Bila Kita Terlalu Tulus Ini Lah Yang Akan Jadi
Benda ni sebenarnya dah lama jadi. Lama dulu, mungkin masa Ayu kecik lagi. Mula timbul cerita tah pape, bila adik Ayu yang kecik umur lima (5) bulan sejak lahir sampai lah sekarang asyik menangis je. Asal malam nangis, asal nangis malam. Siang pun nangis juga, tapi tak lah teruk sangat. Tapi malam tu memang tak tahu nak cakap. Kesian betul dengan emak Ayu. Hari - hari berjaga malam sebab adik aku menangis tak henti. Satu hari, makcik Ayu yang duduk jauh telefon emak Ayu, dia tanya kan khabar emak dengan keadaan adik Ayu. Makcik Ayu agak ada sesuatu tak kena dengan keadaan rumah Ayu.
Bingo!
Emak Ayu cakap memang ada. Emak Ayu pun cerita lah semua yang jadi. Lepastu makcik Ayu bawa isteri anak sedara dia (asal dari Indonesia) datang ke rumah Ayu. Suruh ditengok - tengok kan keadaan rumah. Namanya Cik Non (bukan nama sebenar).
Di rumah,
Masuk je dalam rumah, terus Cik Non ke dapur. Tak tahu lah apa dia buat, dia pusing - pusing dapur, pusing rumah, tengok belakang rumah. Lepastu dia sediakan sejenis sesuatu untuk adik Ayu (ubat kot). Lepastu dia pun bersembang dengan emak Ayuu. Siap pesan - pesan, suruh pintu dekat dapur tu dicat warna terang (sekarang warna hitam dan masih hitam). Katanya setan suka warna hitam. Lepastu ada plastik yang tergantung (emak Ayu kumpul plastik giant unt dibuat plastik sampah), kata Cik Non, setan buat rumah tempat - tempat macam tu. Seram pulak rasa nak kedapur malam - malam.
Satu Hari,
Masa Ayu adik beradik kumpul depan tv, ada yang tanya pasal Cik Non. Apa yang Cik Non buat haritu, dia cakap apa. Dan macam - macam lagi lah soalan yang keluar dari mulut Ayu dan adik adik. Emak cerita satu persatu. Sampai lah emak buka cerita pasal arwah nenek. Nenek dah lama meninggal. Dalam tahun 2004, 2005 juga. Ayu yak ingat dah. Masa tu Ayu pun baru darjah 3, 4. Tak ambil peduli sangat tahun berapa.
Emak kata, arwah nenek orangnya sangat tulus dan ikhlas. Maksudnya tak pernah menipu. Kata orang, arwah nenek sejenis manusia yang lurus. Disebabkan arwah nenek terlalu lurus, arwah selalu bermimpi yang anek - aneh. Dan mimpi - mimpi tu semua akan diceritakan semula kepada emak ketika hayatnya dahulu. Antara mimpi yang selalu menyinggah malam arwah adalah tentang harta karun yang tertanam di belakang rumah. Waktu itu, nenek cerita mimpi tu dekat atuk. Atuk dengan gembiranya bagitahu adik beradik dia. Esoknya, semua adik - beradik atuk turun nak tengok harta karun tersebut.
Ketika atuk sampai di tempat yang dinyatakan nenek (nenek tak ikut ke tempat kejadian), harta karun yang ada dalam mimpi nenek tak ada langsung. Tak ada tanda - tanda benda tu wujud. Salah seorang dalam kalangan yang turut menyertai pencarian harta karun adalah seorang imam (ye kot. tak ingat). Dikatakan dia marah dengan atuk waktu tu, sebab atuk tipu. Lepastu cakap besar. Balik dari pencarian harta karun tu, beliau demam berhari - hari sampai lah meninggal tiba - tiba. Pelik kan?
Lepastu mimpi lain yang menyinggah malam nenek adalah tentang sebilah keris yang terhunus di sebuah busut. Dalam mimpi tu, dia suruh nenek tolong jagakan. Nenek seorang yang jenis berserah. Dia tak mahu cerita pasal mimpi tu dekat atuk lagi. Sebab dia nak tengok sendiri kebenaran mimpi yang selalu datang. Nenek ambil keputusan pergi dekat busut tu seorang diri. Keris tu memang ada. Nenek ambil dan simpan. Memang nenek jaga. Tak buat apa pun.
Kata emak Ayu, bila keris tu sampai ke pengetahuan atuk, atuk kemenyankan malam jumaat dan berlarutan beberapa minggu/bulan (tak pasti). Kata emak, mungkin sebab nenek terlalu jujur. 'Benda' tu nak mendampingi nenek. Tapi nenek buta - buta ambil keris dan simpan. Nenek tak kemenyankan. Atuk yang mula.
Seingat Ayu, memang Ayu pernah terlihat dan sekilas pandang keris tu. pernah pegang. Ada kain kuning. Tapi sekadar pegang nak pegang keris. Tak pernah niat apa pun. Ada juga rasa seram. Heheheh. Lepas nenek meninggal, atuk pegang keris tu. Tapi atuk dah tak kemenyankan lagi macam dulu. Ayu pun macam dah tak pernah lagi dengar cerita pasal keris tu. Kali terakhir dengar, pasal keris tu berpindah tangan (pakcik pakcik), lepastu atuk pegang balik. Tapi kejujurannya entahlah bagaimana.
Arwah nenek juga ada cerita dekat emak Ayu. Ada bebola api yang pernah mengikut nenek. Entahlah. Nenek cerita. Itu antara nenek dengan masa lalu yang tahu.
Entahlah. Itu kan cerita lalu. Ayu pun masih kecik. Arwah nenek mungkin terlalu tulus dan inilah yang akan jadi. Benda tu nak mendampingi nenek. Dengan erti kata lain menjaga nenek. Tapi, memang nenek tak pernah buat bukan - bukan. Sepanjang hayat, arwah memang terlalu baik dan sempurna orangnya.
Bukanlah salah jadi orang terlalu tulus, yelah. Menjadi seorang yang lurus tu bukan pilihan. Kita pun tak sedar kot. Entah. Bersyukurlah, mungkin hatinya tulus dan putih dijaga tuhan. Semoga arwah nenek ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
P/s : Rekaan semata - mata.
Ha! Amacam. Seram tak cerita aku? Hehehhe. Nak rasa seram tak? Jom tengok cerita Volkswagen Kuning di pawagam pada 22 September 2016 di seluruh pawagan seluruh Malaysia. Boleh rujuk poser di bawah ye.
Official Trailer Volkswagen Kuning
The Making Of Volkswagen Kuning
Sinopsis Volkswagen Kuning
MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!
Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.
Jom sertai contest cerita seram untuk mendapatkan dua keping tiket percuma ke Majlis Tayangan Perdana Filem Volswagen Kuning pada pautan ini Contest Cerita Seram.
Jom sertai contest cerita seram untuk mendapatkan dua keping tiket percuma ke Majlis Tayangan Perdana Filem Volswagen Kuning pada pautan ini Contest Cerita Seram.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.