63 hari sahaja aku mampu bertahan bersama keluarga 7sun. sedih weyh masa aku karang ayat untuk leave clan. jujurnya menangis. mula - mula sebak je. sebab tulisan aku panjang yang mengenang, airmata jatuh juga. ya walhal kenal nya cuma dalam game. aku masuk clan masa clan masih di level 6 tak salah. sekarang 9. wow, amazing! hahaha.
Faktor Keluar Clan
aku keluar clan memang atas kehendak sendiri. tapi tapi. hahhaha. mampos kalau 'dia' baca ni. oh for sure, dia bukan kaki stalk, so ya dia tak baca. ada beberapa faktor bodoh yang mendorong aku untuk tinggalkan clan tanpa fikir jauh. antaranya:
1 - tak yakin diri/ noob
2 - 'friendship'
3 - hati
Tak Yakin Diri/ Noob
apa kena mengena tak yakin diri dengan noob? yang aku tahu, aku main game suka - suka. noob tu memang tak dapat dibendung. pegang weapon macam pegang pau. kalau jatuh jatuh la. hahahha aku taktahu apa kena mengena pau dengan weapon. cuma nak bagitahu, aku kalau tembak memang ke langit. peluru keluar macam kau berak cirit. tak dapat nak 'jaga' HAHAHHAHA. faham tak maksud aku?
yela, semenjak menjak ni memang 7sun aktif gila masuk custom room. aku orang yang paling suka jadi cctv bila bab kena letak nama. kalau letak nama aku masuk bawa nama clan. jadi memang aku tak pernah lah letak aku takut. macam 'amanah'. ya aku tahu game je. tahu tu. orang bagi kepercayaan kan. memang lah main fun fun, tapi takkan masuk nak kalah buta - buta. atleast cuba. masalahnya noob aku tak dapat dibendung. kau rasa kalau aku masuk, aku jadi apa? auto lobby guys. kesian team mate dapat aku yang tak guna.
semenjak 7sun banyak join custom room, clan makin dikenali. aku paling takut yang ni, takut yang another level. sebab aku selalu je kena "wah budak 7sun weyh.", "dak - dak power ni". kedengaran seperti menganjing pun ada. mungkin ada yang betul - betul maksudkan 7sun memang betul - betul power. isu nya dekat sini, orang yang power tu budak lain, bukan aku. aku menumpang. jadi bila dorang cakap macam ni, tiba - tiba aku auto kotak. mesti dalam fikiran diorang 'bapak ah. sampah. asal dia dalam 7sun weyh. menyesal main sekali." komfem punya lah. ahhaha. manusia kan.
kesimpulannya, aku takut nak bawa nama 7sun. sebab aku tak pernah bagi apa - apa dekat clan. aku tak menyumbang sikit pun. aku sekadar menumpang kasih je. hmm. walaupun masih sayang nak tinggalkan.
'Friendship'
semakin lama aku dalam 7sun, semakin aku rasa friendship dorang kuat . eh macam hipotesis pula. aku nak duduk sekali dalam 'friendship' dorang tu. tapi aku tak boleh dan aku tak ada. aku tak tahu lah macammana nak jelaskan. yang aku tahu, dua kali diorang video call, terus aku buat keputusan untuk keluar clan segera.
first, aku memang takut nak kenal orang dengan lebih rapat.
second, aku insecure dengan diri sendiri. aku sedih dorang video call tanpa aku padahal aku yang taknak. apekebodoh nya perangai aku ni ? tah.
sebab aku memang tak kan video call. atas alasan aku tak sempurna. aku kan kenal diorang cuma dalam game. diorang tak pernah tahu keadaan aku macam mana. let say, bila sedang video call. diorang nampak muka aku senget, kaki aku bengkok, perut aku kedepan, dahi aku benyek, jari aku gendut, muka aku sepah lubang, dan macam - macam lagi.
kau rasa dorang akan stay 'kawan' dengan aku? mesti lah tak. kenal dalam game. apa - apa pun contact sebab game. kalau tak tengok muka pun tak ada masalah. cuma jadi masalah bila dah dapat tengok muka, pilihan yang baik adalah dengan meninggalkan jika rasa tak selesa. kita manusia wak, memilih hanya pada sempurna. jadi aku memilih pergi supaya aku tak rasa kehilangan saat aku berdekat dengan mereka dalam jangka masa lama.
entahlah. sebab bodoh je kan aku tinggalkan clan? sayang betul. tapi tak apalah, tak rugi apa. sebab aku tak pernah menyumbang dan tak ada kepentingan.
Hati
aku ada kata tadi aku takut nak kenal orang dengan lebih dekat. ni punca dia. hati patah. aku pernah tulis pasal dia dekat blog rahsia aku. aku tak boleh rapat dengan orang, nanti tersuka. ya aku suka dia secara sengaja. maaf. aku gaduh dengan dia 2 3 kali lepastu baik semula. kita dua ada ego masing - masing kan.
last gaduh sampai mood dia terbang waktu nak ingame. tu paling akhir. dia spam call, dia mesej. dia marah - marah, aku ignore. ya aku tahu salah aku. meletak harap pada yang tidak sepatutnya. sebab tu aku terlalu cari salah dia, untuk aku benci dia. sebab aku tahu, bila 'suka' aku tak dapat balasan aku perlu membenci dia supaya tak ada lagi rasa.
yang akhirnya aku buat keputusan untuk block/ delete dia dekat semua media sosial. supaya aku tak boleh lagi berhubung dengan dia. aku keluar clan memang atas diri sendiri tanpa hasutan mana - mana pihak pun. untuk aku jauhkan diri. dari semua terutama dia.
dulu aku yang halang masa dia berniat nak keluar clan. aku sayang bila orang yang aku kenal nak tinggal aku. aku suruh dia stay. akhirnya aku yang memilih untuk pergi. aku pun tak sakit hati tengok dia, dia pun tak sakit hati tengok aku.
ya, waktu aku mengumumkan untuk keluar clan dia tak cari aku. dia read je whatsapp tu. selepas beberapa hari, dia call aku (masuk dalam blocked number), dia cuba mesej aku di telegram dengan ucapan maaf dan selamat hari raya (sebelum tu takde mesej selamat hari raya). dia kata dia rindu aku, rindu nak berborak, rindu nak mengadu.
aku percaya, tak ada orang yang boleh buat apa yang aku buat. aku tahu nonsense je aku buat ni, tapi bukan semua orang boleh melayan. aku boleh ada untuk orang bila perlu. bila - bila masa tanpa prejudis. aku pendengar yang baik. aku boleh pinjamkan telinga aku berjam - jam untuk sesiapa yang mahu bila perlu.
aku tahu, ramai perempuan yang dia kenal tak boleh nak buat apa aku buat. sebab dia bukan keutamaan. kalau aku, aku mengutamakan semua orang lebih dari mengutamakan diri sendiri. susah nak cakap, tapi hakikat. hahahha. entah. cuma aku tak ada pakej cantik putih duit. kalau aku ada ni, semua orang mesti 'jaga' aku dengan baik.
Terima Kasih 7sun
terima kasih 7sun untuk beberapa hari bagi aku peluang tinggal 'dirumah'. terima kasih joule menerima aku waktu mula - mula dulu. terima kasih kong sudi jadi kawan dan sudi jadi partner pada setiap kali kau ada masa. terima kasih ahcik terima, kasih ayish jadi kawan yang baik untuk aku, terima kasih aqish sudi layan aku. terima kasih Ly sudi ajar barbar taktakut mati ajar barbar tak pakai otak. terima kasih orked + tanje + rj + hiiro sudi main sama. terima kasih 7sun banyak carry aku sampai naik legend + kutip dog tag + revive + sabar dengan aku. terima kasih kenangan <3
semoga terus maju jaya.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.