My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70 

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

My Story Cafe terletak di Kota Kemuning Shah Alam. Landmark untuk mencari My Story Cafe adalah dengan mencari Bank RHB. Jumpa Bank RHB, jumpalah My Story Cafe. Senangkan? Apa yang menarik di My Story Cafe? 


Apa yang menarik di My Story Cafe? 

My Story Cafe menyediakan makanan seafood serendah RM70. Seafood yang aku maksudkan adalah shell out atau lebih dikenali sebagai #jaricomot. Kenapa #jaricomot? Pada hemah aku, #jaricomot mungkin merujuk kepada jari - jemari yang comot apabila tercalit kuah - kuah dari makanan shellout itu sendiri. Hahaha. Tapi takpayah buat rujukan rasanya. Sebab Sabtu lepas, aku dan geng kbba9 berpeluang merasa shell out ni. Memang habis jari - jemari comot. Mana taknya, memang sedap. Ini pertama kali aku menikmati shell out dengan kepuasan berganda. Aku belum pernah lagi merasa shell out sebelum ni. Mampu tengok kengkawan tunjuk gambar dalam facebook je. 

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

Selain dari makanan seafood, My story Cafe juga menyediakan menu - menu lain yang menarik perhatian pelanggan. Antaranya makanan western. Makanan western dekat My Story Cafe pun tak kurang hebatnya. Harga sangat berpatutan. 


Hidangan Shell Out di My Story Cafe

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

Bagi penggemar seafood yang sangat suka kan style shell out, boleh lah cuba rasa hidangan di My Story Cafe. Bukan makanan je tau yang sedap. Staf di My Story Cafe juga sangat peramah dan baik - baik semuanya. Itu lah yang buat kita rasa seronok nak datang makan. Tak rasa terbeban dengan sesetengah staf yang nampak garang dan sombong. Kan kan? 

Jom tengok hidangan yang menarik di My Story Cafe.

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Scallops
Dalam menu shell out, yang paling menambat hati aku ialah Scallops. Memang tak boleh lupa dia punya kuah. Pergh. Meleleh. Rasa black pepper yang sangat lazat dan mencengkam lidah aku. Isi dah habis pun, aku bersungguh kasi licin dia punya cengkerang. Sebab ada kuah - kuah yang melekat dekat cengkerang tu. Sampai harini, aku nak sangat benda alah ni. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab tak puas makan Scallops kot haritu. Heehhe.


My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Mud Crab
My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Kepah Berlada
My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Sotong Rings
My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Udang 

Hidangan Western Food dan Asian Food di My Story Cafe

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Boxing Chicken
Ini Boxing Chicken. Aku tak sempat nak rasa. Kekenyangan tahap maksimum. Maklumlah perut kecik. Nak sumbat tu memang tak dehal. tapi nanti tersekat di skala 7. Membazir pulak rasanya. baik aku berhenti makan. Hehehe.

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Grill Lamb
My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Grill Cheesy Chicken Chop
My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Laksa Joho
My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

Tengok lah deme makan. Tak de sorang pun pandang kamera aku. Semua syok sangat makan. Heheheh. Semangat dia punya sedap tu lain macam bila makan ramai - ramai macam ni. Nak - nak pulak style macam Nasi Ambeng (makan ramai - ramai dalam talam). Tapi ni makan ramai - ramai atas meja. 

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Coconut Ice Cream
My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

Nampak tak? Bersih meja kami makan. Memang kasi 4 bintang. Meh datang dan cuba sekali. Pasti nak lagi. Ajak makcik sedara mara jiran tetangga sekali tau.

My Story Cafe 

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

My Sory Cafe menyediakan ruangan untuk kanak - kanak bermain. Bagi ibu - bapa yang tengah syok sangat menikmati shell out, boleh bagi peluang kepada anak - anak main dekat kawasan yang disediakan. Pihak mereka juga ada  menyediakan rak yang dipenuhi buku. Ha, siapa yang suka sangat membacam boleh la lepak - lepak dekat situ. 

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70

My Story Cafe Hidang Seafood (Shell Out) Serendah RM70
Reka letak perabot yang kemas dan tersusun.
Walaupun ruangan di My Story Cafe tidak lah besar mana, tapi idea ringkas dalam penyusunan perabot memang diambil kira oleh pihak My Story Cafe. Sebab tu bila masuk tak perasan sangat ruang ni sempit. Sebab perabot disusun dengan baik. 

Apa lagi. Jom Serbu! 

Alamat My Story Cafe, Kota Kemuning
No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y
Kota Kemuning 40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Facebook : My Story Cafe
Instagram : @mystorycafekk
Tel: 03 – 5131 0452
Encik Asrul Husni Bin Hussain – 018 779 1468
Puan Rahimah Binti Dato Abdul Rahim – 018 777 1468


Post a Comment

3 Comments

  1. Menarik kedai ni! Siqah save to pocket dulu. Nanti ada masa nak terjah sana :)

    ReplyDelete
  2. yeayyyy kecik nak banjer ehhhh ahhahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.