Bangga Jadi Sebahagian Dari Kejayaan
Penat masih belum hilang, sendi - sendi masih lagi gagah berdenyut. Kenangan semalam masih terngiang - ngiang belum pergi. Masih terbayang kepenatan mendaki bukit dengan kaki yang separa - separa nak tercabut. Tapi puas! Masih mampu dan larat kalau mahu menghadiahkan sejambak senyum bangga dengan semua kejayaan yang 'kita' dah sama - sama lalui kelmarin.
Tak pernah terbayang kalau suatu hari aku adalah yang terpilih untuk duduk dalam kelompok yang sedang membaja jaya nya bersama - sama. Aku tak pernah termimpi untuk merasa semua ni dengan 'kita'.

Ini adalah antara yang wujud dalam kejayaan kelmarin. Aku ada disitu sedang tersenyum. Bukan aku sebenarnya. Tapi 'kita' semua sedang senyum bangga membawa bersama - sama KBBA9 dalam bingkai jaya. Nampak? Bangga dengan diri masing - masing. Puas! Penat yang tidak sia - sia.
![]() |
Encik Ben Ashaari di RTM |
![]() |
Sidang akhbar bersama YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalam Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia |
![]() |
Bersama YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalam Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia |
Harap kenangan kejayaan kelmarin yang hidup bersama 'kita' akan terus menghias bingkai hidup dalam diri masing - masing. Semoga KelabBloggerBenAshaari akan terus dan berterusan melakar jaya nya sampai puncak, sampai atas awan! Paling timggi ~
1 Comments
Menarik. Bangga juga terselit..
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.