Floral Ketupat Nasi Memang Teruk
Seharian aku di dapur ketika sebelum berlangsungnya Hari Raya Haji. Aku membantu emak di dapur dan tengok - tengok kan adik. Berkenaan Floral Ketupat Nasi ni, aku beli di Giant Shah Alam. Ketika itu ada promosi rasanya. Harganya pun agak murah. Jadi aku beli dua bungkus. Sesampainya di rumah, emak merebus Floral Ketupat Nasi ni. tengok lah hasilnya apa yang jadi.
Hanya ada dua tiga ketul sahaja bungkusan ketupat nasi yang elok dan tidak pecah. Selebihnya jadi bubur. Sedih betul. Buang air, buang masa, buang tenaga, buang gas, buang duit dan buang segalanya. Menyesal betul beli. Floral Ketupat Nasi Memang Teruk. Aku rasa ini bungkusan lama, sebab tu dijual murah! Seeloknya di uji dahulu, sebelum dijual sewenangnya. Jahat sangat. Kesian orang yang beli termasuk aku :( Menjawablah engkau nanti.
Sudahnya, terpaksa beli yang baru. Nasib baik lah Floral Ketupat Nasi yang bolong - bolong masih boleh dimakan. Sedih sebab tak boleh nak hidang dekat orang. Boleh makan sendiri jela. Hmm
2 Comments
uishh tak beragak betul ! keluaran bumiputera ke sis ? huhu
ReplyDeletewangi tak bau dia?
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.