Wednesday, September 21, 2016

Koleksi Minyak Wangi Erra Fazira

Mieza S | 9/21/2016 07:40:00 PM | 2Comments |

Koleksi Minyak Wangi Erra Fazira

Koleksi Minyak Wangi Erra Fazira

Baru - baru ni penyanyi dan pelakon popular Erra Fazira telah melancarkan koleksi minyak wangi edisi terhad iaitu Forget Me Not dan Loveable. Idea itu datang setelah melihat rakannya, Rozita Che Wan yang turut mengeluarkan minyak wangi edisi beliau. Kata Erra Fazira minyak wangi ini merupakan hadiah kepada sekalian peminatnya. Hai peminat Erra Fazira? Apa khabar? Dah beli ke belum minyak wangi Erra Fazira? Hehehe.

Ini merupakan satu kejayaan besar buat beliau apabila akhirnya impian yang acapkali terhalang dan hampir putus asa berjaya terlaksana. Tahniah buat Erra Fazira dan minyak wanginya yang kini sudah memasuki pasaran online! 

Koleksi Minyak Wangi Erra Fazira

Lovable oleh Erra Fazira dihasilkan oleh bahan kandungan yang selamat dan diperakui oleh pihak International Franrance Association (IRFA). Terdiri daripada bahan semulajadi bunga - bungaan, lemon, dan oren. Minyak wangi Erra fazira juga telah disahkan halal oleh oleh pihak Jakim. 

Koleksi Minyak Wangi Erra Fazira

Bauan yang terhasil daripada setiap semburan Lovable menghasilkan satu wangian keberanian tampak berani persis Erra sendiri. Lovable menggambarkan bagaimana personaliti Erra Fazira ketika beraksi di pentas dan sifat kekuatan yang ada pada diri beliau. Jom dapatkan minyak wangi Lovable oleh Erra Fazira. 

Bagaimana mahu mendapatkan Lovable oleh Erra Fazira?

Korang boleh dapatkan LOVEABLE oleh Erra Fazira dari En Dhani 012-2565969 / 019-2625969 dengan harga RM 49.90/botol (30ml)

Instagram :
Perfume By Erra Fazira

Ada sedikit kejutan sebenarnya. Erra Fazira juga ada membuat satu lagi minyak wangi limited edition. Nak tahu namanya? 'Forget Me Not'. Nampak exclusive kan? Nantikan di entri seterusnya. 

Monday, September 19, 2016

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

Mieza S | 9/19/2016 05:01:00 PM | 5Comments |

3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? sendiri + emak
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang jeragat (emak), jerawat (sendiri)
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana emak saya berharap sangat dapat menjumpai mana - mana serum yang mampu menghilangkan jeragat setelah sekian lama menetap di muka beliau.
Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Mudahnya Membeli Belah di ezbuy

Mieza S | 9/19/2016 04:27:00 PM | 0Comments |

Mudahnya Membeli Belah di ezbuy


Pernah dengar tentang laman web ezbuy? ezbuy merupakan laman shopping atas talian yang seangkatan dengan Lazada. Apa yang menariknya tentang ezbuy adalah segala macam barang ada dijual di ezbuy. ezbuy tidak hanya memfokuskan kepada satu barangan sahaja. Itulah yang seronok nak membeli belah. Sebut je nak apa. Semua ada. Dari pakaian, sampai lah ke peralatan rumah. Cuma sediakan duit sahaja. Sekarang memang zaman orang membeli belah di internet. Zaman teknologi kata kan. Kalau boleh, beli kereta pun nak beli secara dalam talian. Hehehe.


Barangan yang dijual di ezbuy

Rambang mata aku tak tahu nak pilih mana satu. Akhirnya aku pilih satu baju ni. Memang lawa sangat bagi aku. Macam harimau. Aummm. 

Jom cuci mata di ezbuy. Tengok - tengok mana yang berkenan. Kalau ada yang menambat hati, ikuti langkah mudah seperti dalam gambar di bawah untuk membuat pembelian :)

Tapi sebelum tu, buat pendaftaran baru dahulu untuk dapatkan voucher sebanyak RM15 di ezbuy! Lepastu baru syok nak membeli belah. 







Aku nak bagitahu satu rahsia. Jangan bagitahu orang lain k? Masukkan code promo ezfriend15 untuk menikmati sebanyak 15% potongan untuk bayaran kos penghantaran. Wah. Cepat - cepat. Pilih mana - mana yang korang suka. Mudahnya membeli belah di ezbuy ni. Ha ada lagi satu benda yang menarik di ezbuy. 

Kalau korang perasan pada setiap pembelian ada dinyatakan tentang Prime dan ezbuy. Pelanggan diminta untuk membuat pilihan diantara Prime dan ezbuy. Aku sarankan korang pilih Prime. Sebab kos penghantaran hanya akan dicas sebanyak RM8.80 sahaja. Tak kisah lah barang apa sekalipun. Berat macam gajah sekalipun. Syaratnya mudah. Hanya perlu daftar dan menjadi 100 orang terawal di Daftar Prime Trial. Cepat - cepat jadi orang pertama! Nanti lambat rugi tau. Jom membeli belah di ezbuy.  Mudahnya Membeli Belah di ezbuy










Saturday, September 17, 2016

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

Mieza S | 9/17/2016 12:17:00 PM | 3Comments |

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70 

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

My Story Cafe terletak di Kota Kemuning Shah Alam. Landmark untuk mencari My Story Cafe adalah dengan mencari Bank RHB. Jumpa Bank RHB, jumpalah My Story Cafe. Senangkan? Apa yang menarik di My Story Cafe? 


Apa yang menarik di My Story Cafe? 

My Story Cafe menyediakan makanan seafood serendah RM70. Seafood yang aku maksudkan adalah shell out atau lebih dikenali sebagai #jaricomot. Kenapa #jaricomot? Pada hemah aku, #jaricomot mungkin merujuk kepada jari - jemari yang comot apabila tercalit kuah - kuah dari makanan shellout itu sendiri. Hahaha. Tapi takpayah buat rujukan rasanya. Sebab Sabtu lepas, aku dan geng kbba9 berpeluang merasa shell out ni. Memang habis jari - jemari comot. Mana taknya, memang sedap. Ini pertama kali aku menikmati shell out dengan kepuasan berganda. Aku belum pernah lagi merasa shell out sebelum ni. Mampu tengok kengkawan tunjuk gambar dalam facebook je. 

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

Selain dari makanan seafood, My story Cafe juga menyediakan menu - menu lain yang menarik perhatian pelanggan. Antaranya makanan western. Makanan western dekat My Story Cafe pun tak kurang hebatnya. Harga sangat berpatutan. 


Hidangan Shell Out di My Story Cafe

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

Bagi penggemar seafood yang sangat suka kan style shell out, boleh lah cuba rasa hidangan di My Story Cafe. Bukan makanan je tau yang sedap. Staf di My Story Cafe juga sangat peramah dan baik - baik semuanya. Itu lah yang buat kita rasa seronok nak datang makan. Tak rasa terbeban dengan sesetengah staf yang nampak garang dan sombong. Kan kan? 

Jom tengok hidangan yang menarik di My Story Cafe.

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Scallops
Dalam menu shell out, yang paling menambat hati aku ialah Scallops. Memang tak boleh lupa dia punya kuah. Pergh. Meleleh. Rasa black pepper yang sangat lazat dan mencengkam lidah aku. Isi dah habis pun, aku bersungguh kasi licin dia punya cengkerang. Sebab ada kuah - kuah yang melekat dekat cengkerang tu. Sampai harini, aku nak sangat benda alah ni. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab tak puas makan Scallops kot haritu. Heehhe.


My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Mud Crab
My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Kepah Berlada
My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Sotong Rings
My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Udang 

Hidangan Western Food dan Asian Food di My Story Cafe

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Boxing Chicken
Ini Boxing Chicken. Aku tak sempat nak rasa. Kekenyangan tahap maksimum. Maklumlah perut kecik. Nak sumbat tu memang tak dehal. tapi nanti tersekat di skala 7. Membazir pulak rasanya. baik aku berhenti makan. Hehehe.

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Grill Lamb
My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Grill Cheesy Chicken Chop
My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Laksa Joho
My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

Tengok lah deme makan. Tak de sorang pun pandang kamera aku. Semua syok sangat makan. Heheheh. Semangat dia punya sedap tu lain macam bila makan ramai - ramai macam ni. Nak - nak pulak style macam Nasi Ambeng (makan ramai - ramai dalam talam). Tapi ni makan ramai - ramai atas meja. 

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Coconut Ice Cream
My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

Nampak tak? Bersih meja kami makan. Memang kasi 4 bintang. Meh datang dan cuba sekali. Pasti nak lagi. Ajak makcik sedara mara jiran tetangga sekali tau.

My Story Cafe 

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

My Sory Cafe menyediakan ruangan untuk kanak - kanak bermain. Bagi ibu - bapa yang tengah syok sangat menikmati shell out, boleh bagi peluang kepada anak - anak main dekat kawasan yang disediakan. Pihak mereka juga ada  menyediakan rak yang dipenuhi buku. Ha, siapa yang suka sangat membacam boleh la lepak - lepak dekat situ. 

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Reka letak perabot yang kemas dan tersusun.
Walaupun ruangan di My Story Cafe tidak lah besar mana, tapi idea ringkas dalam penyusunan perabot memang diambil kira oleh pihak My Story Cafe. Sebab tu bila masuk tak perasan sangat ruang ni sempit. Sebab perabot disusun dengan baik. 

Apa lagi. Jom Serbu! 

Alamat My Story Cafe, Kota Kemuning
No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y
Kota Kemuning 40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

FacebookMy Story Cafe 
Instagram@mystorycafekk
Tel: 03 – 5131 0452
Encik Asrul Husni Bin Hussain – 018 779 1468
Puan Rahimah Binti Dato Abdul Rahim – 018 777 1468


Bila Kita Terlalu Tulus Ini Lah Yang Akan Jadi

Mieza S | 9/17/2016 12:38:00 AM | 0Comments |

Bila Kita Terlalu Tulus Ini Lah Yang Akan Jadi

Bila Kita Terlalu Tulus Ini Lah Yang Akan Jadi

Benda ni sebenarnya dah lama jadi. Lama dulu, mungkin masa Ayu kecik lagi. Mula timbul cerita tah pape, bila adik Ayu yang kecik umur lima (5) bulan sejak lahir sampai lah sekarang asyik menangis je. Asal malam nangis, asal nangis malam. Siang pun nangis juga, tapi tak lah teruk sangat. Tapi malam tu memang tak tahu nak cakap. Kesian betul dengan emak Ayu. Hari - hari berjaga malam sebab adik aku menangis tak henti. Satu hari, makcik Ayu yang duduk jauh telefon emak Ayu, dia tanya kan khabar emak dengan keadaan adik Ayu. Makcik Ayu agak ada sesuatu tak kena dengan keadaan rumah Ayu. 

Bingo!

Emak Ayu cakap memang ada. Emak Ayu pun cerita lah semua yang jadi. Lepastu makcik Ayu bawa isteri anak sedara dia (asal dari Indonesia) datang ke rumah Ayu. Suruh ditengok - tengok kan keadaan rumah. Namanya Cik Non (bukan nama sebenar).


Di rumah,

Masuk je dalam rumah, terus Cik Non ke dapur. Tak tahu lah apa dia buat, dia pusing - pusing dapur, pusing rumah, tengok belakang rumah. Lepastu dia sediakan sejenis sesuatu untuk adik Ayu (ubat kot). Lepastu dia pun bersembang dengan emak Ayuu. Siap pesan - pesan, suruh pintu dekat dapur tu dicat warna terang (sekarang warna hitam dan masih hitam). Katanya setan suka warna hitam. Lepastu ada plastik yang tergantung (emak Ayu kumpul plastik giant unt dibuat plastik sampah), kata Cik Non, setan buat rumah tempat - tempat macam tu. Seram pulak rasa nak kedapur malam - malam. 

Bila Kita Terlalu Tulus Ini Lah Yang Akan Jadi

Satu Hari,
Masa Ayu adik beradik kumpul depan tv, ada yang tanya pasal Cik Non. Apa yang Cik Non buat haritu, dia cakap apa. Dan macam - macam lagi lah soalan yang keluar dari mulut Ayu dan adik adik. Emak cerita satu persatu. Sampai lah emak buka cerita pasal arwah nenek. Nenek dah lama meninggal. Dalam tahun 2004, 2005 juga. Ayu yak ingat dah. Masa tu Ayu pun baru darjah 3, 4. Tak ambil peduli sangat tahun berapa. 

Emak kata, arwah nenek orangnya sangat tulus dan ikhlas. Maksudnya tak pernah menipu. Kata orang, arwah nenek sejenis manusia yang lurus. Disebabkan arwah nenek terlalu lurus, arwah selalu bermimpi yang anek - aneh. Dan mimpi - mimpi tu semua akan diceritakan semula kepada emak ketika hayatnya dahulu. Antara mimpi yang selalu menyinggah malam arwah adalah tentang harta karun yang tertanam di belakang rumah. Waktu itu, nenek cerita mimpi tu dekat atuk. Atuk dengan gembiranya bagitahu adik beradik dia. Esoknya, semua adik - beradik atuk turun nak tengok harta karun tersebut. 
Bila Kita Terlalu Tulus Ini Lah Yang Akan Jadi

Ketika atuk sampai di tempat yang dinyatakan nenek (nenek tak ikut ke tempat kejadian), harta karun yang ada dalam mimpi nenek tak ada langsung. Tak ada tanda - tanda benda tu wujud. Salah seorang dalam kalangan yang turut menyertai pencarian harta karun adalah seorang imam (ye kot. tak ingat). Dikatakan dia marah dengan atuk waktu tu, sebab atuk tipu. Lepastu cakap besar. Balik dari pencarian harta karun tu, beliau demam berhari - hari sampai lah meninggal tiba - tiba. Pelik kan?

Lepastu mimpi lain yang menyinggah malam nenek adalah tentang sebilah keris yang terhunus di sebuah busut. Dalam mimpi tu, dia suruh nenek tolong jagakan. Nenek seorang yang jenis berserah. Dia tak mahu cerita pasal mimpi tu dekat atuk lagi. Sebab dia nak tengok sendiri kebenaran mimpi yang selalu datang. Nenek ambil keputusan pergi dekat busut tu seorang diri. Keris tu memang ada. Nenek ambil dan simpan. Memang nenek jaga. Tak buat apa pun. 

Kata emak Ayu, bila keris tu sampai ke pengetahuan atuk, atuk kemenyankan malam jumaat dan berlarutan beberapa minggu/bulan (tak pasti). Kata emak, mungkin sebab nenek terlalu jujur. 'Benda' tu nak mendampingi nenek. Tapi nenek buta - buta ambil keris dan simpan. Nenek tak kemenyankan. Atuk yang mula. 
Bila Kita Terlalu Tulus Ini Lah Yang Akan Jadi

Seingat Ayu, memang Ayu pernah terlihat dan sekilas pandang keris tu. pernah pegang. Ada kain kuning. Tapi sekadar pegang nak pegang keris. Tak pernah niat apa pun. Ada juga rasa seram. Heheheh. Lepas nenek meninggal, atuk pegang keris tu. Tapi atuk dah tak kemenyankan lagi macam dulu. Ayu pun macam dah tak pernah lagi dengar cerita pasal keris tu. Kali terakhir dengar, pasal keris tu berpindah tangan (pakcik pakcik), lepastu atuk pegang balik. Tapi kejujurannya entahlah bagaimana. 

Arwah nenek juga ada cerita dekat emak Ayu. Ada bebola api yang pernah mengikut nenek. Entahlah. Nenek cerita. Itu antara nenek dengan masa lalu yang tahu. 

Entahlah. Itu kan cerita lalu. Ayu pun masih kecik. Arwah nenek mungkin terlalu tulus dan inilah yang akan jadi. Benda tu nak mendampingi nenek. Dengan erti kata lain menjaga nenek. Tapi, memang nenek tak pernah buat bukan - bukan. Sepanjang hayat, arwah memang terlalu baik dan sempurna orangnya. 

Bukanlah salah jadi orang terlalu tulus, yelah. Menjadi seorang yang lurus tu bukan pilihan. Kita pun tak sedar kot. Entah. Bersyukurlah, mungkin hatinya tulus dan putih dijaga tuhan. Semoga arwah nenek ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 

P/s : Rekaan semata - mata



Ha! Amacam. Seram tak cerita aku? Hehehhe. Nak rasa seram tak? Jom tengok cerita Volkswagen Kuning di pawagam pada 22 September 2016 di seluruh pawagan seluruh Malaysia. Boleh rujuk poser di bawah ye.

Bila Kita Terlalu Tulus Ini Lah Yang Akan Jadi




Official Trailer Volkswagen Kuning

The Making Of Volkswagen Kuning

Sinopsis Volkswagen Kuning

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.


Jom sertai contest cerita seram untuk mendapatkan dua keping tiket percuma ke Majlis Tayangan Perdana Filem Volswagen Kuning pada pautan ini Contest Cerita Seram.

Friday, September 16, 2016

Tonton Drama Teduhan Kasih Full Episod

Mieza S | 9/16/2016 08:49:00 PM | 1Comments |

Tonton Drama Teduhan Kasih Full Episod


TAJUK : Teduhan Kasih
JUMLAH EPISOD : 28 Episod
PELAKON: Rizal(Shah Iskandar), Nabila Huda , Adi Putra(Ehsan)
ADAPTASI : Novel teduhan Kasih
OST LAGU TEMA: Hanya Aku - Hyper Act.

Sinopsis Teduhan Kasih


Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26Episod 27Episod 28



Sumber 1Sumber 2Sumber 3Sumber 4

Sinopsis Drama Teduhan Kasih

Mieza S | 9/16/2016 08:25:00 PM | 0Comments |

Sinopsis Drama Teduhan Kasih

Sinopsis Drama Teduhan Kasih

TAJUK : Teduhan Kasih
JUMLAH EPISOD : 28 Episod
PELAKON: Rizal(Shah Iskandar), Nabila Huda , Adi Putra(Ehsan)
ADAPTASI : Novel teduhan Kasih
OST LAGU TEMA: Hanya Aku - Hyper Act.

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah. Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.


Tonton Drama Teduhan Kasih Full Episod

Sumber

Selamat Hari Malaysia

Mieza S | 9/16/2016 08:08:00 PM | 0Comments |

Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia
Berita Harian, Ithnin, 16 September 1963

Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia


Thursday, September 15, 2016

Tajuk Novel dan Drama di Malaysia

Mieza S | 9/15/2016 09:15:00 PM | 5Comments |

Tajuk Novel dan Drama di Malaysia

Tajuk Novel dan Drama di Malaysia

Apa Komen Korang Bila Tajuk Novel dan Drama Macam Ni?

  1. Suamiku Paling Sweet
  2. Pelajar Itu Suamiku
  3. suami Edisi Terhad
  4. Suamiku vampire
  5. Suamiku Anak Jiran Sebelah
  6. suamiku tak romantik tapi autistik
  7. suamiku mr blind
  8. suamiku encik sotong
  9. suamiku mr boss
  10. sepupuku suamiku
  11. dia bukan suamiku
  12. musuhku suamiku
  13. suamiku ketua gangster
  14. suami yang ku benci
  15. abangku ceo sengal
  16. suamiku workhaholic
  17. suamiku encik perfect 10
  18. sikolot suamiku
  19. auami tanpa cinta
  20. suamiku romantik tapi egois
  21. encik suamiku hipster
  22. suamiku pemalu
  23. suami sebelah rumah
  24. suami aku ustaz
  25. suamiku encik jiwang
  26. suami express
  27. bos a.k.a suamiku
  28. suamiku paling sweet
  29. suamiku pencuri kelas satu
  30. dudaku suamiku
  31. oops! Suami aku bukan duda
  32. hati suamiku GK
  33. suamiku si tuan rumah
  34. suamiku gila kuasa
  35. alahai suamiku amnesia
  36. suami sementara
  37. suami terhangat
  38. kerana dia suami ku
  39. playboy itu suami aku
  40. suamiku pilotku
  41. suamiku along?
  42. dia suamiku?
  43. suamiku surirumah?
  44. tolong cari suamiku
  45. suamiku heroku
  46. suami tanpa cinta
  47. encik sutung bergincu
  48. suamiku encik gula
  49. suami tak ku hadap
  50. muridku suami aku?
  51. suamiku gee
  52. betul, suami aku pelakon
  53. suamiku pembuli
  54. surat cinta abang posmen
  55. abang bomba i love you
  56. suamiku abang sexy
  57. suamiku abang sado
  58. abang sado hamti jambu
  59. isteri vs tunang
  60. tunangku tidak tampan
  61. dia tunang aku
  62. hero hatiku
  63. jodoh sebelah pintu
  64. suamiku jatuh dari langit
  65. diari suamiku
  66. Mr Donut Karamel
  67. Duda Terlajak Laris
  68. kerana aku suamimu
  69. Kata tak rindu
  70. jangan, itu suamiku
  71. suami pilihan, suamiku
  72. suami paksa rela
  73. cinta untuk disewa
  74. encik sayang dan miss sweetheart
  75. sayangku kapten mukhriz
  76. Tunangku Encik Inspektor Penjara 
  77. sebenarnya saya isteri dia
  78. aku bukan mistress
  79. ya, saya benci awak!
  80. cinta si gadis asam boi
  81. suami I selfish
  82. dia isteriku dari mimpiku
  83. encik gula 'under age'
  84. I love you, stupid
  85. love you Mr Arrogant!
  86. romeo aku mencintai dirimu
  87. cinta at the first sight
Nak menangis aku tengok semua tajuk ni. Aduh. Tajuk Novel dan Drama di Malaysia memang menyedihkan. Aku yakin dan pasti masih banyak lagi Tajuk novel dan drama di Malaysia yang mengarut macam ni. Cuma tak termasuk dalam carian aku je. Hmm

Wednesday, September 14, 2016

Floral Ketupat Nasi Memang Teruk

Mieza S | 9/14/2016 08:59:00 PM | 2Comments |

Floral Ketupat Nasi Memang Teruk

Floral Ketupat Nasi Memang Teruk

Seharian aku di dapur ketika sebelum berlangsungnya Hari Raya Haji. Aku membantu emak di dapur dan tengok - tengok kan adik. Berkenaan Floral Ketupat Nasi ni, aku beli di Giant Shah Alam. Ketika itu ada promosi rasanya. Harganya pun agak murah. Jadi aku beli dua bungkus. Sesampainya di rumah, emak merebus Floral Ketupat Nasi ni. tengok lah hasilnya apa yang jadi. 

Floral Ketupat Nasi Memang Teruk

Floral Ketupat Nasi Memang Teruk

Floral Ketupat Nasi Memang Teruk

Floral Ketupat Nasi Memang Teruk

Floral Ketupat Nasi Memang Teruk

Hanya ada dua tiga ketul sahaja bungkusan ketupat nasi yang elok dan tidak pecah. Selebihnya jadi bubur. Sedih betul. Buang air, buang masa, buang tenaga, buang gas, buang duit dan buang segalanya. Menyesal betul beli. Floral Ketupat Nasi Memang Teruk. Aku rasa ini bungkusan lama, sebab tu dijual murah! Seeloknya di uji dahulu, sebelum dijual sewenangnya. Jahat sangat. Kesian orang yang beli termasuk aku :( Menjawablah engkau nanti. 

Sudahnya, terpaksa beli yang baru. Nasib baik lah Floral Ketupat Nasi yang bolong - bolong masih boleh dimakan. Sedih sebab tak boleh nak hidang dekat orang. Boleh makan sendiri jela. Hmm 

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.