tak penting. Sampai rasa macam tahap nak menggigil.
Dalam pukul tiga ke empat pagi juga sampai Kuantan. Singgah surau untuk Subuh lepastu naik 4x4 jam 7.15 macam tu. Kalau dulu menginap di Excape Resort. Daripada pekan Sungai Lembing nak ke Excape tu je dah ambil masa satu jam (10km kurang lebih). Lepastu dari Excape Resort nak ke permulaan track ke Rainbow Waterfall je dalam 30 minit. Jauh tak jauh lah.
![]() |
Geng tak kenal, saja nak interframe |
Mula - mula naik 4x4 semua meriah je. Sampai rasa macam naik eskeleter. Eh bukan. Maksud aku rollercoster. Langgar lopak je wooooo ~ Buat drift sikit je woooo ~. Time balik, langgar batu besar gajah pun dah tak peduli -- pejam mata dan nikmati angin lebih afdal. Hahahaha.
Dulu takde pun singgah puncak untuk melihat lukisan tuhan yang terindah -- matahari terbit dan warna - warna awan yang bersidai di puncak. Kali ni trip ohsem. Sebab tak payah panjat bukit, tapi dapat ambil gambar awan karpet. Ha gitu.
A post shared by MIEZA SUHAINI (@7kecik) on
Taktahu nak cakap perasaan nya bagaimana. Cuma setiap kali aku bernafas dengan mata tertancap dekat lukisan - lukisan ni, aku tenang dan 'lepas'. Taktahu gambarannya apa waktu itu. Cuma itu yang aku dapat rasa dan kongsi.
Track Santai Rainbow Waterfall
![]() |
Sesi mendengar taklimat oleh Akie |
Sebelum memulakan perjalan, kami semua diberi taklimat ringkas tentang apa dan bagaimana nanti perjalanan kami. Tak ada streching apa pun. Mungkin track nya memang sangat - sangat santai sampai tak terasa lelah.
Semua diingatkan tentang track akan melalui batuan tajam dan licin. Jadi semua digalakkan untuk menyewa kasut getah yang beharga RM3. Aku syak, hal sewa kasut ni baru lagi. Sebab dulu tak ada. Mungkin ada tragedi - tragedi kecil yang berlaku menyebabkan pihak bertanggungjawab mewujudkan penyewaan kasut.
![]() |
Sewa kasut getah |
Tandas pun ada. Kalau tak nak masuk toilet yang kena bayar 30sen, boleh lah membuang dalam sungai. Kahkah. Aku cakap je. Tapi aku tak buat. Ya betul. Takkan nak buat. Tak selesa duhh. Dengar cerita, tandas tak ada air. Kesian siapa yang dah terbuang tu.
Patutnya buat notis untuk ambil air diluar (atau mungkin notis tu ada, tapi orang tak perasan). Dia ingat kita tahu apa fungsi kolah besar - besar alam dekat luar ni. Mungkin untuk basuh kaki ke basuh kasut ke kan?
Kalau korang ada baca entri Rainbow Waterfall #kbba9, korang boleh lah nampak beza dulu dan sekarang. Dulu nak ke sana kena redah sungai paras pinggang. Kebetulan mungkin tak hujan, sungai cetek.
Jambatan pun macam on the way nak siap. Mungkin lepasni tak payah redah sungai. Panjat jambatan jela. Tapi tak dapat la nak ala - ala extrem gitu. Baju pun rilek - rilek je kering. Tak best - tak best.
![]() |
Kiri: Syaff; Kanan: Kak Ely |
Syaff tu memang pesen tak pandai pakai kasut. Aku syak kaki dia pakai ilmu hitam. Hmm. Aku pakai kasut pun terpijak batu dah sakit. Mungkin sebab Syaff ni memang dah lali kot. Jadi orang kata alah bisa tegal biasa.
Kak Ely ni comel je orangnya. Hikhik. Kawan dengan dia best, tapi kena ada topik. Yela baru - baru kan. Nak mula apa pun tak tahu. Dua - dua ni okay jela. Baru kenal senang sembang. Mungkin lepasni boleh buat next trip hiking kot ~
Untuk ke Rainbow Waterfall ni, korang kena melalui perjalanan sejauh 1000meter kurang lebih. Dianggarkan dalam 20 - 25 minit sahaja perjalanan. Track sangat okay. Kalau jumpa pacat tu kira kau orang yang bertuah sangat sebab track dekat sini jarang - jarang ada pacat.
![]() |
Track Rainbow Waterfall |
Sebab ini merupakan kali kedua, aku tak berasa sangat lelah macam kali pertama dulu. Perjalanan lebih laju sampai tak sempat nak pandang kanan kiri. Aku kejarkan pelangi. Hahahha. Suasananya masih sama macam dulu. Cuma ada penambahan 'pondok'. Tak pasti memang dah ada atau setiap kali orang datang baru pasang.
Layan dulu video berdurasi pendek dibawah.
Layan dulu video berdurasi pendek dibawah.
Benda pertama bila sampai dekat sana ialah bergambar. Bergambar tu paling penting. Aku takkan tahu bila lagi aku nak sampai sini. Boleh jadi ini kali terakhir kan?
![]() |
Saya nampak pelangi, lepastu saya tercari - cari awak.Hmm. Gambar mandi aku rasa dapat tahun depan kot. Aku pun tak pasti. Tanya dalam group semua reti baca je. Respon takde. Mungkin semua tengah kerja hakiki kot. Takpela. Redho.
Ingat awak ada dekat sini. Rupanya takde.
Takpelah. Sebab awak dengan pelangi tu kan sama.
Walaupun awak takde, pelangi ada.
Dua - dua mengindahkan rasa.
Makan megi dan Minum Milo Panas
![]() |
Chef tengah masak megi dan milo panas |
Bila dah syok mandi mesti lapar. Sebab tu, setiap kali trip ke Rainbow Waterfall korang akan dibekalkan dengan megi dan milo panas untuk alas perut dan kenyang sementara (termasuk dalam pakej). Lagipun dekat sana sejuk. Dua benda ni dah cukup untuk korang rasa selesa dan selamat (haba). Huhu.
Selesai mandi apa semua dalam pukul 11pagi. Kitorang bergerak turun. Masa balik ni memang semua laju je tak sabar. Perjalanan yang sepatutnya 30minit jadi 20minit. Eh ~ Makan tengahari kami di Warung Mee Jawa Pok Yeh.
Dah sampai sini, of course la makan mee jawa. Takkan kedai mee jawa nak makan laksa pulak. Macam tak berbaloi pula. Sebab warung tu pun terkenal sebab mee jawa. Semangkok mee jawa + teh o ais limau cuma RM7. Kenyang.
![]() |
Terima kasih semua |
Terima kasih semua. Untuk K. Mas selaku penganjur yang tak pernah jumpa. Bakal jumpa waktu trip Bukit Kutu kemudian tersasar. Kemudian tersasar kali kedua bila K. Mas saat - saat akhir memilih trip ke Lata Chermin. Terima kasih Akie selaku pemandu 4x4 dan tukang masak tak bertauliah. Terima kasih semua untuk perkenalan singkat dan kenangan manis. Terima kasih K. Ely dan Syaff selaku geng carpool.
Semoga jumpa lagi.
Untuk maklumat lanjut berkaitan trip kali ini korang boleh hubungi:
Sungai Lembing Tour Nature Trip
Facebook: www.facebook.com/sungailembing.tour
Instagram: www.instagram.com/sungailembingtour_naturetrip/
Whatsapp/ Call: 013 9206116
- April 17, 2018
- 2 Comments
Korang aktif bersukan dan sangat menitikberatkan pakaian? Pakailah NURD dan nikmati keselesaannya. NURD adalah sebuah jenama bagi sport hijab. Pernah dengar? kalau tak pernah, korang patut baca entri aku sebab entri aku kali ini adalah tentang NURD
Ahad yang lepas aku ada bawa NURD bersiar - siar untuk menikmati air terjun pelangi di Sungai Lembing. Konon nak uji ketahanan daya fizikal dan mental NURD. Sesuai untuk wanita aktif. Huhuu. Aku ada guna NURD sekejap waktu mandi. Sekejap jela, lepastu aku buka balik sarung tudung empat segi.
Tudung NURD cantik. Memang cantik. Sebab rekaannya yang mengikut peredaran zaman. Tapi untuk aku yang jendul ni, rasa tak cantik bila time nak ambil gambar. Hahahaha. Sebab sebelum pergi, aku dah bergaya depan adik aku. Dia kata, tudung memang lawa.
Cuma aku pakai tak sesuai. Niat aku memang untuk ambil gambar,tu lah pasal aku tak boleh pakai lama - lama NURD ni. Sebab aku nak bergambar sampai lebam dekat air terjun.
Pakai NURD untuk bersukan
![]() |
Muka seronok bila dapat parcel |
Tudung ni bagus. Tak perlu iron yang penting. Tak perlu pin. Semua tak perlu. Cuma perlu sarung dan gayakanya dengan selesa!
Kelebihan Sport Hijab by NURD
![]() |
Saiz sport hijab by NURD |
- Senang dipakai
- Cepat kering
- Pantulan cahaya
- Rekabentuk
- Menyerap air
- Ringan
Sport Hijab by NURD
Tudung yang awesome ni didatangkan dengan tiga warna pilihan. Iaitu hitam, biru dan kelabu. Harga? RM89 setiap satu. Dekat website ada diskaun sebanyak RM10. Dapatkan segera sementara stok masih ada.
Boleh juga rujuk media sosial mereka. Aku ada kongsikan pada bahagian paling akhir entri ini. Kesimpulannya kalau korang sejenis malas nak bersiap, atau sejenis yang suka bergaya dan aktif boleh dapatkan NURD segera.
Sengaja aku pakai tudung ni letak logo dekat belakang -- logo sepatutnya sebelah kanan. Sebab aku nak ambil gambar dari belakang. Huhu. Warna biru ni cantik.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Sport hijab by NURD
Website: nurdofficial.comFacebook: www.facebook.com/nurdmalaysia
Instagram: www.instagram.com/nurdofficial/
Twitter: twitter.com/nurdofficial
Youtube: www.youtube.com/c/nurdofficial
- April 16, 2018
- 0 Comments
Kalau kau rasa kau tak mampu nak menerima buruknya kehidupan orang lain, berhenti bertanyakan soalan gampang agar kau tak bersusah payah berfikir apa lagi penghinaan berbau bangkai yang kau nak lempar dekat dia nanti
Kau boleh jadi manusia yang tak mempertikai atau mahu peduli kehidupan dia yang sudah dipadam lama dulu. Dia sudah mahu menulis catatan - catatan baru
Atau.
Kalau kau rasa kau adalah manusia paling mahu menggunting kain lebihan orang, berhenti memegang gunting. Dan kau tak perlu lagi memotong lebihan kain yang tersembunyi atau yang terdedah mata.
Dia penat. Penat dengan kau yang mengasak dengan soalan - soalan yang Tuhan lebih tahu jawapannya
- MiezaS
- April 12, 2018
- 0 Comments
Sebulan dulu ku pulang ke kampung
jauh di sebuah permatangan
di kelilingi sawah ladang
tanpa suara riuh dan sibuk
betapa damai terasanya.
Semalam di kota disebuah kamar sewa
dekat mengintai jurang - jurang kematian
pada wang dijeling berlubang dinding
berobek atap bosan meratap
udara hanyir dihujung kepala
tangan - tangan panjang di tingkap terbuka
betapa lemas terasa.
Jiran bertengkar siang malam
hati diganggu tanpa tenteram
luas kamarku sekangkang kera
buat bernafas ke pagi cuma.
Wajah bapa terbayang
tanpa dikenang
tangannya tak pernah ku cium
kerana hati kami
dengan hatinya
dilanda darah dua rona.
Dan pernah dulu ditanya Mak Usu
keadaan di kota
"ah, rumah besar gaji besar
manis dan seronok dengam seribu cerita"
- April 12, 2018
- 1 Comments
Dua tiga menjak ni aku dapat rasa, hidup terlalu gampang untuk dimengerti. Sebab kehilangan atau apa?
Sumpah aku benci. Aku cuma rasa mahu baling telefon biar puas berderai dihentak dinding batu! Dan selepasnya menangis dalam almari gelap. Itu yang aku rasa keinginan aku waktu ini. Tapi aku memilih untuk menulis sebagai lega sementara. Mungkin~
Seperti di dadaku ada beban yang tak mampu aku kandung. Aku cuma rasa mahu menangis bengkak mata saat ini. Entah.
http://www.jpan.sabah.gov.my |
Aku seperti ini bukan kerana kebergantungan ujian yang aku lalui mengenai depresi. Tidak. Aku melalui ujian ini kerana mahu melihat sejauh mana perasaan waktu itu. Ya. Aku akui kadang aku berperasaan seperti ada beban di dada.
Kemudian, aku akan mengelamun lama, seterusnya aku akan berasa seperti hidup aku sudah tidak ada erti apa - apa. Seperti mahu dalam gelap sepanjang masa. Atau paling tidak aku puas jika aku diberi peluang untuk memarahi orang sesuka hati waktu ini.
Entah, aku sakit dan penat dengan diri sendiri. Penat!
- April 05, 2018
- 1 Comments
Waktu ini aku masih tetap aku, menunggu yang tak pasti. Aku sendiri tidak pasti apa yang aku tunggukan. Adakah segenggam cinta yang tidak akan wujud atau hari - hari bahagia bersama mimpi?
Kelmarin, aku ditemukan bersama lampu yang memberi cahaya pada kelam dihatiku. Tak dapat dipastikan berapa lama lampu itu akan kekal menerangi. Mungkin esok akan pergi. Mungkin esok akan terpadam dengan bantuan angin yang cemburu ke aku.
Aku sedang memupuk bahagia dalam lurah mimpi dan hidupku, walau sementara cuma. Yang pasti kehilangan kali ini akan membuatku jatuh terduduk mengulangi sakit yang ditinggalkan bertahun lama.
Tanpa sedar, perlahan aku melukis bahagia. Lukisan itu masih tergantung tidak siap sempurna. Barangkali aku yang berlebih - lebih menyimpan rasa. Entahlah.
Semoga Tuhan lebih tahu bilamasa aku lebih bersedia menerima cinta dalam hati.
- April 05, 2018
- 0 Comments
Berikanlah dirimu sebuah momen kedamaian,
Dan engkau akan mengerti,
Betapa bodohnya terburu - buru itu.
Belajarlah untuk hening,
Dan engkau akan mengetahui,
Dirimu telah terlalu banyak bicara.
Jadilah bajik,
Dan engkau akan menyedari,
Dirimu terlalu keras menghakimi orang lain
- MiezaS
- April 04, 2018
- 1 Comments
- April 04, 2018
- 0 Comments
- April 04, 2018
- 0 Comments
- April 04, 2018
- 0 Comments
- April 04, 2018
- 1 Comments
Kita mungkin boleh berdiri sama,
Tapi tidak duduk berdua,
Kau mungkin akan dengan dia,
Dan aku disini,
Sendiri.
- Mieza S
- April 04, 2018
- 0 Comments
![]() |
Sumber gambar : google |
Jumaat lepas aku adalah pekerja yang bekerja separuh hari untuk melunaskan janji bersama teman. Tiga hari dua malam yang sangat seronok dan tidak ada satu waktu yang kami berehat sepanjang tempoh itu berlangsung.
Percutian kami berjalan dengan indah dan baik tanpa ada gangguan dari mana - mana pihak. Cuti yang cuma dua malam itu, aku rasakan terlalu lama kerana setiap waktu diisi dengan perkara yang bermanfaat.
Kami melawat kebun buah, kami melawat ternakan kambing, kami 'race' ATV, kami menghabiskan sesi bergambar persis model di pantai walau matahari tegak atas kepala, kami melawat muzium nelayan, kami bercanda bersama burung unta.
Hey, aku menghabiskan hujung minggu aku dengan perkara bermanfaat! Entri seterusnya aku akan kongsikan beberapa keping gambar dan pengalaman menarik.
Bulan April adalah bulan gila setelah aku menghabiskan Mac yang membosankan kemudian diserikan dengan percutian dipenghujungnya. Ada lagi dua trip bersama MyHikingBuddies 'takkan terpisah' pada 15 April dan 28,29 April.
Aku tak sabar menunggu hari itu. Trip ke air terjun pelangi untuk kali kedua dan jerangkang waterfall. Semoga hari - hari April aku tersusun indah.
- April 02, 2018
- 2 Comments