Quote #52 MiezaS

Quote #52 MiezaS

Engkau -- Ya engkaulah yang sedang membaca tulisanku ini. Yang memaksa aku jeda berselang seli bersama karya - karya amarahmu. Seluruh karyamu yang tak pernah laku waktu dijual dipasar keramaian dulu. Lalu kau meniupnya diwajah polosku yang semakin mencair. Kau tahu itu, beratus saat aku hanya dihabiskan dijendela kamar yang kelihatan suram sepanjang malam - malam kau mengabaikanku. Aku tahu, kau sedang bercanda manis bersama wanita lain. Aku punya naluri yang pantas bergetar pada setiap kali kau menduakan. Cuma kali ini, rahsiamu tak lagi menjadi rahsia. Mataku dan seluruh jasad roh ku telah membuktikan kecuranganmu. Aku tidak akan meradang. Aku akan diam dan diam. Aku akan membiarkan kau bermain canda berdua. Aku akan biar. Biar luka dalam detak jantungku habis dimamah kecewa. Selama ini pun, jatuh air dari empangan mata tak pernah kau pandang hirau. Biarkan. Biar luka ini akan terus berdarah dan mengalir tak berhenti. Biar. Biar aku perlahan - lahan melewati masa yang membunuh. Biar kematianku kali ini 'mati' yang paling memadam seluruh jagat hidupmu. Biar kalau benar kau mahu tak lagi pedulikanku. Biarkan. Biarkan semuanya padam dan hilang. Aku akan membawa diri ke sebuah pusara tinggal. Barangkali lebih aman disitu menuju Tuhan

Post a Comment

0 Comments