Disebabkan sekarang memang weekend adalah hari bebas beraktiviti, aku tak terkecuali membuang masa melakukan aktiviti yang berfaedah. Contohnya menikmati air terjun pelangi di Sungai Lembing.
Buat pengetahuan semua, ini merupakan pengalaman kali kedua jejak tempat sama. Kalau nak baca pengalaman kali pertama boleh baca di Rainbow Waterfall Sungai Lembing. kali pertama tu dengan kengkawan blogger. Kali kedua ni pula dengan kengkawan hiking yang cuma kenal dalam group whatsapp.
Geng carpool Shah Alam |
Gambar diatas merupakan geng carpool. Hakak Ely yang ambik aku dekat Petron Seksyen 13. Memang kalau bercarpool itu port terbaik. Kira dalam kereta kitorang berbual macam ice breaking ala - ala macam baru nak masuk sekolah.
Oh ya, waktu nak balik tu aku cakap dengan Kak Ely.
"Kak Ely, nak pinjam bantal boleh?"
Krik.
Krik.
Hahhaa. Bantal busuk dia kot. Aku kan tak malu. Kbye.
Rainbow Waterfall Sungai Lembing
Ini gambar menunggu ketibaan geng kereta lain sampai di Genting Sempah -- Konon konvoi. Hidung berair dah macam air terjun. Tahu lah nak mandi air terjun. Tak sabar sangat dia nak keluar. Hmm. Punyalah rasa sejuk lupa nak bawa sweater yang aku anggap selaku tak penting. Sampai rasa macam tahap nak menggigil.
Dalam pukul tiga ke empat pagi juga sampai Kuantan. Singgah surau untuk Subuh lepastu naik 4x4 jam 7.15 macam tu. Kalau dulu menginap di Excape Resort. Daripada pekan Sungai Lembing nak ke Excape tu je dah ambil masa satu jam (10km kurang lebih). Lepastu dari Excape Resort nak ke permulaan track ke Rainbow Waterfall je dalam 30 minit. Jauh tak jauh lah.
Geng tak kenal, saja nak interframe |
Mula - mula naik 4x4 semua meriah je. Sampai rasa macam naik eskeleter. Eh bukan. Maksud aku rollercoster. Langgar lopak je wooooo ~ Buat drift sikit je woooo ~. Time balik, langgar batu besar gajah pun dah tak peduli -- pejam mata dan nikmati angin lebih afdal. Hahahaha.
Dulu takde pun singgah puncak untuk melihat lukisan tuhan yang terindah -- matahari terbit dan warna - warna awan yang bersidai di puncak. Kali ni trip ohsem. Sebab tak payah panjat bukit, tapi dapat ambil gambar awan karpet. Ha gitu.
Taktahu nak cakap perasaan nya bagaimana. Cuma setiap kali aku bernafas dengan mata tertancap dekat lukisan - lukisan ni, aku tenang dan 'lepas'. Taktahu gambarannya apa waktu itu. Cuma itu yang aku dapat rasa dan kongsi.
Track Santai Rainbow Waterfall
Sesi mendengar taklimat oleh Akie |
Sebelum memulakan perjalan, kami semua diberi taklimat ringkas tentang apa dan bagaimana nanti perjalanan kami. Tak ada streching apa pun. Mungkin track nya memang sangat - sangat santai sampai tak terasa lelah.
Semua diingatkan tentang track akan melalui batuan tajam dan licin. Jadi semua digalakkan untuk menyewa kasut getah yang beharga RM3. Aku syak, hal sewa kasut ni baru lagi. Sebab dulu tak ada. Mungkin ada tragedi - tragedi kecil yang berlaku menyebabkan pihak bertanggungjawab mewujudkan penyewaan kasut.
Sewa kasut getah |
Tandas pun ada. Kalau tak nak masuk toilet yang kena bayar 30sen, boleh lah membuang dalam sungai. Kahkah. Aku cakap je. Tapi aku tak buat. Ya betul. Takkan nak buat. Tak selesa duhh. Dengar cerita, tandas tak ada air. Kesian siapa yang dah terbuang tu.
Patutnya buat notis untuk ambil air diluar (atau mungkin notis tu ada, tapi orang tak perasan). Dia ingat kita tahu apa fungsi kolah besar - besar alam dekat luar ni. Mungkin untuk basuh kaki ke basuh kasut ke kan?
Kalau korang ada baca entri Rainbow Waterfall #kbba9, korang boleh lah nampak beza dulu dan sekarang. Dulu nak ke sana kena redah sungai paras pinggang. Kebetulan mungkin tak hujan, sungai cetek.
Jambatan pun macam on the way nak siap. Mungkin lepasni tak payah redah sungai. Panjat jambatan jela. Tapi tak dapat la nak ala - ala extrem gitu. Baju pun rilek - rilek je kering. Tak best - tak best.
Kiri: Syaff; Kanan: Kak Ely |
Syaff tu memang pesen tak pandai pakai kasut. Aku syak kaki dia pakai ilmu hitam. Hmm. Aku pakai kasut pun terpijak batu dah sakit. Mungkin sebab Syaff ni memang dah lali kot. Jadi orang kata alah bisa tegal biasa.
Kak Ely ni comel je orangnya. Hikhik. Kawan dengan dia best, tapi kena ada topik. Yela baru - baru kan. Nak mula apa pun tak tahu. Dua - dua ni okay jela. Baru kenal senang sembang. Mungkin lepasni boleh buat next trip hiking kot ~
Untuk ke Rainbow Waterfall ni, korang kena melalui perjalanan sejauh 1000meter kurang lebih. Dianggarkan dalam 20 - 25 minit sahaja perjalanan. Track sangat okay. Kalau jumpa pacat tu kira kau orang yang bertuah sangat sebab track dekat sini jarang - jarang ada pacat.
Track Rainbow Waterfall |
Sebab ini merupakan kali kedua, aku tak berasa sangat lelah macam kali pertama dulu. Perjalanan lebih laju sampai tak sempat nak pandang kanan kiri. Aku kejarkan pelangi. Hahahha. Suasananya masih sama macam dulu. Cuma ada penambahan 'pondok'. Tak pasti memang dah ada atau setiap kali orang datang baru pasang.
Layan dulu video berdurasi pendek dibawah.
Layan dulu video berdurasi pendek dibawah.
Benda pertama bila sampai dekat sana ialah bergambar. Bergambar tu paling penting. Aku takkan tahu bila lagi aku nak sampai sini. Boleh jadi ini kali terakhir kan?
Saya nampak pelangi, lepastu saya tercari - cari awak.Hmm. Gambar mandi aku rasa dapat tahun depan kot. Aku pun tak pasti. Tanya dalam group semua reti baca je. Respon takde. Mungkin semua tengah kerja hakiki kot. Takpela. Redho.
Ingat awak ada dekat sini. Rupanya takde.
Takpelah. Sebab awak dengan pelangi tu kan sama.
Walaupun awak takde, pelangi ada.
Dua - dua mengindahkan rasa.
Makan megi dan Minum Milo Panas
Chef tengah masak megi dan milo panas |
Bila dah syok mandi mesti lapar. Sebab tu, setiap kali trip ke Rainbow Waterfall korang akan dibekalkan dengan megi dan milo panas untuk alas perut dan kenyang sementara (termasuk dalam pakej). Lagipun dekat sana sejuk. Dua benda ni dah cukup untuk korang rasa selesa dan selamat (haba). Huhu.
Selesai mandi apa semua dalam pukul 11pagi. Kitorang bergerak turun. Masa balik ni memang semua laju je tak sabar. Perjalanan yang sepatutnya 30minit jadi 20minit. Eh ~ Makan tengahari kami di Warung Mee Jawa Pok Yeh.
Dah sampai sini, of course la makan mee jawa. Takkan kedai mee jawa nak makan laksa pulak. Macam tak berbaloi pula. Sebab warung tu pun terkenal sebab mee jawa. Semangkok mee jawa + teh o ais limau cuma RM7. Kenyang.
Terima kasih semua |
Terima kasih semua. Untuk K. Mas selaku penganjur yang tak pernah jumpa. Bakal jumpa waktu trip Bukit Kutu kemudian tersasar. Kemudian tersasar kali kedua bila K. Mas saat - saat akhir memilih trip ke Lata Chermin. Terima kasih Akie selaku pemandu 4x4 dan tukang masak tak bertauliah. Terima kasih semua untuk perkenalan singkat dan kenangan manis. Terima kasih K. Ely dan Syaff selaku geng carpool.
Semoga jumpa lagi.
Untuk maklumat lanjut berkaitan trip kali ini korang boleh hubungi:
Sungai Lembing Tour Nature Trip
Facebook: www.facebook.com/sungailembing.tour
Instagram: www.instagram.com/sungailembingtour_naturetrip/
Whatsapp/ Call: 013 9206116
2 Comments
back to nature..bestnyerr
ReplyDeleteterbaek..
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.