Tuesday, September 25, 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest (2)

Mieza S | 9/25/2018 10:57:00 AM | 2Comments |
Lazada Shopathon Blogger Contest (2)

kembali lagi kita dalam lazada shopathon blogger contest yang kedua. harap harap menang wey. doa kan banyak banyak untuk aku. hihi

Tiga Brand Kegemaran di Lazada


Select three of your favorite brands on Lazada and tell us why you love them
Pilih tiga jenama kegemaran di Lazada dan bagitahu kami kenapa anda menyukainya.

apa eh? banyak sangat pula. nak minimize kan macam, ya allah susah.

yang pertamaaaaa.


Xiaomi

Xiaomi Mobiles & Tablets - Mobiles

Lazada Shopathon Blogger Contest (2)

kenapa brand xiaomi? sebab aku pakai telefon jenama xiaomi, redmi note 4x. aku minat dengan Xiaomi Mi Band 2 yang jadi trend. lepastu aku suka gila tengok dia punya powerbank. serious nak beli. cuma rasa macam ada lagi penting boleh beli selain powerbank. 

kenapa aku pilih power bank dari jenama xiaomi? sebab reka bentuk yang sangat elligent. dan saiz baterinya dalam 20000mAh, tapi ringan. kan? jenama lain tu, mesti berat. 



Watsons

yang kedua ape eh? 
watsons kali. 

Lazada Shopathon Blogger Contest (2)

kau tahu tak? watsons ni ibarat 'syurga dan neraka' buat perempuan terutamanya. hahaha. bagi akulah. bagi orang lain aku tak tahu. macam syurga sebab macam - macam ada. kalau dah masuk, rasa macam kau patut beli semua benda. 

tiba - tiba semua benda jadi sangat penting untuk dimiliki. kalau akal tak panjang, jadi 'neraka' sebab habiskan duit dekat benda yang bukan keperluan sangat pun. kan rumah kan ada lagi. tapi tangan gatal ambil. sudahnya, makan megi telur jela akhir bulan. kesian ~ 

dulu aku tak pandai masuk watsons. sekarang dah pandai. kalau malas nak pergi watsons, memang aku beli online je dekat lazada. pernah sekali tu ada sale, aku borong produk garnier je weyh. bedak compact pun ada tu. uihhh. best!


Panasonic

Lazada Shopathon Blogger Contest (2)


panasonic ni jenama yang da berabad hidup. aku pun pernah je beli kipas dekat lazada jenama panasonic. masih helok sampai sekarang. angin pun kuat nak terbangkan aku *tipu je. tapi panasonic memang jenama terunggul. heee.

sementara ada Shopathon sale, jom kita shopping sama - sama sementara sale masih lagi berlangsung.

Monday, September 24, 2018

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Mieza S | 9/24/2018 09:01:00 AM | 3Comments |
Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana
klik banner atau SINI

Beauty Giveaway By Mrs Pip

Mieza S | 9/24/2018 08:56:00 AM | 4Comments |
Beauty Giveaway By Mrs Pip
klik banner/ SINI

blog awak kemas, loading laju. kalau masuk blog awak, memang tak nyesal. mata tak sakit. hehehe

Friday, September 21, 2018

Quote #60 MiezaS

Mieza S | 9/21/2018 11:30:00 PM | 3Comments |
Quote #60 MiezaS

setinggi apa harapan kau gantung,
jangan lupakan tragedi yang memenuhi kantung,
kecewa ditinggal ditoreh diracik dihiris,
ia bisa membaik pulih kenangan yang membusuk,
berganti dengan warna tak terkira,
di depan masih ada jalan,
jangan cepat kalah dan mengalah.


Quote #59 MiezaS

Mieza S | 9/21/2018 10:30:00 PM | 0Comments |
Quote #59 MiezaS

Teruntuk kamu

Cahaya terindah di langitku yang sepi
Kamu tak perlu tahu
Seluas apa angkasaraya tercipta
Atas tinggi apa tempatmu berada
Kerna selama yang jadi bukti
Berada dipalung hatimu
Satu yang ingin kau tahu
Sedalam apakah ku letakkan namamu
Semoga engkau kan selalu menjadi bulan
Sebagaimana aku menjadi bintang
Di langit sore yang sama.

Starla

Quote #58 MiezaS

Mieza S | 9/21/2018 09:30:00 PM | 0Comments |
Quote #58 MiezaS

sejauh apa pun perjalanan, malap atau gelap, harus jadi bintang walau bukan yang paling terang

Quote #57 MiezaS

Mieza S | 9/21/2018 08:30:00 PM | 0Comments |
Quote #57 MiezaS

wayar yang berselirat
tak perlu diserabutkan lagi
cukup mencari hujung pangkal
awal akhir mula tamat
agar diluruskan kembali
belit belit mental dan jiwa
yang terkusutkan setiap datangnya
dikeliling pandangan mata

jangan
jangan kacau
kitaran yang sedia ada
sekadar akan berantakan waktu
yang panjangnya sepurnama

biar dia dengan apa adanya
sedang
kita dengan sedia ada


Quote #56 MiezaS

Mieza S | 9/21/2018 06:30:00 PM | 1Comments |
Quote #56 MiezaS

jeda yang terlalu lama di atas jalan telah menyebabkan segalanya jeda beku. lama. lama sehingga tak tercukupkan untuk aku mengira detik nafas yang terhembus. segalanya senyap dan sunyi. yang cuma hanya detak jantung yang semakin lama semakin tak terkirakan dan bunyi geser tayar dan jalan tar yang berlaga pipi. ku kira itu suara terakhir yang ku dengar selepas trealer yang tak terkawalkan, merempuh kenderaan dihadapannya dan kenderaan di belakangku merempuh laju. titik

Quote #55 MiezaS

Mieza S | 9/21/2018 04:30:00 PM | 1Comments |
Quote #55 MiezaS

pergunungan sedang memuntahkan lelahar untuk sekalian manusia yang sedang berhimpun dibawahnya kemudian berjabat tangan membuat janji agar mentari dan titis air bercumbuan melalui prisma yang teruraikan dan kita menikmatinya dengan penuh makna

Quote #54 MiezaS

Mieza S | 9/21/2018 03:30:00 PM | 1Comments |
Quote #54 MiezaS

Kerna kau adalah sebuah abjad yang takkan pernah habis dikarang dalam sebuah kitab Disetiap kegelapan sepi ketika bulan meninggalkan aku pada subuh hening Terima kasih untuk waktu yang dipinjamkan 

Quote #53 MiezaS

Mieza S | 9/21/2018 02:30:00 PM | 1Comments |
Quote #53 MiezaS

Quote #52 MiezaS

Mieza S | 9/21/2018 01:30:00 PM | 0Comments |
Quote #52 MiezaS

Engkau -- Ya engkaulah yang sedang membaca tulisanku ini. Yang memaksa aku jeda berselang seli bersama karya - karya amarahmu. Seluruh karyamu yang tak pernah laku waktu dijual dipasar keramaian dulu. Lalu kau meniupnya diwajah polosku yang semakin mencair. Kau tahu itu, beratus saat aku hanya dihabiskan dijendela kamar yang kelihatan suram sepanjang malam - malam kau mengabaikanku. Aku tahu, kau sedang bercanda manis bersama wanita lain. Aku punya naluri yang pantas bergetar pada setiap kali kau menduakan. Cuma kali ini, rahsiamu tak lagi menjadi rahsia. Mataku dan seluruh jasad roh ku telah membuktikan kecuranganmu. Aku tidak akan meradang. Aku akan diam dan diam. Aku akan membiarkan kau bermain canda berdua. Aku akan biar. Biar luka dalam detak jantungku habis dimamah kecewa. Selama ini pun, jatuh air dari empangan mata tak pernah kau pandang hirau. Biarkan. Biar luka ini akan terus berdarah dan mengalir tak berhenti. Biar. Biar aku perlahan - lahan melewati masa yang membunuh. Biar kematianku kali ini 'mati' yang paling memadam seluruh jagat hidupmu. Biar kalau benar kau mahu tak lagi pedulikanku. Biarkan. Biarkan semuanya padam dan hilang. Aku akan membawa diri ke sebuah pusara tinggal. Barangkali lebih aman disitu menuju Tuhan

Quote #51 MiezaS

Mieza S | 9/21/2018 12:07:00 PM | 0Comments |
Quote #51 MiezaS


"No place is boring, if you've had a good night's sleep and have a pocket full of unexposed film" 

Robert Adams

Lirik Lagu Perahu Retak Kloud$, AzamRhadio, Tulangkata & Tujujari (K-Clique)

Mieza S | 9/21/2018 11:31:00 AM | 1Comments |
Lirik Lagu Perahu Retak Kloud$, AzamRhadio, Tulangkata & Tujujari (K-Clique)

puisi Tulangkata
PAS kalah kerusi
moga ustaz tak bersila
Dacing tak seimbang
melayu mula berkira-kira

Harapan kami pakatan
kami pakatan kecewa
ini Malaysia baru,
selamat datang ke NEW ORDER

Klouds
Where is the premitive?
More with the irony?
Hail on democracy
Monarch antagonist

Where is the man in control?
Why be the king in a dome?
Systems they morally gone
Speakin as if you a god

Where is the premitive?
What's with the irony?
Make it a change for us all

AzamRhadio
bukan cerekarama hanya ulang karya lama,
tersembunyi yang satu dikaburi bintang tiga,
keretakan tanah namun tak pernah dijulang,
tergadai maruah mahukah ia diulang?

watak disembah purnama penuh,
tersaing antagonis kian kukuh,
konflik terpapar di serambi layaran,
tunggu hembusan panglima di semboyan.

pentas, drama, sangsi,
titik, noda, benci,
hunus taming, tanpa sari,
dari rasa kan jadi aksi.

bahtera naga membelah lautan,
terlihat pendekar atas seruan,
menyeru raksa seisi pasukan,
dari tepian hingga pergunungan.

panah logaritma bentuk ikatan,
simpul tersimpul tambah kiraan,
dan bila alam henti berputar,
menggamit dunia jadi gementar

Klouds
“Where is the premitive?
More with the irony?
Hail on democracy
Monarch antagonist

Where is the man in control?
Why be the king in a dome?
Systems they morally gone
Speakin as if you a god

Where is the premitive?
What's with the irony?
Make it a change for us all”

Tulangkata
kuda trojan Mahathir
tunggang Anwar kembali
keluar penjara K.F.C
jumpa liberal kat McD

nak telan atau mati,
jika tanpa ilmu kau tewas nanti,
selak banyak buku, kubu diri,
perang politik personaliti

iman tak dapat kita warisi
resmi berganti tanpa dimonarki,
bukan FED Reserve, bukan 1MDB,
thank you Mahathir bina dekonstruksi

BN bukan BiNi, talak keluar parti,
PH 7 : neutral sampai 7 pergi,
ideologi tegak tak cuma koalisi
UMNO orde segak, kalah sebab Najib

rakyat punya lidah, tuhan kasi lembut
demo di jalanan, nyanyi bikin album,
malay gang, malay gang ah!
bangsa yang besar bangsa kurang ajar,
susun aparatus, kalkulus, sastera
tajam keris raja, tajam lagi pena

Klouds
Where is the premitive?
More with the irony?
Hail on democracy
Monarch antagonist

Where is the man in control?
Why be the king in a dome?
Systems they morally gone
Speakin as if you a god

Where is the premitive?
What's with the irony?
Make it a change for us all

Tujujari
Suara kalah datang berbunyi,
Barisan yang dulu gila sekarang mula menyepi,
Gerak tu, warisan bayu,
Kekal di bawah bayu,

Datang bertandang Mula bersatu,
Bunyi corak pecah tiba tiba nampak laju yang lama tenggelam hingga hilang hala tuju,
Mula menyelam mendalam si talam dua muka mula terjatuh,
Kawal mentality gerakkan mainan teliti,

Fikiran diri bersih akal kena bererti bawa diri terbang mencari konklusi untuk kapal jatuh ini,
setiap apa yang kau janji kau buat dan patuhi,
Senjata kau mendorong peluru kau berisi kosong
Lebih memilih ke arah membohong setiap arah jalan kau potong,

Dengan cara kau terpesong kau tergolong dalam melencong,
Pembohong,
Tinggal melopong,
Dan kami beruntung dengan harapan Berikan pakatan kedepan tanpa sebarang tekanan,
Tanpa tandingan bangkit dari kejatuhan, yang lebih biarkan serahkan kerja tuhan yaa,
yang lain kerja tuhan

Klouds
Where is the premitive?
More with the irony?
Hail on democracy
Monarch antagonist

Where is the man in control?
Why be the king in a dome?
Systems they morally gone
Speakin as if you a god

Where is the premitive?
What's with the irony?
Make it a change for us all

sumber : youtube

Wednesday, September 19, 2018

PRMC Family Day 2018

Mieza S | 9/19/2018 04:01:00 PM | 1Comments |
PRMC Family Day

entri ni masih panas? ah entah. saja aku tulis memandangkan blog pun dah lama tak ada tulisan peribadi. PRMC actually stand for perodua rusa malaysia community. ni kali kedua aku turut hadir dalam trip prmc. yang pertamanya di tanjung karang dan yang keduanya di bagan lalang yang baru berlangsung baru - baru ini.

aku kurang pasti trip prmc family day telah diadakan berapa banyak kali. cumanya ada satu trip aku tak pergi, ke melaka. perodua rusa ni bukanlah kepunyaan aku. ia cuma milik bapak aku. rasanya baru tahun lepas bapak aku mencebur diri dalam komuniti ini.

PRMC Family Day

PRMC Family Day
bergambar bersama komuniti yang hadir family day

PRMC Family Day Bagan Lalang 2018

PRMC Family Day

tak banyak gambar pun masa acara malam 'sukaneka'. aku sibuk nak duduk dalam bilik. lagipun masih malu malu meaw. tak pandai nak duduk sama - sama. aku kan pemalu, semua sedia maklum kan? yesza. semua gambar yang ada watermark 'hwawei' diambil dari group facebook. 

banyak makanan. biasa trip family day mesti ada bbq. macam biasa, malam tu bakar - bakar ayam, ikan, kambing. aku? tolong makan je. lepastu tengok adik - adik main pecahkan belon, rebut kerusi. aku tunggu je bila acara rebut kerusi dewasa. aku dah bagitau mak aku plan aku nak 'tolak' orang. sekali untuk budak - budak je. kbye ~ 

kecewa. hahaha. 


Hidup Rusa! 

PRMC Family Day

sapa kata rusa dah tak ada? ada weyh. ada rusa yang ala - ala kereta vempire (vellfire). kau hado?takdo. kerusi kulit weyh. hahaha nice gile. warna merah. plan aku sebelum balik sebenarnya nak shoot gambar perodua rusa bersama owner masing - masing. 

tapi pagi tu, hujan. diorang ni redah je kot. sebab masa bapak aku balik bilik, hujan makin lebat. taknak lah kamera/ telefon rosak semata - mata nak photoshoot kan? 

so, inilah sebahagian gambar yang aku jumpa dekat facebook. terima kasih pada pemilik gambar. jangan lupa hashtag #prmc #rusamalaysiamasihada

PRMC Family Day


Perodua Bapak Aku

PRMC Family Day

ni van bapak aku. huhu. sebelum ni kami pakai perdana. tapi adik beradik ramai kan? ada 6. mana mahunya muat. kalau balik kampung, angkut sekali almari, katil, peti sejuk, mesin basuh memang tak muat lah cerita dia. kebetulan ada rezeki lebih. 

bapak aku beli second hand. ubah suai sikit sikit. rusa ni dah sampai kuala lumpur, melaka, johor, kuantan. lagi mana ya. hahaha. ada enam orang yang duduk di kerusi belakang. ramai kan? hahahhaa. 


waktu hari kejadian, aku macam biasa la. tak sah kalau tak de gambar lompat. so yeah. kita lompat tiga empat kali dan ini hasilnya. patut aku ajak diorang lompat sekali. hahahhahaa. kbye. bagi sesiapa yang berminat nak menyertai komuniti ni dipersilakan ke facebook mereka.

Perodua Rusa Malaysia Community (PRMC)
Facebook: PRMC

Thursday, September 13, 2018

Mengenang BOTS Maxis dan Wap MyMlife

Mieza S | 9/13/2018 12:34:00 PM | 6Comments |
Mengenang BOTS Maxis dan Wap MyMlife

entah kenapa, harini macam menggelabah je nak throwback. rindu datang jentik kenangan yang dah lama terkambus dalam pasir - pasir masa. aku tak tahu nak mula dari mana, sebab aku eksited gila nak throwback. kalau lah aku tulis entri ni sejak dua tiga tahun yang lepas, mesti sekarang aku masih ada printskrin. sekurang - kurangnya rupa bentuk profile aku? hmm.


BOTS Maxis

aku tak tahu mana satu yang aku terjebak dulu. jadi aku tak susun ikut turutan. aku tulis je mana yang aku ingat. kalau kau tak tahu BOTS tu apa, kau baca utusan ni. BOTS dikhaskan untuk pengguna maxis sahaja. macammana diorang detect?

dari nombor yang korang daftarlah. so id yang akan log in tu memang pakai nombor telefon. senangkan? main BOTS ni kau kena membazir dalam RM2/week. macam gampang kan? tapi masa tu mana lah ada wechat, facebook, whatsapp. kalau ada pun masih tak meluas dan kita tak tahu. so nak log in dekat link http://iphone.botsmax.com/

aku main BOTS mungkin tahun 2009/2010 macamtulah. masa ni memang ketagih weyh. BOTS ni best sebab kalau kau aktif, kau akan jadi hot. nama kau akan keluar dekat portal. portal tu ada dalam BOTS tu lah. acah - acah ranking macam game tu. paling seronok nak maki orang dekat chatroom. masa ni chatroom yang famous ada empat. aku lupa semuanya. 

tapi setiap kali log in, memang keempat - empat chatroom ni haru biru. dengan budak - budak yang main spam nya. siapa yang banyak coins. korang boleh kick orang, boleh boom chatroom. weyh seronok weyh. dapat kenal ramai orang. 

aku tak ingat apa nickname aku. mungkin gulewkapas, cik lowly. hanat weyh nickname aku. ingat comel ke? siapa yang pernah join BOTS, kalau korang baca ni teringat cik lowly atau gulewkapas atau yang sewaktu dengannya boleh lah say hi dekat ruangan komen. mana tahu boleh throwback sama - sama.

aku pun tak terlepas nak jadi admin chatroom. so, aku create satu chatroom yang namanya cinta tiga segi. pernah juga hot disuatu masa dulu. macammana nak tahu chatroom/ seseorang tu hot? dekat senarai chatroom tu nanti ada tulis hot kat tepi dia warna merah kelip - kelip. masa ni internet setting pakai 3g/wap je. kalau yang kelip - kelip merah tu laju kira internet kau power gila la. 

Mengenang BOTS Maxis dan Wap MyMlife


setiap kali balik kampung kat pahang, aku akan curi curi guna handphone motorola mak aku. lebih kurang macam ni lah handphonenya. warna silver. yang tengah - tengah tu dia timbul sikit bulat. lepastu macam cursor. acah - acah blackberry and cursor kat pc. alahhhai. hahaha. dulu rasa semua benda ni dah power gile. rindu T_T

korang boleh baca entri blog zahira pasal bots. aku cuma jumpa tu je pasal bots. weyh sumpah weyh rindu. rindu pakai handphone ala - ala cursor pc, rindu maki - maki orang sebab rasa paling bagus dalamn chatroom, rindu nak dapat kawan ramai yang tak kisah kau gemok ke kurus, rindu nak kick orang, rindu nak boom orang, rindu nak rasa semua tu. 

kalau lah aku boleh masuk dalam page tu, dah aku printskrin tunjuk kat korang.



Wap MLife

Mengenang BOTS Maxis dan Wap MyMlife

so cara nak log in boleh pergi ke http://wap.mymlife.com.my/. tapi dah tak valid. aku sekadar tunjuk je. cara nak register boleh baca dekat https://dmchcrew.wordpress.com/2009/02/17/maxis-new-wap/. mlife ni lebih kurang macam bots. tapi bots laju, bila ada gif yang kelip kelip tukar warna. mlife ni macam agak slow sikit. 

kalau kau main chatroom, selagi tak refresh selagi tu mesej baru tak masuk. kau tunggu la sampai esok atau dia refresh kan automatik. aku lupa. korang boleh baca blog ainismaira87 yang menulis serba sedikit pasal mlife. dia siap main mblog. aku tak sure kalau aku pernah terjebak dengan mblog. baca jugak jomclick.blogspot.comechamstory.blogspot.compejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/ yang menulis mengenai mlife. 

lepas mlife ada lagi satu aku main, tapi lupa nama dia. masa ni heaven weyh. aku tak tahu kenapa. mungkin sebab aku dulu seorang yang looser. dekat sekolah manjang jadi bahan ejek. dulu aku benci weyh pergi sekolah. bila main mlife ni rasa macam ramai kawan walaupun kawan tu cuma dalam 'media sosial' walaupun diorang fake. 

dulu isu fake ni orang tak heran sangat. selagi boleh kawan, kita kawan. sekalipun dia perompak. sebab tak ada pulak dorang nak rompak kita kan? mesej pun biasa - biasa je masa tu. yang mana lucah - lucah kalau tak suka layan block la. habis cerita. 

Mengenang BOTS Maxis dan Wap MyMlife
sumber : ainismaira
dekat mlife ni kita boleh bagi orang gift. siapa paling banyak gift kira popular la sebab tak silap aku dapat point. lepastu lagi satu aku suka simpan chat cantik yang orang bagi dekat aku di profile. contoh la kalau kita nak text orang, kita akan pilih sama ada nak text dia secara private mesej (inbox) atau di profile. sesiapa yang text aku dekat profile (wall), and text tu lawa aku akan simpan.

contoh text cantik tu macam < hai kecik 💋 >. so aku kumpul banyak - banyak. bila orang masuk profile aku nampak lawa je rasa. ha gitu. kat mlife takde tukar - tukar template. aku main mlife 2009/ 2010 sama macam BOTS jugak. ramai jugak kawan. yang stay sampai sekarang? ada. sebenarnya entri ni bukanlah nak mengenang sangat pasal bots dan mlife. tapi siapa yang stay dengan aku sampai sekarang dari mlife. dah alang - alang aku tulis lah sekali pasal website ni.


WAPLOG

Mengenang BOTS Maxis dan Wap MyMlife


waplog ni lebih kurang sama macam mlife juga. masih wujud. korang boleh pergi ke link https://waplog.com/. register jela macam biasa nak buat akaun baru tu. dulu pakai gambar acah hot, ramai like. hahahhaa. nampak tak batak? nak tengok profile aku?

Mengenang BOTS Maxis dan Wap MyMlife


banyak tak like? aku suka view profile orang, dan orang akan view balik profile aku. nanti diorang like. sepanjanga ku berkecimpung dalam waplog, itu jelah like yang mampu aku kumpul. masa tu dah rasa banyak giler. oh ya, tak silap waplog ni boleh install dekat google playstore/ app store.

kenapa profile aku kosong? sebab aku dah stop main. so aku delete segala gambar yang ada. tetiber rasa cam nak join balik. boleh ke eh? hahha. dekat waplog ni ramai orang gila (lucah). yang nak chat semata - mata nak cari kawan memang tak ramai, tapi ada lah.


Kawan Mlife

Mengenang BOTS Maxis dan Wap MyMlifeMengenang BOTS Maxis dan Wap MyMlife

sebelah kiri danny, sebelah kanan ucop aka yusoff. macam aku cakap tadi, aku main mlife sejak 2009/ 2010. usia aku dengan diorang? mungkin lima tahu dan ke atas. sebab tak ingat tahun berapa aku kenal diorang. dari mlife, bawa ke facebook, wechat, whatsapp, instagram, pubg, crossfire. tak pernah putus tapi pernah hilang sebab konon dah tak ambil peduli.

dengan danny ni dulu dia suka mesej manja. manja tu macam kitorang imaginasi bodoh. modal kita masa tu coki - coki. acah - acah comel la. kalau merajuk je bagi coki - coki. haahhaha bodohnya lah masa tu. tak tahu lah macammana aku boleh kekal lama dengan diorang. mungkin sebab tak pernah jumpa lagi kot? hahahhaa sebab kalau dah jumpa memang gampang semua tinggal aku.

aku pernah jatuh cinta dengan dua orang ni. tah pape kan? alaa masa tu zaman budak - budak. siapa yang selalu care dekat aku, itulah yang aku sayang. danny ni minat sangat travel dan kereta. usop pulak minat dekat gajet dan motor. hahaha.

Masa Susah Dulu

usop ni dulu pernah study dekat kptm ke mara, tah ingatlah. ada satu masa tu, dia tak bayar motor. aku ni tak boleh dengar orang susah. aku hulur dia 2 3 ratus. tahun berapa tak ingat. masa tu aku kerja dekat mcd ke speedmart. entahla. aku tak minta dia bayar balik. cuma,

masa dekat uitm 1 sem dulu, ada satu bulan tu aku kering habis. maklumlah berjoli dapat duit ptptn. hahaha. masa ni aku kerap contact usop. aku mintak tolong usop. kalau kau jadi usop mesti kau takkan tolong aku. yela siapa aku? stanger weyh. tapi usop bagi aku 200/ 300 masa tu. bersyukur ada kawan macam dia.

danny pulak, banyak dengar marah - marah aku. hahahha dia cool je kalau aku tengah marah, moody. dia tak pernah marah aku balik. dia sangat sabar. kalau ucop tu, aku kena maki balik. hahahhaa

aku tak tahu, tapi lillahi taalla dua dua aku sayang. sebab dah lama, walaupun dua dua masih dalam kategori stranger. aku harap keduanya tetap akan jadi kawan aku sampai bila - bila. terima kasih lah sebab selalu ada dalam gelap, jadi bintang waktu sunyi, teman malam jadi mimpi.

ini entri kenangan, maaflah kalau panjang. boleh jugak baca entri rindu dearhaniey dan teringat zaman sekolah.


Wednesday, September 5, 2018

Lirik Lagu Mustafa Yung Raja

Mieza S | 9/05/2018 12:14:00 PM | 1Comments |
Lirik Lagu Mustafa Yung Raja

Flightschool made you famous boi!
Grindin all night, Thookkam all day
When you see me
They ask me how
i made it
And I work like everyday
365 I’m crazy
All you do is play play
My everynight is payday

And you know I’m raking
stacking up my foreigns
Everybody knows me
That the whole nation

I’m for all races
Doesn’t matter where you from
And you’ll know me when you hear me
And you know I keep it runnin

Like an energizer bunny
I got juice all in my tummy
I put juice all in your baby mummy
You’re just a Hanifa

Call me Yung Mustafa
Brown superstar
I got girls like groceries
I put ‘em in the cart

Call me Yung Mustafa
I got what you want
If you’re looking for that beef
I got it in my shopping cart

Call me Yung Mustafa
Hot like Sumatra
Eating watermelon
feeling like a rockstar

Call me Yung Mustafa
I got what you want
If you’re looking for that beef
I got it in my shopping cart

Its the Thambi Mustafa
You’re looking at a star
All my moves be outta reach
See me shining from afar

I like Ramly from bazaar
Keep it simple like lamar
Ain't worried about no prechane
I got hustle on my mind

When I, when I’m in the studio
I'm going way too hard
I be working, got her twerking
In a saree with no bra

Ooh she like my charisma
Fanta no more Miranda
If I want a wife
Gahdamn ain't no problem
Hand to god

Never dated and I be waiting
for the time like Ramadan
They be walking, I be running
This the full marathon
Yeah they shutter snapping
Ooh that Thambi Raja vandhittaan
All my makkals wanna see me
I’m the Puthu Thalaiva

Call me Yung Mustafa
Brown superstar
I got girls like groceries
I put ‘em in the cart

Call me Yung Mustafa
I got what you want
If you’re looking for that beef
I got it in my shopping cart

Call me Yung Mustafa
Hot like Sumatra
Eating watermelon
feeling like a rockstar

Call me Yung Mustafa
I got what you want
If you’re looking for that beef
I got it in my shopping cart

Call me Yung Mustafa
Brown superstar
I got girls like groceries
I put ‘em in the cart

Call me Yung Mustafa
I got what you want
If you’re looking for that beef
I got it in my shopping cart

Mustafa.. superstar..
Feeling like a rockstar
(Ooh...oohh...)
(Ayy...Ayy...)
(Skrrt skrrt…)
(hahahaha…haha...)
It’s Thambi!

Lirik Lagu Lane Lain Line K-Clique

Mieza S | 9/05/2018 11:53:00 AM | 1Comments |
Lirik Lagu Lane Lain Line K-Clique
sumber : youtube

azree
lain macam ni lain macam tu
gangguan yang bising kini mula diam membisu
lain macam ni lain macam tu
gangguan yang bising kini mula diam membisu
lain macam ni lain macam tu
gangguan yang bising kini mula diam membisu
lain macam ni lain macam tu
gangguan yang bising kini mula diam membisu

azree
salam kapal baru ikut rentak
cara muzik kami jauh kalis borak
clique lama diam kini dah mencorak
baik tunduk pejam akal mendongak
bodoh bersorak mati serentak
ni cara jalan untuk berkawan
kenal mana rendah diri
untuk sehati gelar hebat
tapi guna cara langsi salah lansi
takut berdiri risau
mata silau perlu kipas
kalah malu sekarang diri kipas
ni simple

syahmin
diam sesaat
jangan silap suluh di dalam gelap
buat cepat
nanti yang lain buat
bising banyak kuat
di depan what
di belakang what
ini semua what
tiada siapa buat
bagus kita buat
ini hal ni tau hal abis kau tau
bukan aku mau tiada siapa mau
jadi kami mau kami bagi tau
siapa siapa tau tolong cari yaw
pesan dia yaw kami bagi kau
kalau dia mau tolong bagi tau

ikhwan
laju otak ku berfikir
dari luar kemampuan
ku angkat dua tangan
bukan minta perhatian
siapa sangka diperhati
bilaku mula gerakan
seakan aku akan tumbang
di hujung pengkalan
gong bunyi keramat
pena ku semakin padat
lakaran bumi jiwa berentap
ingin capai matlamat
mereka rebutkan tempat
tapi aku paling cepat
mereka kan baru merangkakkan
K-clique sudah melompat
berrahhh

azree
lain macam ni lain macam tu
gangguan yang bising kini mula diam membisu
lain macam ni lain macam tu
gangguan yang bising kini mula diam membisu
lain macam ni lain macam tu
gangguan yang bising kini mula diam membisu
lain macam ni lain macam tu
gangguan yang bising kini mula diam membisu

hairi
dah lain tengok ni
dah lain tengok tu
dah banyak bunyi ni
bawa turun la lain tu
macam macam line main
macam macam handsign
sini banyak line
semua sign boleh main son
say
302 my hommies
straight killer
budak baru baru
baru nak feel iller
bukan og belum og
tapi semua ada giler
mari cuba bila bila
jangan malu sila sila

siddek
ku mula kau diam
bisa ku tak tayang
gerak kau ku padam
dakwat ku berkembang
yang datang berpedang
ku sambut ku salam
ku dengan pegangan
setan pun ku tendang
gerak kami ada nisbah
kena pandai tambak tolak
baru jumpa
jangan diukur k-clique
tahap apa
sehebat dewa dewa pun
takkan sembah
barisan ku tegak
di depan tentera bernama
sebaris tenaga bergabung
cakaran harimau
terparut diminda
berajakan si lidah
hasilnya binasa

fareed
godaaam
3am in the morning
realistically unfold
perfect timing
8 baris ku dah diss?
K-clique kombinasi
dari sini KK City
jab jab jab back
we're back
holla back
step back
puh puh puh!
kita comeback
hold up wait took a break
sama kit kat ramai noisy
fareedpf aint done yet
metaphora api
c3h8 knowledge
savage mode
impiana hotel
exchange knowledge
street with BadTheHood
full of quotes
memo kitta demo man
fuck yo quotes
fully loaded PF clip
fastidious Bbborneo flow
nah puh puh puh
itu lah tuuw

lain macam ni lain macam tu
gangguan yang bising kini mula diam membisu
lain macam ni lain macam tu
gangguan yang bising kini mula diam membisu
lain macam ni lain macam tu
gangguan yang bising kini mula diam membisu
lain macam ni lain macam tu
gangguan yang bising kini mula diam membisu
lain macam ni lain macam tu
gangguan yang bising kini mula diam membisu
lain macam ni lain macam tu
gangguan yang bising kini mula diam membisu

Tuesday, September 4, 2018

Lirik Lagu Jangan Kau Jauh Shaffiq Erwin

Mieza S | 9/04/2018 03:34:00 PM | 0Comments |
Lirik Lagu Jangan Kau Jauh Shaffiq Erwin
Sumber : google

Selangkah Aku tersasar
Kau cantum segala ranap hidupku
Mengerti segala sakit
Mengubah segala perih

Tapi mengapa Kini kau jauh
Aku punya kekurangan
Tapi siapa sempurna
Sungguh aku tak mampu

Menjauh darimu
Beri aku kesempatan
Membelai dan menjaga
Kau jiwaku jangan kau jauh

Apa semua yang terukir
Didalam memori hanyalah mimpi
Yang kau saja dustakan
Semua janji terciptakan

Hanyalah palsu semata-mata
Aku punya kekurangan
Tapi siapa sempurna
Sungguh aku tak mampu

Menjauh darimu
Beri aku kesempatan
Membelai dan menjaga
Kau jiwaku jangan kau jauh

Aku disini tetap menanti
Menunggu saat kau kembali
Kau tahu aku perlukan mu

Aku perlukanmu ku mengharapkanmu
Aku punya kekurangan
Tapi siapa sempurna
Sungguh aku tak mampu

Menjauh darimu
Beri aku kesempatan
Membelai dan menjaga
Kau jiwaku jangan kau jauh

Aku punya kekurangan
Tapi siapa sempurna
Sungguh aku tak mampu
Menjauh darimu

Beri aku kesempatan
Membelai dan menjaga
Kau jiwaku jangan kau jauh
Kau jiwaku jangan kau jauh

Lazada Shopathon Blogger Contest

Mieza S | 9/04/2018 02:52:00 PM | 1Comments |
Lazada Shopathon Blogger Contest

jadi harini kita akan kembali lagi dalam lazada contest sejak sekian lama dah tak join. Rindu? Of course rindu. hadiah best kot. kalau murah rezeki, alhamdulillah. tanpa membuang masa jom baca soalan yang diutarakan oleh lazada.

Tiga Produk Lazada


Select three products on Lazada that you have always wanted to buy
Pilih tiga produk di Lazada yang anda selalu ingin beli

Antara tiga produk yang nak sangat aku beli kalau berkesempatan ialahhhhhhhh :


Cabinet 12 Cubes Black Stripes DIY Wardrobe Black Stripes

Lazada Shopathon Blogger Contest
Cabinet 12 Cubes Black Stripes DIY Wardrobe Black Stripes (FOC: 2 hangers)
sebelum ni aku punya almari yang jenis kain. sangat senang koyak dan mudah rapuh. pakai tak sampai setengah tahun dah jahanam koyak rabak. sudahnya aku beli kayu terus. tapi kayu yang biasher biasher je. kalau aku dah ada almari, almari ni untuk siapa pulak? 

untuk adik lelaki aku lah, bukan aku. almari yang dia pakai sekarang sama macam almari aku yang dulu. bezanya dari segi saiz yang agak kecil. oh yang menyedihkan, 'almari' dia tak ada kain luar (terdedah). aku macam alahai kesiannya lah dekat kau ni dikk. sebab tu aku nak belikan untuk dia kabinet kiub ni. 

lagipun ada 12 kiub kan? agak - agak kalau almari ni tak muat nak letak semua dalam bilik dia aku mintak lah dua tiga biji letak dalam bilik aku. heeeee. 


168 Games RS6 Mini Retro 2.8 Inch LCD Handheld Gameboy Console Bulit-in 168 Games

Lazada Shopathon Blogger Contest
168 GAMES RS6 Mini Retro 2.8 inch LCD Handheld Gameboy Console Built-in 168 Games
apa yang membuatkan aku terfikir untuk beli game ketinggalan zaman ni? bagi aku benda yang orang anggap ketinggalan zaman ni adalah seseorang yang klasik. bukan jenis yang tak boleh nak lupa kenangan. tapi orang yang sentiasa menghargai kenangan yang pernah datang. amacam? sweet tak?

teringat weyh zaman gila mario dulu. bapak aku siap beli game yang 50 ringit ala - ala playstation. nak beli playstation memang membazir sebab banyak lagi keperluan yang mesti didahulukan. wayar taknak pendek lagi. kalau boleh nak melekat terus dekat tv. alahaii zaman. 

kalau aku beli gameboy console ni, dapatlah aku melepas rindu pada 'mario' yang pernah jadi legend dulu. benda ni kecik dan sangat sesuai untuk dibawa kemana sahaja. aku tak suka menunggu. jadi gameboy console ni lah penyelamat keadaan untuk aku tidak rasa bosan.


Xiaomi Mi Band 2

Lazada Shopathon Blogger Contest
[ORIGINAL] Xiaomi Mi Band 2 (OLED) Heart Beat Touch MiBand V2 Wristband Smartwatch
Ya, kau tahu kan xiomi band ni tengah trending. kira kalau pakai nampak cool gile. aku belum masuk ke arah cool sebab aku tak de lagi. sebab tu aku nak sangat benda ni. kebetulan 9.9 Festival sale telah menjadikan harga Xiaomi Mi Band 2 ni rm70.90. murah weyh. sales lebih dari 50% tau. 

sapa nak bagi? 9.9 festival sale akan berlangsung pada 6 sehingga 9 September. apa tunggu lagi. jom serbu lazada malaysia

doakan aku menang contest ni. korang pun boleh join contest ni di Shopathon Blogger Contest. yang mana nak membeli belah boleh klik 9.9 Festival sale :)

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.