Disclaimer | Author | Contact


Thursday, June 22, 2017

Jawab Survey Dapat Gift dari Produk B.liv oleh Jaya Cosmetics

Mieza S | 6/22/2017 01:01:00 PM | 3Comments |

Jawab Survey Dapat Gift dari Produk B.liv 

Jawab Survey Dapat Gift dari Produk B.liv oleh Jaya Cosmetics

Korang nak tahu tak? Best gila bila aku terpilih untuk menjawab survey tempoh hari. Mana taknya, cuma jawab survey je lepas tu aku dapat produk dari B.liv yang bernilai lebih dari RM100. Produk ni mahal tau. Aku pun tak reti pakai mahal - mahal ni. Huhuuu. Sekarang aku dalam proses tengah mencuba produk ni. Terima kasih dekat Yuyin Azman sebab selau tag nama aku setiap kali dia masuk contest. Banyak rezeki yang aku dapat semuanya melalui dia. Kalau dia tak tag nama aku, aku pun tak join mende - mende macam ni. Semoga Tuhan murahkan rezeki dia. 

Dekat survey tu, diorang ada suruh aku try produk seperti clensing, dan mask. Dia tanya lah tesktur mana lagi okay? Dan mintak pendapat aku selepas menggunakan. Lepastu ada lah beberapa jenis krim. Dia mintak aku bagi pendapat tentang warna dan bau mana lagi okay. Tak sampai setengah jam pun survey ni.

Dekat bawah ni aku ada ambil gambar produk yang aku dapat. 

Jawab Survey Dapat Gift dari Produk B.liv oleh Jaya Cosmetics

Jawab Survey Dapat Gift dari Produk B.liv oleh Jaya Cosmetics

Jawab Survey Dapat Gift dari Produk B.liv oleh Jaya Cosmetics



Jawab Survey Dapat Gift dari Produk B.liv oleh Jaya Cosmetics

Jawab Survey Dapat Gift dari Produk B.liv oleh Jaya Cosmetics

Jawab Survey Dapat Gift dari Produk B.liv oleh Jaya Cosmetics

Jawab Survey Dapat Gift dari Produk B.liv oleh Jaya Cosmetics
Bergambar bersama kakak Rekha. Dialah PIC sepanjang aku dekat sana.
Amacam? Jeles tak? Hehehhee. Kakak Rekha aku kata comel bila jawab soalan dia macam budak - budak. Awwww. Hikhokkk. Korang kalau  nak dapat produk ni jugak, korang boleh klik pautan --> contest . Yang akan tamat pada 3/7/2017 . Masih ada peluang dan ruang kalau korang nak merasa. Mana tahu kan, kalau produk ni okay dengan kulit muka korang, boleh korang teruskan jadi pengguna setia. kalau korang rasa, susah nak dapat produk ni. Boleh beli online di online shopping atau contact diorang dekat facebook. Boleh buat pesanan dekat diorang je. :) 

Info Lanjut : 
Facebook : jayeoncosmetic
Instagram : @jayeoncosmetic

Instagram : @bliv
Website : www.bliv.com

Wednesday, June 21, 2017

Tak Payah Rasa Macam Bagus

Mieza S | 6/21/2017 12:41:00 PM | 4Comments |

Tak Payah Jadi Macam Bagus

Tak Payah Rasa Macam Bagus

Isu ni dah lama sangat aku nak cakap. Aku tak adalah bagus sangat nak cakap pasal benda ni. Tapi aku ada mulut, dan aku berhak bersuara. Kalau aku diam, sampai bila pulak aku nak diam kan? Sakit jugak hati bila baca. Mula - mula aku ingat sekadar nak tulis dekat facebook. Tapi aku rasa macam tak best pulak membebel dekat facebook. Tak puas. Aku nak tulis panjang - panjang walaupun tak macam karangan SPM. 

Pernah tak baca confession pasal orang terlanjur lah, pelacur lah, maknyah lah, gay lah. and banyak lagi lah. Apa perasaan kau? Perasaan aku bersimpang siur. Tak tahu nak meletakkan dia sebagai apa. Kan itu masa silam dia. Sebab tu ada syurga neraka. Orang masuk neraka pun akan masuk syurga, cuma tempohnya agak panjang dan membebankan. Sebab tu adanya peluang Tuhan bagi untuk bertaubat. Tapi, tu lah. Manusia bajet nak jadi Tuhan. Tak pun nak jadi malaikat mencatit kesalahan dan dosa orang lain. Kan aku dah cakap. Tak payah jadi macam bagus. 

Ini bukan isu menjaga tepi kain orang. Tak tak. Tapi isunya bila kau tak reti nak jaga hati orang lain. 
Baca pautan ini --> https://aliffchannel.com/ . Aku nak highlightkan soalan yang selalu ditanya oleh orang laki - laki bila kenal dengan mana - mana perempuan 'Pernah tidur dengan mana - mana lelaki'. Dan jawapan cliche perempuan ialah 'Awak tidak perlu tahu. Kalau awak ikhlas mahu menjadikan saya sebagai isteri awak, tak perlu awak tanya saya soalan ini.'
Tak Payah Rasa Macam Bagus
Bila benda macam ni ditulis dekat mana confession, rata - rata masyarakat melayu lelaki amnya akan mula kata perempuan ini itu. Dan semuanya yang buruk - buruk. Lagi - lagi dari laki - laki yang rasa diri dia bagus tak pernah buat dosa langsung. Seolah - olah perempuan yang pernah ada masa silam adalah perempuan paling jijik, kotor, hina, buruk, celaka, sampah dan patut dibunuh kerana tak layak hidup. Kalau hidup pun nak buat apa kan? Menyusahkan orang dan tak kan dipilih mana - mana lelaki sebab dah jadi sampah. Hello, sampah kan? Buang jela. Simpan pun menyemak.

Yelah laki - laki. Aku faham kalau bangsat mana pun kehidupan kau dan masa remaja kau dulu, kau tetap masih mahukan kehidupan sempurna dengan perempuan - perempuan yang masih suci, masih elok kerana kau sering dijaja dengan kata - kata 'cari yang elok budi pekertinya nescaya eloklah anak - anaknya.' Memang betul pun ayat ni. Kau memang kena cari yang elok - elok, supaya keturunan kau pun elok. Betul betul.

Tapi yang dok komen macam bagus tu kenapa. Aku geram betul dengan orang macam ni. Ni contoh komen - komen yang aku rasa macam grr!! Tak salah tanya pasal masa silam orang lain dan tak salah jugak kalau nak memilih. Tapi tak payah menghina lah. Ni yang komen menghina ni semua malaikat ni. Jenis yang dijadikan dari cahaya, putih. Tak pernah ada dosa. Gila suci weyh dorang ni.

Ada yang mempertikaikan pasal hantaran jugak. Tapi aku tak nak komen pasal tu. Aku nak komen pasal yang menghina je.

Tak Payah Rasa Macam Bagus
Tak Payah Rasa Macam Bagus
Tak Payah Rasa Macam Bagus
Tak Payah Rasa Macam Bagus
Tak Payah Rasa Macam Bagus
Tak Payah Rasa Macam Bagus

taknak jawab takpe , tapi boleh scan kat bawah berapa orang dah celup - Rafiq Alvasta
Hebat kan dia? hahhaa. Aku rasa dia ni banyak buat 'kajian' tu tahu benda - benda macam ni. Kalau betul dia noob, benda simple macam ni dia takkan tahu. Aku baca komen dia dengan kawan dia. Dia reply mesej kawan dia macam ni : betul tu izmi. ha ha. kan jujur tu lebih elok. ha ha. Aku tak pasti, kalau dia boleh terima kebenaran dan abaikan apa yang perempuan tu punya kejujuran. Sebab dari lagak dia komen boleh scan tu, ya ampun. Angkuh nak mampos!

Gi mampos la kau dgn aib. maruah sendiri x reti nak jaga, lepas tu nak terima kau dgn seadanya. hantaran nak 20k. BABI APA. - Sophie Jikan
Ni pun ego sangat ni. Cara dia cakap macam. 'Kau dah buat dosa besar kau ingat aku nak maafkan kau ke? Aku tuhan. Aku je boleh jatuhkan hukuman dekat orang. Dosa kau takkan terampun. Sebab aku tahu tuhan memang takkan terima taubat kau. Kau jijik. Tuhan takkan mengaku kau umat dia lagi.'

Tips pilih bakal isteri. Tanya kisah silam dia. Kalau dia bagi jawapan 'lelaki yang baik takkan tny kisah silam perempuan' yang tu kau reject dulu wakaka - Alif Jo Har 
Ni komen orang berlagak suci. Aku rasa selama hayat dia hidup, dia langsung tak pernah mengguriskan hati Tuhan. Tak pernah langsung memijak tempat - tempat kotor, tangan sentiasa suci tak pernah pegang benda - benda haram, tak pernah langsung melakukan aktiviti - aktiviti yang berdosa sebab selama nya dia sentiasa suci tak pernah berdosa walau sekecik - kecik zarah. Pergh. Gila lah. Ahli syurga ni weyh. SELAMAT DATANG KE SYURGA! 

'aib saya ' kepala butoh kau , cipap kau dk ternganga dibantai butoh laki tu bukan aib pulak ke ? mcm babi je ayat pompuan klau mcm tu - Hafidz Apih Muhammad
Ni komen paling kurang ajar tiada adab paling biadab setakat aku scroll. Aku malas nak tengok komen - komen yang aku tak bukak. Kalau dia ni beradab, dia sepatutkan komen ayat tu biar betul sikit. Diri sendiri pun menulis lucah, lepastu nak cerita buruk orang. Tak faham aku. Sori lah fikir negatif, aku syak dia ni kaki porno. Bye~ (aku harap tak de lah orang kecam aku. Sebab aku selalu terlupa. Laki - laki di Malaysia memang semuanya baik - baik - ahli syurga)


Wlupn aku llaki tp aku pelik jgk kdg2 lki yg jnis kki buas dk tdoq pmpuan sna sni mai nak kwin ka btul2 nk bcinta ka msti nk plih pmpuan yg baek yg da dara..haha mcm pelaq..mai dkt ang blas pmpuan sna pmpuan sni x pkiaq lak lps tu nk bni elok2..smua sma ja..xda beza pun..stiap mnsia x lari wt kslpn..janji klu btl2 dy brubah xwt bnda2 hat lma kita bleh ja trima dy gn ikhls..kita ni laki nsb bek truna kita xleh nmpak..klu nmpak silap2 aku brp ramai dah dok jdi bujang smpai ke tua..hahaha - Shah Ellyn
Baca komen semua taknak kalah. Hahahaha. Tapi lelaki ni memang la, sibuk nak tanya orang tu ada dara ke takde. Tapi kalau perempuan, hm jarang lah dengar perempuan start dlu tanya lelaki tu ada teruna lagi ke tak. Ish ish. Yelaaa, lelaki kt dalam ni semua baik baik. Patut dapat perempuan yg baik baik. Tp itu la, perempuan yg takde dara ni tah la spesis apa yg buat dia takde dara eh. Sbb rasanya lelaki kt malaysia ni smua baik baik 😂. - Amirah Baharum
Ppuan tu berzina dengan lembu. Bukan dengan lelaki. Dats y laki so judgemental tntg ni. Laki sorg pon xde yg berzina. Semua baik2 - Jannah Ibrahim  

Betullah kata Amirah tu. Belum pernah lagi aku dengar - dengar pasal perempuan tanya lelaki punya teruna. Eh bulan - bulan puasa sembang benda cam ni pulak kan? Yela, aku dah lama simpan. Cuma tak de modal nak sembang. Baru kali ni aku ada modal. Kalau tak berkulat lah apa yang aku simpan kan. Hmmm. Semua nak mintak yang sempurna. Tapi diri sendiri pun kadang tak betul.

Kadang kita tak tahu pun laki tu pernah tidur dengan perempuan lain, main perempuan dekat belakang lorong, kaki botol, kaki pukul, biadab dengan mak ayah, main dadah. Benda macam ni nampak macam tak ada apa - apa kan? Sebab masa silam perempuan lagi hina katanya. Dan aku pernah je mesej dengan laki - laki yang dah tunang (aku taktahu pun dia dah tunang). Dia punya status pergh. Semua lucah. Aku syak dia ada phone seks dengan orang dalam chat jugak. Dia pernah call n whatsapp dgn aku. Lepastu lama dia hilang - dalam beberapa minggu. Aku try save nombor dia, dan akhirnya gambar profile dia dengan wife pakai baju pengantin. Nampak tak betapa celakanya dia? Dia boleh mesej perempuan lain time dia dah tunang. Lepastu update status meroyan lucah gila dalam media sosial.. Kau rasa?????????????? Cuma perempuan tu tak pernah tanya je weyh. Kalau perempuan tu tanya, silap - silap perempuan tu geli dengan cerita dia. 

Sekarang kau baca pulak yang bawah ni.

Sebelum saya kongsi kisah ini, ramai para isteri sudah acapkali mintak nasihat dari pejabat ugama. Ada nasihat bernas, ada yang tidak. Saya kongsi ini sebab dia bukan keseorangan. I am not at liberty to give any opinion.

"slm, Dear Syed Azmi, One day, just write something about the LGBT victims. Sy pernah alami situasi terbabit. Married to guy, a leader with a great follower, practicing muslim, all perfect. Proposed me through his Naqib usrah. He just like wow & perfect. After married, then sy sedar.. inilah neraka dunia. Diri xpernah disentuh, dimaki hamun, dan ditinggalkn dlm satu bilik tidur. Hari2 menanti beliau pulang, but dia xpernah pulang. alasan busy, on duty, qiam, usrah dan sbgnya. hari2 diugut dgn perceraian. duit dipinjam, dgn call merayu duit xcukup makan masa oustation.. until the truth reveal.. everynight, b4 he sleep, dia akn msuk 1 bilik. menurut dia aada kerja dia nak hantar pd bos. sy selalu dgr ada satu music berbunyi. one day, sy buka his laptop. and found all gay vudeo he watched. music, yes. itulah music yg sy dgr. hari2 jumpa gel durex and condom dlm bag. xberani bersuara, takut dipukul. his text msge, kalah lelaki dan prempuan bercinta. mereka lapar seks. hisap kemaluan sesama sendiri itu bebda biasa. dan diorang ada connection luas. 1 aps yg smua dlm tu gay. they exchange pic n do sex. ikut kt mna sampai, kota bharu, sabah, saraAwak, smua ada org sambut. they grow, n become steonger.. my husband got STD.. thru his activities. thank god dia xde nafsu, so x transfer to me.. i read their msge.. sex ganas, sex in group. name it! they are real!! communiti ini, n they are muslim! lepas sy kna halau rumah, he stay together with his boyfriend. living together. me, psychologically affected. trauma n etc. cant imagine that. i hate guys n marriage. until one year, i recover.. surprisingly, there's a lot of the victims out there. who suffered the same as me come n see me. they are real! in fact ada yg ada anak. n husband live in that community.. perhaps someday, u may write.. the disaster of this.. as they grow n grow.. perhaps one day become majority.... nauzubillah.." - Syed Azmi

See. Aku bukan nak judge LGBT ke apa. Tak. Aku cuma nak point kan. Laki - laki yang komen macam bagus semua tu pasal dara, bukan lah bagus mana pun sebenarnya. Ni baru sikit. Aku pernah je dengar cerita dari orang LGBT sendiri pasal kehidupan LGBT yang memilih untuk jadi normal dan berkahwin. Berkahwin atas dasar mahu kelihatan 'normal'. Tapi di belakang masih dengan boyfriend. 

Sebab kita tak pernah tanya pun kisah diorang. Nak tanya pun takut. Sebab takut makan hati dan pernah dibenci. Ni kisah aku. Aku bukan nak jaja aib dia. Tak. Aku cuma nak kongsi situasi je. Sebab aku tak boleh terima betul bila laki - laki ni komen, macam dia takkan dan sangat boleh hidup tanpa perempuan. Paling tak boleh blah, bila dia beranggapan hidup dia akan sentiasa normal tanpa jadi benda buruk macam ni dekat diri sendiri, kakak, adik perempuan mak dan sebagainya. nanti dah kena dekat yang berdarah daging, baru reti kot nak ada akal. 


Masa umur aku 11 tahun macam tu, aku ada abang angkat. Aku gelar dia N. Aku selalu sembang dengan dia isu LGBT. Dia sangat tekun mendengar cerita aku. dan dia sangat seronok dan akan asak aku dengan pelbagai soalan pasal LGBT. Aku anggap dia seorang yang mahu tahu. Lepastu aku kenal pulak dengan lelaki yang agak berusia dalam lingkungan nak masuk 30an - masih single. Aku gelar dia A. Setiap kali aku msg dengan A, aku akan bagitahu A yang aku lepak dengan N. Aku tak pernah jumpa A. Sebab A duduk jauh. Entah macammana, satu hari tu, A berminat nak tahu pasal N. Aku cerita lah serba serbi pasal N dekat A. Tempat tinggal A, umur A dan beberapa lagi info yang biasa - biasa. Lepastu A kata dia macam kenal. Macam kenal~ Lepastu A sendiri yang describe N ni macammana seperti muka N, tinggi N, motor yang N pakai, N tinggal dengan sapa. BINGGO ! Tapi masa tu aku tak pernah fikir negatif. Aku cuma yakin diorang kawan. Ya kawan. 

Lepastu baru aku teringat. N pernah bagitahu aku. Ada satu hari tu, kakak N balik kampung ke ape tah. Kira takde dekat rumah lah masa tu. Lepastu ada kawan dari jauh datang teman. K teman. Aku pun okay jela. Biasa lah lelaki kan? Duduk sorang pun pisang jugak. Sifat rasa ingin tahu aku yang menebal tu yang membuatkan aku tanya soalan dekat A, siapa N pada A. Nampak kelakar. Tapi ini serius. Aku cuma nak tahu. Nak tahu je tak lebih. A pun cerita dari A sampai Z. N kenal A dari chatting, sama macam aku kenal A. Kebetulan masa tu A turun selangor. N memang sejenis periang banyak kawan chatting dan selalu meet diorang kalau ada masa lapang. Nak dijadikan cerita, N ajak lah A lepak sama. Diorang jumpa, N ajak balik rumah. Mungkin sebenarnya dia bukan LGBT tapi sebab dah berdua kot. Tu jadi benda tu.

Aku tak tahu sejauh mana kebenaran cerita ni. tapi A dah buktikan N yang dia kenal adalah N yang aku kenal jugak. Entah. Lepas aku kumpul cerita pasal N, aku tanya N. Serius aku tak judge dia apa - apa pun. Aku cuma nak tahu. Terus dia meleting tiba - tiba dan sebolah - bolehnya tak nak mengaku dia 'pernah buat' benda tu. Hmm. Aku mintak maaf dekat dia sebab aku tertanya hal peribadi. Dia block whatsapp aku, dia block facebook aku, dan nombor aku. Aku tak tahu apa motif dia buat macam ni. Kalau fikir logik, mungkin dia nak lari dari kebenaran. Dia tak nak kawan dengan orang yang pernah tahu masa silam dia. sebab dia takut aku akan bukak bila - bila masa untuk menjatuhkan dia. Takpun dia takut aku jaja kebenaran ni dekat bakal 'masa depan' dia kot.  Ye kot~ Sampai hari ni aku menyesal betul tanya. Kalau tak, mesti aku dengan dia masih kawan.


Kesimpulan dari cerita aku, nak tahu masa silam orang lain tak salah. Tapi pastikan dalam situasi yang betul sebab takut soalan yang ditanya tu rasa macam menghina. Boleh jadi, sepatutnya cerita tu tak payah bukak lagi sebab takut trauma ke apa ke kan? Kita sendiri tak tahu nasib kita nanti macam mana. Lagi elok kalau tak payah tanya langsung. sebab kita ni manusia. Manusia ni memang serba serbi nak yang elok walaupun hakikatnya diri sendiri berlopak - lopak. Macam ayat ni --> Biar papa asal bergaya. Selalu nak nampak sempurna tiap masa pada pandangan orang lain. Kita sendiri tak elok, tapi bila dengar keburukan orang lain dah rasa macam taknak dekat, rasa geli, kotor, jijik. 

Jadi tak payah lah rasa macam bagus. Kita dok sindir masa silam orang lain, kita sendiri tak tahu lagi  masa depan elok ke tak. 

Kalau lah aku boleh tag anak anak perempuan aku, saudara mara perempuan aku.. teringin aku bagi mereka tengok, betapa jalangnya seorang lelaki.. calon bini, dia nak yang sesempurna manusia, cantik, berpendidikan, tak kena tebuk, pandai masak, ayu sopan santun, tetapi, awek awek dia? Stok buat geli geli, tangan rayap sana sini, depan shopping mall galak sakan peluk peluk, end up, dia tinggalkan macam tu sahaja utk calon bini yang solehah, dengan alasan "itu pilihan keluarga saya".. org org yg sebegini, doa aku satu je, korg akan ade generasi perempuan.. pikirkanlah - MayMay Tamashī

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Mieza S | 6/21/2017 09:54:00 AM | 1Comments |

 SGshop “Jom Shopping!” Contest


Aku jeles tengok orang asyik shopping je dengan SGshop. Aku harap bila aku join contest dari Cik puan Ayu Idris, murah lah rezeki aku, amin ~ Korang pun join sama tau. Kot menang. 



Apakah servis yang SGshop tawarkan?
Servis yang sangat efisien bila mana dapat bershopping barang yang biasa - biasa, sampailah ke barang rare seperti sebuah motorsikal. Serius beli motor online? Power beb. Penghantaran yang sangat murah, cepat dan selamat sampai kepada pembeli tanpa ragu - ragu. 


Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia?
Banyak senarai aku dah list, tapi sebab beliau mintak tiga je, so aku senaraikan tiga jela. Hehehe. Ni pun dah macam banyak sangat kan. Hahhaa.

Benda yang paling dan sangat sangat aku teringin ialah camera digital macam ni. Huwaaaa. Lama sangat ngidam. Since sekolah. Sebab jeles tengok orang buat video la amek gambar lah. Murah je ni. Baru RM334. Aku harap sangat dapat menang contest kali ni. Sebab aku nak sangat memiliki camera digital ni weyh..

 SGshop “Jom Shopping!” Contest

Selain tu, aku nak sunglasses ni. Nampak memikat betul. Tak sampai RM50 pun. Baru RM39 je kot. Murah sangat. Kan kan. Kalau korang nak, korang boleh tengok dekat website http://www.sgshop.com.my. Ada banyak lagi pilihan sunglasses yang korang boleh pilih. 


 SGshop “Jom Shopping!” Contest
Style betul kalau aku pakai masa beraya nanti lepastu buat photoshoot . Kihkih
 SGshop “Jom Shopping!” Contest

Ni pun antara barang yang dah lama sangat aku impikan. Sebab malu asyik pinjam orang punya sleeping bag je. Ada jugak aku tengok sleeping bag dekat website lain. Tapi ni paling rare. Boleh keluarkan tangan. Yela, kadang kita tido, kite tutup badan. Tapi tangan nak keluar tak boleh. Panas. So, benda ni bagi aku memang rare. Aku naaaak. 

Tuesday, June 20, 2017

Alhamdulillah Rezeki Allah Bagi Cash

Mieza S | 6/20/2017 02:00:00 PM | 1Comments |

Alhamdulillah Rezeki Allah Bagi Cash 

Alhamdulillah Rezeki Allah Bagi Cash


Aku ada beli barang Lazada, tapi bukan aku punya. Sebab kawan aku tak de maybank2u. Kira dia tumpang akaun aku lah gitu senang cerita. Semalam katanya dia bank in dekat aku. Tapi aku tak tahu pulak berapa dia nak masukkan. Sebab aku malas nak bukak. Waktu tu pun dah pukul 12 malam kan. Hahhaha. nampak sangat pemalasnya. 

Lepastu pagi tadi, aku ada beli barang dekat akak ni. Dia COD dekat aku. Aku beli concealer satu. So jumlah termasuk COD ialah RM12 (duit minyak motor dia RM2). Tapi aku tak tahu pun yang dia nak COD naik motor kan, takde pulak dia bagitahu aku. Lepastu, waktu dia nak sampai tu. Aku bawak RM15. Memang  niat nak sedekah dah. Sekali ternampak dia naik motor. Gigih akak tu kerja. Jadi, niat nak sedekah tadi kan? So aku bagi dia RM15. Kira duit minyak motor dia, aku tambah lagi RM3. Tiba - tiba rasa bahagia.

Bila dah selesai tu, baru aku teringat yang kawan aku ada suruh belikan barang dekat Lazada. aku pun check la Maybank2u. Ya Allah. Lebih pulak dia bagi aku. 3 kali ganda dari nilai aku bagi dekat akk tadi. Bermakna RM10. Syukur sangat.

Lepastu semalam aku berbuka dengan kawan. Aku lah yang ajak dia. Jauh dia datang. Aku tahu, mesti menangis dia dengan harga tambang public transport. Untuk meringankan beban dia, aku belanjalah dia makan. Sebab sanggup datang dari jauh melayan kempunan aku nak makan dekat restoran Thai.

Tup - tup harini, Yuyin Azman whatsapp aku. Nak ajak berbuka sama. Dia menang contest dapat makan free seramai 4 orang. Dia ajak aku. Walaweyh. Alhamdulillah. Syukur syukur. Semoga Yuyin Azman murah rezeki lagi. Dapat belanja aku makan lagi. Hhehehe

dan - dan tu jugak aku dapat. Ni bukan cerita nak riak aku sedekah tau. Serius tak. Cuma nak bagitahu, Allah nampak apa kita buat. Kalau kita ikhlas, Allah bagi ganjaran. tak kira lah dalam bentuk apa pun. Cuma kadang - kadang kita je tak sedar. 

Kita pun masih berada dalam bulan Ramdhan ni. Elok rasanya banyakkan bersedekah tambah pahala dan bilangan timbangan untuk tiket ke syurga. Semoga kita sama - sama berpeluang ke syurga kelak. Amin ~

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia

Mieza S | 6/20/2017 10:48:00 AM | 1Comments |

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia

Klik banner/klik SINI
Id SGShop : sevenkecik
Id blog : Mieza Suhaini
Nama FB : Nur Amieza Suhaini
Instagram : @7kecik

Watermark dari Amerzing | Menang Contest

Mieza S | 6/20/2017 09:10:00 AM | 1Comments |

Watermark dari Amerzing | Menang Contest

Watermark dari Amerzing | Menang Contest
Sebenarnya beberapa minggu yang lepas, Amer ada contact aku by emel. Katanya aku menang segmen bloglist yang dianjurkan beliau. Alhamdulillah. Korang boleh tengok pautan ini --> http://ameridzuan.blogspot.my/2017/06/congratulations-amerzing-bloglist.html . Jadi, aku dapat hadiah berupa special review dan juga watermark.. Dah lama tak dapat watermark free ni. Kihkih. Tak sesiaa kan join. 

Tapi sebelum tu, meh tengok koleksi watermark yang pernah aku miliki dan beli. 

Watermark dari Amerzing | Menang Contest
http://www.naniena.com
Watermark yang atas ni kalau tak silap aku beli dari blogger tu. Aku request warna puprle dan hitam , sebab aku sangat sukakan warna purple. Hitam tu sebagai kombinasi agar watermark aku kelihatan menarik di pandangan mata aku, bukan di pandangan mata korang. Yang percikan watercolor tu pun aku yang request. Sebab aku punya blog kan nama kanvasdakwat. DAKWAT. So watercolor tu sebagai simbol dakwat lah kononnya. Maklumlah, aku boleh nak berimaginasi. Tapi nak buat memang tak reti.

Watermark dari Amerzing | Menang Contest
Tak ingat siapa yang buat
Watermark yang atas ni, memang aku lupa terus siapa yang buat. Masih mengekalkan warna sama dan watercolor yang sama. Cuma bentuk berbeza. Nak buat kelainan sikit.

Watermark dari Amerzing | Menang Contest
http://www.journaljeeb.com/
Watermark yang atas ni pulak, aku buat sendiri pada mulanya. Tapi aku gagal nak transparent kan background. Sudahnya aku mintak tolong Abam Najeeb tanpa sebarang bayaran. Mullia sungguh hati kau bang. Semoga hidup kau sentiasa aman. Oh ada double sebab, ada dua watermark. Aku gabungkan. Hahhaha. Malas nak letak dekat gambar satu - satu. Leceh. 

Watermark dari Amerzing | Menang Contest
http://www.naniena.com
Yang atas ni pulak, adalah watermark terakhir yang aku dapat hasil dari editing blog oleh Kak Niena. Dapat dalam pakej. Cantik kan? Macam cop. Hehhee.

Jadi, watermark yang aku request kepada Amer macam dekat bawah ni. Comel kan??? So, lepas ni aku akan gunakan watermark yang ni. Warna purple warna kesukaan aku :P Terima kasih Amer <3

Watermark dari Amerzing | Menang Contest
http://ameridzuan.blogspot.my

Friday, June 16, 2017

MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat

Mieza S | 6/16/2017 10:50:00 AM | 5Comments |

MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat

MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat
Klik banner / klik SINI

Wednesday, June 14, 2017

Rindu Betul dekat Dearhaniey

Mieza S | 6/14/2017 12:58:00 PM | 0Comments |

Rindu Betul dekat Dearhaniey

Rindu Betul dekat Dearhaniey

Tah, kalau sunyi mesti bukak dearhaniey. Tapi sayang. Dearhaniey dah tak boleh masuk sebab tertulis natang ni : Deceptive site ahead :( Mana entah semua kawan - kawan dearhaniey. Yang masih kekal contact cuma 2 orang. Mia dan Aben. Itu je lah. (gambar zaman tok nadok- Kahkah) Apa yang membuatkan aku rindu diorang ialah, bila time gaduh dalam chat. Lepastu masih tetap kawan walaupun tahu disebalik nama - nama comel tu, orangnya kadang xlawa xhensem, Tapi masih kekal kawan . Siap gathering bagai. Zaman sekarang, kata je boleh terima buruk. Tapi dah jumpa lari. Kan~ Sebab selalu je kena.

Semoga kawan - kawan dearhaniey yang masih kenal aku, atau yang tak pernah tegur dilindungi tuhan sebaiknya. Amin~

Tuesday, June 13, 2017

Memang Tak Ramai, Tapi

Mieza S | 6/13/2017 09:44:00 AM | 6Comments |

Memang Tak Ramai, Tapi

Memang Tak Ramai, Tapi

Tiga hari aku cuti, macam - macam jadi dalam hidup. Kadang rasa down gila. Sampai orang sanggup tipu kemudian tinggalkan aku. Lepastu ada lah yang carik aku balik sebab nak menuntut benda yang dia tak pernah dapat. Orang macam ni pun ada eh dalam dunia. Sepatutnya orang macam ni jadi pelindung, bukan menjadi kan aku bertambah rasa macam nak mati -_- dan hidup dalam takut dengan bayang - bayang sendiri. 

Nasib baik semalam, dapat jugak aku luahkan apa yang aku simpan dekat seseorang yang aku percaya -- Akid. Kawan sekolah sejak tingkatan 4 dulu. Dia pun dah berabad tak jumpa. Tapi alhamdulillah lah. Masih sudi luang masa untuk aku. Berbuka puasa sama - sama. Aku percaya dia sebab dia faham apa yang aku cerita. Sebab aku dengan dia sama. Tak ada beza. 

Memang Tak Ramai, Tapi

Jadi, logiknya. Bila aku fikirkan balik. Bila ada yang sanggup buang aku dan tipu aku, aku patut bersyukur walaupun tak ramai tapi kualiti kawan yang aku ada ni sangat bagus. Ye kan? Buat apa ramai - ramai kalau semuanya tak guna dan tak boleh pakai. Akhirnya, aku membuat kesimpulan dan bersangka baik dengan tuhan. Bahawa ramai tak menjanjikan bahagia, sedikit tak  mengundang duka. Aku harap lepas ni dah tak de orang gila masuk dalam hidup aku. Aku tak mahu dah jadi lemah gemalai mengingatkan detik detik kecewa. 

Thursday, June 8, 2017

Quote #23 MiezaS

Mieza S | 6/08/2017 10:00:00 PM | 2Comments |

Quote #23 MiezaS

Quote #23 MiezaS

Begitu malang orang yang terus menunggu. 
Sementara di belahan tanah lain, 
 seseorang yang ditunggu tak pernah terfikirkan untuk kembali.

GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS

Mieza S | 6/08/2017 04:09:00 PM | 2Comments |

 GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS


Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.

Giveaway Raya by Mrs Pip

Mieza S | 6/08/2017 04:02:00 PM | 2Comments |

Giveaway Raya by Mrs Pip

Giveaway Raya by Mrs Pip
Klik banner/Klik JOIN

Pengalaman terindah di bulan puasa yang paling best bagi aku bila semua saudara - mara dapat berkumpul. Walaupun hanya berbuka makanan yang sekadarnya, tapi puas. Sebab dapat berebut - rebut makanan lepastu habis licin. Tak ada pembaziran. 

Quote #22 MiezaS

Mieza S | 6/08/2017 04:00:00 PM | 1Comments |

 Quote #22 MiezaS

 Quote #22 MiezaS

Hatinya telah mati dicelahan rumput kering. 
Jiwanya sudah tertanam di dalam tanah empuk. 
Yang tertinggal hanya jasad yang kontang. 
Sudah tak beerti.

Shopping Raya di Althea dan dapat Hadiah Percuma!

Mieza S | 6/08/2017 10:14:00 AM | 3Comments |

Shopping Raya di Althea dan dapat Hadiah Percuma! 

Shopping Raya di Althea dan dapat Hadiah Percuma!

Berita baik untuk semua masyarakat perempuan dan masyarakat lelaki yang ada perempuan dalam hidup. Cewah. Apa berita baik nya? Althea Malaysia sedang mengadakan Raya Giveaway Festival. Tak kenal Althea? Tak berjiwa seni la kau. Hahahha. Althea ni tempat shopping barang make - up dan barang penjagaan muka yang berkualiti. Cuba kau usha - usha apa yang ada di Althea Malaysia. Rambang mata kan sekarang? 

Rilek. Jangan gelabah. Kan baru gaji. Time - time ni lah semua pakat shopping raya kan? Jangan sampai lupa shopping mekap hokay? Nanti beraya dengan muka kusam tak bermaya ko. At least ada calitan merah jambu di pipi. Baru lah nak bergambar pun senang hati. Kan? Jangan tiba - tiba masa raya semua orang dok pakat amek gambar, kau nyorok bawah kerusi. Malu muka tak de mekap. 

Sekarang lah weyh, masa yang sesuai untuk shopping di Althea Malaysia! 

Althea's Limited Edition Raya Box

Shopping Raya di Althea dan dapat Hadiah Percuma!

Apa yang menariknya kalau korang shopping di Althea Malaysia bersempena bulan nak raya (ramadhan) ni? Semestinya korang akan dapat sebuah Althea's Limited Edition raya Box dengan setiap pembelian yang dibuat di Althea. Yeayy! Selain tu jugak, dengan setiap pembelian akan dapat satu free gift daripada sembilan barang yang korang boleh pilih. Bestnya. Kita boleh pilih sendiri tau? 

Korang jangan tak tahu, kotak yang datang dari Althea ni memang sangat comel. Untuk orang yang suka kan benda comel dan cantik, mesti akan jadi addicted dengan kotak Althea. Sebab aku pun ada satu warna merah jambu macam gambar dekat bawah ni. 

Shopping Raya di Althea dan dapat Hadiah Percuma!

Cantikkan? Kotak tu sekarang aku guna untuk letak barang mekap jugak. Hahhahaha. Berbaloi sangat. Apa lagi korang. Jom shopping di Althea Malaysia dan dapatkan hadiah percuma! Okaylah. Aku nak cari barang best untuk raya tahun 2017 ni di Althea. Jom ikut. 

Info Lanjut Mengenai Althea :

Website: http://my.althea.kr 
Facebook: https://www.facebook.com/altheakorea/ 
Instagram: @altheakorea

Wednesday, June 7, 2017

Sibuk Sikit

Mieza S | 6/07/2017 11:24:00 AM | 4Comments |

Sibuk Sikit


Setelah beberapa hari, pv merudum jatuh bergolek - golek. Bukan untuk sehari. Tapi untuk beberapa hari. Semua disebabkan aku sibuk di tempat kerja. Aku tak sempat langsung  nak update status. Kalau setakat aku singgah blogwaking jelah yang mampu. Tak pun join giveaway yang dianjurkan rakan blogger. Sungguh, aku busy. Sebab dalan training untuk admin sistem. Banyak nak kena belajar. Doakan aku murah rezeki, insyaallah. 

Aku harap, dalam kesibukan aku ni. Tuhan turunkan berita baik untuk aku. Contohnya orang datang meminang ke, duit terpijak ke. Hahahhaa. Amin~ Okay lah. Nak sambung balik buat kerja. Bbye. 

Tuesday, June 6, 2017

Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

Mieza S | 6/06/2017 12:07:00 PM | 9Comments |

SILA KLIK BANNER DI ATAS JIKA MAHU MENANG DUIT RAYA!

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati sekalian dengan secara rasminya melancarkan Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan duit raya dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

RM20 X 11 pemenang
RM10 X 13 pemenang
Selendang Rindu X 2 pemenang
Stokin Tangan dan Stokin Silvy X 2 pemenang
Pre-loved Novel X 2 pemenang
Topup RM5 untuk peserta terpantas dan terakhir!

Kesemuanya 32 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog dan Google+ penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie
* Ceritera Ibu
* Shafyqah Azahar
* Dearies Couple
* Jiakreatifelt
* Lovely Sunshine
* Saghah Cheeky Lady
* Sedetik Seketika
* Lea Azleeya
* Queen Bee
* irrayyan.com
* Kasihku Amani
* Hazrina Halim
* Mia Liana

2. Follow instagram berikut. (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Najiah Shaharain
* Abam Kie
* Mardhiyyah Rosli
* Shafyqah Azahar
* Afdilah Ceritera Ibu
* irrayyandotcom
* mialiana

3. Like Facebook berikut.

* Ina Azzahra
* Ayuni Dibble
* Handsock Murah dan Cantik
* Mialiana.com


4. Buat entri bertajuk Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

5. Salin dan tampal kod HTML yang disediakan

6. Terbitkan

7. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri SINI sahaja

8. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. Selamat maju jaya dan selamat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini!

Jom klik di SINI jika nak join Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals.

Friday, June 2, 2017

Giveaway by Nia Emkay

Mieza S | 6/02/2017 09:19:00 AM | 5Comments |
Assalamualaikum :)


Klik Banner untuk Join


Saya dah:

Saya suka Blog Nia Emkay kerana …


Senarai Hadiah:
Gambar Hiasan

Topup
(RM5 X 2 by Sis Hawa, RM5 X 2 by Shafyqah, RM5 X 2 by Izzah Alya)

Pemenang akan dipilih melalui random.org. Jangan tunggu lagi! Jom sertai ‘Giveaway by Nia Emkay’ sekarang :)


Saya suka Blog Nia Emkay kerana blog beliau kemas dan ringkas.

Thursday, June 1, 2017

Quote #21 MiezaS

Mieza S | 6/01/2017 09:00:00 PM | 2Comments |

 Quote #21 MiezaS

 Quote #21 MiezaS

Kamu bukan tempat pulangnya
Ia hanya sedang lelah
Kemudian ingin berteduh sejenak
Di teras rumahmu
Kemudian pergi
Tanpa pamit 

TehJeruk

Lirik Lagu Menahan Rindu Wany Hasrita

Mieza S | 6/01/2017 05:45:00 PM | 2Comments |

Lirik Lagu Menahan Rindu Wany Hasrita

Lirik Lagu Menahan Rindu Wany Hasrita

Sejenak ku termenung
Awan pun mulai murung
Tiada siulan siulan burung burung

Menemani hari ku
Menemani sepi ku
Terseksa angkara menanggung rindu

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi

Biarpun sekadar cuma
Memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini

Biarlahku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku
Menahan rindu

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi

Biarpun sekadar cuma
Memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini

Biarlahku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku
Menahan rindu
Menahan rindu

Giveaway Kad Raya by Zafirah Nazri

Mieza S | 6/01/2017 04:25:00 PM | 11Comments |

Giveaway Kad Raya by Zafirah Nazri

Giveaway Kad Raya by Zafirah Nazri
Klik banner/ Klik SINI

GIVEAWAY POSKAD ANIMASI AIDILFITRI BY BONDE ZAIDALIFAH

Mieza S | 6/01/2017 04:13:00 PM | 2Comments |

GIVEAWAY POSKAD ANIMASI AIDILFITRI BY BONDE ZAIDALIFAH

GIVEAWAY POSKAD ANIMASI AIDILFITRI BY BONDE ZAIDALIFAH
Kli banner/ Klik SINI

Quote #20 MiezaS

Mieza S | 6/01/2017 03:46:00 PM | 0Comments |

Quote #20 MiezaS

Quote #20 MiezaS

SAYAP - SAYAP PATAH

Gantung harapan,
kemudian biar gugur dan cari pengganti

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.