Komrad Cinta by Nomy Nozwir

Komrad Cinta by Nomy Nozwir


Harini mood nak review buku berkobar - kobar. Buku setebal dua ratus enam (206) muka surat ini dikarang oleh Nomy Nozwir (baca: juga pemilik buku terhangat Awek Chuck Taylor). Sebelum menulis panjang, maafkan aku andai ada salah silap sewaktu aku menulis review ini. Lebih lagi jika tulisan aku tidak mampu nak penuhkan kriteria makna preview pada engkau. Ini cuma tulisan aku dan pandangan dari aku. Mungkin kau punya pandangan yang berbeza. Jadi, jangan kecam!

Sebelum pergi jauh. Harus kau tahu. Makna komrad di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka ialahorang (rakan) yg sama-sama menjadi anggota sesebuah pertubuhan atau parti politik. Tajuk buku Nomy Nozwir ni kan Komrad Cinta. Sebelum aku baca, aku  berimaginasi yang buku ni mungkin mengisahkan orang - orang yang sedang bercinta. Kau tahu kan aku bukan peminat novel cinta. Tapi disebabkan kaver buku ni macam rare, maka aku ambil dan baca.

Buku ini diterbitkan oleh Neon Terbit. aku tak pernah jumpa buku ni dekat mana -mana kedai buku. Aku jumpa buku ni pun masa pergi event RADIKAL Pesta Buku dan Seni. Mungkin kau jarang dengar nama Nomy Nozwir kan? Atau mungkin kau pernah dengar nama Nami Cob Nobbler? Orang yang sama (baca: aku malas nak buat iklan Trivago tu).

Komrad Cinta by Nomy Nozwir


Sinopsis :

Shahrol seorang wartawan. Dia mempunyai makwe cun bernama Fariza yang baru sahaja cirang terhadapnya. Pada suatu hari Fariza dan pakwe baharunya mati. 


Review

Aku baca sinopsis macam ni. Fikir jugak, best ke buku ni. Tapi disebabkan kaver buku ni rare. Jadi, aku pertaruhkan duit aku. 

Kau tahu? Lepas je Shahrol nampak Fariza dengan pakwe baru. Muncul Killjoy tiba - tiba. Killjoy lah orang yang membunuh Fariza. Tergamam gile. Kau bayangkan bila gf/bf kau curang, bila kau  niat je sesuatu yang buruk berlaku diantara mereka. Terus seseorang yang kau tak kenal muncul dan laksanakan tugas tanpa persetujuan. Itu lah yang jadi dekat Shahrol. Memang Shahrol puas hati dengan tindakan Killjoy. Masalahnya, tak ada lah sampai sanggup nak bunuh. Jadi, pada semua manusia yang tinggal di bumi, bila kau mencemari kesucian cinta. Kau akan dibunuh. Setiap nyawa harus dibayar dengan wang. Shahrol tak de duit nak bayar harga dua nyawa. 

Lepastu Killjoy pun ajak Shahrol untuk menyertai pasukan Killjoy sebagai balasan membayar harga dua nyawa yang telah diselesaikan oleh Killjoy. Nak taknak, terpaksa lah Shahrol ikut serta walaupun masih tak faham dengan situasi yang dialaminya waktu itu. 

Shahrol di bawa ke sebuah kem. Kau tahu latihan komandor macam mana? Macam tu lah Shahrol kena. Dia diawasi oleh Komander Double E. Seorang perempuan. Masa bertugas, Double E memang garang gila. Tapi diluar tugasan, perangai Double E berubah. Macam bukan diri dia. Tak silap aku, Shahrol ni badan dia agak gempal. Tapi, lepas buat latihan berat dekat kem tu, Shahrol jadi normal. Maksud aku, badan dia dah tak gempal. Semua latihan tu diwujudkan untuk memudahkan komrad - komrad menjalankan tugas dengan baik ketika membunuh nyawa manusia yang mencemarkan cinta.

Dalam diam, Shahrol jatuh cinta dengan Double E. 

Bila Shahrol dah berjaya kuruskan badan. Mestilah kena membunuh kan? Sebab itu lah tujuan dia menyertai komrad cinta. Mula - mula tu, memang takut. lama - lama okay je. Tapi, bila dah ramai yang dibunuh mula timbou rasa macam. Tak ada kah peluang kedua untuk manusia yang mencemar cinta? Mula dari situ, Shahrol mula merancang sesuatu. Kau rasa, patut ke Komrad Cinta ni wujud? Dekat Malaysia kan ramai manusia yang suka mencemar cinta. Hehehe.

Nak tahu lebih - lebih kena lah baca. Tak acilah aku tulis sampai penamat. :D

** Maaf aku tak reti nak mengolah buku macam zaman sekolah, zaman komsas tu. Siap plot, segala bagai. Kau tak puas hati dengan review aku. Kau review sendiri. Jangan kutuk penulisan aku.

Post a Comment

0 Comments