Terbit Semula Filem Tragedi Bukit Kepong #BukitKepong
Terbaca akhbar hari ini. Sudah 66 tahun tragedi Bukit Kepong rupanya (baca: pada tanggal 23Februari 1950). Peristiwa Bukit Kepong tidak pernah mati walau sudah jauh tertinggal di belakang. Masih hidup dalam hati rakyat. Lebih - lebih lagi pada keluarga parajurit negara dan penduduk Bukit Kepong yang masih menikmati hari tua nya pada hari ini. Al Fatihah ~
Pengusaha filem disaran agar menerbitkan semula filem tragedi Bukit Kepong dengan menerapkan penggunaan teknologi perfileman terkini bagi menarik minat golongan muda.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Aisyah Mohammad berkata filem mengenai peristiwa Bukit Kepong perlu diolah dengan lebih menarik mengikut citarasa semasa golongan muda agar ia mampu dihayati secara mendalam oleh generasi baru.
"Generasi muda hari ini lebih dekat dengan media sosial berbanding membaca teks sejarah. Adalah wajar bagi pendapat peribadi saya agar penerbit filem mengambil inisiatif menerbitkan semula peristiwa Bukit Kepong dengan memasukan elemen terkini teknologi perfileman moden bagi menarik minat generasi muda menonton filem tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media serta majlis bacaan yasin dan tahlil sempena memperingati peristiwa Bukit Kepong, di Galeri Darurat Bukit Kepong dekat sini hari ini. Pada 23 Feb 1950, seramai 180 orang komunis menyerang balai polis berkenaan sehingga menyebabkan 25 orang terdiri daripada anggota polis, polis bantuan serta ahli keluarga mereka terkorban.
Aisyah berpendapat bahawa filem tersebut perlu mempunyai elemen kepolisan agar masyarakat lebih memahani peranan polis dalam menjaga keamanan negara.
"Peristiwa Bukit Kepong telah 66 tahun berlalu, nanum ianya masih segar dalam ingatan warga polis dan ianya perlu dihayati oleh generasi baru sama ada di kalangan orang awam mahupun anggota polis sendiri," katanya.
Beliau berkata sebagai memperingati peristiwa tersebut Polis Kontinjen Johor telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program bagi memperingati peristiwa itu setiap 23 Febuari.
Ia bagi menghayati perjuangan 14 anggota polis, empat orang isteri polis, seorang kanak-kanak dan enam polis bantuan yang terkorban kerana mempertahankan kedaulatan dan undang-undang negara, katanya.
Sementara itu Timbalan Presiden Persatuan Pesara Pegawai Kanan Polis (Respa), Datuk Meor Chek Hussain berkata peristiwa Bukit Kepong perlu dihayati oleh semua masyarakat khususnya generasi muda.
"Kesejahteraan dan keselamatan negara perlu diperkekalkan secara bersama oleh semua pihak dan tugas tersebut bukan hanya terletak kepada pasukan keselamatan negara," katanya.
Beliau berkata majlis memperingati peristiwa Bukit Kepong disambut setiap tahun bagi menerapkan semangat perjuangan mempertahankan kedaulatan dan undang-undang khususnya dikalangan orang awan dan anggota polis generasi baru.
"Pasukan keselamatan mempertingkatkan tahap keselamatan bersesuaian dengan keperluan semasa apabila bilangan penduduk negara ini semakin bertambah," katanya.
Beliau berkata bagi mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan yang sedia ada, orang ramai perlu terus memberi kerjasama dengan pihak polis bagi membenteras kegiatan jenayah di negara ini.
Azlas Jaafar ketika memegang gambar bapanya Allahyarham Konstable Jaafar Hassan salah seorang anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong |
Copy Paste : http://daengselili.blogspot.my/ dan http://www.bernama.com/
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.