entah kenapa, harini macam menggelabah je nak throwback. rindu datang jentik kenangan yang dah lama terkambus dalam pasir - pasir masa. aku tak tahu nak mula dari mana, sebab aku eksited gila nak throwback. kalau lah aku tulis entri ni sejak dua tiga tahun yang lepas, mesti sekarang aku masih ada printskrin. sekurang - kurangnya rupa bentuk profile aku? hmm.
BOTS Maxis
aku tak tahu mana satu yang aku terjebak dulu. jadi aku tak susun ikut turutan. aku tulis je mana yang aku ingat. BOTS dikhaskan untuk pengguna maxis sahaja. macammana diorang detect?
dari nombor yang korang daftarlah. so id yang akan log in tu memang pakai nombor telefon. senangkan? main BOTS ni kau kena membazir dalam RM2/week. macam gampang kan? tapi masa tu mana lah ada wechat, facebook, whatsapp. kalau ada pun masih tak meluas dan kita tak tahu. so nak log in dekat link http://iphone.botsmax.com/
aku main BOTS mungkin tahun 2009/2010 macamtulah. masa ni memang ketagih weyh. BOTS ni best sebab kalau kau aktif, kau akan jadi hot. nama kau akan keluar dekat portal. portal tu ada dalam BOTS tu lah. acah - acah ranking macam game tu. paling seronok nak maki orang dekat chatroom. masa ni chatroom yang famous ada empat. aku lupa semuanya.
tapi setiap kali log in, memang keempat - empat chatroom ni haru biru. dengan budak - budak yang main spam nya. siapa yang banyak coins. korang boleh kick orang, boleh boom chatroom. weyh seronok weyh. dapat kenal ramai orang.
aku tak ingat apa nickname aku. mungkin gulewkapas, cik lowly. hanat weyh nickname aku. ingat comel ke? siapa yang pernah join BOTS, kalau korang baca ni teringat cik lowly atau gulewkapas atau yang sewaktu dengannya boleh lah say hi dekat ruangan komen. mana tahu boleh throwback sama - sama.
aku pun tak terlepas nak jadi admin chatroom. so, aku create satu chatroom yang namanya cinta tiga segi. pernah juga hot disuatu masa dulu. macammana nak tahu chatroom/ seseorang tu hot? dekat senarai chatroom tu nanti ada tulis hot kat tepi dia warna merah kelip - kelip. masa ni internet setting pakai 3g/wap je. kalau yang kelip - kelip merah tu laju kira internet kau power gila la.
setiap kali balik kampung kat pahang, aku akan curi curi guna handphone motorola mak aku. lebih kurang macam ni lah handphonenya. warna silver. yang tengah - tengah tu dia timbul sikit bulat. lepastu macam cursor. acah - acah blackberry and cursor kat pc. alahhhai. hahaha. dulu rasa semua benda ni dah power gile. rindu T_T
korang boleh baca entri blog zahira pasal bots. aku cuma jumpa tu je pasal bots. weyh sumpah weyh rindu. rindu pakai handphone ala - ala cursor pc, rindu maki - maki orang sebab rasa paling bagus dalamn chatroom, rindu nak dapat kawan ramai yang tak kisah kau gemok ke kurus, rindu nak kick orang, rindu nak boom orang, rindu nak rasa semua tu.
kalau lah aku boleh masuk dalam page tu, dah aku printskrin tunjuk kat korang.
Wap MLife
so cara nak log in boleh pergi ke http://wap.mymlife.com.my/. tapi dah tak valid. aku sekadar tunjuk je. cara nak register boleh baca dekat https://dmchcrew.wordpress.com/2009/02/17/maxis-new-wap/. mlife ni lebih kurang macam bots. tapi bots laju, bila ada gif yang kelip kelip tukar warna. mlife ni macam agak slow sikit.
kalau kau main chatroom, selagi tak refresh selagi tu mesej baru tak masuk. kau tunggu la sampai esok atau dia refresh kan automatik. aku lupa. korang boleh baca blog ainismaira87 yang menulis serba sedikit pasal mlife. dia siap main mblog. aku tak sure kalau aku pernah terjebak dengan mblog. baca jugak jomclick.blogspot.com, echamstory.blogspot.com, pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/ yang menulis mengenai mlife.
lepas mlife ada lagi satu aku main, tapi lupa nama dia. masa ni heaven weyh. aku tak tahu kenapa. mungkin sebab aku dulu seorang yang looser. dekat sekolah manjang jadi bahan ejek. dulu aku benci weyh pergi sekolah. bila main mlife ni rasa macam ramai kawan walaupun kawan tu cuma dalam 'media sosial' walaupun diorang fake.
dulu isu fake ni orang tak heran sangat. selagi boleh kawan, kita kawan. sekalipun dia perompak. sebab tak ada pulak dorang nak rompak kita kan? mesej pun biasa - biasa je masa tu. yang mana lucah - lucah kalau tak suka layan block la. habis cerita.
sumber : ainismaira |
dekat mlife ni kita boleh bagi orang gift. siapa paling banyak gift kira popular la sebab tak silap aku dapat point. lepastu lagi satu aku suka simpan chat cantik yang orang bagi dekat aku di profile. contoh la kalau kita nak text orang, kita akan pilih sama ada nak text dia secara private mesej (inbox) atau di profile. sesiapa yang text aku dekat profile (wall), and text tu lawa aku akan simpan.
contoh text cantik tu macam < hai kecik 💋 >. so aku kumpul banyak - banyak. bila orang masuk profile aku nampak lawa je rasa. ha gitu. kat mlife takde tukar - tukar template. aku main mlife 2009/ 2010 sama macam BOTS jugak. ramai jugak kawan. yang stay sampai sekarang? ada. sebenarnya entri ni bukanlah nak mengenang sangat pasal bots dan mlife. tapi siapa yang stay dengan aku sampai sekarang dari mlife. dah alang - alang aku tulis lah sekali pasal website ni.
WAPLOG
waplog ni lebih kurang sama macam mlife juga. masih wujud. korang boleh pergi ke link https://waplog.com/. register jela macam biasa nak buat akaun baru tu. dulu pakai gambar acah hot, ramai like. hahahhaa. nampak tak batak? nak tengok profile aku?
banyak tak like? aku suka view profile orang, dan orang akan view balik profile aku. nanti diorang like. sepanjanga ku berkecimpung dalam waplog, itu jelah like yang mampu aku kumpul. masa tu dah rasa banyak giler. oh ya, tak silap waplog ni boleh install dekat google playstore/ app store.
kenapa profile aku kosong? sebab aku dah stop main. so aku delete segala gambar yang ada. tetiber rasa cam nak join balik. boleh ke eh? hahha. dekat waplog ni ramai orang gila (lucah). yang nak chat semata - mata nak cari kawan memang tak ramai, tapi ada lah.
Kawan Mlife
dengan danny ni dulu dia suka mesej manja. manja tu macam kitorang imaginasi bodoh. modal kita masa tu coki - coki. acah - acah comel la. kalau merajuk je bagi coki - coki. haahhaha bodohnya lah masa tu. tak tahu lah macammana aku boleh kekal lama dengan diorang. mungkin sebab tak pernah jumpa lagi kot? hahahhaa sebab kalau dah jumpa memang gampang semua tinggal aku.
aku pernah jatuh cinta dengan dua orang ni. tah pape kan? alaa masa tu zaman budak - budak. siapa yang selalu care dekat aku, itulah yang aku sayang. danny ni minat sangat travel dan kereta. usop pulak minat dekat gajet dan motor. hahaha.
Masa Susah Dulu
usop ni dulu pernah study dekat kptm ke mara, tah ingatlah. ada satu masa tu, dia tak bayar motor. aku ni tak boleh dengar orang susah. aku hulur dia 2 3 ratus. tahun berapa tak ingat. masa tu aku kerja dekat mcd ke speedmart. entahla. aku tak minta dia bayar balik. cuma,masa dekat uitm 1 sem dulu, ada satu bulan tu aku kering habis. maklumlah berjoli dapat duit ptptn. hahaha. masa ni aku kerap contact usop. aku mintak tolong usop. kalau kau jadi usop mesti kau takkan tolong aku. yela siapa aku? stanger weyh. tapi usop bagi aku 200/ 300 masa tu. bersyukur ada kawan macam dia.
danny pulak, banyak dengar marah - marah aku. hahahha dia cool je kalau aku tengah marah, moody. dia tak pernah marah aku balik. dia sangat sabar. kalau ucop tu, aku kena maki balik. hahahhaa
aku tak tahu, tapi lillahi taalla dua dua aku sayang. sebab dah lama, walaupun dua dua masih dalam kategori stranger. aku harap keduanya tetap akan jadi kawan aku sampai bila - bila. terima kasih lah sebab selalu ada dalam gelap, jadi bintang waktu sunyi, teman malam jadi mimpi.
ini entri kenangan, maaflah kalau panjang. boleh jugak baca entri rindu dearhaniey dan teringat zaman sekolah.
32 Comments
dah lama x guna maxis
ReplyDeleteterbaek.. hehe
ReplyDeletemblog,friendster...kampungchat...dalam kenangan
ReplyDeleteye duhh. kampungchat. dearhaniey. hmm
Deletehuhuh rindu gila main benda ni
DeleteAku dlu fams Death.. nama Aku dlu Queen Death.. Sbb Aku leader fams .. hahaha cmner nk dowload ade ke benda ni lagi zaman skrg .. chat room yg best .. KL smua
ReplyDeletehahah mana ada dah weyh. xboleh log in dah. hahahah xde skrinshot apa bendadah. tak ada kenangan
Deletemoko mobi?
Deletemain gak. tapi sekejap je. hahahahah sbb mcm page dia xlawa dan xmenarik
Deletebanyak awek aq dpt dlm mlife dulu.. yg last awek aku dpt last smpai sekarang. sbb mlife la aq bersama dgn dia smpai sekara g.. best weyyy dlu aq bnyk dpt kenal prmpuan kt mlife. nama aq khairul bg yg igt tu ..hehehe
ReplyDeletehaha untunglaaaa dapat awek. semoga berjodoh kalian sampai syurga.
DeleteAku kenal suami aku dr mlife. Skrg anak dah 2 org. Sekian Terima kasih.
DeleteSaya sampai sekarang masih menggunakan nickname yang sama dari bots ni lg..haha
ReplyDeleteBru ingat nk throwback old memory.. Yela, sbb kat cni la i knal tunang n for now we all dh break😙xde jodoh nk wat camne..tp syg dh xvalid plak.. Haisss..no more feeling la..☹️ Npe dh close ey?? 🤔
ReplyDeletewahhh takpe la awak. atleast awak pernah ada 'jodoh' pinjaman dari tuhan. kan kan. insyaallah lepas ni boleh dapat yg lagi baik yang boleh jaga awak.
Deletetak tahu la kenapa close. maybe sebab tak dapat sambutan. sekarang kan da ada macam2. awak try cari jdooh dekat tempat lain pulak.
Haha,,sama lah,,jumpa 1st love dkt mlife,,,,tp tk de jodoh
DeleteBotsmax.. nostalgia sungguh.. mcam2 kenangan kt situ.. malam2 main bots kt fon samsung flip.. siang2 pergi cc main bots lagi rancak hahaa.. lupa dah nama aku kt situ..
ReplyDeleterindunya mana pi kawan2 dulu kat situ.. yg plg ingat nama bragas n momo.. nicknama sendiri x ingat haha
DeleteNick aku mr. Nerakezs kat dalam botsmax. Team SD a.k.a Spirit Devil. Hahaha. Kenangan tu.
ReplyDeleteacaner nak remove bots ni..asyik hilang kredit aku dia renew..padahal aku xmain lgi dh
ReplyDeleteDkt bots la knl suami..join bots tahun 2007...hahaha
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletei slh 1 mife geng
ReplyDeleteMlife ke bots ke speesh ke max game ke mmchat ke hermax ke, sy rindu semua.. mobi pun.. apa entah satu lagi tu yg ada apps patung bagai tu.. lagi satu yg ada pet tu haa.. hahaha entah ada lagi ke tidak org kenal aku.. hahaha
ReplyDeleteAntara nama nama yang aku ingat dekat Mmchat, PCM, PCK, Acura, Sound Trouble, Sangkuriang, Freehair ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
DeleteAdoiii mengimbau betul la ..xpasti lak kenapa dah xda mlife ni hahahahah
ReplyDeleteSy main qute dulu. Kene jaga pet n boleh chat. Pastu bru bots, mlife n last sekali moko mobi. Pstu bru la masuk fb haha
ReplyDeleteKalau kenal sy. Id sy selalu rio_nan_logo, noel, tyunni
Haiiiii 😂 pernah jumpa id gulewkapas dgn font style lawa haha entah laa siapa , maybe its you 😂 saya main bots dulu zaman tahun 2010 jugak best tau , waktu tu belum ada fb lagi .
ReplyDeleteHAHAH. barangkalii. sbb dulu sy ada juga guna nama lowly, gulewkapas, lagi apetah la. hahaha. xingat. tapi tatau la kalau ada juga orang guna nama sama. haiii ex botss ^^
Deleteaduhaiiii di sini tersangkut cinta kenanfan silam 🤣
ReplyDeleteHahahaha!!! Ya Allah.. teringat hujung 2009 & awal² 2010 dulu, mmg main bots masa tu.. ada juga yg buat blog pasal ni ye😆😂.. tulah zaman² permulaan sosial media sy dulu.. end up saya tinggalkan maxis pada 2012 and beralih ke celcom.. mmg kenangan la bila ingat balik pasal bots ni
ReplyDeletesaya salah seorang main botsmax and mlife mmg kenangan sgt rasa nk main botsmax and mlife skrg masa dah berubah and hanya tinggal kenangan :(
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.