Thursday, April 28, 2016

Projek Kamu 4

Projek Kamu 4

Projek Kamu 4

Korang minat teater tak? Aku minat. Tapi tak obses sangat. Sebab aku jarang tengok tv. Drama di tv terlalu mengarut. Jadi, hanya teater hiburan aku. Hujung April ini akan diadakan teater oleh Projek Kamu 4. Tonton empat (4) cerita,  dengan satu (1) harga. Wahhh. Best tu. Jom weyh. Support student UITM.

Tarikh : 

29, 30 APRIL & 1 MEI 2016

Tajuk teater : 

  1. Tua 
  2. Syahadah Yang Hilang
  3. Balada Segumpal Darah
  4. Rumah Agam Mak Bunga

Harga Tiket : 

RM7/1 Tiket
RM30/5 Tiket

Cikgu Suraya Kembali Lagi?

Cikgu Suraya Kembali Lagi? 

Cikgu Suraya Kembali Lagi?

Ada idea menarik? Jom hantar karya korang pasal Cikgu Suraya. Hahaha .Ingat lagi tak pasal Cikgu Suraya? 

Wednesday, April 27, 2016

Tabung Simpanan Murah dan Terbaik

Tabung Simpanan Murah dan Terbaik

Tabung Simpanan Murah dan Terbaik

Beberapa hari yang lepas, aku telah berkesempatan menghadiri Hi Tea PTPTN di Hotel Pullman pada dua puluh empat (24) April 2016.  Terima kasih kepada http://shiqeensattar.com/ bagi peluang dekat aku untuk sama - sama menghadiri majlis ilmu begini.

Bagaimana cara ke Pullman Hotel menggunakan public transport?

Ambil LRT di KL Sentral dan berhenti di LRT Kerinchi. Turun dari LRT Kerinchi hanya jalan dalam 600meter. Ketiak merecik sikit. Kahkah. Tapi tak jauh sangat pun. Sekejap je :D Hati kena gagah beb. Jangan risau, peluh akan hilang sejurus kau masuk dalam Hotel Pullman. Sejuk tahap duduk dekat oversea.

Pengenalan SSPN-i Plus

Tabung Simpanan Murah dan Terbaik
Sesi bergambar antara Blogger KBBA dengan CEO Ptptn
Kenapa Pelan Pendidikan?
  • Peningkatan kos
  • Biasiswa terhad
  • Elak hutang

Kelebihan SSPN-i Plus

Tabung Simpanan Murah dan Terbaik

  • Patuh Syariah
  • Pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000
  • Komitmen serendah RM30,000 sebulan
  • Dividen kompetitif
  • Tiada pemeriksaan kesihatan
  • Manfaat takaful bagi kematian
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan tiga (3) orang anak
  • Manfaat takaful bagi tiga puluh enam (36) penyakit kritikal
  • Elaun kemasukan hospital
  • Perlindungan dua puluh empat (24) jam diseluruh dunia
  • Layak memohon pembiyaan Ptptn
  • Simpanan dijamin kerajaan


Macam mana? Rasa teruja dengan kesemua kelebihan yang ada pada SSPN-i Plus? Kalau sebelum ni, cuma wujud SSPN. Dimana kau hanya menyimpan. Kalau rasa nak tiada duit, maka kau tidak akan masukkan duit ke dalam akaun. Sama macam aku. Aku rasa last aku masukkan duit ke dalam akaun ialah pada dua (2) tiga (3) tahun lepas. Hmm. Apa kelebihan yang aku dapat? Kelebihan nya, cuma aku menyimpan bila aku rasa perlu.

Tapi bila PTPTN wujudkan pula SSPN-i Plus. Aku rasa memang bagus sangat. Dimana manusia yang menyimpan perlu konsisten dengan cara menyimpan. Maknanya kau akan pilih mana - mana  pakej mengikut kemampuan. Kau kena konsisten. Kalau tak konsisten, akaun akan di tutup dan duit akan dipulankan semula. Kenapa? Sebab PTPTN nak kau menyimpan dengan cara konsisten. Walaupun cuma tiga puluh (30) ringgit sebulan. Tiada masalah. Ini lah tabung simpanan murah dan terbaik. Cuma serendah tiga puluh (30) ringgit. Sehari seringgit kemudian cukup tiga puluh (30) ringgit kau masukkan ke dalam akaun. Cuma kau tengok yuran kursus pengajian tinggi di bawah ini. Mesti rasa penat nak bayar. Jadi inilah platform terbaik untuk kau menyimpan! Siap ada dividen tau. 
Tabung Simpanan Murah dan Terbaik



Apa kelayakan yang perlu ada untuk menyertai SSPN-i Plus?

Tabung Simpanan Murah dan Terbaik

Semudah ABC. Klik pautan ini untuk mendaftar Daftar SSPN-i Plus.
Paling seronoknya SSPN-i Plus juga akan buat cabutan WOW untuk pemegang akaun ! Wah seronok weyh. Tapi mesti bukak akaun sebelum 31 Mei 2016 tau. Jangan lambat dan terlepas peluang untuk menang cabutan bertuah pulak. Melepas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. 

Tabung Simpanan Murah dan Terbaik




 Jom menabung dengan tabung simpanan murah dan terbaik ! 







Monday, April 25, 2016

Jubah Lelaki Moden Trend Terkini

Jubah Lelaki Moden Trend Terkini 


Jubah Lelaki Moden Trend Terkini

Tak sabar sangat sebenarnya nak cerita pasal Jubah Lelaki Moden Trend Terkini . Bukan apa, sekarang ni macam - pacam patern ada. Ada yang ke laut. Sebab kan ke laut, jadi viral. Akhirnya dapat populariti percuma. Wah. Senang sangat nak naikkan jenama kan. Tapi ni lain tau. Memang sesuai sangat kalau lelaki pakai. Raya kan nak dekat. Tapi sebelum cerita pasal Jubah Lelaki Moden Trend Terkini , habiskan puasa dulu tau. Jangan kalang  kabut sangat. Hehehe. 

Kelab Blogger Ben Ashaari telah berpeluang untuk berjumpa sendiri dengan pemilik Jubah Lelaki Moden Trend Terkini  yang bakal menggegarkan Malaysia. Silap - silap ke luar negara. Kau apa tau? Mengutuk je. Hmm. Kalau kau pakai jubah lelaki lelaki trend terini, mesti makwe - makwe tak berkedip pandang kau. Silap - silap Amran Fans pun jeles.

Jubah Lelaki Moden Trend Terkini

Jubah Lelaki Moden Trend Terkini

Cantik kan? Mesti rasa teruja kalau pakai. Cantik kot. Dilengkapi dengan zip. Mudah je. Tak semua jubah lelaki trend terkini ada zip macam ni. Selalu jubah perempuan je ada kan? Raya nanti kau bergaya lah pakai jubah lelaki trend terkini. Mesti raya nanti akan jadi lebih bermakna. Nak beli tak? Ke nak tambah pendapatan ke jadi agen dropship? Masyukk. So ini keterangan penuh kalau kau nak beli atau nak jadi agen dropship. 

Hari Terbuka Jubah Lelaki Moden Trend Terkini 

Mereka yang berminat untuk menjadi agen dropship bagi Jubah Lelaki Moden Trend Terkini , anda dijemput hadir ke majlis seperti butiran di bawah : 

Tarikh : 30 April 2016 & 1 Mei 2016
Masa : 10 Pagi - 8 Malam 
Lokasi : Alam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam

Kadar keuntungan yang menarik bagi agen, bermula dari 20% sehingga 50%. Agen boleh membuat PRE-ORDER bermula 30 April 2016 dan stok dijangka tiba pada 1 Jun 2016.

Harga Jualan

Harga jualan bagi koleksi jubah dan kurta bermula RM109 sehingga RM229.
Terdapat tiga (3) koleksi jubah dengan sepuluh (10) pilihan warna untuk setiap satunaya.
Terdapat satu (1) koleksi kurta moden dengan sepuluh (10) pilihan warna. 
Saiz bermula dari S sehingga XXL.

Jubah Lelaki Moden Trend Terkini

Yang paling bestnya ada satu projek hebat bersempena dengan hari raya yang bakal menjelma nanti. Satu kolobrasi akan dibuat antara Jubah Lelaki Moden Trend Terkini dengan Hafidz Roshdi.

Jubah Lelaki Moden Trend Terkini

Jubah Lelaki Moden Trend Terkini

Jubah Lelaki Moden Trend Terkini

Jubah Lelaki Moden Trend Terkini

Jubah Lelaki Moden Trend Terkini

Info Lanjut 

Instagram : Jubah Lelaki Moden Trend Terkini

Tuesday, April 19, 2016

Komrad Cinta by Nomy Nozwir

Komrad Cinta by Nomy Nozwir


Harini mood nak review buku berkobar - kobar. Buku setebal dua ratus enam (206) muka surat ini dikarang oleh Nomy Nozwir (baca: juga pemilik buku terhangat Awek Chuck Taylor). Sebelum menulis panjang, maafkan aku andai ada salah silap sewaktu aku menulis review ini. Lebih lagi jika tulisan aku tidak mampu nak penuhkan kriteria makna preview pada engkau. Ini cuma tulisan aku dan pandangan dari aku. Mungkin kau punya pandangan yang berbeza. Jadi, jangan kecam!

Sebelum pergi jauh. Harus kau tahu. Makna komrad di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka ialahorang (rakan) yg sama-sama menjadi anggota sesebuah pertubuhan atau parti politik. Tajuk buku Nomy Nozwir ni kan Komrad Cinta. Sebelum aku baca, aku  berimaginasi yang buku ni mungkin mengisahkan orang - orang yang sedang bercinta. Kau tahu kan aku bukan peminat novel cinta. Tapi disebabkan kaver buku ni macam rare, maka aku ambil dan baca.

Buku ini diterbitkan oleh Neon Terbit. aku tak pernah jumpa buku ni dekat mana -mana kedai buku. Aku jumpa buku ni pun masa pergi event RADIKAL Pesta Buku dan Seni. Mungkin kau jarang dengar nama Nomy Nozwir kan? Atau mungkin kau pernah dengar nama Nami Cob Nobbler? Orang yang sama (baca: aku malas nak buat iklan Trivago tu).

Komrad Cinta by Nomy Nozwir


Sinopsis :

Shahrol seorang wartawan. Dia mempunyai makwe cun bernama Fariza yang baru sahaja cirang terhadapnya. Pada suatu hari Fariza dan pakwe baharunya mati. 


Review

Aku baca sinopsis macam ni. Fikir jugak, best ke buku ni. Tapi disebabkan kaver buku ni rare. Jadi, aku pertaruhkan duit aku. 

Kau tahu? Lepas je Shahrol nampak Fariza dengan pakwe baru. Muncul Killjoy tiba - tiba. Killjoy lah orang yang membunuh Fariza. Tergamam gile. Kau bayangkan bila gf/bf kau curang, bila kau  niat je sesuatu yang buruk berlaku diantara mereka. Terus seseorang yang kau tak kenal muncul dan laksanakan tugas tanpa persetujuan. Itu lah yang jadi dekat Shahrol. Memang Shahrol puas hati dengan tindakan Killjoy. Masalahnya, tak ada lah sampai sanggup nak bunuh. Jadi, pada semua manusia yang tinggal di bumi, bila kau mencemari kesucian cinta. Kau akan dibunuh. Setiap nyawa harus dibayar dengan wang. Shahrol tak de duit nak bayar harga dua nyawa. 

Lepastu Killjoy pun ajak Shahrol untuk menyertai pasukan Killjoy sebagai balasan membayar harga dua nyawa yang telah diselesaikan oleh Killjoy. Nak taknak, terpaksa lah Shahrol ikut serta walaupun masih tak faham dengan situasi yang dialaminya waktu itu. 

Shahrol di bawa ke sebuah kem. Kau tahu latihan komandor macam mana? Macam tu lah Shahrol kena. Dia diawasi oleh Komander Double E. Seorang perempuan. Masa bertugas, Double E memang garang gila. Tapi diluar tugasan, perangai Double E berubah. Macam bukan diri dia. Tak silap aku, Shahrol ni badan dia agak gempal. Tapi, lepas buat latihan berat dekat kem tu, Shahrol jadi normal. Maksud aku, badan dia dah tak gempal. Semua latihan tu diwujudkan untuk memudahkan komrad - komrad menjalankan tugas dengan baik ketika membunuh nyawa manusia yang mencemarkan cinta.

Dalam diam, Shahrol jatuh cinta dengan Double E. 

Bila Shahrol dah berjaya kuruskan badan. Mestilah kena membunuh kan? Sebab itu lah tujuan dia menyertai komrad cinta. Mula - mula tu, memang takut. lama - lama okay je. Tapi, bila dah ramai yang dibunuh mula timbou rasa macam. Tak ada kah peluang kedua untuk manusia yang mencemar cinta? Mula dari situ, Shahrol mula merancang sesuatu. Kau rasa, patut ke Komrad Cinta ni wujud? Dekat Malaysia kan ramai manusia yang suka mencemar cinta. Hehehe.

Nak tahu lebih - lebih kena lah baca. Tak acilah aku tulis sampai penamat. :D

** Maaf aku tak reti nak mengolah buku macam zaman sekolah, zaman komsas tu. Siap plot, segala bagai. Kau tak puas hati dengan review aku. Kau review sendiri. Jangan kutuk penulisan aku.

Monday, April 18, 2016

Lirik Lagu Lamunan Cinta - Sanotri

Lirik Lagu Lamunan Cinta - Sanotri


Oh tuhan butakan mataku
Agar ku tak bisa lihat dia
Agar sakit ini tak bertambah
Mengenang kan cinta tak tercipta

Yang suci dijadikan hina
Tikaku serah kan segalanya
Tak henti diri aku mencuba
Kini aku menanggung yang dulu engkau jadikan sejarah

Habis terang terbitnya gelap
Pada lubukku
Hingga puas kini sedari kekesalan

Untuk apa kasih dan sayang
Andai genggam bisa terlepas
Terlena mungkin bersama
Tapi mimpi lainnya

Untuk apa rindu dan cinta
Andai aku bukan tujunya
Cepat kau berpaling kasih
Mendungnya hatiku
Bila berperang pada kenangan .

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Masalah terbesar orang perempuan ialah tudung. Kalau nak keluar berjalan, mesti ambil masa dua (2) hingga tiga (3) jam yang diperuntukan hanya untuk mekap dan tudung. Bukan engkau sorang je yang mengalami masalah kecil yang dibesar - besarkan ni. Yang namanya perempuan memang bermasalah. Dah lah berhabis masa untuk dua (2) benda tu, lepastu dalam sekelip mata je tudung tu dirosakkan atau senang cerita kelihatan comot bila kau mahu berdepan dengan cermin atau manusia. Perasaan? Malu. Kemudian rasa keyakinan diri tiada. Semua ni jadi tiba - tiba. 

Lebih - lebih lagi bila kau seorang pelajar. Dimana ketika itu, kau dikehendaki melakukan persembahan projek di hadapan ramai orang. Dalam keadaan takut dan gabra. Kemudian tudung buat hal. Aku rasa, mahu perasaan semua tu bercampur gaul dan menjadi kan kau seorang perempuan yang tiba - tiba dilanda haid. Padahal tak haid pun. Tapi perasaan tadi tu dah bercampur gaul. 

Itu baru tudung. Belum cerita pasal pin. Hmm. Ni malas nak cerita. Tapi nak cerita jugak. Selalu kalau pin tudung ni, aku pesan dekat emak. Kalau nak beli barang dapur alang - alang belikan pin tudung sekali. Emak aku beli lah yang sepapan bentuk sama warna lain tu. Lepastu sampai rumah bahagi sama rata antara emak, aku dan adik. Tak sampai sebulan. Lenyap. Tak tahu lah apa masalah pin tu. Macam ada kaki. 

Aku dah memang yakin aku letak pin dekat situ, esok tengok dah takda. Yakin juga memang tak ada orang ambil. Tapi entahlah. Seolah - olah salah aku, mungkin salah letak atau aku pelupa kot. Tak pasti. Pin mahal ke murah ke sama je semua. Yang murah pun bermasalah jugak. Kadang - kadang bila dah mengantuk sangat tahap gaban mesti menguap. Bukak mulut sikit je kot, pin jatuh. Geram je. Lepastu cari hilang. Ghaib tiba - tiba. 

Semua masalah yang aku cakap tadi, bermula dari tudung sampailah ke pin, sampai ke menguap akan jadi satu masalah besar bila benda tu datang masa raya! Kenapa? Aku selalu kena marah sebab paling lambat bersiap. Lepastu mula lah nak kecil hati, lepastu nangis! Aku cengeng -- Nak buat macam mana kan?

Tapi, aku rasa sekarang dah tak perlu nak risau lagi. Sebab JenyCrowns dah pun memudahkan aku, engkau, dia, dan kita semua dengan permasalahan kecil yang selalu dibesar - besarkan. Semuanya tentang butang. Kau pernah dengar shawl guna butang? Mesti tak pernah. Sebab aku pun tak pernah dengar malahan rasa pelik. Apa shawl pakai butang nya?. Mesti kelakar gila (baca: manusia suka berimaginasi memang macam ni). Jadi, shawl JenyCrowns ni dicipta khas untuk memudahkan perempuan bersiap tanpa membuang masa yang lama. Malahan menjimat kan duit. Tak payah beli pin berulang kali. Memang pilihan tepat! Shawl guna butang je. 



Shawl Guna Butang
Nampak tak ada tiga (3) butang dekat tepi tu?
Pilih je mana nak berdasarkan saiz muka.
Dah tak perlu risau pasal pin hilang lagi!





Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang


Tutorial pakai Shawl guna Butang. 


Cantik dan mudah. Aku fikir pin je. Ni pun pin yang aku beli haritu tak cukup dua belas (12) biji! Aku rasa macam dah jatuh cinta pula dengan shawl guna butang dari JenyCrowns ni. Lagi - lagi yang warna Rosybrown dengan Peachfull. Mesti beli dan cuba satu (1). Murah je. Cuma tiga puluh (30) ringgit Malaysia je - RM30. Butik pun dekat je dengan rumah. Alang - alang boleh shopping buku sekali! 


Nak juga? Kau usha dekat sini : 

Facebook : JenyCrowns
Instagram : JenyCrowns
No telefon :  011-36615877
Alamat ( Butik Sarradyya) : 
E-21-G, Jln Serai Wangi M16/M,
Alam Avenue 2, Seksyen 16,
40200 Shah Alam, Selangor.

Sunday, April 17, 2016

Perasaan Pertama Kali Percubaan

Perasaan Pertama Kali Percubaan

Perasaan Pertama Kali Percubaan

Aku teruja nak kongsi pengalaman pertama aku dengan SR-9. Kenapa? Sebab keberjayaannya menambat hati aku cuma mengambil masa tidak sampai dua puluh empat (24) jam. Hebat? Bagi aku hebat lah. Sebab aku guna dan aku rasa. Kalau bagi engkau, mungkin kau beranggapan aku sedang sembang kedai kopi. Tapi ini memang serius. Jadi apa masalah aku yang sebenarnya sehingga SR-9 berjaya tambat hati aku?

Ceritanya begini. 
Ini bukan kisah kotor. Ini kisah jujur dari hati. Jangan kecam aku. Aku cuma nak engkau baca serta menghayati kisah aku. Masalah ni datang semenjak aku berusia dalam sembilan beas (19) ke dua puluh (20) tahun macam tu. Aku pun tak pasti. Setiap kali aku 'membuang' aku akan bercakap - cakap dalam hati. Kau tahu kan apa maksud taik kambing dan taik orang cirit? Tolong, jangan geli. Aku tahu, kau pun pernah rasa apa aku rasa. 

Jadi kembali semula kepada cerita aku bercakap - cakap dalam hati. Bila dah bosan dalam bilik air, aku akan nyanyi dalam hati dan cakap sorang - sorang. Cuma aku je yang dengar. Orang lain tak. Setiap kali aku membuag dalam keadaan taik orang cirit mesti aku sangat berharap aku membuang taik kambing. Sebab aku tak sanggup nak sakit perut memulas - mulas dan sakit di punggung. Betul. Aku penat. Jadi benarlah apa yang kita ungkapkan adalah suatu doa. Sama ada dikabulkan segera atau menunggu masa.

Jadi selepas itu, doa aku pun dimakbulkan. Aku dah pun berjaya membuang dalam keadaan benda tu keluar secara figura yang aku nak. Tapi masalah lain yang timbul. Mula - mula okay. Lama - lama aku mengalami masalah sembelit. Ingat tak entri aku menjalani pembedahan ? Aku takut sangat nak membuang. Dah lah terbaring lama. Aku tak boleh duduk dengan baik. Aku cuma mampu duduk di mangkuk jamban tanpa melakukan sebarang pergerakan (baca: maksud aku meneran). Aku cuma mampu biarkan je benda tu keluar sendiri. Sebab tempat bedah tu sakit. Walaupun aku cuma nak batuk sikit je dan menyucuk pedih. Sampai aku tahan batukkkk, sampai berair - air mata aku menahan sakit.

Perasaan Pertama Kali Percubaan

Nak tahu berapa lama aku dalam bilik air tu? Aku rasa lebih setengah jam. Lepas aku duduk lama, aku bangun berdiri pula. Aku berdiri kejap dekat kawasan singki sebab pesakit lain pula nak guna. Sampai macam tu sekali. Sampai aku dah penat. Sampai kaki aku kejang. Sampai aku berpeluh - peluh. Sampai kena marah adik aku. Sampai adik aku cakap "dah la kak. Penat la tunggu. Nanti jela sambung". Sampai macam tu sekali. Sampai aku berputus asa, dan baring semula di katil. Lepas beberapa jam tu, aku ulang perlakuan sama. Duduk di mangkuk jamban berejam - jam. Aku tak mampu nak buat apa - apa. Kadang - kadang dalam bilik air yang berlama - lama tu, tu seketul biji guli je yang keluar. Memang buang masa sungguh!

Dekat rumah, bila dah habis berpantang. Ayah beli buah oren, makan buah oren, minum jus oren, makan nasi dengan cili api pun tak berhasil. Mungkin aku kena makan berganda cili api baru menjadi untuk aku membuang. Sampai tiga (3) hingga empat (4) hari aku tak membuang. Aku takut lah, sebab makan banyak. Aku tak tahu apa jadi dalam perut. Sampai aku sanggup makan pedas - pedas semata - mata nak membuang air besar. 

Perasaan Pertama Kali Percubaan

Aku masih sembelit! Sampai lah suatu hari bila aku diperkenalkan dengan produk SR-9 yang menjanjikan janji manis sebagai produk pembakar lemak terbaik. Aku dah kurus. Tapi melihatkan testimoni pengguna lain, aku cuba. Niat bukan nak kurus. Cuma nak tengok apa jadi pada aku lepas minum. 

Dan aku tak sangka sangat. Aku dapat membuang air besar dengan senang dan mudah! 

Ceritanya begini.
Sebelum aku pergi kerja, aku ambillah sepaket SR-9 dan mencampurkan ia dengan air sejuk (baca: separuh botol). Aku goncang sehingga sebati. Aku bangun tidur, cuci muka terus melakukan ini. Minum SR-9! Rasa sebijik macam air glukose berperisa oren. Dan minum berbotol - botol air masak kerana kehausan. Petang tu, terus aku membuang dengan sempurna. Tidak sembelit lagi. Alhamdulillah sangat. Atau mungkin aku tipu kau? 

Jadi aku cuba lah berhenti ambil SR-9 untuk melihat benarkah SR-9 punca aku tidak sembelit? Ternyata memang betul. Sengaja aku langkau beberapa hari dari pengambilan SR-9. Kemudian, aku tak mampu nak membuang air besar walaupun dalam masa sehari aku makan berpinggan - pinggan. Apa lah yang jadi dengan keadaan perut aku dalam memproses makanan. Aku rasa macam nak membuang air besar. Sebab asyik membuang angin je. Tapi tak mahu pula keluar. Sakit pula rasanya hati. 

Esok nya aku ambil SR-9 seperti pagi - pagi kelmarin. Nah! Aku membuang dengan sempurna! Memang SR-9 lah punca aku mampu membuang air besar dengan keadaan baik tanpa menyusahkan diri sendiri. Jadi aku rasa, SR-9 bukan sahaja membakar lemak malah juga mampu membuatkan sembelit hilang!

Selain tu, ada juga pengguna SR-9 yang mengatakan jeragat dimuka nya semakin berkurangan selepas menggunakan SR-9. Ada lagi. Bukan itu sahaja. Seorang staf RBS Network (baca: pemilik SR-9) yang mengalami masalah kencing manis serta berat badan berlebihan (baca: berat badan dalam seratus lebih) yang harus menyucuk insulin. Jadi, beliau telah mengambil SR-9 beserta menyucuk insulin. Selepas dari itu, beliau menjadi overdose (baca: menggeletar). Jadi, beliau membuat keputusan untuk berhenti menyucuk insulin dan mengambil SR-9. Ternyata SR-9 sangat membantu beliau. Setiap kali membuat pemeriksaan di klinik, beliau tidak perlu berpuasa seperti pesakit lain. Nah! Ternyata SR-9 sudah terbukti sangat bagus dan terbaik. Bukan sahaja pembakar lemak terbaik, tetapi juga membantu dalam membaik pulih pesakit seperti diabetis (baca: kita merancang tuhan menentukan). Jadi inilah, ikhtiar yang harus menjadi pilihan. 

Apa itu insulin?

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pancreas manusia. Insulin berfungsi dengan menukar glukos/gula yang terdapat didalam aliran darah menjadi tenaga. Jadi kehadiran insulin sangat penting bagi mengawal kadar gula dalam darah kita. Insulin ini boleh dianggap seperti sebuah kenderaan yang mengangkut glukos dan glukos akan ditukarkan kedalam bentuk tenaga. Jika glukos tidak ditukar kedalam bentuk tenaga ia akan terus berada didalam darah dan menyebabkan pelbagai komplikasi.


Perasaan Pertama Kali Percubaan

Nak tahu mengenai Produk Pembakar Lemak Terbaik? Klik sini --> Pembakar Lemak Terbaik

Jika kau mahu bertanya kan soalan atau berminat dengan produk ini, kau boleh terus whatsapp aku (MIEZA SUHAINI)  di 0173574719. 

Saturday, April 16, 2016

#standStill Best!

#standStill Best!


#standStill Best!

Aku baru je balik dari event #StandStill yang bertempat di Laman Budaya Shah Alam (baca: bersebelahan tasik Shah Alam). Aku nak ucap berbanyak - banyak tahniah dan terima kasih kerana mewujudkan aktiviti dan program seperti ini. Merupakan program santai - santai. Event ni mula petang. Tapi sebab aku kerja sampai pukul 5, jadi lepas Maghrib baru aku sampai. Support! Walaupun kalau kau tengok tentatif macam hambar (baca: andaian aku kepada engkau). Bagi aku, sesuatu event tu best tak best bergantung juga kepada diri kau sendiri. Kalau kau rasa hambar, maka hambar lah event tu walaupun yang perform masa tu orang - orang terkenal (baca: artis). 

Aku pandang kiri dan kanan ternyata tak ramai. Penonton pada ketika itu (baca: pada waktu malam sahaja. Siang aku tak tahu) datang daripada kawan - kawan  terdekat (baca: sebab support member). Duduk pun dalam kumpulan - kumpulan. Sini sikit situ sikit. Maknanya yang datang semua sebagai penonton ialah orang yang dah memang kenal antara satu sama lain. Maksudnya, orang luar ada lah dua tiga kerat. Aku bukan nak buat point pasal penonton yang support kawan - kawan. Tak! Aku cuma nak cakap, event ni tak dapat supporter sepenuhnya. Kamon lah. Event ni hari Sabtu. Aku tahu, malam minggu ramai yang weng - weng. Ramai yang dalam club. Hmm.

Itu lah masalahnya. Ini aku cerita pasal orang muda yang ada disekitar kawasan event. Kalau engkau boleh weng - weng layan bunyi motor, bawak awek kenapa tak datang situ layan band. Hahaha. Mesti kau gelakkan aku nampak bodoh buat statement ni. Bukan. Maksud aku macam ni. Dari buang masa buat menda entah apa - apa baik lepak sini. Kenal kawan - kawan. Walaupun aku datang situ dan tak kenal sesiapa pun! Aku cuma sendiri. Tapi sebab support. Acah - acah nak viralkan (baca: nak orang luar tahu walaupun tak ramai).

Maksud aku pada perenggan atas tentang perkara bodoh itu ialah. Alah, kau kan dah cukup besar nak faham. Aku pun tak nak lah menghukum. Aku manusia biasa juga, ada kesialapan. Maaf andai ada tersinggung. Aku cuma harap event - event macam ni sepatutnya lebih ramai yang datang untuk memeriahkan. Apa pun aku seronok layan band. Oh ye, sapa entah tu. Yang namanya Ottopilot (baca: vokalis Reza kot nama dia). Comel. Macam macam anak ayam. Maksud aku anak ayam ialah perangai dan tingkah laku dia menggelikan hati. Walaupun dia cuma menggaru kepala yang tak gatal ._. 

Walaupun cuma dua (2) jam dekat sana, aku gembira. Dapat 'kenalan' baru :D Esok aku cerita panjang - panjang lagi pasal #standStill okay? 

Friday, April 15, 2016

Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Hulurkan Tangan Ringankan Beban


Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Hulurkan Tangan Ringankan Beban


Assalamualaikum.
Hari ni 14.4.2016 menerima berita sedih. Mak pelajar sekolah meninggal. . Duduk dkt Changkat Jambu, Kati, Kuala Kangsar. Dia tingkatan 2, anak sulung dari 9 beradik.
Pkul 11.30am td pg ziarah. jenazah blum sampai kena post mortem kt ipoh, arwah baru 8 hari melahirkan anak kembar lelaki.
Ya Allah, beratnya dugaan mereka ini, syukur dengan nikmat yg Allah bg kat kita.
Klau ada sapa2 nk bg sumbangan berbentuk wang dll, dialu2alukan. (Pm tepi)
Sebak hati tgk ank2 yatim ni. Klau ada sapa2 nk bg sumbangan berbentuk wang dll, dialu2alukan.
Alamat:
No 31, kg changkat jambu, kati
No phone ayah: 0172728301 / 0172115769
.
Kepada sesiapa yang ingin mengetahui info lebih lanjut boleh hubungi nie no nie 0135221264(mak cik ani dolah) jiran kepada keluarga baby nie..
Perkongsian oleh Fiqah Roslee

Copy paste : Oh! Media

Rayuan Sumbangan Untuk Keluarga Puan Hadeejatul

Rayuan Sumbangan Untuk Keluarga Puan Hadeejatul

Rayuan Sumbangan Untuk Keluarga Puan Hadeejatul

HIDUP DENGAN HANYA MENGAMBIL UPAH MENGGOSOK BAJU JIRAN TETANGGA
Cuba anda bayangkan, bagaimana rintihan perasaan seorang ibu tunggal yang membesarkan 2 orang anak dalam keadaan serba kekurangan tanpa suami disisi.
Anak pertamanya merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak keduanya pula berumur 12 tahun.
MVM menyahut rintihan ini, dalam tempoh beberapa bulan, MVM telah membuat beberapa kali kunjungan ke rumah keluarga Pn Hadheejatul yang terletak di kawasan Puchong Utama.
Pn Hadheejatul hanya berpendapatan sebanyak RM350 sebulan dan menyara dua orang anaknya selepas berpisah
dengan bekas suaminya pada tahun 2015.

Pn Hadheejatul juga sering dijangkiti penyakit sehingga menghadkan pergerakan beliau.
Agaknya macam manalah perasaan seorang ibu tunggal menyara keluarganya yang OKU dan masih kecil dalam keadaan yang serba kekurangan ? 
Kami minta masa anda "2 minit sahaja" untuk lihat video mengenai keluarga ini https://mvm.org.my/keluargahadheejatul
Bagi anda yang ingin bersedekah untuk keluarga ini.
Anda boleh salurkan sumbangkan ke akaun Maybank :
  • No.Akaun : 5648-0164-7699
  • Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Email : mvm.dsp@gmail.com
Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan "share" video ini semoga ramai yg dapat membantu keluarga ini.
Hubungi :
- 013-355 6211 (Yazid MVM)
Untuk sabarang pertanyaan.
============================
MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA
============================

Facebook : www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Twitter : www.twitter.com/VolunteerMVM
Instagram : www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Telegram : www.telegram.me/MuslimVolunteerMalaysia

Thursday, April 14, 2016

Selamat Ulang Tahun ke 104

Selamat Ulang Tahun ke 104

Selamat Ulang Tahun ke 104

Nilai seratus empat (104) bukanlah suatu nilai yang sedikit. Kalau diletakkan seratus empat itu pada manusia, ia adalah gambaran seorang manusia yang cukup tua lalu engkau akan membayangkan wajahnya yang tampak berkedut seribu berteman tongkat ke mana saja. Sudah bongkok sabut. Lalu sebenarnya apa yang aku mahu ceritakan? Adakah ia ulang tahun kebahagiaan? Tidak. Ini merupakan entri selamat ulang tahun seratus empat (104) malapetaka. Mari, kita telusuri sejarah lampau!

Selamat Ulang Tahun ke 104
Michel Navratil, 4, dan Edmond, 2
Selamat Ulang Tahun ke 104


Dua wajah kanak - kanak yang sempat diselamatkan sebelum tragedi kapal Titanic karam beberapa minit sebelum kapal tersebut karam sepenuhnya. Keduanya dikenali sebagai Louis dan Lola oleh para penyelamat sebelum mereka  mengetahui nama sebenar mereka.

Selamat Ulang Tahun ke 104
Penumpang Titanic yang selamat terumbang-ambing di Lautan Atlantik sebelum diselamatkan oleh Carpathia.

Selamat Ulang Tahun ke 104

Selamat Ulang Tahun ke 104

Mereka yang terselamat menumpang kapal Carpathia. 


Selamat Ulang Tahun ke 104

Selamat Ulang Tahun ke 104

Selamat Ulang Tahun ke 104

Selamat Ulang Tahun ke 104

Selamat Ulang Tahun ke 104

Selamat Ulang Tahun ke 104
Kerumunan di New York menunggu kedatangan penumpang Titanic
yang selamat dan menumpang di kapal Carpathia.

Fakta Kapal Titanic : 

  • Merupakan kapal kedua dari tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan perjalanan merentasi Lautan Atlantik.
  • Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff.
  • Merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya.
  • Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan aisberg pada jam 11:40 PM (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.
  • Mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang
  • Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun-tahun berikutnya.
  • Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan kelengkapan dalaman disiapkan pada 31 Mac tahun berikutnya.
  • Titanic mempunyai ukuran sepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci) lebar, seberat 46,328 tan kasar, dan ketinggian dari paras air ke geladak setinggi 18 meter (60 kaki).
  • Dilengkapi dengan dua enjin bersetentangan empat silinder, tiga pembesaran, enjin wap terbalik dan satu turbin Parsons bertekanan rendah yang menggerakkan tiga kipas. 
  • Terdapat 29 dandang yang dipanaskan oleh 159 pendiang arang batu yang mampu menghasilkan kelajuan sehingga 23 knot (43 km/j). 
  • Hanya tiga daripada empat serombong kapal setinggi 19 meter (63 kaki) yang berfungsi; serombong keempat yang digunakan sebagai pengudaraan (sengaja ditambah bagi menampakkan kehebatan kapal itu). 
  • Kapal Titanic mampu membawa 3,547 penumpang dan anak kapal dan disebabkan ia membawa surat, namanya diberikan penambahan awalan Kapal Surat DiRaja (Royal Mail Ship) (RMS) atau (Royal Mail Steamer) dan juga sebagai kapal wap - SS (Steam Ship). 
  • Kapal tersebut turut menawarkan tiga lif untuk kegunaan penumpang kelas pertama dan, satu inovasi pada masa itu, satu lif bagi penumpang kelas dua. 
  • Titanic dibahagikan kepada 16 ruang kedap air dengan pintu yang dikawal oleh kunci magnetik dan akan diturunkan hanya dengan menekan satu suis dari dek anjung kapal; bagaimanapun, pembahagian (bulkhead) tidak merentangi keseluruhan ketinggian geladak (hanya sehingga Dek-E). 
  • Pelayaran Pertama: Kapal Titanic memulakan pelayaran pertamanya dari Southampton, England, untuk perjalanan ke Bandar New York, New York, pada Rabu, 10 April 1912, di bawah kendalian Kaptain Edward J. Smith.
  • Ketika Titanic bergerak meninggalkan pelabuhan, kuasa sedutan yang dihasilkan oleh kapal tersebut menyebabkan kapal penumpang New York, yang berlabuh berhampiran, putus tambatan dan ditarik begitu hampir (sekitar 4 kaki) dengan Titanic sebelum kapal tunda menunda New York dapat mengelak. Kejadian tersebut melewatkan Titanic berlepas satu jam dari jadual sebenar.
  • Titanic mempunyai tiga bahagian kelas penumpang yang diasingkan. Kelas ketiga yang juga dikenali sebagai steerage, terdiri daripada kabin kecil di dek bawah, diduduki kebanyakannya oleh pendatang yang mengharapkan kehidupan lebih baik di Amerika. Kabin dan bilik umum kelas kedua yang terletak di buritan kapal adalah sama dengan kemudahan kelas pertama di kapal-kapal yang lain. Kebanyakan penumpang kelas kedua pada asalnya menempah kelas pertama di kapal yang lain tetapi disebabkan mogok arang batu, mereka dipindahkan ke Titanic. Kelas pertama merupakan bahagian paling mewah di atas kapal. Sebahagian daripada orang yang terkenal turut belayar sebagai penumpang kelas pertama. Ini termasuk jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor; pemilik kilang Benjamin Guggenheim; pemilik Macy, Isador Straus dan isterinya Ida; jutawan Denver, Margaret "Molly" Brown; Sir Cosmo Duff-Gordon dan isterinya, pereka fesyen, Lady Lucille Duff-Gordon; George Elkins Widener dan isterinya, Eleanor; John Borland Thayer, isterinya Marian dan anak mereka yang berusia tujuh belas tahun, Jack; wartawan William Thomas Stead; Countess of Rothes; pembantu presiden U.S. Archibald Butt; pengarang dan sosialit, Helen Churchill Candee; pengarang Jacques Futrelle, dan isterinya May, dan rakan mereka, pengarah Broadway Henry dan Irene Harris; pelakon wanita filem bisu Dorothy Gibson; dan yang lain. Turut bersama di kelas pertama adalah pengarah urusan White Star Line J. Bruce Ismay yang mencadangkan Titanic dan pembina kapal Thomas Andrews, yang turut bersama bagi memantau sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baru tersebut.


Malapetaka : 

  • Pada malam Ahad, 14 April, suhu menurun sehingga tahap hampir beku dan laut tenang. 
  • Bulan tidak muncul manakala langit pula cerah. 
  • Kapten Smith bertindak kepada amaran ketulan aisberg melalui wireles semenjak beberapa hari dengan mengubah haluan Titanic ke arah lebih selatan. 
  • Pada Ahad tersebut iaitu pada 1:45 PM, pesanan dari kapal wap Amerika telah memberi amaran bahawa air batu besar terapung dalam laluan Titanic, tetapi amaran ini tidak dihantar ke dek kawalan.
  • Lewat petang itu, satu lagi laporan mengenai ketulan air batu besar yang banyak, kali ini daripada Mesaba, turut gagal disampaikan ke dek kawalan. 
  • Pada pukul 11:40 PM ketika berlayar di selatan Grand Banks di Newfoundland, pemantau Fredrick Fleet dan Reginald Lee melihat ketulan air batu yang besar tepat di hadapan kapal. 
  • Fleet membunyikan loceng kapal sebanyak tiga kali dan menelefon dek kawalan lalu memberitahu, "Aisberg, betul-betul di hadapan!
  • Pegawai Pertama Murdoch mengarahkan pusingan mengejut ke port (kiri) dan kelajuan tinggi ke belakang, yang menghentikan dan kemudiannya mengundurkan enjin kapal. 
  • Perlanggaran ternyata tidak dapat dielakkan, dan aisberg tersebut bergesel dengan bahagian kanan sisi kapal, merenggangkan badan kapal di beberapa bahagian dan melantunkan kimpalan rivet di bawah paras air sepanjang sekitar 91 m (300 kaki). 
  • Pintu kedap air ditutup apabila air mula memasuki lima bahagian kedap air pertama, lebih satu daripada apa yang dapat ditanggung Titanic. 
  • Berat lima bahagian kedap air yang dimasuki air menarik kapal ke bawah melebihi ketinggian dinding kedap air lalu membenarkan air untuk memasuki bahagian lain. 
  • Kapten Smith, merasai gegaran hentaman itu lalu menuju ke dek pengurusan dan memerintahkan berhenti sepenuhnya. 
  • Selepas pemeriksaan oleh pegawai kapten dan Thomas Andrews, jelas disedari bahawa Titanic akan tenggelam, dan sejurus selepas tengah malam pada 15 April, perahu penyelamat diperintahkan untuk disediakan dan panggilan keselamatan mula dihantar. 
  • Bot penyelamat pertama dilancarkan, bot 7, diturunkan pada pukul 12:40 AM di bahagian kanan kapal dengan hanya 28 orang di atasnya. 
  • Titanic membawa 20 perahu penyelamat dengan keupayaan penuh 1,178 orang. 
  • Walaupun tidak mencukupi untuk membawa kesemua penumpang dan anak kapal, Titanic membawa lebih banyak bot berbanding yang disyaratkan oleh Lembaga Peraturan British (British Board of Regulations). 
  • Pada masa itu, jumlah bot penyelamat yang diperlukan ditetapkan menurut tan kasar kapal, bukannya jumlah orang yang dibawanya. 
  • Penumpang kelas pertama dan kedua lebih mudah menuju ke bot penyelamat dengan tangga yang menuju terus ke dek bot, tetapi penumpang kelas ketiga lebih sukar. 
  • Ramai mendapati laluan dari bahagian bawah kapal sukar difahami dan menyukarkan mereka untuk sampai ke bot penyelamat. 
  • Lebih buruk lagi bagi penumpang kelas ketiga apabila pintu dikunci oleh anak kapal yang menunggu arahan bagi membenarkan penumpang naik ke geladak. 
  • Operator radio tanpa wayar Jack Phillips dan Harold Bride sibuk menghantar kod CQD, isyarat kecemasan sejagat. 
  • Beberapa kapal menyahut, termasuk Mount Temple, Frankfurt dan kapal saudara Titanic, Olympic, tetapi kesemuanya terlalu jauh untuk sampai sebelum Titanic tenggelam. 
  • Kapal terdekat adalah RMS Carpathia kepunyaan Cunard Line yang sejauh 93 kilometer (58 batu) dan hanya sampai selepas empat jam; terlalu lewat untuk sampai ke Titanic. 
  • Satu-satunya daratan yang menerima isyarat kecemasan Titanic merupakan stesyen wireles di Cape Race, Newfoundland. 
  • Pada mulanya, penumpang enggan meninggalkan Titanic untuk menaiki kapal penyelamat yang kecil kerana merasakan Titanic lebih selamat dan selesa serta tiada sebarang tanda yang menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan bahaya. 
  • Malahan, terdapat khabar di antara mereka bahawa mereka dikehendaki turun ke dalam bot penyelamat hanya sebagai syarat untuk mematuhi undang-undang yang ada dan mereka difahamkan lagi bahawa mereka akan kembali ke kapal untuk sarapan pagi kerana mereka percaya kapal tersebut tidak akan tenggelam. 
  • Ini menyebabkan kebanyakan bot dilancarkan separuh kosong dan terdapat satu bot yang mampu membawa 40 orang berlepas dengan hanya 12 orang di atasnya. 
  • Dengan arahan "wanita dan kanak-kanak dahulu" diberi keutamaan untuk menaiki bot penyelamat, Pegawai Kedua Lightoller, yang mengisi bot penyelamat di sebelah kiri, hanya membenarkan lelaki yang diperlukan sebagai pengayuh dan tidak untuk sebab lain walaupun masih terdapat tempat kosong. 
  • Pegawai Pertama Murdoch, yang mengisi bot di sebelah kanan kapal, membenarkan lelaki naik sekiranya wanita tidak mencukupi. 
  • Apabila kapal semakin condong, penumpang mulai cemas dan sesetengah bot berlepas penuh. 
  • Pada 2:05 AM, seluruh bahagian haluan kapal tenggelam di bawah air dan ketika itu, selain dua buah bot, semua bot penyelamat yang lain telah dilancarkan. 
  • Sekitar 2:10 AM, bahagian belakang kapal terangkat dari paras air menampakkan bilah kipas, dan pada pukul 2:17 aras air mencecah geladak bot. 
  • Keadaan semakin hangat apabila dua bot penyelamat terakhir terapung dari geladak, satu terbalik dan satu lagi separuh berisi air. 
  • Tidak lama kemudian, serombong paling hadapan jatuh, meremukkan sebahagian dek pengurusan dan mereka yang terapung di permukaan air. 
  • Di geladak, para penumpang berlari ke arah buritan atau melompat ke laut dangan harapan dapat sampai ke bot penyelamat. 
  • Bahagian buritan kapal perlahan-lahan terjungkit ke langit, dan barang-barang yang tidak terikat jatuh ke dalam laut. 
  • Semasa bahagian belakang kapal terjungkit, sistem eletrik gagal dan semua lampu terpadam. 
  • Tidak lama kemudian, tekanan pada badan kapal mengakibatkan Titanic pecah dua antara dua serombong terakhir, dan bahagian hadapan tenggelam sepenuhnya. 
  • Bahagian belakang terapung di permukaan air seketika dan terjungkit menegak. 
  • Selepas beberapa ketika, pada pukul 2:20 AM, kesemuanya tenggelam ke dalam laut. 
  • Daripada sejumlah 2,223 orang, hanya 706 terselamat; 1,517 mati. 
  • Kebanyakan kematian disebabkan mangsa terkena hipotermia dalam air bersuhu 28 °F (−2 °C). Hanya dua daripada 18 bot penyelamat yang dilancarkan kembali untuk menyelamatkan mangsa dari dalam air selepas kapal tenggelam. 
  • Bot penyelamat 4 kembali dan menyelamatkan lima orang, dua daripada mereka mati kemudiannya. Hampir sejam kemudian, bot penyelamat 14 kembali dan menyelamatkan empat orang yang mana satu mati kemudiannya. 
  • Ada yang lain berjaya menaiki bot penyelamat yang terapung daripada geladak. 
  • Terdapat pertikaian dalam bot penyelamat lain sama ada hendak kembali, tetapi kebanyakan yang terselamat takutkan bot penyelamat mereka akan tenggelam akibat dikerumuni mangsa yang cuba menaiki bot mereka atau "ditarik" oleh Titanic yang tenggelam, walaupun sebenarnya hanya sedikit tarikan berlaku. 
  • Ketika kapal tersebut tenggelam ke dalam laut, kedua bahagian tersebut menjunam dalam cara berlainan. 
  • Bahagian haluan yang runcing mendatar kira-kira 609 m (2,000 kaki) di bawah permukaan dan mendarat dengan agak perlahan. 
  • Bahagian buritan bagaimanapun tenggelam dengan laju ke dasar lautan; badan kapal terburai akibat penguncupan udara yang terperangkap dalam kapal. Bahagian buritan kapal menghentam dasar pada kelajuan tinggi, terbenam jauh ke dalam lumpur.




Untuk mengetahui lebih menyeluruh tentang pembinaan kapal Titanic, boleh rujuk pada dua pautan yang disediaka. 
http://kitamanusiakelana.blogspot.my/
http://sangtawal.blogspot.my/