![]() |
| dijana oleh AI |
rajin betul aku sekarang. disebabkan mak aku bagi aku tepung, aku pun pulun buat macam - macam setiap kali cuti. mana taknya, sebelum mak aku bagi tepung, aku dah beli dulu sebungkus. sebelum tepung tu rosak, baik aku habiskan.
hari sabtu aku buat apam. tapi tak dan pun nak ambil gambar. budak - budak seronok makan. kebetulan mak aku aku pun datang rumah.
hari ahad pula, aku cuba buat roti bun manis yang tak berapa manis. just nais. resepi ada dibawah tau.
Resepi Roti Bun Manis Sukatan Cawan
![]() |
| dijana oleh AI |
Bahan - Bahan:
bahan doh
- 4 cawan tepung gandum
- 1 paket mauripan
- 4 sudu besar gula (gula dan susu boleh tambah atau kurangkan ikut masing - masing)
- 2 sudu besar susu pekat manis (gula dan susu boleh tambah atau kurangkan ikut masing - masing)
- 1 sudu besar baking powder
- 1 biji telur
- 2 sudu besar marjerin / butter
- ½ sudu kecil garam
- ½ cawan air suam — masukkan sedikit-sedikit, jangan semestinya habiskan
sapuan atas roti
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu kecil susu segar/full cream/air biasa
selepas bakar
- Sedikit butter/marjerin
Cara Bancuhan Doh
- masukkan ½ cawan air suam + 1 paket Mauripan + 1 sudu besar gula. kacau dan biarkan 5–10 minit.
- campurkan 4 cawan tepung + 1 sudu besar baking powder + ½ sudu kecil garam di dalam mangkuk besar. gaul rata.
- masukkan pula 1 biji telur, 3 sudu besar susu pekat dan bancuhan yis. gaul sehingga mengjadi doh.
- masukkan 2 sudu besar marjerin/butter ke dalam adunan. uli selama 10–15 minit sehingga doh menjadi lembut, licin, elastik dan tak terlalu melekit.
kalau doh melekit, jangan terus tambah tepung. sapu sedikit minyak pada tangan dan teruskan uli. kalau doh terlalu keras, tambah 1 sudu besar air suam (sedikit demi sedikit jika tepung masih keras). - untuk perapan pertama; bulatkan doh dan letak dalam mangkuk yang disapu sedikit minyak. jangan terlalu rapat sebab doh akan mengembang. perap selama 45 - 60minit (atau sehingga doh naik 2 kali ganda). wrap atau tutup bekas dengan kain.
- perapan kedua; kempiskan doh perlahan - lahan dan bahagi kan kepada beberapa bahagian tergantung bagaimana saiz yang kau nak. bulat - bulatkan sampai permukaan doh licin dan letakkan di atas loyang yang telah disapu sedikit marjerin. sama juga, jangan rapat - rapat, nanti doh mengembang. perap lagi 30 - 45 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda dari saiz asal. wrap atau tutup bekas dengan kain.
Cara Bakar
- campurkan seiji kuning telur bersama 1 sudu kecil susu full cream/ susu segar atau air biasa. kacau rata dan sapu nipis pada bermukaan adunan.
- panaskan oven pada kadar 170°C api atas bawah selama 10 minit. jika oven telah betul - betul panas, boleh masukkan adunan ke dalam oven selama 20- 25 minit sehingga atas bun menjadi warna keemasan. suhu dan masa tergantung besar mana saiz adunan, dan tahap kepanasan oven. jadi boleh adjust ikut kesesuaian. (jangan sampai hangit pula).
- keluarkan bun yang telah masak cantik. sapukan sedikit marjerin atas bun. tutup dengan kain bersih selama 5 - 10 minit untuk kekalkan kelembutan bun dan elak bun kering.
aku ingat nak menulis dekat bahagian atas tu. tapi aku sendiri pun tak suka nak membaca bila aku beria nak cari resepi engko membebel panjang.
jadinya aku akan menulis di bahagian bawah ni dan share kan gambar - gambar yang aku sempat snap sepanjang aku mewujudkan roti bun manis. enjoy!
![]() |
| tepung faiza |
ini lah tepungnya. yang berjaya buat aku ulang uli roti.
mak aku yang bagi. mak aku selalu dapat banyak tepung. kadang - kadang memang beli lebih lepastu bila anak - anak datang rumah, dibaginya tepung. kadang dapat sardin. syiok.
tepung ni bungkusan tepung kedua yang ada dalam rumah sebenarnya. eh salah tiga.
dekat rumah aku ada satu tepung naik sendiri, dan satu tepung gandum baker's choice. lagi satu tepung faiza. apa benda aku nak buat dengan tepung banyak - banyak ni? mandi ke?
itu lah, jadi roti.
![]() |
| yis sedang kembang |
sebenarnya ini kali kedua aku buat 'roti'. kali pertama dulu sebelum kahwin; roti cinnamon roll.
bau semerbak, cewah bangga. sekali dah siap. ambik ko. tawar weyh! yang bagi resepi pun lah tak boleh pakai hahahaha. aku dah janji takkan ulang uli roti lagi. nak patah tangan.
waktu tu lah ~
4 - 5 tahun kemudian, lepas dapat tepung berkali - kali. akhirnya, aku pilih roti sekali lagi.
impress lah sebab yis tu kembang macam tu. selama ni tak pernah buat. buat donut pun resepi tak suruh tunggu yis kembang.
![]() |
| langkah uli tepung |
aku tak pernah beli telur gred a. aku guna gred c. saiznya agak kecil berbanding telur gred a. sebab tu tepung aku lambat sangat nak 'sebati dan bercantum'.
lagi pula cawan yang aku guna agak besar. aku guna mug ikea yang selalu orang minum kopi pagi - pagi. resepi dah betul, cuma saiz cawan dan saiz telur aku tak berapa matching. tapi jangan putus asa ya!
kalau dah uli lama, tepung masih kering dan masih bentuk habuk macam gambar pertama tu, kau tambah air suam. satu sudu, stop!
uli uli uli lagi. sampai dapat macam gambar ketiga dan keempat. aku pun hampir putus asa. tambah lagi 1 sudu air suam. uli uli uli.
bila dah sampai gambar kelima; doh dah bercantum tapi masih nampak kering. aku tambah 2 sudu marjerin. dan uli - uli.
uli sampai; rasa merekah, rasa susah nak uli, rasa keras tu hilang. doh mesti jadi lembut tau.
![]() |
| rehatkan doh |
doh perlu direhatkan sebanyak 2 kali tau.
rehat kali pertama tu, aku biar je dalam besin. jangan rapat sangat, nanti bergesel hahaha. lepastu wrap dan boleh pergi buat kerja lain. aku wrap pakai wrapping clear ni sebab senang nak intai doh aku tengah buat apa. dah kembang ke belum.
bila dia dah kembang elok, buangkan angin lebihan. tapi jangan lah pula pergi leperkan dia. hahaha. buang sikit je.
lepastu bulat kan elok - elok, kemas. dan rehatkan lagi kali kedua. aku tukar bekas kepada loyang sebab nak terus masuk oven kan. susun elok - elok berjarak 2 3cm. sebab doh tu nak kembang lagi sekali.
bila doh dah bosan berehat terlalu lama dan dah kembang cantik. boleh lah buat sapuan nipis atas doh. aku punya doh tu entahla. tak ada berus. sebab tu bersepah dan tak sekata.
![]() |
| baru keluar oven |
kelakar eh aku tengok warna roti bun ni. tak lawa, tak asthetic macam gambaran aku. jangan makan lagi, sapu dulu dengan marjerin atas roti dan tutup dengan kain 5 - 10 minit ya. biar lembab.
![]() |
| dijana oleh AI |
cuma;
rumah aku bau wangi sangat. bau roti.
![]() |
| kejadian roti bun aku. berjaya! |
penat lelah uli roti tadi, terasa hilang macam tu je lepas tengok keadaan roti bun aku. elok gemok.
apa lagi, makan panas - panas. sapu marjerin keliling, tambah dengan jem strawberry. rasa macam dekat cameron sungguh T_T
aku akan meneruskan uli roti.
dengan mesin lepas ni.
doakan aku konsisten rajin ya.
.png)

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
🌿 Ruang Bicara
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.