Perbezaan Ketara

Perbezaan Ketara


Perbezaan Ketara

Perbezaan Ketara

Bukan mahu mengutuk atau merendah kan bakat perfileman melayu di Malaysia. Tapi ini adalah hakikat yang harus di telan. Ini merupakan pendapat aku sendiri sebagai orang Malaysia yang sangat minat turun ke panggung wayang apabila ada cerita - cerita yang baru keluar dan menarik untuk ditonton. Aku selalu mengalami keterbatasan untuk menikmati penghayatan dalam filem tersebut apabila menonton filem yang diarahkan oleh pengarah melayu. CINTA, GANGSTER, KELAKAR dan HANTU. Kalau ikutkan, semua filem - filem yang bergenre yang aku sebut tadi seakan sama. 

Perubahan cuma dari segi watak, masa, skrip dan tempat. Persamaannya ialah HAMBAR. Mengikut pendapat aku, pengarah melayu suka membuat filem ber genre kan seperti di atas adalah kerana 

CINTA - sedang ramai remaja kemaruk bercinta. Maka di dalam filem melayu yang bergenre kan cinta itu diselitkan adegan - adegan romantik yang mana pasangan kekasih yang sedang  bercinta ini membayangkan agar adegan tadi di praktikkan kepada kekasih untuk tampak romantik.  Sudahlah kesudahan jalan ceritanya sudah dapat diagak. Jalan ceritanya pula kadang - kadang mengarut. (baca: menunjukkan kebodohan dan perlakuan rakyat Malaysia yang sebenarnya. Kemudian adegan berahi juga diselitkan untuk tampak manis.) AH! Madafaka. (baca: itulah sebabnya aku bosan nak berjalan ke tempat yang ramai orang. Mesti akan dihidangkan situasi - situasi bullshit. Bukan jeles tak ber kekasih, tapi jelik. Kadang - kadang mereka ni over. Nak acting romantik pun tidak payah lah berlagak macam kau seorang ada kekasih. Bukan bajet ustajah tapi aku jelik. Biasa sudah. Tidak mati lah kalau tidak ber adegan bullshit kepada orang awam di sekitar. Cukup kalau kami yang melihat, tahu kamu adalah pasangan kekasih. Cukup sampai situ). Mutakhir ini, lambakan filem cinta merupakan adaptasi dari novel. Muak! Jalan cerita yang entah apa - apa. Mendapat perhatian hanya kerana pelakonnya kacak dan cantik. Adegannya romantik menjadi idaman para manusia yang sedang bercinta (baca: berkahwin atau belum berkahwin).

GANGSTER/REMPIT - ramai penjenayah di Malaysia. Maka di dalam filem melayu yang bergenre kan gangster itu diselitkan dengan adegan - adegan para gangster. Boleh lah rakyat MALAYSIA menonton filem begini untuk mempraktikan aksi - aksi luar biasa oleh seorang manusia biasa untuk pertahankan diri apabila diserang musuh (baca: kebetulan di Malaysia sedang berlaku lambakan penjenayah bagai cendawan tumbuh mekar di ladang). Nah, inilah resolusi paling terbaik untuk digunakan ._. 
Ramai mat motor di Malaysia. Maka di dalam filem melayu yang berkisarkan rempit ini amat lah diminati dan dicintai golongan muda. Maka, kalau dilihat pengunjung pawagam juga adalah datang dalam kalangan orang muda. Ya. Ini lah peluang yang harus diambil! 

KELAKAR - rakyat Malaysia ramai kemurungan dan kebosanan tidak berbelah bahagi. Maka di dalam filem melayu yang bergenre kan kelakar itu diselitkan dengan adegan - adegan pecah perut (baca: lawak paling acah - acah). Kerana, di televisyen banyak menyiarkan rancangan realiti lawak yang mendapat ranking tertinggi. Maka, pihak penerbitan yang menghasilkan filem mengambil peluang dan ruang yang sedia terpapar untuk mendapat keuntungan atas angin. Acapkali memilih pelakon yang sama, dan pelakon yang sudah popular. Lawak yang tidak langsung menarik perhatian. Tidak bermakna. Lawak kosong tiada isi. Bergelak ketawa hanya kerana menonton di skrin layar bersama teman - teman dan bersikap terbuka gitu. Konon - konon menikmati setiap inci adegan yang dilakonkan. 

HANTU - rakyat Malaysia takutkan hantu. Filem yang lebih kurang sama kalau dibandingkan antara satu sama lain, hanya pelakon berubah, skrip berbeza, tempat berbeza. Jalan ceritanya mimik antara yang lain. Tapi filem yang bergenre kan hantu ini kadang difikirkan balik berbaloi sikit lah kalau mahu dibandingkan dengan filem yang bergenre seperti yang aku sudah sebutkan tadi. Tidak lah aku merasa rugi jika membazir duit melihat dengan mata kepala sendiri di skrin layan pawagam. 

Jadi apa yang ketara sangat filem yang diarahkan oleh MELAYU dan CINA? Tentang keuntungan. Melayu hanya membuat filem untuk mendapat untung. Tidak banyak pengajaran yang terselit. Sekadar membuat filem untuk tontonan manusia dan menambah bilangan keluaran filem tahunan. Kosong tiada jiwa. Boleh dikira berapa banyak bilangan filem di Malaysia yang diarahkan oleh orang Melayu yang bagus. ? Ada juga beberapa filem Malaysia yang bagus (baca: terlupa siapa pengarahnya) tapi di sekat! Apa kekurangannya? Tidak pula ada adegan berahi. Ini lah yang kadang - kadang menjadi pertikaian aku. 

Jalan cerita sampah boleh diterbitkan dan medapat ranking box office sedangkan banyak lagi filem Malaysia yang bagus tapi diketepi dan tidak terpeduli. Apa sebenarnya yang dicari? Keuntungan semata -  mata?

Beberapa hari lepas, selepas aku menonton filem The Railway Man dan The Danish Girl serta The Pearl Habour (baca: beberapa minggu yang lalu) aku pun bagitahu perasaan eksitednya aku menonton dua filem ini kepada emak dan ayah. Lepas tu aku pun cakap lah bagus filem macam tu - merujuk kepada filem The Railway Men yang merupakan kisah benar (baca: walaupun pembikinannya adalah dari pihak US. Mungkin ada sedikit tokok tambah untuk menunjukkan betapa bagusnya negara mereka dan sejarah lalu.)

Lepas tu emak aku pun cakap :

Filem sejarah/ketenteraan/perjuangan macam tu tak boleh buat dekat Malaysia. Tak laku. Panggung wayang kosong. Ramai anak muda tak berminat. 

Lebih kurang begitu lah point yang emak aku cakap. 

Bagi aku mungkin sebab itu lah sejarah banyak diulang, walaupun sudah dipesan berkali. Tapi tetap tidak mahu ambil pengajaran dari waktu lalu. Buku banyak menipu. Tidak banyak sejarah kita (baca: merujuk kepada mana - mana sejarah Malaysia) sejarah mahu dibuat filem. Mereka lebih gemar memilih sesuatu yang sedang dibudayakan mengikut peredaran zaman. Itu lah melayu! Bandingkan pula filem yang dibuat oleh orang Cina (baca: filem yang bukan menggunakan bahasa mereka - tidak tahu nak menerangkan). Jadi begitulah. Sebab itu, kita gagal dalam perfileman kita sendiri tanpa sedar. 

Aku rela memilih cerita fantasi. 

Come on lah. Sampai bila Melayu nak tidur? 


*Maaf penulisan dan pendapat agak berterabur dan kurang difahami.




Post a Comment

3 Comments

  1. Betul tu.. sebenarnya okay je kalau buat cerita sejarah macam tu, cuma cara pembikinan movie tu yang kurang memuaskan, cuba kita lihat movie barat, walaupun cerita berkenaan sejarah,ketenteraan, perjuangan macam tu, tetap mendapat sambutan hangat contoh macam " The Imitation Game" cerita yang dibuat lain daripada lain dan menguji minda!

    ReplyDelete
  2. setuju dgn Gulew Kapas..kdg2 suka lg tgk cerita animasi bersama anak2..dah memang sah2 menipu..tapi ada juga motif kebaikan dalam cerita animasi tersebut

    ReplyDelete
  3. memang win! betul cakap you dear.i agree

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.