Alkisah disaat menggerutu kerana berasa bosan tahap kritikal, disaat semuanay terhenti, aku telah mengambil keputusan untuk mandi hujan. Pada saat itu, hujan turun dengan sangat lebat dan disertai dengan kilat sabung menyabung dan guruh berdentum memancar kuat di langit. Hampa. Mak tak kasi keluar. Dan aku tetap meneruskan agenda aku dengan keputusan kedua yang aku buat, Aku memilih untuk sekadar pusing kampung melihat keadaan persekitaran. Dan ini lah hasil yang tak seberapa dengan menggunakan handphone encik sahabat tercinta. Kampung dilanda banjir kecil kate koo.
ni keadaan dirumah encik sahabat tercinta. saja nak test market.
acah acah angkat baju yang jatuh dalam banjir.
Rumah kampung je nokk.
"Hai. U kat mana. I nak ajak u dinner malam ni."
Korang ingat lagi public phone ni? Dalam kampung aku dulu ada banyak. Sekarang ada satu je kalau tak silap. Walaupun masih buruk, insyaallah masih boleh guna aku rasa. Sebab masa aku angkat ganggang telefon tu ada tulis arahan 'sila masukkan duit syiling'. Masa zaman bercinta dengan kawan sekolah nak tanya esok pakai baju apa, telefon ni lah yang banyak membantu aku. Kenangan pahit aku dengan telefon ni bila aku masukkan duit syiling, duit tu jatuh balik, atau paling tak leh blah bila syiling aku tersekat. Kenangan manis aku ialah bila syiling aku terlekat kat situ, aku korek korek rezeki terpijak. Hahahaha. Syiling bertaburan keluar. Habiskan terus bak hanggg. Tu paling heaven. Syokkk maaaaa ~
Acah acah lamborghini oall
Masa ni dah bosan. Hujan dah berhenti. Tak tahu nak buat apa. Memang dah lama sangat aku usha kereta ni. Acah acah lamborghini. Tak dapat ambil gambar dengan lamborghini apa ada hal. Rangka kereta bersepah. Hahaha. Kisah pulak aku.
Gambar kendid katanya.
Ni lah kawan baik aku semenjak aku sekolah rendah.
Masa kecik kecik dulu, aku tak tahan nak kencing. Tak sempat nak masuk bilik air. Biasa lah tu. Kanak kanak kan. Tak mengerti apa. Sampai je bilik air, tak sempat nak bukak seluar dan kecebuuurrr. -..- Aisemen. Dia lah yang tolong aku basuh seluar tu dan keringkan. Agak agak kalau aku tanya pernah tak "Kawan Baik" kau buat macam tu dekat kau? Mesti tak kan ada kan? Sebab geli. Tapi dia tak. Dia ni baik. Dia bukan setakat kawan baik untuk aku. Dia jugak sahabat dunia akhirat aku. Dia sanggup teman aku pergi mana je yang aku suka walaupun akan berdepan risiko. Serius. Tak tipu. Gentle lah aku cakap, nak carik kawan macam ni payah zaman sekarang. Dunia yang kau pijak harini ramai yang pakai topeng. :)
Lol ~
"Jangan pandang aku buruk. Kalau yang cantik
belum tentu membahagiakan"
2 Comments
Banyak pakcik nak komen . Tapi sejukla. Hujan ni.
ReplyDeletetayah komen la pakcik. sesusah je. huhu
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.