raya pertama |
rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya kepada semua! maaf salah dan silap, halal kan makan minum. maaf jika ada terkasar bahasa atau ucapan yang menyakitkan hati korang. harap korang keep support aku lah.
mula - mula aku nak update entri, aku dah masukkan semua gambar raya dalam ni tau. aku dah boleh bayangkan betapa panjangnya entri ini. aku teringat ada seorang kakak tu komen yang entri aku terlalu panjang. lebih mudah kalau dibahagi kepada beberapa bahagian. jadi entri ini jadi pendek sahaja lah.
Raya Pertama
raya pertama di kuantan. aku gerak sehari awal sebelum raya. sampai kuantan dalam jam 6 petang, begitulah. jalan clear. jammed nipis je tak stress. mana taknya, aku kan sibuk tidur hahahhaa. macam biasalah kan kerja perempuan.
memang kebiasaan tahun yang beraya di kuantan, akan terus gerak ke melaka. jadi dua - dua belah akan dapat merasa raya bersama - sama. cuma kalau ada tahun beraya di melaka, raya seterusnya akan di shah alam sahaja.
kuantan tu kira kampung nenek sebelah mak aku lah. kalau tahun ni di kuantan, memang semua orang di kuantan (adik beradik mak). kalau tahun ni di shah alam, rumah di kampung kosong tak ada orang. sebab nenek aku di dijaga bergilir - gilir oleh anak - anaknya.
Tiada Aktiviti
raya di kuantan dah tak meriah macam aku kecil dulu. dulu kecil - kecil among cousin akan beraya di rumah jiran tetangga. kebanyakkan jiran dekat kampung memang kenal dengan nenek. asal raya di rumah jiran, memang aku dan cousin akan beritahu kami cucu kak mah.
sekarang jiran tetangga ramai yang dah meninggal dan berhijrah ke rumah anak masing - masing termasuk nenek aku. rumah tu hanya 'hidup' pada hari raya 2 tahun sekali sahaja. raya pertama memang tiada aktiviti. aku dan iwan round bandar cari mamak tapi nan hado. banyak kedai masih tutup.
jadinya aku, iwan dan adik aku melepak dan habiskan 2 3 jam di teluk cempedak sambil makan maggi. perut dah bosan nak terima rendang ketupat.
baju raya hari pertama ni iwan belikan di kedai fizikal. beli di butik di dalam aeon sahaja. harga nya berpatutan, murah, dan cantik. sangat sesuai dipakai untuk semua majlis. bawa pergi kerja pun boleh! nasib lah aku suka baju yang simple je.
Raya Kedua
raya kedua |
Beli Baju Raya Di Shopee
baju raya tu aku beli di shopee. ngam ngam soi dekat badan. dalam gambar memang lawa cuma bila berjalan, baju tu agak nampak bentuk sikit dekat bahagian belakang. baju aku ni saiz S ya padahal berat aku 60++. huhu.
mungkin aku patut ambil saiz M lepasni? baju ni macam ngam lah dengan tema shimmer tahun ni. baju ni dari china. baju yang selalu lalu lalang di tiktok tu macam dari indonesia kan? yang material kain dia kelihatan seperti plastik tak silap aku. orang kata mungkin kerana baju tu belum di seterika sebab tu tak lawa. baju dari malaysia memang cantik sebab material kain. tapi mahal sikit. sebab tu aku beli di shopee yang tak ada jenama, hehehe. asalkan cantik la kan?
korang boleh tengok baju ni di shopee pada pautan ini, baju viral shimmer shimmer.
Raya Keempat
raya ketiga terpaksa skip sebab raya keempat tak beraya di mana - mana. hanya duduk di dalam kereta merenung masa yang banyak habis di jalanan.
raya keempat |
semua gambar yang ada dalam entri ini adalah gambar baju raya bagi setiap hari. hahaha. cuma raya ketiga tak ada baju. raya ketiga tu dalam perjalanan nak ke melaka. melalui waktu jammed yang teruk dan stress di dalam kereta.
gerak dari kuantan dalam pukul 12tengahari dan sampai di melaka pukul 7petang. masyaallah, tak tahu nak cakap lah. terus checkin hotel dan baring lurus kaki sekejap. lepas isyak tu terus gerak pergi beraya rumah cousin (diorang buat baraan dan itu rumah terakhir). majlis hari itu berakhir pada jam 11lebih malam. memang colapse ya.
baju raya hari keempat pun aku beli di shopee. cantik kan? (bagi aku lah). korang boleh tengok baju ni di pautan ini Jubah Raya Murah. harga pun berpatutan. baju ni tak ada saiz ya. dia free size. alhamdulillah muat.
part yang susah tu, masa nak iron bahagian kepuk - kepuk. aku ni dah nak naik angin. selamat husbaby tolong pegangkan baju tu dari jatuh dari papan iron. kalau jatuh, memang aku terbalikkan je iron tu ya, dah alang - alang nak jatuh. hahahhaha.
eh sampai sini jelah. gambar lain akan menyusul nanti. korang jangan lupa follow tau!
1 Comments
Selamat Hari Raya =D
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.