#standStill Best!

#standStill Best!


#standStill Best!

Aku baru je balik dari event #StandStill yang bertempat di Laman Budaya Shah Alam (baca: bersebelahan tasik Shah Alam). Aku nak ucap berbanyak - banyak tahniah dan terima kasih kerana mewujudkan aktiviti dan program seperti ini. Merupakan program santai - santai. Event ni mula petang. Tapi sebab aku kerja sampai pukul 5, jadi lepas Maghrib baru aku sampai. Support! Walaupun kalau kau tengok tentatif macam hambar (baca: andaian aku kepada engkau). Bagi aku, sesuatu event tu best tak best bergantung juga kepada diri kau sendiri. Kalau kau rasa hambar, maka hambar lah event tu walaupun yang perform masa tu orang - orang terkenal (baca: artis). 

Aku pandang kiri dan kanan ternyata tak ramai. Penonton pada ketika itu (baca: pada waktu malam sahaja. Siang aku tak tahu) datang daripada kawan - kawan  terdekat (baca: sebab support member). Duduk pun dalam kumpulan - kumpulan. Sini sikit situ sikit. Maknanya yang datang semua sebagai penonton ialah orang yang dah memang kenal antara satu sama lain. Maksudnya, orang luar ada lah dua tiga kerat. Aku bukan nak buat point pasal penonton yang support kawan - kawan. Tak! Aku cuma nak cakap, event ni tak dapat supporter sepenuhnya. Kamon lah. Event ni hari Sabtu. Aku tahu, malam minggu ramai yang weng - weng. Ramai yang dalam club. Hmm.

Itu lah masalahnya. Ini aku cerita pasal orang muda yang ada disekitar kawasan event. Kalau engkau boleh weng - weng layan bunyi motor, bawak awek kenapa tak datang situ layan band. Hahaha. Mesti kau gelakkan aku nampak bodoh buat statement ni. Bukan. Maksud aku macam ni. Dari buang masa buat menda entah apa - apa baik lepak sini. Kenal kawan - kawan. Walaupun aku datang situ dan tak kenal sesiapa pun! Aku cuma sendiri. Tapi sebab support. Acah - acah nak viralkan (baca: nak orang luar tahu walaupun tak ramai).

Maksud aku pada perenggan atas tentang perkara bodoh itu ialah. Alah, kau kan dah cukup besar nak faham. Aku pun tak nak lah menghukum. Aku manusia biasa juga, ada kesialapan. Maaf andai ada tersinggung. Aku cuma harap event - event macam ni sepatutnya lebih ramai yang datang untuk memeriahkan. Apa pun aku seronok layan band. Oh ye, sapa entah tu. Yang namanya Ottopilot (baca: vokalis Reza kot nama dia). Comel. Macam macam anak ayam. Maksud aku anak ayam ialah perangai dan tingkah laku dia menggelikan hati. Walaupun dia cuma menggaru kepala yang tak gatal ._. 

Walaupun cuma dua (2) jam dekat sana, aku gembira. Dapat 'kenalan' baru :D Esok aku cerita panjang - panjang lagi pasal #standStill okay? 

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.