Bermalam Di Puncak Tabur Bersama WEC
Projek juta - juta |
Sebenarnya dah ramai sangat yang naik Puncak Tabur. Bagi aku, ni merupakan pengalaman pertama naik Puncak Tabur dan juga pengalaman pertama aku mendaki bukit. Sebelum ni segala macam bukit yang ada dekat Selangor ni memang tak pernah naik. Selalu dengar kawan - kawan punya sembang je. Tiap minggu hiking. Terselit juga rasa jeles. Tapi, takpe lah dah bukan rezeki.
Kebetulan Encik Khairul selaku Pengarah di WEC mengadakan xpdc mendaki bukit tabur. Kawan aku yang bagitahu, sekaligus mengajak aku untuk turut serta. Alang - alang nak pergi, pergi jela. Tak fikir malam ke siang ke bahaya ke tak. Memang niat nak dekat dengan Tuhan. Tu je niat aku dari dulu. Naik bukit tinggi - tinggi sebab nak cari Tuhan. Walaupun Tuhan tak ada di puncak bukit, tapi aku terasa dekat. Entahlah. Payah nak terjemah apa aku rasa.
Apa yang sangat extream ketika xpdc mendaki bukit tabur ialah bila aku bermalam di Puncak Tabur bersama team WEC (Wirajaya Excellence Consultancy). Apa yang menambahkan lagi ke extream - an tu abila mendaki bukit pada waktu malam. Weyh, gila tau. Tak ramai orang buat benda ni. Bersyukur sebab pernah merasa dan menikmati sisa kecil hijrah di zaman nabi.
Selfie sekeping selepas menunaikan Solat Asar dan sebelum mendaki. Buang apa yang patut dan perlu. Hehehe. Tak, sebenarnya bukan sekeping selfie, ada banyak lagi keping. Tapi satu cukup lah. Sebab ni baru je pembuka selera. Ada lagi hidangan utama belum terhidang. Sabar - sabar. Tengok lah gambar puas - puas. TAPI. Sebabkan malam, gambar agak kurang memuaskan sebab cahaya yang sangat terhad. Jomlah ikuti xpdc mendaki bukit tabur ni.
Bacaan doa sebelum mendaki dan sebelum turun bukit (sebelum balik) |
Sebelum hari kejadian Encik Khairul ada menyenaraikan beberapa peralatan semasa pendakian nanti. Aku pun macam biasa. Sumbat je selagi beg muat. Minyak wangi nya lotion nya segala macam la. Siap bawak cawan lagi tu. Aduh. Kelakar betul. Sebelum naik tu, kitorang check balik beg masing - masing untuk memastikan barang yang dibawa tak menjadi beban. Ada lah dalam tiga puluh peratus barang yang aku tinggalkan. banyak kan? Rasa menyesal pulak sebab tak reti kemas beg betul - betul. Nampak tak? Aku bukan jenis reti mengemas. Hahahha. nasib lah. Nak buat macammana.
Masa mula - mula naik tangga tu elok je la aku semangat. Maklumlah first time kate ko. Baru je berapa minit jalan aku dah K.O. Pemandangan yang cantik indah nampak macam nak hitam pulak. Kesian. Bukan kesian dekat aku. Kesian dekat orang yang kena tolong angkat kan beg aku termasuk sekali beg dia. Penambahan beban semasa awal pendakian. Maaf ye. Mungkin masa tu aku belum biasa dengan suasana lagi. Habis minyak angin orang aku dok sapu kat hidung dan dahi. Asal berhenti je aku pakai. Sebab nakkan rasa dingin bila bernafas. Tapi, alhamdulillah masa pertengahan tu, aku dah stabil dan boleh bawa beban sendiri walaupun adakalanya nafas tersekat di skala dua.
Berhenti rehat ambil nafas |
Penat - penat pun jangan sesekali lupakan lensa kamera. Bukan senang nak naik atas tu. Asalkan selamat untuk beraksi. Kalau naik saja, tak ambil gambar memang rugi lah. Sebab tak ada kenangan. Bagi aku gambar adalah hamparan kenangan yang pegun. Sekeping gambar mampu menterjemah segala macam rasa. Lebih - lebih lagi pada watak yang ada pada sekeping gambar tersebut.
Cik Salina |
Tujuan asal xpdc mendaki bukit tabur ni adalah untuk menghayati pengorbanan nabi ketika berhijrah pada suatu ketika dulu. Itulah yang Encik Khairul terapkan sepanjang pendakian. Niat mesti jaga. Niat mesti jaga.
Pengertian Hijrah Dari Segi Bahasa dan Istilah
Hijrah membawa maksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain.
Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud).
Kesabaran Dalam Kesulitan di Perjalanan Hijrah
Mengimbau kembali sejarah Nabi SAW ketika hijrah dulu, baginda meninggalkan rumah dan segala harta bendanya untuk berhijrah ke Madinah demi menyelamatkan aqidah Islam. Berbagai kesulitan yang dialami baginda. Nabi Muhammad yang meninggalkan kota Makkah bersama sahabatnya Abu Bakar, sebelum masuk ke kota Madinah terlebih dahulu bersembunyi di Gua Tsur karena beberapa pemuda Quraisy yang sedang melakukan pengejaran hampir saja menangkap mereka.
Dalam keadaan sedih dalam persembunyiannya di dalam Gua Tsur yang sempit, Abu Bakar berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasul, seandainya salah seorang diantara mereka menemukan kita, maka habislah kita. Jika aku mati, apalah diriku. Namun bila engkau yang mati, wahai Rasul, maka tamatlah riwayat dakwahmu”.
Rasulullah menjawabnya dengan bertanya, “ Apa yang ada di benakmu jika berduanya kita disini juga ada Allah yang ketiga diantara kita?”
Maka turunlah firman Allah seperti yang disebutkan dalam surat At-Taubah ayat 40,
"Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Allah bersama kita”.
Bermalam ni Puncak Tabur Bersama WEC
Kitorang mula mendaki lebih kurang pada jam 6.30 petang dan dijangka tiba di puncak pada pukul 10.30 malam. Sepanjang pendakian pada malam hari, tiada sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Berhenti di setiap check point untuk berehat seketika sambil memulihkan penafasan. Sepanjang pendakian, masing - masing membawa coklat bar untuk penambahan tenaga. Aku terlupa lah pulak apa kepentingannya coklat bar tu. Hmm.
Di setiap perjalanan, Encik Khairul sangat menitikberatkan keselamatan anak buah nya dengan penuh dedikasi. Ya. Encik Khairul ni ada banyak pengalaman. Beliau ni kira hebat juga lah. Beruntung untuk diri sendiri sebab berpeluang kenal ramai orang hebat termasuk Encik Khairul dan berpeluang sama - sama melakukan xpdc.
Aku rasa elok kot kalau aku daki waktu malam. Sebab tak nampak curam dan tingginya tempat aku berpijak. Mahu berpeluh tangan dan kaki kalau ada cahaya matahari menerangkan kawasan persekitaran. Memang stuck.
Sepanjang mendengar cerita kawan - kawan yang selalu hiking, punyalah aku jeles nak pergi. tapi tak siapa pernah ajak aku. Takat ajak - ajak ayam je. Aku pun tak tahu lah kenapa beriya sangat aku nak pergi panjat bukit tinggi - tinggi. Padahal bukan ada apa pun atas tu. Tapi tu lah. Nak merasa duduk dekat atas. Nak merasa betapa kerdil sebenarnya diri. Betapa sebenarnya kita semua ni adalah sama dan tak punya apa. Hmm.
Memang sungguh pun. Aku duduk atas tu dapat tengok lampu pun cukup sebak. Tak tahu mana datang sebak tu. Sepanjang perjalanan memang aku bersyukur betul sebab terpilih untuk xpdc dengan diorang. Perasaan yang tak tergambar.
Waktu gambar atas ni diambil, puncak dah nak dekat. Pemandangan yang berlatarbelakangkan Kuala Lumpur memang cantik. Serius memang cantik gile. Jadi, bila dah penat menapak, masing - masing tak lepas peluang bergambar. Kesian gambar aku, kabur waktu ni. Baru nak acah - acah ada gambar berlatarbelakangkan kota raya. Cewah. Nak kena betul fotografer ni. Eh lupa. Nama fotografer tu Olan. Dia memang suka perkenalkan diri. XD Hhahha. Nasib baiklah ada banyak lagi gambar lain yang cantik - cantik. Terima kasih Cik Olan.
Gambar yang diambil menggunakan kamera telefon |
Atas ni gambar malam dan siang di Puncak Tabur. Subhanallah.
Kota Raya dari Puncak Tabur |
Ni pulak gambar menggunakan DSLR. Tapi bukan aku punya tapi milik Thousandwonders.net. Lawa kan? Seketul - seketul bangunan.
Sampai dekat puncak dah rasa syukur sangat. Lapar tau. Masing - masing masak megi buat tenaga esok pagi. Nak tahu tak? Pukul berapa sampai puncak? Cuba teka. Aku akan mengakhiri entri dengan jawapan :D Nak taknak kena habiskan baca juga. Padan muka.
Bila semua selesai solat dan makan, Encik Khairul membuat sedikit perkongsian berkenaan makna hijrah. Masing - masing berkongsi cerita mengenai pengalaman masing - masing dalam penghijrahan. Sama ada penghijrahan kecil atau besar. Walaupun penat dalam perjalanan, kitorang semua tetap setia mendengar cerita setiap orang tau. Hijrah tu tak semestinya berpindah tempat, boleh jadi juga hijrah tu perubahan kepada sesuatu yang lebih baik. Tu bergantung kepada individu. Lepastu semua tidur.
Tidur beratapkan langit |
Malam tu kami semua tidur dengan aman tanpa ada gangguan. Bangun pagi solat subuh berjemaah dan sedikit perbincangan mengenai projek juta - juta. Ya -- Pengarah projek Cik Cyra :) . Projek apa tu? Tunggu .
Oke gurau. Cik Cyra cuma bercita - cita nak jadi pengarah projek. Tu je. Imaginasi dia banyak sangat. Harap suatu hari nanti termakbul impian Cik Cyra nak jadi pengarah projek juta - juta. Hehehhee.
Sebelum turun, kitorang ambil gambar buat kenangan di atas puncak. Walaupun sebenarnya tak nampak pun macam atas bukit. Mungkin lepas ni, kena bawak gopro kot. Insyaallah. Baru penampakan bukit dapat masuk sekali dalam gambar.
Encik Khairul |
Dah habis dah kisah bermalam di puncak tabur bersama WEC. Terima kasih Encik Khairul untuk ruang dan peluang. Terima kasih Cik Cyra sebab mengajak. Terima kasih semua yang membantu saat susah dan senang sepanjang perjalanan. Semoga dapat berjumpa lagi dan terima kasih tak terhingga atas penuaian persahabatan baru <3
Jawapan : Sampai puncak pukul 12 lebih. Maknanya perjalanan mendaki puncak tabur kalau ditolak tambah adalah lebih kurang dalam 5 jam jugak. Fuh! Aku tak serik!
Wirajaya Excellence Consultancy
Facebook : Wirajaya Excellence Consultancy
Instagram : WEC Gerila
Youtube : Channel WEC Gerila
3 Comments
Cantiknya pemandangan kota di waktu malam. Jenuh nak naik tu. Tapi kepenatan rasa terbalas dengan view yang cantik kan? ��
ReplyDeleteMenarik..
ReplyDeleteterbaek. lama x join aktiviti riadah camni.
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
Jom join contest ni.. senang je.. tak perlu buat entry.. SHARE & #TAG CONTEST
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.