Friday, August 26, 2016

Peluang Belajar Sambil Bekerja dengan SHRDC Secara PERCUMA

Peluang Belajar Sambil Bekerja dengan SHRDC Secara PERCUMA

Peluang Belajar Sambil Bekerja dengan SHRDC Secara PERCUMA

Peluang Belajar Sambil Bekerja dengan SHRDC Secara PERCUMA

Pernah dengar SHRDC? Kalau aku, ini mungkin pertama kali. Sebab aku jarang nak ambil tahu nama badan bukan kerajaan dan masih belum banyak membaca. Rasa teruja bila diberi peluang untuk bekerjasama dengan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC). Masa mula - mula sampai bangunan SHRDC, tak pernah terbayang pun dalam ni ada kelas, makmal, auditorium. Tak tergambar dan terbayang. Sebab sekali pandang nampak macam pejabat - pejabat tempat orang bekerjaya.

Peluang Belajar Sambil Bekerja dengan SHRDC Secara PERCUMA

Peluang Belajar Sambil Bekerja dengan SHRDC Secara PERCUMA

Ramai tidak tahu yang sebenarnya Selangor Human Resource Development Centre telah mewujudkan Program Perantisan Kemahiran Belia sejak sekian lama bagi lepasan SPM, SKM Tahap 3 dan Diploma. Penubuhan ini adalah melalui kerjasama diantara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor & Industri. Antara industri yang terlibat bersama SHRDC adalah Panasonic, SONY, Dell, Motorola, ShinEtsu, MEMC dan banyak lagi. Kalau nak sebut satu - satu memang panjang nak menaip. Cukuplah kalau yang membaca tak terlalu pening nak pilih syarikat mana satu jadi pilihan hati. 

Peluang Belajar Sambil Bekerja dengan SHRDC Secara PERCUMA

Program Perantisan Kemahiran Belia

Apa yang best mengenai Program Perantisan Kemahiran Belia ialah semua pelajar yang mengikuti program ni tak payah pening - pening nak fikir pasal kerja bila habis belajar. Macam aku cakap tadi, industri yang terlibat bersama SHRDC akan mengadakan temu duga pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak SHRDC sendiri atau pihak industri. Andaikata temuduga tu berjaya, lepas je habis peperiksaan pelajar terbabit akan terus diserap masuk ke dalam syarikat berkenaan (untuk program lepasan SPM).

Nampak, terus ada kerja. Ini bukan lagi janji macam universiti yang selalu aku dengar dalam kuliah. 'Awak habis je belajar, kompem akan ada syarikat akan ambil awak. Sebab zaman sekarang memang ramai yang nak orang dalam bidang yang awak belajar.' Daaaa~ Tetap juga kena kehulur kehilir cari kerja. Kan? Kalau tak, kenapa ramai yang menganggur.  

Peluang Belajar Sambil Bekerja dengan SHRDC Secara PERCUMA

Cerita pasal pengangguran. Lambakan graduan saban tahun juga penyumbang kepada kadar pengangguran di Malaysia. Kalau tengok iklan di laman sesawang penuh dengan kerja kosong dalam kerajaan mahupun swasta. Tapi kenapa masih wujud penganggur? Tu aku tak faham. Semestinya ramai yang berharap dapat bekerja dalam bidang yang pernah dipelajari dulu. Betul tak? Tapi masalahnya kenapa semua iklan mesti ada tulis syarat minima SPM, Diploma dan bla bla bersama pengalaman? Tu aku tak faham. Ingat keluar universiti terus mampu nak dapat pengalaman bidang berkenaan? Paling tidak pun dapat pengalaman di supermarket, pam minyak, fast food. Betul tak? 


Peluang Belajar Sambil Bekerja dengan SHRDC Secara PERCUMA
Makmal Solar

Program Perantisan Kemahiran Belia ni serius bagus. Sebab nak jadi sebahagian darinya tidak memerlukan keputusan yang perfect! Cukup lah kalau niat nak belajar tu ada. Lagipun yuran kursus untuk Program Perantisan Kemahiran Belia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Wah, rezeki ni. Peluang macam ni memang kena tangkap cepat - cepat. Kalau terlepas peluang ni, nak tunggu peluang akan datang memang jauh dan lambat. Sertailah dan jadi sebahagian dari Program Perantisan Kemahiran Belia untuk maju diri, masyarakat dan negara! 

Di SHRDC, mereka lebih mengutamakan latihan praktikal untuk memudahkan para pelajar faham dan terbiasa dengan suasana kerja sebenar dalam alam pekerjaan nanti. Namun, latihan teori juga turut diberikan agar kedua nya berjalan seiringan. 

Program Yang Ditawarkan di SHRDC

Terbuka kepada :
  • Lepasan SPM
    • Indsutrial Automation Engineering (Penyeliaan Kejuruteraan Industri Automasi)
    • Solar Technology (Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Solar)
    • Manufacturing Technology (Kejuruteraan Teknologi Pembuatan)
  • Lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma
    • Malaysia Meister in Mechatronic

Antara sijil yang dianugerahkan selepas tamat pengajian untuk lepasan SPM :

  • MC-091-3:2013 Industrial Automation Engineering Supervision Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SINGLE TIER)
  • SEDA, Malaysia
  • Certificate II in Engineering BOX HILL INSTITUTE MELBOURNE, AUSTRALIA

Antara sijil yang dianugerahkan selepas tamat pengajian untuk lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma :

  • Malaysian Meister in Mechatronic & Malaysian Skill Advance Diploma (DLKM) 
  • MC-090-5:2013 - Industrial Automation Engineering Management

Peluang Belajar Sambil Bekerja dengan SHRDC Secara PERCUMA
antara Penganugerahan dan Penglibatan

Kelebihan Program Perantisan Kemahiran Belia

  • Bekerja sambil belajar
  • Yuran ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia kepada semua belia Malaysia.
  • Elaun/Gaji ketika dalam tempoh latihan
  • Manfaat tambahan dari syarikat
  • Tempoh pembelajaran yang pendek
  • Pekerjaan terjamin selepas tamat tempoh belajar 
  • Sekiranya gagal dalam peperiksaan, calon dibenarkan menjawab sampai LULUS
  • Sekiranya gagal temuduga bersama syarikat, pihak SHRDC akan bertanggungjawab sepenuhnya. 
Program Perantisan Kemahiran Belia ni hanya memerlukan sijil SPM sahaja. Bagi yang gagal jangan gundah gulana, kerana SHRDC dengan terbuka akan menerima mereka dan mencurahkan ilmu segala. Pengajar juga bukan biasa - biasa. Mereka semua datang dari industri itu sendiri. Ini memudahkan pengajar menyampaikan maklumat dengan mudah. Penyampaian yang disampaikan juga turut sama berjaya kerana pengalaman mereka itu sendiri. 

Bagi yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan, rebut peluang ini. Jom Daftar Program Perantisan Kemahiran Belia.

Peluang Belajar Sambil Bekerja dengan SHRDC Secara PERCUMA
Sempat Selfie dengan 'go-kart'
Peluang Belajar Sambil Bekerja dengan SHRDC Secara PERCUMA
Mesin pembuatan (plastik)


Seronok melawat bilik kuliah dan segala makmal di sini. Selain dari melawat, ilmu juga turut dikongsikan. Hehehe. Menarik. Antaranya adalah perkongsian serba sedikit berkenaan ilmu solar serta ilmu pembuatan (plastik). Kami ditunjukkan bagaimana terjemahan idea dari seorang manusia, dicurahkan diatas sekeping kertas dan menjadi realiti boleh disentuh. Wow. Selama ni kemain aku komen - komen benda ni tak lawa la, simple sangat lah apa lah. Tak tahu pula, pembuatannya sangat rumit! Benarlah, hidup bukan seindah yang disangka. Cewah, nak berbahasa pulak aku.


Untuk maklumat lanjut mengenai program, boleh terus klik pautan ini --> Program Perantisan Kemahiran Belia.
Untuk mengetahui temuduga seterusnya boleh klik pada pautan ini --> Taklimat dan Temuduga Terbuka Program Perantisan Kemahiran Belia .


Peluang Belajar Sambil Bekerja dengan SHRDC Secara PERCUMA
Lakaran Lukisan Pelan

SHRDC juga turut membuka peluang untuk mereka yang mahu menyewa auditorium dan bilik seminar. :)


Hubungi : 

Tel : 603 – 5513 3560
Fax : 603 – 5513 3490
Email : info@shrdc.org.my

Wednesday, August 24, 2016

Pengumpulan Dana Sahabat Uwais

Pengumpulan Dana Sahabat Uwais

Pengumpulan Dana Sahabat Uwais

Semoga Menjadi Anak Syurga

Semoga Menjadi Anak Syurga

video

This is the amazing moment when a Syrian newborn cries for the first time - after a barrel bomb almost kills his pregnant mother.

Lirik Lagu Damai Yang Hilang Nowseeheart

Lirik Lagu Damai Yang Hilang Nowseeheart

Lirik Lagu Damai Yang Hilang

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

Anak-anak kecil mengoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan