Saturday, February 27, 2016

Platform Jual Beli Paten Dalam Talian

Platform Jual Beli Paten Dalam Talian


Platform Jual Beli Paten Dalam Talian

Pada 25 Februari 2016 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran PATENTMALL.ASIA dengan kerjasama Matrade & PPIPBM (Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia) dan disokong penuh oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. Aku ada dekat situ, menjadi sebahagian tetamu untuk melihat sendiri majlis pelancaran ini yang telah diadakan di Menara Matrade, Kuala Lumpur. 

Platform Jual Beli Paten Dalam Talian


Pernah tak korang terfikir, idea hebat yang berlegar - legar di benak korang semua akan menjadi kenyataan? Bukan lagi sekadar impian atau angan - angan kosong yang korang kongsi dengan kawan rapat, atau imaginasi putih yang tidak ada penghujungnya. PatentMall akan menjadikan impian dan angan - angan korang menjadi satu kenyataan. Tak perlu lagi bermimpi di siang hari. Tak perlu! Sudah boleh megah berdiri menikmati tanah rata yang nyata. 

Sedikit pengenalan mengenai PatentMall. PatentMall Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan platform terkini bagi pengkormersialan jual beli paten dan ciptaan kreatif di atas talian (baca: secara online).

Platform Jual Beli Paten Dalam Talian
Bersama En.Muhammad Mohan KrisnaPengurusi PatentMall Sdn Bhd (2 dari kiri), En.Jaime Omar WalfordKetua Pegawai Eksekutif PatentMall Sdn Bhd (4 dari kiri)
serta YBhg Dato’Prof Dr.Asma Binti Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (5 dari kiri)


PatentMall sudah mampu merealisasikan semua impian manusia di segenap bumi. PatentMall ni dah wujud sejak 2012 dan selama empat (4) tahun menjalankan kajian mengenai solusi terbaik bagi pengkomersialan paten. Dan pada tahun 2015 pula, PatentMall telah berjaya  mendapatkan dana daripada CRADLE FUND bagi mewujudkan prototaip portal web untuk proses jual beli paten secara terbuka atas talian (online). 

Mesti korang ternganga ada yang masih kurang mengerti atau kurang jelas apa maksud paten yang aku asyik ulang dari tadi kan? Paten tu kalau nak bagi korang faham adalah jenis paten (baca: kalau imaginasi aku, aku membayangkan sesuatu bentuk atau design - rekabentuk sesuatu objek), copyright, trademark, industrial design.

Jangan risau, mesti takut kena bayar mahal kan? Jangan terkejut pula kalau aku cakap perkhidmatan di PatentMall adalah PERCUMA!! PERCUMA kepada orang ramai dan pemilik paten itu sendiri. Tolong percaya sebab ini memang kenyataan. PatentMall bukanlah calang - calang platform tau. Yakin dan pasti bahawa PaternMall ini telah mendapat sambutan dan sokongan dari hampir setiap Universiti dan 'Reseach Institution' (R.I) di Malaysia. PatentMall sudah mempunyai lebih dari satu ribu (1,000) paten yang telah tersedia untuk dipasarkan daripada UKM, USM, UPM, UTM, UM dan banyak lagi. 

Bagaimana caranya??

Senang dan mudah. Lebih senang dari senang dan lebih mudah dari mudah kata Farouk Hussien yang pernah menjadi watak Aniq di dalam Filem Mami Jarum yang ketika di majlis itu beliau menjadi pengacara secara rasmi. 

Platform Jual Beli Paten Dalam Talian
Daftar untuk menjadi pengguna PatentMall
Platform Jual Beli Paten Dalam Talian
Lengkapkan maklumat peribadi untuk profil
Platform Jual Beli Paten Dalam Talian
Paten sudah boleh dimuatnaik 
Platform Jual Beli Paten Dalam Talian
Pastikan segala maklumat yang diperlukan ada pada icon ?
Platform Jual Beli Paten Dalam Talian
Tahniah! Dah berjaya pun. Cuma tunggu produk korang
mendapat perhatian orang ramai.

PatentMall memang dicipta untuk memudahkan pelanggan/pengguna untuk mencari maklumat berkaitan produk yang dipertontonkan di dalam laman web tersebut. Maklumat sangat lengkap dan jelas. Tak payah korang susah - susah nak baca karangan (baca: belum tentu faham kalau maklumat tulis panjang - panjang). Sebab dalam PatentMall, korang cuma perlukan masa tak lebih dari 3 minit pun untuk memahami tentang sesuatu produk. 


Faedah wujudnya PatentMall


  • Menjadi satu pangkalan data Paten negara.
  • Memudahkan organisasi dan kerajaan mendapat data terkini yang boleh mengukur proses pengkomersilan.
  • Memudahkan proses pencarian dan jual beli Paten.
  • Memperkenalkan dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keistimewaan dalam perniagaan menggunakan paten secara am.
  • MempromosikanTeknologi Malaysia kepada Asia dengan lebih mudah.
  • PatentMall membantu ekosistem diantara pencipta paten, organisasi atau universiti dan pelabur atau pembeli dan komuniti.
  • PatentMall menjadi sistem sokongan kepada “Research Institution (R.I) dan universiti .

Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Cradle Fund yang telah membiayai projek untuk membuat prototaip portal web PatentMall.
Terima kasih juga kepada pihak Matrade, PPIPBM & UTM kerana menyokong dan membantu sepanjang majlis perasmian berlangsung.
Tidak lupa juga terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung menjadi sebahagian yang menjayakan majlis perasmian ini. 

Tahniah atas kewujudan PatentMall. Teknologi Malaysia akan semakin mula dikenali di peringkat antarabangsa. 



Minit ke 44.35


Wednesday, February 24, 2016

Terbit Semula Filem Tragedi Bukit Kepong #BukitKepong

Terbit Semula Filem Tragedi Bukit Kepong #BukitKepong


Terbaca akhbar hari ini. Sudah 66 tahun tragedi Bukit Kepong rupanya (baca: pada tanggal 23Februari 1950). Peristiwa Bukit Kepong tidak pernah mati walau sudah jauh tertinggal di belakang. Masih hidup dalam hati rakyat. Lebih - lebih lagi pada keluarga parajurit negara dan penduduk Bukit Kepong yang masih menikmati hari tua nya pada hari ini. Al Fatihah ~

Terbit Semula Filem Tragedi Bukit Kepong #BukitKepong

Pengusaha filem disaran agar menerbitkan semula filem tragedi Bukit Kepong dengan menerapkan penggunaan teknologi perfileman terkini bagi menarik minat golongan muda. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Aisyah Mohammad berkata filem mengenai peristiwa Bukit Kepong perlu diolah dengan lebih menarik mengikut citarasa semasa golongan muda agar ia mampu dihayati secara mendalam oleh generasi baru.

"Generasi muda hari ini lebih dekat dengan media sosial berbanding membaca teks sejarah. Adalah wajar bagi pendapat peribadi saya agar penerbit filem mengambil inisiatif menerbitkan semula peristiwa Bukit Kepong dengan memasukan elemen terkini teknologi perfileman moden bagi menarik minat generasi muda menonton filem tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media serta majlis bacaan yasin dan tahlil sempena memperingati peristiwa Bukit Kepong, di Galeri Darurat Bukit Kepong dekat sini hari ini. Pada 23 Feb 1950, seramai 180 orang komunis menyerang balai polis berkenaan sehingga menyebabkan 25 orang terdiri daripada anggota polis, polis bantuan serta ahli keluarga mereka terkorban.


Terbit Semula Filem Tragedi Bukit Kepong #BukitKepong


Aisyah berpendapat bahawa filem tersebut perlu mempunyai elemen kepolisan agar masyarakat lebih memahani peranan polis dalam menjaga keamanan negara. 

"Peristiwa Bukit Kepong telah 66 tahun berlalu, nanum ianya masih segar dalam ingatan warga polis dan ianya perlu dihayati oleh generasi baru sama ada di kalangan orang awam mahupun anggota polis sendiri," katanya. 

Beliau berkata sebagai memperingati peristiwa tersebut Polis Kontinjen Johor telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program bagi memperingati peristiwa itu setiap 23 Febuari. Ia bagi menghayati perjuangan 14 anggota polis, empat orang isteri polis, seorang kanak-kanak dan enam polis bantuan yang terkorban kerana mempertahankan kedaulatan dan undang-undang negara, katanya. Sementara itu Timbalan Presiden Persatuan Pesara Pegawai Kanan Polis (Respa), Datuk Meor Chek Hussain berkata peristiwa Bukit Kepong perlu dihayati oleh semua masyarakat khususnya generasi muda. 

"Kesejahteraan dan keselamatan negara perlu diperkekalkan secara bersama oleh semua pihak dan tugas tersebut bukan hanya terletak kepada pasukan keselamatan negara," katanya. 

Beliau berkata majlis memperingati peristiwa Bukit Kepong disambut setiap tahun bagi menerapkan semangat perjuangan mempertahankan kedaulatan dan undang-undang khususnya dikalangan orang awan dan anggota polis generasi baru.

Terbit Semula Filem Tragedi Bukit Kepong #BukitKepong

Katanya tahap keselamatan di negara ini masih kekal terjamin dalam keadaan dan suasana yang berbeza.

"Pasukan keselamatan mempertingkatkan tahap keselamatan bersesuaian dengan keperluan semasa apabila bilangan penduduk negara ini semakin bertambah," katanya. 

 Beliau berkata bagi mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan yang sedia ada, orang ramai perlu terus memberi kerjasama dengan pihak polis bagi membenteras kegiatan jenayah di negara ini.


Terbit Semula Filem Tragedi Bukit Kepong #BukitKepong
Azlas Jaafar ketika memegang gambar bapanya Allahyarham Konstable Jaafar Hassan salah seorang anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong




Makanan Bukan Periuk Api

Makanan Bukan Periuk Api


Makanan Bukan Periuk Api

Malam Puisi Damai

Malam Puisi Damai


Malam Puisi Damai


REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN



Katalistiwa

Katalistiwa


Katalistiwa

GA Header Blog, Logo atau Cover Photo FB

GA Header Blog, Logo atau Cover Photo FB



Bangga Jadi Sebahagian Dari Kejayaan

Bangga Jadi Sebahagian Dari Kejayaan


Bangga Jadi Sebahagian Dari Kejayaan

Penat masih belum hilang, sendi - sendi masih lagi gagah berdenyut. Kenangan semalam masih terngiang - ngiang belum pergi. Masih terbayang kepenatan mendaki bukit dengan kaki yang separa - separa nak tercabut. Tapi puas! Masih mampu dan larat kalau mahu menghadiahkan sejambak senyum bangga dengan semua kejayaan yang 'kita' dah sama - sama lalui kelmarin.

Tak pernah terbayang kalau suatu hari aku adalah yang terpilih untuk duduk dalam kelompok yang sedang membaja jaya nya bersama - sama. Aku tak pernah termimpi untuk merasa semua ni dengan 'kita'. 

Bangga Jadi Sebahagian Dari Kejayaan

Ini adalah antara yang wujud dalam kejayaan kelmarin. Aku ada disitu sedang tersenyum. Bukan aku sebenarnya. Tapi 'kita' semua sedang senyum bangga membawa bersama - sama KBBA9 dalam bingkai jaya. Nampak? Bangga dengan diri masing - masing. Puas! Penat yang tidak sia - sia.

Bangga Jadi Sebahagian Dari Kejayaan
Encik Ben Ashaari di RTM

Bangga Jadi Sebahagian Dari Kejayaan
Sidang akhbar bersama YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalam Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Bangga Jadi Sebahagian Dari Kejayaan

Bangga Jadi Sebahagian Dari Kejayaan
Bersama YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalam Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Harap kenangan kejayaan kelmarin yang hidup bersama 'kita' akan terus menghias bingkai hidup dalam diri masing - masing. Semoga KelabBloggerBenAshaari akan terus dan berterusan melakar jaya nya sampai puncak, sampai atas awan! Paling timggi ~



Puiteaka 0.5

Puiteaka 0.5



Segmen : Review Blog dan Free Gift By Yanie

Segmen : Review Blog dan Free Gift By Yanie



Thursday, February 18, 2016

Pameran Kerjaya Datang Lagi!

Pameran Kerjaya Datang Lagi!


Pameran Kerjaya Datang Lagi!

Korang yang ada masa terluang, dijemput datang beramai - ramai ke Kuala Lumpur Convention Centre bersempena pameran kerjaya yang akan di adakan pada 20 dan 21 Feb 2016.

Ini merupakan peluang yang tak patut korang lepaskan. Masa ni lah dapat berinteraksi dan berbual panjang dengan majikan - majikan yang ada ketika pameran sedang berlangsung. Boleh berbual lebih dekat dan mengenali majikan. Mana tahu, ada rezeki dekat situ :)

Apa sebenarnya Pameran Kerjaya?

Pameran Kerjaya adalah tempat dimana korang boleh memperkenalkan diri secara peribadi kepada syarikat - syarikat. Cara ini lebih mudah berbanding dengan menghantar resume secara faks atau emel (baca: tidak dapat bertentang mata).



Pameran Kerjaya Datang Lagi!


Friday, February 12, 2016

Bahaya Suntikan Vaksin !

Bahaya Suntikan Vaksin !


Bahaya Suntikan Vaksin !


VAKSIN TDAP

Di Brazil, telah berlaku suatu fenomena yang menggemparkan seluruh dunia iaitu apabila 2400 bayi dilahirkan dalam keadaan kepala dan otaknya sungguh kecil dan penyakit ini digelar “microcephaly”. 

Bahaya Suntikan Vaksin !


Ini hanya berlaku sejak tahun 2015 dan sebelum ini tidak pernah berlaku dalam sejarah.
Kenapakah berlakunya kelahiran bayi berotak kecil?

Para doktor di Brazil telah menyalahkan sejenis nyamuk yang digelar “ZIKA” kononnya punca sebenar berlakunya kejadian bayi lahir dengan otak kecil.

Tetapi tahukah anda bahawa punca sebenar kejadian bayi berotak kecil adalah disebabkan sejenis Vaksin yang dinamakan “Tdap”.

Bahaya Suntikan Vaksin !


Vaksin Tdap disuntik kepada setiap ibu yang sedang mengandung di Brazil dan akibatnya ialah bayi yang dilahirkan menjadi cacat dengan kepala dan otak yang sungguh kecil.

Bahaya Suntikan Vaksin !

Bahaya Suntikan Vaksin !

Bahaya Suntikan Vaksin !


Kenapakah doktor menyuntik Vaksin Tdap kepada ibu yang sedang mengandung?
Kerana mereka mendapat arahan dari orang “atas” yang lebih berkuasa untuk mengubah undang-undang sesuka hati mereka.

Siapakah “orang atas” tersebut?

Mereka adalah “yahudi Illuminati” yang sedang menguasai dunia kini dan mereka mempunyai agenda yang tersembunyi iaitu untuk mengurangkan jumlah penduduk dunia sehingga hanya tinggal 500 juta sahaja. Ini adalah supaya memudahkan “mereka” untuk mengawal dan menguasai seluruh penduduk dunia.

Bahaya Suntikan Vaksin !

Tahukah anda bahawa Virus Zika juga adalah buatan manusia?

Virus Zika dibuat oleh ROCKEFELLER FOUNDATION dan kini sedang dijual oleh mereka. Lihatlah buktinya dibawah.

Bahaya Suntikan Vaksin !


GARDASIL



Bahaya Suntikan Vaksin !


Gardasil pula merupakan sejenis vaksin yang kononnya untuk mengelakkan penyakit kanser pangkal rahim. Tetapi sehingga kini, beratus-ratus gadis remaja telah meninggal dunia akibat suntikan Gardasil. Beribu-ribu gadis lagi yang menghidap berbagai penyakit sampingan akibat suntikan Gardasil.

Bahaya Suntikan Vaksin !

Gambar diatas menunjukkan mangsa-mangsa suntikan Gardasil yang telah meninggal dunia.
Kesan sampingan Gardasil ialah penyakit sawan, strok, pening, keletihan, sakit kepala, sakit perut, sakit otot, sakit dada, keguguran rambut, tiada selera makan, susah untuk tidur, dan banyak lagi.

Bahaya Suntikan Vaksin !

Bahaya Suntikan Vaksin !


Apakah motif jahat “mereka” yang mencipta Gardasil?

“Mereka “ sebenarnya hendak memandulkan semua gadis-gadis remaja supaya gadis-gadis tersebut tidak akan melahirkan anak.

TOLONG JANGAN SUNTIK SEBARANG VAKSIN UNTUK BAYI ANDA.
Bahaya Suntikan Vaksin !

Kita telah diberitahu kononnya jika anak kita tidak disuntik dengan vaksin , maka anak kita akan mendapat berbagai jenis penyakit. Adakah ini benar?

TIDAK!!!

Setiap bayi yang baru lahir adalah sihat dan sempurna. Allah S.W.T. telah menciptakan manusia dengan penuh sempurna.

Hanya vaksin yang membuatkan bayi tersebut menjadi tidak sihat dan berpenyakit. Jika kita kaji sejarah, kita akan mendapati manusia zaman dahulu hidup lama iaitu hampir 100 tahun. Tetapi manusia zaman sekarang hanya hidup sekitar 50 hingga 70 tahun sahaja.

Kenapa?

Tujuan utama suntikkan vaksin untuk bayi yang baru lahir adalah untuk memastikan bayi itu akan sentiasa menjadi “pelanggan tetap” kepada industri perubatan.
Vaksin itulah punca berlakunya penyakit ketika bayi tersebut telah menjadi dewasa.

Bahaya Suntikan Vaksin !

Bahaya Suntikan Vaksin !


Suntikan Vaksin adalah punca  “Autism”

Autism adalah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi sosial, pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku luar biasa.

Pakar perubatan dari barat telah mengesahkan bahawa autism berpunca dari suntikan vaksin yang diberikan kepada bayi atau kanak-kanak.
Jika anda inginkan bayi anda selamat dari “autism” serta tidak mendapat sebarang penyakit yang merbahaya, maka elakkan dari memberi sebarang suntikan vaksin kepada bayi anda walaupun jika dipaksa oleh doktor.

Bahaya Suntikan Vaksin !

Pada 23 September 2014, sebuah Mahkamah di Itali telah memutuskan bahawa suntikan vaksin adalah punca sebenar “autism”.  Kes ini mendapat liputan luas di Itali tetapi tidak disiarkan di USA dan negara lain.

Bahaya Suntikan Vaksin !

Bahaya Suntikan Vaksin !

Bahaya Suntikan Vaksin !

AKAN BERSAMBUNG..........................




** copy paste dari http://bumiyangtercinta.blogspot.my/

Perbezaan Ketara

Perbezaan Ketara


Perbezaan Ketara

Perbezaan Ketara

Bukan mahu mengutuk atau merendah kan bakat perfileman melayu di Malaysia. Tapi ini adalah hakikat yang harus di telan. Ini merupakan pendapat aku sendiri sebagai orang Malaysia yang sangat minat turun ke panggung wayang apabila ada cerita - cerita yang baru keluar dan menarik untuk ditonton. Aku selalu mengalami keterbatasan untuk menikmati penghayatan dalam filem tersebut apabila menonton filem yang diarahkan oleh pengarah melayu. CINTA, GANGSTER, KELAKAR dan HANTU. Kalau ikutkan, semua filem - filem yang bergenre yang aku sebut tadi seakan sama. 

Perubahan cuma dari segi watak, masa, skrip dan tempat. Persamaannya ialah HAMBAR. Mengikut pendapat aku, pengarah melayu suka membuat filem ber genre kan seperti di atas adalah kerana 

CINTA - sedang ramai remaja kemaruk bercinta. Maka di dalam filem melayu yang bergenre kan cinta itu diselitkan adegan - adegan romantik yang mana pasangan kekasih yang sedang  bercinta ini membayangkan agar adegan tadi di praktikkan kepada kekasih untuk tampak romantik.  Sudahlah kesudahan jalan ceritanya sudah dapat diagak. Jalan ceritanya pula kadang - kadang mengarut. (baca: menunjukkan kebodohan dan perlakuan rakyat Malaysia yang sebenarnya. Kemudian adegan berahi juga diselitkan untuk tampak manis.) AH! Madafaka. (baca: itulah sebabnya aku bosan nak berjalan ke tempat yang ramai orang. Mesti akan dihidangkan situasi - situasi bullshit. Bukan jeles tak ber kekasih, tapi jelik. Kadang - kadang mereka ni over. Nak acting romantik pun tidak payah lah berlagak macam kau seorang ada kekasih. Bukan bajet ustajah tapi aku jelik. Biasa sudah. Tidak mati lah kalau tidak ber adegan bullshit kepada orang awam di sekitar. Cukup kalau kami yang melihat, tahu kamu adalah pasangan kekasih. Cukup sampai situ). Mutakhir ini, lambakan filem cinta merupakan adaptasi dari novel. Muak! Jalan cerita yang entah apa - apa. Mendapat perhatian hanya kerana pelakonnya kacak dan cantik. Adegannya romantik menjadi idaman para manusia yang sedang bercinta (baca: berkahwin atau belum berkahwin).

GANGSTER/REMPIT - ramai penjenayah di Malaysia. Maka di dalam filem melayu yang bergenre kan gangster itu diselitkan dengan adegan - adegan para gangster. Boleh lah rakyat MALAYSIA menonton filem begini untuk mempraktikan aksi - aksi luar biasa oleh seorang manusia biasa untuk pertahankan diri apabila diserang musuh (baca: kebetulan di Malaysia sedang berlaku lambakan penjenayah bagai cendawan tumbuh mekar di ladang). Nah, inilah resolusi paling terbaik untuk digunakan ._. 
Ramai mat motor di Malaysia. Maka di dalam filem melayu yang berkisarkan rempit ini amat lah diminati dan dicintai golongan muda. Maka, kalau dilihat pengunjung pawagam juga adalah datang dalam kalangan orang muda. Ya. Ini lah peluang yang harus diambil! 

KELAKAR - rakyat Malaysia ramai kemurungan dan kebosanan tidak berbelah bahagi. Maka di dalam filem melayu yang bergenre kan kelakar itu diselitkan dengan adegan - adegan pecah perut (baca: lawak paling acah - acah). Kerana, di televisyen banyak menyiarkan rancangan realiti lawak yang mendapat ranking tertinggi. Maka, pihak penerbitan yang menghasilkan filem mengambil peluang dan ruang yang sedia terpapar untuk mendapat keuntungan atas angin. Acapkali memilih pelakon yang sama, dan pelakon yang sudah popular. Lawak yang tidak langsung menarik perhatian. Tidak bermakna. Lawak kosong tiada isi. Bergelak ketawa hanya kerana menonton di skrin layar bersama teman - teman dan bersikap terbuka gitu. Konon - konon menikmati setiap inci adegan yang dilakonkan. 

HANTU - rakyat Malaysia takutkan hantu. Filem yang lebih kurang sama kalau dibandingkan antara satu sama lain, hanya pelakon berubah, skrip berbeza, tempat berbeza. Jalan ceritanya mimik antara yang lain. Tapi filem yang bergenre kan hantu ini kadang difikirkan balik berbaloi sikit lah kalau mahu dibandingkan dengan filem yang bergenre seperti yang aku sudah sebutkan tadi. Tidak lah aku merasa rugi jika membazir duit melihat dengan mata kepala sendiri di skrin layan pawagam. 

Jadi apa yang ketara sangat filem yang diarahkan oleh MELAYU dan CINA? Tentang keuntungan. Melayu hanya membuat filem untuk mendapat untung. Tidak banyak pengajaran yang terselit. Sekadar membuat filem untuk tontonan manusia dan menambah bilangan keluaran filem tahunan. Kosong tiada jiwa. Boleh dikira berapa banyak bilangan filem di Malaysia yang diarahkan oleh orang Melayu yang bagus. ? Ada juga beberapa filem Malaysia yang bagus (baca: terlupa siapa pengarahnya) tapi di sekat! Apa kekurangannya? Tidak pula ada adegan berahi. Ini lah yang kadang - kadang menjadi pertikaian aku. 

Jalan cerita sampah boleh diterbitkan dan medapat ranking box office sedangkan banyak lagi filem Malaysia yang bagus tapi diketepi dan tidak terpeduli. Apa sebenarnya yang dicari? Keuntungan semata -  mata?

Beberapa hari lepas, selepas aku menonton filem The Railway Man dan The Danish Girl serta The Pearl Habour (baca: beberapa minggu yang lalu) aku pun bagitahu perasaan eksitednya aku menonton dua filem ini kepada emak dan ayah. Lepas tu aku pun cakap lah bagus filem macam tu - merujuk kepada filem The Railway Men yang merupakan kisah benar (baca: walaupun pembikinannya adalah dari pihak US. Mungkin ada sedikit tokok tambah untuk menunjukkan betapa bagusnya negara mereka dan sejarah lalu.)

Lepas tu emak aku pun cakap :

Filem sejarah/ketenteraan/perjuangan macam tu tak boleh buat dekat Malaysia. Tak laku. Panggung wayang kosong. Ramai anak muda tak berminat. 

Lebih kurang begitu lah point yang emak aku cakap. 

Bagi aku mungkin sebab itu lah sejarah banyak diulang, walaupun sudah dipesan berkali. Tapi tetap tidak mahu ambil pengajaran dari waktu lalu. Buku banyak menipu. Tidak banyak sejarah kita (baca: merujuk kepada mana - mana sejarah Malaysia) sejarah mahu dibuat filem. Mereka lebih gemar memilih sesuatu yang sedang dibudayakan mengikut peredaran zaman. Itu lah melayu! Bandingkan pula filem yang dibuat oleh orang Cina (baca: filem yang bukan menggunakan bahasa mereka - tidak tahu nak menerangkan). Jadi begitulah. Sebab itu, kita gagal dalam perfileman kita sendiri tanpa sedar. 

Aku rela memilih cerita fantasi. 

Come on lah. Sampai bila Melayu nak tidur? 


*Maaf penulisan dan pendapat agak berterabur dan kurang difahami.




i-Mom's Coffee Mahu Melebarkan Sayap

i-Mom's Coffee Mahu Melebarkan Sayap


i-Mom's Coffee Mahu Melebarkan Sayap

i-Mom's Coffee Mahu Melebarkan Sayap

i-Mom's Coffee Mahu Melebarkan Sayap

i-Mom's Coffee Mahu Melebarkan Sayap


"Salah satu anak syarikat Interlink Impact Holding Sdn Bhd telah pun melebarkan sayap ke penyediaan makanan dan cafe bermula di Pengkalan Chepa Kelantan dan bakal membuka beberapa cawangan disetiap negeri in sha allah doakan kami dan sokonglah kami." - Encik Amizar Abu Adam