wayar yang berselirat
tak perlu diserabutkan lagi
cukup mencari hujung pangkal
awal akhir mula tamat
agar diluruskan kembali
belit belit mental dan jiwa
yang terkusutkan setiap datangnya
dikeliling pandangan mata
jangan
jangan kacau
kitaran yang sedia ada
sekadar akan berantakan waktu
yang panjangnya sepurnama
biar dia dengan apa adanya
sedang
kita dengan sedia ada
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.