PRMC Family Day 2018

PRMC Family Day

entri ni masih panas? ah entah. saja aku tulis memandangkan blog pun dah lama tak ada tulisan peribadi. PRMC actually stand for perodua rusa malaysia community. ni kali kedua aku turut hadir dalam trip prmc. yang pertamanya di tanjung karang dan yang keduanya di bagan lalang yang baru berlangsung baru - baru ini.

aku kurang pasti trip prmc family day telah diadakan berapa banyak kali. cumanya ada satu trip aku tak pergi, ke melaka. perodua rusa ni bukanlah kepunyaan aku. ia cuma milik bapak aku. rasanya baru tahun lepas bapak aku mencebur diri dalam komuniti ini.

PRMC Family Day

PRMC Family Day
bergambar bersama komuniti yang hadir family day

PRMC Family Day Bagan Lalang 2018

PRMC Family Day

tak banyak gambar pun masa acara malam 'sukaneka'. aku sibuk nak duduk dalam bilik. lagipun masih malu malu meaw. tak pandai nak duduk sama - sama. aku kan pemalu, semua sedia maklum kan? yesza. semua gambar yang ada watermark 'hwawei' diambil dari group facebook. 

banyak makanan. biasa trip family day mesti ada bbq. macam biasa, malam tu bakar - bakar ayam, ikan, kambing. aku? tolong makan je. lepastu tengok adik - adik main pecahkan belon, rebut kerusi. aku tunggu je bila acara rebut kerusi dewasa. aku dah bagitau mak aku plan aku nak 'tolak' orang. sekali untuk budak - budak je. kbye ~ 

kecewa. hahaha. 


Hidup Rusa! 

PRMC Family Day

sapa kata rusa dah tak ada? ada weyh. ada rusa yang ala - ala kereta vempire (vellfire). kau hado?takdo. kerusi kulit weyh. hahaha nice gile. warna merah. plan aku sebelum balik sebenarnya nak shoot gambar perodua rusa bersama owner masing - masing. 

tapi pagi tu, hujan. diorang ni redah je kot. sebab masa bapak aku balik bilik, hujan makin lebat. taknak lah kamera/ telefon rosak semata - mata nak photoshoot kan? 

so, inilah sebahagian gambar yang aku jumpa dekat facebook. terima kasih pada pemilik gambar. jangan lupa hashtag #prmc #rusamalaysiamasihada

PRMC Family Day


Perodua Bapak Aku

PRMC Family Day

ni van bapak aku. huhu. sebelum ni kami pakai perdana. tapi adik beradik ramai kan? ada 6. mana mahunya muat. kalau balik kampung, angkut sekali almari, katil, peti sejuk, mesin basuh memang tak muat lah cerita dia. kebetulan ada rezeki lebih. 

bapak aku beli second hand. ubah suai sikit sikit. rusa ni dah sampai kuala lumpur, melaka, johor, kuantan. lagi mana ya. hahaha. ada enam orang yang duduk di kerusi belakang. ramai kan? hahahhaa. 


waktu hari kejadian, aku macam biasa la. tak sah kalau tak de gambar lompat. so yeah. kita lompat tiga empat kali dan ini hasilnya. patut aku ajak diorang lompat sekali. hahahhahaa. kbye. bagi sesiapa yang berminat nak menyertai komuniti ni dipersilakan ke facebook mereka.

Perodua Rusa Malaysia Community (PRMC)
Facebook: PRMC

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.