Platform Jual Beli Paten Dalam Talian

Platform Jual Beli Paten Dalam Talian


Platform Jual Beli Paten Dalam Talian

Pada 25 Februari 2016 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran PATENTMALL.ASIA dengan kerjasama Matrade & PPIPBM (Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia) dan disokong penuh oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. Aku ada dekat situ, menjadi sebahagian tetamu untuk melihat sendiri majlis pelancaran ini yang telah diadakan di Menara Matrade, Kuala Lumpur. 

Platform Jual Beli Paten Dalam Talian


Pernah tak korang terfikir, idea hebat yang berlegar - legar di benak korang semua akan menjadi kenyataan? Bukan lagi sekadar impian atau angan - angan kosong yang korang kongsi dengan kawan rapat, atau imaginasi putih yang tidak ada penghujungnya. PatentMall akan menjadikan impian dan angan - angan korang menjadi satu kenyataan. Tak perlu lagi bermimpi di siang hari. Tak perlu! Sudah boleh megah berdiri menikmati tanah rata yang nyata. 

Sedikit pengenalan mengenai PatentMall. PatentMall Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan platform terkini bagi pengkormersialan jual beli paten dan ciptaan kreatif di atas talian (baca: secara online).

Platform Jual Beli Paten Dalam Talian
Bersama En.Muhammad Mohan KrisnaPengurusi PatentMall Sdn Bhd (2 dari kiri), En.Jaime Omar WalfordKetua Pegawai Eksekutif PatentMall Sdn Bhd (4 dari kiri)
serta YBhg Dato’Prof Dr.Asma Binti Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (5 dari kiri)


PatentMall sudah mampu merealisasikan semua impian manusia di segenap bumi. PatentMall ni dah wujud sejak 2012 dan selama empat (4) tahun menjalankan kajian mengenai solusi terbaik bagi pengkomersialan paten. Dan pada tahun 2015 pula, PatentMall telah berjaya  mendapatkan dana daripada CRADLE FUND bagi mewujudkan prototaip portal web untuk proses jual beli paten secara terbuka atas talian (online). 

Mesti korang ternganga ada yang masih kurang mengerti atau kurang jelas apa maksud paten yang aku asyik ulang dari tadi kan? Paten tu kalau nak bagi korang faham adalah jenis paten (baca: kalau imaginasi aku, aku membayangkan sesuatu bentuk atau design - rekabentuk sesuatu objek), copyright, trademark, industrial design.

Jangan risau, mesti takut kena bayar mahal kan? Jangan terkejut pula kalau aku cakap perkhidmatan di PatentMall adalah PERCUMA!! PERCUMA kepada orang ramai dan pemilik paten itu sendiri. Tolong percaya sebab ini memang kenyataan. PatentMall bukanlah calang - calang platform tau. Yakin dan pasti bahawa PaternMall ini telah mendapat sambutan dan sokongan dari hampir setiap Universiti dan 'Reseach Institution' (R.I) di Malaysia. PatentMall sudah mempunyai lebih dari satu ribu (1,000) paten yang telah tersedia untuk dipasarkan daripada UKM, USM, UPM, UTM, UM dan banyak lagi. 

Bagaimana caranya??

Senang dan mudah. Lebih senang dari senang dan lebih mudah dari mudah kata Farouk Hussien yang pernah menjadi watak Aniq di dalam Filem Mami Jarum yang ketika di majlis itu beliau menjadi pengacara secara rasmi. 

Platform Jual Beli Paten Dalam Talian
Daftar untuk menjadi pengguna PatentMall
Platform Jual Beli Paten Dalam Talian
Lengkapkan maklumat peribadi untuk profil
Platform Jual Beli Paten Dalam Talian
Paten sudah boleh dimuatnaik 
Platform Jual Beli Paten Dalam Talian
Pastikan segala maklumat yang diperlukan ada pada icon ?
Platform Jual Beli Paten Dalam Talian
Tahniah! Dah berjaya pun. Cuma tunggu produk korang
mendapat perhatian orang ramai.

PatentMall memang dicipta untuk memudahkan pelanggan/pengguna untuk mencari maklumat berkaitan produk yang dipertontonkan di dalam laman web tersebut. Maklumat sangat lengkap dan jelas. Tak payah korang susah - susah nak baca karangan (baca: belum tentu faham kalau maklumat tulis panjang - panjang). Sebab dalam PatentMall, korang cuma perlukan masa tak lebih dari 3 minit pun untuk memahami tentang sesuatu produk. 


Faedah wujudnya PatentMall


  • Menjadi satu pangkalan data Paten negara.
  • Memudahkan organisasi dan kerajaan mendapat data terkini yang boleh mengukur proses pengkomersilan.
  • Memudahkan proses pencarian dan jual beli Paten.
  • Memperkenalkan dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keistimewaan dalam perniagaan menggunakan paten secara am.
  • MempromosikanTeknologi Malaysia kepada Asia dengan lebih mudah.
  • PatentMall membantu ekosistem diantara pencipta paten, organisasi atau universiti dan pelabur atau pembeli dan komuniti.
  • PatentMall menjadi sistem sokongan kepada “Research Institution (R.I) dan universiti .

Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Cradle Fund yang telah membiayai projek untuk membuat prototaip portal web PatentMall.
Terima kasih juga kepada pihak Matrade, PPIPBM & UTM kerana menyokong dan membantu sepanjang majlis perasmian berlangsung.
Tidak lupa juga terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung menjadi sebahagian yang menjayakan majlis perasmian ini. 

Tahniah atas kewujudan PatentMall. Teknologi Malaysia akan semakin mula dikenali di peringkat antarabangsa. 



Minit ke 44.35


Post a Comment

4 Comments

  1. Dah patenkan kiranya dah ada surat beranaklah eh. Ada rekod data dan mudah dikormesilkan dlm online system.

    ReplyDelete
  2. Menarik sangat patentmall ni.. lepas ni boleh cari produk nak buat bisnes.

    ReplyDelete
  3. Bagus ni. Takdelah susah payah dah nak daftar patent sendiri lepas ni.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.