Menunggu Yang Tak Pasti - Mieza S Mieza S: Menunggu Yang Tak Pasti

Menunggu Yang Tak Pasti

April 05, 2018
Menunggu Yang Tak Pasti

Waktu ini aku masih tetap aku, menunggu yang tak pasti. Aku sendiri tidak pasti apa yang aku tunggukan. Adakah segenggam cinta yang tidak akan wujud atau hari - hari bahagia bersama mimpi? 

Kelmarin, aku ditemukan bersama lampu yang memberi cahaya pada kelam dihatiku. Tak dapat dipastikan berapa lama lampu itu akan kekal menerangi. Mungkin esok akan pergi. Mungkin esok akan terpadam dengan bantuan angin yang cemburu ke aku.

Aku sedang memupuk bahagia dalam lurah mimpi dan hidupku, walau sementara cuma. Yang pasti  kehilangan kali ini akan membuatku jatuh terduduk mengulangi sakit yang ditinggalkan bertahun lama. 

Tanpa sedar, perlahan aku melukis bahagia. Lukisan itu masih tergantung tidak siap sempurna. Barangkali aku yang berlebih - lebih menyimpan rasa. Entahlah.

Semoga Tuhan lebih tahu bilamasa aku lebih bersedia menerima cinta dalam hati.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.