disebabkan aku dah cukup lama tak buat content, jadi aku wujudkan entri ini mewakili content baru katanya. CODM bakal menghampiri season 6 dan akan menamatkan season 5. aku menulis ini untuk menghargai kalian yang pernah se -game dengan aku untuk naikkan rank sampai ke legend dengan point sebanyak 10ribu lebih.
kalau tak silap sekarang dah 10500 macam tu. terima kasih kalian yang sudi carry aku sampai ke saat ini. aku memang cakap awal, tak pandai main game. noob ya rabb. selalu mati awal, orang kena kutip dog tag dan paling naya bila kena heal aku, tiba - tiba orang tembak. jadinya dua - dua meninggal. hhaha.
Call of Duty Mobile: Season 5
ouh btw, weapon paling kerap aku guna ialah AK-47 sebab damage. hahahha. aku tak tahu kenapa. orang lain semua bising aku pakai ni sebab recoil kelaut. ya ya betul. aku pun kadang - kadang kelaut gile. aku tak tahu apa aku tembak. hahaha. bila mood helok, aku tembak enemy pun helok sangat. mostly setiap kali battle royale memang aku guna AK-47. kalau dekat mode multiplayer aku kerap guna UL736. aku selesa dua ni.
untuk capai ke tahap 10ribu tu mungkin terlalu sedikit nak banding dengan player yang top global sampai 30ribu. mungkin diorang semua jadi zombie dan setiap game melewati 10kill dan ke atas bagi meraih point setinggi itu.
sehari aku cuma main berapa jam. tapi kill hambar je. HAHAH. noob kan. 1 pun jadi. asalkan top ten. big thanks to 7Sun°Wukong; best partner ever. everytime contact boleh on game terus. cuma kadang - kadang yang membataskan cuma bila waktu - waktu dia tak percuma. itu je. dia banyak main dengan aku. cuma akhir - akhir ni aku jarang ingame dengan dia.
aku banyak main dengan random and friendlist (tidak termasuk budak clan). aku tak main dengan budak clan sebab bagi aku semua orang macam berkait - kait. hahhaa. contohnya bila aku nak invite si A, A mesti kena ada B. bila nak invite B, B perlukan C. dorang takkan masuk kalau cuma aku seorang yang ada. faham tak? so untuk tak merasa kecil hati, aku just random sahaja.
Terima Kasih Semua Player
jadi dibawah, aku kongsikan semua kemenangan bersama kawan - kawan yang sudi carry aku dan main sama - sama. sayangg semua!
banyak lagi sebenarnya yang baru - baru. tapi aku malas nak screenshot. hahaha. aku tulis ni pun sebab nak mengenang je. simpan sini lah kenangan kan? lagipun tak pernah aku main se serious ini. aku main pubg dengan coc pun install uninstall je. sebab bosan. codm kekal bertahan ya guys. apa pun terima kasih semua untuk season 5 yang kekal!
*sorry kalau terdouble. banyak sangat. hm
1 Comments
Terbaik.. 👍
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.