Perkembangan Karier


tiba - tiba harini aku ada banyak masa untuk menulis tentang perkembangan karier aku. cewah tajuk taknak kalah kan? aku akan mulakan dengan penglibatan awal aku dalam menjadi seorang dewasa; yakni bekerja untuk mendapatkan gaji dan melunaskan hutang atau kepentingan peribadi. jom baca!

Perkembangan Karier
sumber gambar: google

Kerja Pertama: Mc Donals

Perkembangan Karier

sebab aku tak ada gambar waktu bekerja di mcdonals, aku letak gambar cyra sebagai pengganti. asal gambar dia? sebab dia lah yang tarik aku untuk kerja di mcdonals. kalau tak silap, dia mula kerja mcD masa umur 15; yakni tahun 2010 tak pun 2011 macam tulah. masa aku 16 tahun, aku sekolah di sm vokasional shah alam. cyra ada kakak dan boyfriend masa tu; kamarul. setiap kali pergi balik kerja, dua orang ni lah yang bertanggungjawab ke atas dia.

aku pujuk mak aku cakap nak kerja. mak aku tak kasi sebab masih sekolah. last last masa cuti akhir tahun dapat jugak merasa kerja. masa ni best lah sebab belajar dunia luar, konon - konon. 

Latihan 3 Hari

kalau tak silap, semua pekerja baru memang kena menjalani latihan selama 3 hari. mungkin untuk membiasakan dengan persekitaran. oh lupa bagitahu. aku kerja di mcD, hicom seksyen 26 shah alam. sepanjang 3 hari ni memang kerja aku stock up fries dan masak fries sampai bengkak tangan. masa mula - mula kerja memang aku rasa besi ni berat nak mampos. panas lagi. menggelabah dengan bunyi fries masak lagi.

3 hari aku berakhir dengan baik, tapi aku meletakkan diri aku sebagai orang yang dah nak give up kononnya. aku fikir, tangan aku tak sesuai untuk kerja macam ni. silap - silap boleh patah. oh ya, jari aku tak sama macam orang lain. tu jauh aku fikir. hahahhaa. 

tak sangka, lama juga aku kerja. sampai tingkatan 5 kot. sampai aku habis sekolah pun sama. sementara nak dapat tawaran belajar di uitm.

Perkembangan Karier
sumber gambar: google

selepas 3 hari latihan, aku diberi kesempatan untuk menjadi runner. best weyh main lari - lari. lama lepas tu, aku merasa duduk di kaunter pula untuk ambil pesanan. sepanjang aku kerja di mcD belum pernah lah aku buat perangai tahik dekat mcD. entah kenapa, beberapa hari lepas. aku makan di tempat mcD yang sama tempat aku kerja dulu - dulu. boleh pula cashier ni lempar makanan. 

Lempar Makanan

tetiba aku rasa nak maki dia. macam dia sorang je penat. njirr. aku punya order banyak. dia je yang berlagak senior dekat situ. lepas ambil order, dia usaha siapkan.

aku order 4 set ayam spicy - makan, 1 set ayam spicy - bungkus, 3 set ayam - happy meal (digantikan dengan ayam biasa sebab set happy meal habis) dan lain lain. sebabkan order aku banyak, jadi tray yang dah ada 3 set ayam aku suruh adik aku angkat dulu. depan - depan aku boleh dia berbalah dengan kawan dia (runner) tak puas hati. dia cakap "dia dah angkat lah, dah cukup" (lebih kurang macam tu). dalam masa yang sama. set ayam yang runner letak atas tray, dia ambil letak balik dekat belakang. dilempar ayam tu macam tak puas hati (nak tunjuk yang dia tengah marah). lepastu dah fedup, dia suruh runner settle kan aku punya order. 

lepas tu, runner dah siapkan ayam yang bungkus tu. aku tanya "ayam happy meal mana?" dia jawab "dah ada dalam ni". aku pun malas nak cakap banyak aku ambil. sampai dekat tempat duduk, aku kira balik semua. aku patah balik dekat kaunter aku cakap "ayam happy meal saya tak ada. kalau tak percaya boleh datang meja pergi kira." lepastu runner tu cakap dekat si amek order tadi "betul lah weyh, ni memang dia punya." 

bangang. ingat aku nak makan makanan haram ke. aku tahu lah kau penat, tapi elok - elok sikit adab tu. jangan berlagak. nasib baik aku lupa tengok nama kau. kalau tak, aku mention dekat sini!


7eleven

Perkembangan Karier

aku tak ada gambar bekerja di 7eleven. aku cuma letak gambar akak yang kerja dengan aku masa tu. nama dia kak wana. masa aku masuk, dia ni ada position juga dekat situ. kerja 7e biasa la. kadang - kadang dapat shift 7malam 7 pagi tu yang barai. kitorang tukar - tukar tidur. kalau tak tidur, sembang sampai lebam. 

aku tak ada masalah kerja di 7e. cuma bos jela. dia tak suka aku. kak wana pun ada cakap, bos macam tak suka aku. sebab aku cacat dan buruk kot. manjang cari salah. oh ye, aku kerja 7e di batu 3. yang dekat dengan sekolah aku tu, vokasional shah alam. 

Malas

bos ada satu perangai tak boleh pakai. biasa lah perempuan kalau jadi bos macam tahik sikit kan? suka menunjuk kuasa. dia memang tak suka tengok aku berehat. pantang betul. kalau boleh, habuk pun dia nak suruh kira. serious weyh. bos paling gampang aku pernah jumpa. 7e tu sekangkang kera je pun. aku dah sapu, dah mop, dah lap pintu, lap peti, susun air, susun barang, pendek kata semua lah dah settle, sebab aku suka buat kerja awal - awal. lagi dia suruh aku buat kerja. kalau dia duduk dalam ofis, dia nampak dekat cctv aku tengah duduk. kejap lagi dia panggil aku. 

Perkembangan Karier
sumber gambar: google

kes kedua bila bekas letak roti tu, cermin dia tercabut/ pecah. aku tak tahu apa masalah dia tiba - tiba nak kemas benda tu. dia suruh aku pegang sebelah, dia pegang sebelah. memang bukan salah aku. tapi bila benda dah jadi, aku yang kena marah macam aku yang buat. dia kan bos. dia yang lepas kan benda tu, dan aku menggelabah nak pegang sebab berat. disalahkan aku sebab tangan aku kudung. konon - konon aku tak mampu menampung berat. 

aku cerita dekat kak wana, kak wana faham sangat. bos dia memang tahi dan bos dia memang tak suka aku. aku nak berhenti dekat 7e ni pun masalah. sebab kak wana pun ada cakap, kalau nak berhenti memang susah bab gaji. dia sendiri yang dah ada jawatan pun, gaji tak pernah logik. sebab OT jarang dikira. bagi gaji pun suka suka hati. entahlah. bila aku dah berhenti, kak wana pun nak berhenti pulak. katanya bos tahan dia dari berhenti. pekerja bagus kan? hahahha. ada rupa, bos pun suka. bab gaji pun takde nak melenting. rilek je hadap. 

Chekers Shah Alam

Perkembangan Karier

selepas berhenti kerja di 7e, aku sambung belajar di uitm shah alam. sadisnya aku cuma mampu bertahan satu sem je. lepastu aku cabut. bukan bidang aku pun kalau aku nak fight. puihhh. walaupun pensyarah selalu cakap "saya pun dulu macam awak. tak minat bidang ni, tapi ini je yang ada masa tu. saya grab. now saya dah jadi pensyarah." okay bye. hahahhaa

di chekers pun boleh tahan lama. dua kali juga aku masuk chekers. sebab selesa kan? berkawan dengan nepal, indonesia, myanmar, thailand. takde masalah. walaupun bos kuat bebel, hahahhaa. bos yang jaga bahagian kaunter nama dia lupa ah. tapi orang sabah. walaupun dia perempuan, tapi cool nak mampos. sampai sekarang, kalau jumpa memang tak pernah miss untuk tegur. 

turutan dia macamni : chekers > speedmart > chekers. 

dekat chekers ni ramai kawan aku yang aku dapat. bos pulak semua cool dan gengster. hahahha. gengster tu kak ida dengan kak syira. aku tak tahu perkembangan kak ida, tapi yang aku tahu kak syira kerja di sen heng seksyen 23 (ni tahun lepas punya cerita).

mula - mula kerja di chekers, aku dapat kaunter paling aman. kaunter nombor satu atau kaunter berus gigi. kaunter berus gigi kaunter paling bosan nak mampos. sebelum aku cerita lebih panjang, aku nak bagitahu korang. masa kecik kecik, aku suka betul conteng cover album mak aku lepastu tulis nombor. kononnya itu mesin cashier. hampeh nya perangai. aku memang suka jadi cashier duh. 

okay sambung cerita. duduk di kaunter berus gigi memang duduk je tiap masa. kalau rajin, aku akan duduk dekat pintu masuk jenguk kawan lain. kalau duduk di kaunter satu pulak, orang jarang ada. bosan dia sikit jela. 

paling best duduk di kaunter paling hujung. kenapa best? sebab sentiasa ramai orang. sampai tak sempat duduk. walaupun kaunter di chekers tak bergerak dia punya tempat letak barang, tapi laju je buat kerja kan? sebab semua macam lipas kudung. aku punya seronok main scan barang tu, fuhh.  tak tahu nak cakap weyh. kerja dekat chekers memang waktu kerja dari pukul 9 pagi masuk, pukul 10 balik. tapi pukul 10 tu masih ada kaunter yang belum tutup. kerja pasaraya macam ni sumpah takde life. cuti pun hari biasa. waktu rehat aku pun tak best. pukul 11-12 dengan pukul 4-5 tak silap. 

dalam pukul 10 lebih baru kira - kira duit nak close kaunter, lepastu berkumpul dekat gudang belakang. semua dah thumbprint baru balik. auchh so sweet balik berjemaah. so setiap kali balik, macam budak kilang weyh. keluar ramai ramai macam nak pergi perang. 

kawan 'baik' aku dekat sana nama dia raju. raju selalu jadi partner aku untuk packing barang. dia orang nepal kot. kalau bukan raju, ada lagi dua orang lelaki melayu. aku lupa nama dia apa. raju sekarang dah tak packing barang, dia susun troli je. ada sorang perempuan india yang rapat juga dengan aku, lupa nama. lepastu geng kak fatin, yana, kamelia. tiga tiga orang ni minah rempit. hahahhaa. kak fatin dengan yana ni adik beradik, dari kelantan. dorang tiga orang ex kfc. tiga tiga tu semua dah kawin. follow media sosial masing - masing jela. dah lama tak jumpa pun. 

Speedmart

Perkembangan Karier
kak mira (aku conteng rambut sebab dia dah bertudung sekarang)

Perkembangan Karier


rezeki aku dapat kerja di speedmart seksyen 15, dataran otomobil. lama juga aku dekat sini. menghadap perangai bos dan supervisor perempuan. hahah walaupun dua - dua garang tapi bos baik je. biasalah kena marah time kerja. nama manager aku tu kak sarah. asisstant manager aku, kak mira. kak sarah dengan kak mira ni spesis bos yang dekat 7e. tapi aku okay je, boleh terima. 

sebab speedmart besar. aku tak dehal nak buat semua kerja. memang ada kerja pun. ni takde kerja pun suruh buat kerja, hampeh betul. walaupun dua dua bos perempuan tapi dorang tak kekwat pun. diorang memang bos, tapi sama. faham tak? 

Perkembangan Karier
ootd dengan baju hujan. masa ni nak balik. memang time ni petang asik hujan
Perkembangan Karier
geng speedmart (ni masa berbuka puasa sama - sama di dataran shah alam)
okay je kalau nak lunch sama - sama. okay je kalau nak ajak berbual. okay je nak duduk rehat - rehat. yela, aku bukan robot 24 jam straight buat kerja. manusia je yang tahu menghargai manusia ni. hmm. aku syak perempuan yang jadi bos aku di 7e tu alien. huh. aku tak ingat aku kerja berapa lama dekat sini. lepas tu aku tukar angin pulak kerja di chekers. overall, aku takde isu dekat speedmart. cuma pernah ditegur bab kasut tak silap. aku kan suka pakai kasut jenis sukahati. ahahhaa. 

dekat speedmart aku rapat dengan abang napi (dari kiri: dalam gambar). abang napi dah kawin, tapi style macam single. hahah sekarang dia menjalani hidup baru dan pekerjaan baru di jepun. semoga urusan dipermudahkan abang napi. walaupun umur abang napi baya bapak aku, tapi aku selesa berbual dengan dia. sebab dia suka layan cerita budak budak aku. hahahha. 


Praktikal: Interlink Impact Holding Sdn Bhd


aku tak ingat dekat mana aku kerja sebelum sambung belajar di kolej komuniti. setahun lebih di kajang. lepastu aku dapat intern di interlink impact, seksyen 23. aku cari tempat intern dalam google je. kebetulan pulak bos syarikat ni kawan bapak aku. payah weyh.

aku dekat sini 4 bulan je. mula - mula masuk memang pishang. budak praktikal memang tak ada kerja kan? aku risik - risik kakak yang juga praktikal (tapi masuk dulu sebelum aku). aku dapatlah kerja yang dia buat iaitu call dan tolong - tolong buat report. selain tu kerja aku ialah potostet dan binding (susah sebab proposal tebal). cuci toilet pun aku kadang - kadang. apedehal weyh.

aku praktikal dekat sini atas course komputer yang aku ambil di kolej komuniti. aku belajar je boleh, nak masukkan benda tu dalam hidup memang tak. serious talk, aku dekat sini banyak main je. aku lebih berminat dengan kerja orang berbanding kerja sendiri. aci tak?

dulu aku pernah berlagak dengan kawan aku, "aku taknak kerja dekat ofis. bosan! sunyi macam semua dah mati. aku nak kerja yang penat dan aku bergerak (runner contohnya)." cewahh. muda lagi masa tu. aku cakap macam tu sebab dekat interlink bunyi akuarium je. akuarium tu pulak sebelah aku. waktu kerja semua senyap. kalau bernafas pun bunyi. hahahhahah.

aku memang tak boleh go bila bos kata "saya nak awak buat website untuk syarikat saya. yang ada sekarang saya tak boleh akses dan edit." gigil weyh. aku dulu belajar tahap sijil je. mana reti nak live kan benda tu. kalau offline pandai lah. 

Perkembangan Karier

aku bedal je buat guna adobe dreamweaver, tapi sekadar buat sahaja. aku taknak pun dorang guna aku punya 'hasil kerja' yang tak siap tu. aku pun memang melambat - lambatkan kerja. kalau aku tahu lah, tak payah susah - susah buat dari kosong. baik beli je template sebab template dekat website sekarang pun guna wordpress. hahahhahahaha (gelak jahat). 

seksyen 23 ni dekat dengan rumah aku. senang kan? tuhan bagi aku rezeki, semua tempat kerja aku sekangkang kera je dari rumah. waktu kerja aku ialah 8.30-5.30. 5.27 memang aku dah siap off pc. 5.31 aku punch card. bab balik memang laju sikit. kalau kena stay, aku okay je nak stay. sebab rumah dekat kan? 

Perkembangan Karier
tempat aku yang ada pencil box bunga2. nampak tak akuarium tu? 

dekat intern aku belajar banyak benda. walaupun company kecik, bos punya job memang terbaik. bos pulak jenis ada hala tuju. setiap tahun dorang akan buat, ha ape lah nama benda tu. dia macam trip untuk staf. trip tu bukan untuk suka - suka semata. tapi setiap staf kena buat presentation peratusan kerja korang sepanjang di interlink. tak kisah lah apa kau nak sembang depan orang, semua wajib cakap. 

aku ingat, aku kena sekali. aku lupa aku cuma intern. selamat! niat aku habis intern memang taknak kerja dekat situ. tanya lah kenapa? ha sebab bos dia kawan bapak aku. aku menyampah bila ada majlis keluarga dekat mana - mana yang melibatkan bapak aku dengan bos, mesti dia akan tanya bapak aku. "anak kau ada cakap apa - apa pasal aku tak?" saja je create topik pasal aku. aku memang tak heran apa pun dia nak cakap dekat bapak aku. 

sebab dekat rumah, memang aku akan cerita semua dengan mak bapak aku. takde lah dorang culture shock dengar cerita bos. hahahhaa. bapak aku sekadar senyum kambing je dengar bos cakap pasal aku. oh jujurnya aku tak minat cara bos brain wash staf pasal kejayaan dia sekarang. serious aku cakap, tak membangkitkan rasa langsung. annoying ada lah (setiap kali dia cerita). mungkin cara dia cerita tu macam wow, gah gile. tapi sebagai bos di syarikat dia ialah biasa - biasa. tah lah. 

mungkin aku annoying dengan dia sebab bila dia oncall, ada gaya macam orang kaya kot? aku ni memang suka 'tembak' orang sikit. hahaha. tapi bos baik je. dia suka ambil berat pasal staf. dia jaga staf. yang tu tak boleh nafi. aku cuma tak suka cara dia. hahaha. masalahnya sekarang tu syarikat dia kan? sukahati dia lah nak baut camne. asal aku tak puas hati lak? hahha.

now, dorang da ada bangunan sendiri di seksyen 7. which is jauh sikit dari rumah aku. nasib baik tak kerja situ (memilih betul aku ni). banyak nama aku lupa. hahhaa. kak diana, kak nora, kak mimot, kak ekin, fatin, ajja, kak ari (arifah). kepala aku sakit nak korek nama dorang dalam otak aku. sorry guys. 

Beberapa Bulan di Dinda Delight

habis intern aku menganggur. bosan duduk rumah, aku cari kerja pula dekat kedai kek. dinda delight di seksyen 23. dekat dengan tempat aku intern dulu. aku kerja sini bape bulan je. ni semua gara - gara perempuan psiko. dasar!

aku okay je dengan bos walaupun bos tak mesra alam dengan aku. masa tu staf sorang je kot, nama dia jiji. dia tu anak buah bos kalau tak silap. beberapa lepastu masuk dua orang budak baru lepas aku. yang sorang okay, sorang lagi serious tahik. 

aku kena buli njirr. dia bukan buli tapi dia kacau mental aku. babi betul rasanya. 

Perkembangan Karier

kau bayangkan eh? kalau buat rainbow cake, berapa banyak loyang nak kena guna? kalau buat brownies sekali jalan banyak trip berapa loyang guna? kalau aku yang buat, aku basuh semua ni sendiri tau lepas semua kek siap. tapi mangkok sorang ni, dia buat rainbow cake, dia tinggal je dekat aku. aku malas kena cop malas, aku buat je kerja dia. tu pun dia perli - perli cakap aku malas. 

tahap perli dia, sampai depan bos pun dia tembak aku weyh. memang puaka betul dia tu. aku syak dia tu spesis mak jemah dekat kampung yang suka ajak mengumpat. sebab dia sorang je beriya cari pasal dengan aku. jiji dengan kawan lagi sorang tu sekadar tambah sikit sikit je. 

masa aku nak berhenti, bos tanya "awak nak berhenti sebab dia ke?" aku jawab je "tak". tapi aku dah tulis ni, harap bos baca. hahahhaha. 

Menganggur 

selpas berhenti di dinda delight, aku menganggur agak lama. mata pencarian aku masa ni cuma blogging sahaja. setahun lebih juga. bosan dia tahap kritikal. sebab tak kerja, tak ada duit masuk.

Halal Academy

tanggal 22feb2017 tak silap, beberapa hari selepas besday aku. kak ekin (admin) call aku suruh datang interview di Halal Academy. tempat kerja ni dekat shah alam. punya lah seronok. selain aku, ada lagi 2 orang yang datang. dorang diploma dan degree. aku cuma datang dengan sijil kolej komuniti dan spm sahaja. masa ni kerja kosong yang ditawarkan ialah receptionist/ front desk. gaji waktu tu ialah 1100. memandangkan aku bukan jenis kira duit, aku onz je. 

dua orang tu berkira gaji, so aku lah yang dapat kerja. aku masuk 1mac2017.

biasalah mula - mula masuk aku belajar binding, scan, potostet, print, buat kopi untuk bos. aku masuk sini kononnya atas sijil kolej komuniti dalam bidang komputer. kan aku dah cakap, aku tak boleh go nak kerja bidang ni. 

aku kerja main - main je. suruh study bahasa komputer yang asing dari pengetahuan aku, aku on je. tapi aku tak tahu dan malas ambil tahu. lagipun jawatan aku kan receptionist je. hahahha. lepastu aku start angkat call, aku belajar filing. 'study' invoice, letter. banyak baca fail/ projek syarikat untuk faham pasal syarikat. 

Perkembangan Karier
geng maneh, semua perempuan

sekarang syarikat fokus dengan training and coaching. bahagian it kurang sikit. selepas receptionist, aku duduk bawah admin sebagai admin assisstant. jadi aku membantu kak ekin untuk kerja - kerja admin.

Kerja Ofis Best

ingat dulu aku ada cakap "aku taknak kerja dekat ofis. bosan! sunyi macam semua dah mati. aku nak kerja yang penat dan aku bergerak (runner contohnya)." waktu tu masih muda. sekarang aku faham kenapa ofis tu sunyi. sebab semua orang fokus. dekat sini baru aku betul - betul merasa kerja ofis. walaupun waktu kerja 'sunyi', aku still boleh menyanyi hiburkan hati. takde lah senyap sangat. dekat interlink tak boleh, sebab sunyi dia lain macam. ini lah yang aku nak sebenarnya. kerja ofis, bila buat kerja tak diganggu sesiapa. hahahha

aku tarik balik kata - kata aku; "aku taknak kerja dekat ofis. bosan! sunyi macam semua dah mati. aku nak kerja yang penat dan aku bergerak (runner contohnya)." aku lupa tuhan lebih awal mengatur hidup aku. aku cuma merancang kan? aku suka dengan 'hasil kerja' tuhan. aku suka kerja aku yang sekarang. walaupun nama nya ofis, aku boleh datang kerja dengan gaya bimbo kalau aku nak. hahahha. macam pergi kelas acah acah budak msu. ha gituu.

waktu kerja aku dari pukul 8.30 - 5.30. macam biasa lah. 5.27 off pc, 5.31 aku dah dekat luar ofis. amacam? laju kan? hahahha. and aku tak ada masalah kalau kena stay sampai malam, sebab rumah dekat. alhamdulillah sebab semua kerja aku tak pernah jauh dari family. aku suka tengok family aku semua membesar depan mata, walaupun ada masa tu aku stress duduk rumah atas sebab perangai adik adik aku.

dua tahun aku dekat sini dah. dari receptionist ke admin assistant. now, aku ialah training assistant :) macam aku cakap, aku buat kerja main - main. aku buat kerja bila aku nak, ikutsukahati akulah. hahaha. paling penting kerja aku siap. aku taknak anggap kerja aku tu beban. aku anggap kerja aku tu menghiburkan dari pelbagai sudut aspek kehidupan. hahahhaha. aku anggap macam ni sebab aku taknak aku bosan dengan kerja aku. aku nak, aku enjoy datang kerja macam nak pergi berlibur.

oh, dekat sini semua perempuan. kecuali bos, dua orang. setakat aku menulis ni, ada lah sorang lelaki. itu pun budak praktikal. nama dia alip.

aku selalu je anggap, tempat kerja ialah rumah kedua aku. kenapa aku cakap macam tu? sebab aku ada kakak, ada mak, ada adik beradik. ha gitu. cuma tak rapat bila diluar. aku harap, kalau aku bukan lagi staf dekat sini. hubungan dekat luar tu masih rapat macam kawan, bukan orang luar.

aku ada  kak syue, kak jann, kak noi, kak syida, teha, nazurah. pastu hadik hadik intern yang belum mulai mesra. hahahha. thanks sebab korang sangat baik dalam penerimaan.

Makan Sampai Muntah

sepanjang kerja dekat sini, aku paling suka time event. sebab apa? dapat makannnnn. makan sampai muntah. serious shit. aku pernah makan banyak gila dan muntah. perut aku tak boleh tampung makanan yang aku makan. aku suka gile dengan kerja aku yang sekarang plus aku belajar banyak benda. pastu sekarang banyak naik turun jakim. sekali dapat info pasal halal juga. hehehhe.

aku faham bila syarikat kecil, staf pun sikit. kita semua akan kerja bagai nak gila. lagi - lagi time nak cipta nama. masa ni lah aku belajar banyak benda. gaduh gaduh dengan dorang biasa sebab tak puas hati. hahaha. tapi sekejap je. sebab gaduh lama lama nak pergi mana? end up pandang balik muka. duduk bawah satu bumbung kan?

bak kata peribahasa; bagai air yang dicincang takkan putus. ada kena mengena x? hahahha. semoga aku lebih lama disini untuk membina karier aku sendiri. cewah, dewasa sangat. sejak bila tah, aku peduli dengan yang namanya 'karier'. dulu aku main langgar je.

so inilah serba sedikit perjalanan karier aku konon-kononnya. aku bermula dengan sijil dari kolej komuniti + spm sahaja. sekian, terima kasih kerana sudi luangkan sedikit masa untuk membaca.

Post a Comment

5 Comments

  1. wahhhh, banyaknya pengalaman kerja awak kan.. lepasni mesti senang nak masuk mana2.. ehehehee.. rajin betul cari duit.. semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  2. Bestnya...macam-macam dah dibuat, banyakk pengalaman... ok kerja last tu, bunyi mcm enjoy snagat...untunglah best, nak try cari gak la.eehehehehehe

    ReplyDelete
  3. Memang banyak pengalaman la admin. Yang penting, bila dah lama semua tu ditinggalkan, jadi kenangan manis pulak kan.. :)

    ReplyDelete
  4. u have more work experience than i am

    ReplyDelete
  5. So now jadi admin assistant gaji berape????

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.