Berbuka Puasa di Rumah MakCik

Berbuka Puasa di Rumah Mak Cik

hari sabtu yang lepas aku berbuka dekat rumah makcik aku di BSP. masa ni ada maktam dan tok dari sepang, keluarga aku dari shah alam, pakteh dari meru. penuh rumah. dah lama tak berbuka ramai - ramai macam ni. cuma makteh dah tak ada cuma ada pakteh dan anak - anaknya saja. 


Menu Juadah Berbuka

Berbuka Puasa di Rumah Mak Cik

makcik kata, dulu dia tak pandai masak tau. tapi sekarang dah pro ya. hahahaha. menu pada hari tersebut ialah laksa penang, nasi minyak, air sebalang dan kuih muih. kuih muih tu datang dari maktam sebab maktam memang meniaga kuih bulan puasa. 

disebabkan aku dah berapa bulan tak makan laksa, semestinya aku akan berbuka dengan laksa dulu baru makanan lain. hehhee


Dah Lama Tak Sentuh Laksa

ikutkan aku memang dah lama gila tak makan laksa. sebab aku masih mengenangkan kejadian dulu. laksa ni makanan kegemaran aku tau. ada satu hari tu aku teringin nak makan laksa. bau kuah laksa tu memang sedap. bila aku dah makan sumpah rasa nak muntah. sebab kuah dia masin dan pahit. entah berapa tahun punya kuah entah. sampai coklat. jadi kembang tekak nak makan. 

makcik aku ni dia buat laksa kuah warna oren coklat macam tu. baru sedap weyh. hahahaha 2 kali aku makan. puas! terima kasih makcik masak sedap dan terima kasih pada semua orang yang bawa makanan sedap. 


Birthday Adikku, Manjah

Berbuka Puasa di Rumah Mak Cik
makcik dan pakcik ter in ter frame sekali. hehehe

hari jumaat tu, adik aku bagitahu aku yang teacher dia ada lekatkan 'birthday' dekat kalender mac. dia kata birthday dia 'esok', which is hari sabtu. aku buat - buat tanya mak aku bila birthday adik? mak cakap lambat lagi. mak aku tanya adik aku, adik aku sorang je ke cikgu buat macam tu? adik aku jawab ya. aku saja menambah; kalau adik punya nama je yang ada maksudnya cikgu silap la ni. sungguh - sungguh adik aku kata cikgu dia tak tipu hahahaaha. lantak dia ~

mak aku ada bagitau yang adik aku ni request. dia takmau kek sebab bosan. dia nak hadiah! hahhahaha. ingat dapat. hadiah dia tu mainan jelah. tak habis - habis. kemasnya malas. 

Berbuka Puasa di Rumah Mak Cik

dapatlah semua orang berkongsi kek birthday adik waktu berbuka puasa di rumah makcik. sedap juga keknya. oh lupa, nasi minyak makcik pun sedap. entahlah kenapa. perut aku macam nak pecah makan. padahal bukan banyak pun aku ambil. sikit je pun buat rasa - rasa. 

Berbuka Puasa di Rumah Mak Cik

sebelum balik tu, tiba tiba pakcik menghilangkan diri dan kembali ke rumah dengan beberapa botol air. ni memang kelakar! hahaha. dia belikan botol cantik - cantik suruh kitorang semua bungkus air bawa balik. se balang besar air oren tau. mungkin masa ni memikirkan yang semua org dahaga air. mungkin lah. dah satu hal berebut kan ke botol air yang warna warni. aku dapat warna biru. hehehe. 

buat adikku, si manjah. masihkah kau ingat kakakmu ini yang selalu menjadi buai ketika kau menangis tak berhenti seperti di dera? masihkah kau ingat kakakmu ini selalu tunaikan keinginan kecil mu? hehehe

buat adikku si cah yang comel. semoga nanti bila kau besar, kau baca lah tulisan kecil kakakmu. kakak doakan cah berjaya dunia akhirat. semoga cah diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki. kakak doakan cah dapat kerja bagus - bagus boleh belanja kakak barang mahal - mahal. sebab waktu cah banyak duit, kakak pun dah tua dah. semoga cah selalu gembira dan bahagia di samping orang tersayang; keluargamu dan kakakmu yang cantik ini. 

terima kasih cah, selalu tolong kakak kalau kakak minta tolong walaupun cah pemalas waktu tengah ralit main handphone. terima kasih cah selalu comel dan busuk bau lipas (kadang - kadang) di mata kakak. terima kasih cah, sebab kau baik dengan kakak. terima kasih cah sebab kau manjah macam bayi gajah dengan kakak. terima kasih cah. kakak sayang kau tau cah. iloveyouuuuu cah comel. muah2. kau jangan lupakan kakak bila kau dah kaya atau dah jumpa orang yang boleh buat kau bahagia tau cah sebab kakak tak pernah lupa kan kau cah. sebab kakak anggap kau ni macam baby kakak, sebab tu kau panggil kakak mama! HAHAHAHHAHA. 

emosi lah cah buat ucapan untuk kau. menitis air mata kakak ni. cukuplah cah, panjang - panjang entah kau baca ke tak. kakak sayang cah forever!

Post a Comment

2 Comments

  1. Meriah buka puasa ni. Macam-macam menu ada.

    ReplyDelete
  2. seronoknya berkumpul ramai2.. happy birthday manjah. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.