Wednesday, October 30, 2013

Pelabuhan itu

Mieza S | 10/30/2013 08:36:00 PM | 7Comments |





Pelabuhan itu, 
Semakin ia menghampiri, 
Meski ombak berhempas pulas,
Kenyataannya,
Perjalanan masih perlu diteruskan. 


Sifoo dot com

Mieza S | 10/30/2013 07:26:00 PM | 2Comments |





Dah lama nak share benda ni tapi masa tak mengizinkan. Banyak benda nak kena settle. Sabtu yang lepas aku ada join program yang Sifoo dot com anjurkan. Ada 4 program. Aku pilih photoshop memandang kan illustrator dah penuh. Tak sangka juga sebab program yang penganjur anjurkan tu sangat bagus. Rata rata yang datang tu semua nya memberi komen positif. Untuk orang yang macam aku zero level dalam bidang photoshop ni memang aku rasa tak sia sia aku join.



Walaupun aku cuma belajar asas tapi tu dah cukup untuk aku belajar banyak benda. Selama ni kalau aku bukak PS secara zahirnya aku cuma mampu tengok tanpa buat apa apa . Sebab aku tak tahu nak mula dari mana. Atau nak menggunakan macam mana hatta memasukkan sebarang gambar pun. Alhamdulillah, aku dah pandai sikit. Cuma perlu berlatih lebih lagi untuk jadi terror :')


Jadi aku rasa tu je kod yang aku nak kongsi untuk enrti kali ini. Serba ringkas dan padat. Insyaallah. 


** ELERT !! hadiah GA aku masih belum pos. Jangan risau aku bukan penipu. Aku menghadapi sedikit masalah. Barang korang akan sampai. Tapi akan mengambil sedikit masa untuk aku selesaikan semuanya. Maaf ye. Aku menghilang bukan sebab aku lari tapi sebab internet quota aku habis. hahahha. Benda normal bila dah akhir2 bulan macam ni kan. 





Monday, October 14, 2013

Mulut Tak de Insurans ! - Wawa Zainal

Mieza S | 10/14/2013 10:34:00 PM | 7Comments |











Aku bukan pembela sesiapa. Kalau ikutkan benda halal buat apa nak sorok kan? Tu mungkin antara Wawa dengan Tuhan. Tapi aku tak rasa manusia manusia biasa macam kita harus melontar kata kata yang mampu mengguris hati si pemilik diri yang digembur gemburkan di media massa kala ini. Dia nak tipu apa ke sukahati dia lah. Tu hak dia. Kita siapa pulak nak halang dia untuk jangan menipu. ? 



Kalau penampilan Wawa dan Aeril sewaktu pertemuan media tu menjengkelkan mata orang ramai, kenapa nak ambil tahu pasal mereka? Ada pulak yang tak puas hati dengan penampilan Aeril yang dikatakan bajet ulama menggunakan hadis dan sewaktu dengannya. Wawa pula dengan penampilan bertudung. Biarlah. Kan manis bertudung. Kalau aku cakap orang yang tak puas hati dengan Wawa dan Aeril ni jeles agak agak ada tak yang cop aku ni "typical Malaysian"? 



Oh so what? Dah selama ni ada mulut mulut puaka cakap Wawa ni seksi la, dah kawin tapi peluk sana sini masa pengambaran. Jadi apa salahnya dia nak bertudung. Sekurang kurangnya dia menghormati media. Kalau dia hadir sesi pertemuan dengan media tu menjolok mata, dah orang cakap "Dah buat salah boleh pulak datang pakai macam ni ." . Manusia ni. Apa lah yang kau puas ? Samapi tengok orang jatuh depan mata kau baru kau diam dan senyum sinis. Gitu?



Bila Aeril tampil dengan berpakaian macam tu orang kata dia sah dah jadi ahli syurga. Jadi, selama ni kalau kau nampak orang berpakaian yang sedemikian kau boleh judge dia dengan kata hinaan dia adalah ahli syurga? Untung dia lah sebab dia berpakaian yang mampu buat dia ke syurga. Dari kau belum tentu nak pakai macam dia kan? 



Cuba lah lembut hati. Menerima kekurangan orang lain. Kalau kau cakap dia penipu, kau boleh diam. Itu cara dia. Kau pun mungkin ada cara kau sendiri kalau kau kat tempat dia kan? Tak payah susah nak jaga kain dia. Kain kau koyak pun kau masih tak sedar. Sewenang wenangnya aku tahu, penyebaran fitnah dan makin berleluasa. Haram, semua nak jadi kaki sembang. Aku tampil dekat sini, bukan nak tunjuk hero, nak melagakan dua pihak, atau menggelaah macam aku ni bagus sangat. Tak, hari hari aku ada buat dosa yang aku tak sedar. Aku masih macam korang. Tapi aku cuma nak orang berhenti mengata orang lain. Apa dia buat tu dalah dia dengan tuhan. Tak melibatkan hidup kau. 



Kalau dia cuit kau, baru kau layak nak panas. Tapi kalau setakat kau nampak dia buat jahat lepas tu, kau nak simbah simbah minyak. Tak payah. Kau bukan mengundang kebaikkan. Tapi kau mengundang banyak dosa sebab kau menjerumuskan orang lain dalam hal tu. Jadi aku rasa, diam lebih memadai untuk buat sesuatu menjadi reda. 



# Percaya atau tak, aku baru buat hipotesis. 
Semakin bertambah kebijaksanaan akal manusia, semakin bodoh perilakunya.


Selamat beramal.

Sunday, October 13, 2013

Budak Bandung Laici

Mieza S | 10/13/2013 10:43:00 PM | 4Comments |





Dah lama sangat rasanya aku tak review. Harini aku nak riview sorang blogger lelaki. Tujuan aku nak review bukan untuk mendapat nama atau mencari populariti tapi sekadar memperkenalkan beliau pada pengunjung blog blog aku yang tak seberapa. Secara tak langsung akan terjalin satu ukhuwah baru disitu. Mulanya saling tak mengenali. 



Maaf tuan empunya Budak Bandung Laici. Aku ambil gambarmu tanpa kebenaran dan tanpa minta izin. Bila kau tinggalkan gambar gambarmu di blog, jadi aku fikir kau menggunakan nya secara public. Maaf sekali lagi. Aku mula rasa kewujudan Budak Bandung Laici ni semenjak aku meng google sesuatu. Sesuatu tapi aku lupa sebenarnya. Dari situ, aku mula tahu, Budak Bandung Laici ni memang suka blogwalking dan meninggalkan jejak pada sahabat sahabat blognya. 


Lepas encik google buat satu pertemuan dengan penjejakian blog beliau, aku mula rajin terjah entri entri dia yang lama. Apa yang buat aku tertarik nak baca entri dia ni, sebab cara penulisan dia yang bersahaja. Maaf kalau aku katakan, aku ni minat pada bidang penulisan. Dan aku terikut ikut cara dan gaya Gordon Ramsay (juri Masterchef US) saat membuat ulasan tentang makanan.



Jadi aku boleh katakan, cara penulisan Budak Bandung Laici yang bersahaja buat aku dapat rasa aura cara penulisan beliau. Macam mana aku nak bagitau perasaan tu biar korang dapat rasa sesuatu saat aku membaca setiap entri beliau. Sesuatu yang buat aku fikir, dia menulis bukan untuk buat orang baca entri dia dengan secara 'paksaan' tapi dengan kerelaan hati sendiri. Dia menulis menggunakan hati. Bukan pada buah fikiran yang melulu. Faham tak maksud aku? Yelah, kadang kadang ada sesetengah blogger cara penulisan dia lebih kepada macam bercakap sendiri dan mengharap orang lain baca. Macam aku jugak. Hakahaha. Dengan harapan entri yang aku baru update konon kononnya akan diterjah lah apa jadah la. Tapi dia ni istimewa sikit. 



Tapi aku rasa ade sesuatu yang comel ditinggalkan dalam entri beliau. Nak tau? Icon icon yang dia guna untuk menutup sesuatu entri. ontoh [-,-] [^,^] . Macam ada jiwa penyayang. Ceh. Konon. Aku cuba kongsikan apa yang aku rasa lah. Betul atau tak, itu tuan empunya badan je yang boleh jawab persoalan aku. Lagi satu, semenjak aku dah ubah template aku jadi kosong tak lagi berbunga madah, aku mula minat pada template yang berlatar kan warna putih. Memandangkan, Budak Bandung Laici ada ciri ciri tu, itu membuat kan aku makin suka nak bertenggek dekat blog dia. Sekadar membada entri entri lama yang ditinggalkan. 



Berkenaan header pulak, Budak Bandung Laici ni memang suka mengupdate header mengikut situasi. Aku baru je terjah blog beliau sebelum menulis entri ni. Dia dah tukar header dengan menggunakan tema "AidilAdha". sebelum ni, kalau tak silap aku header dia pasal "kemerdekaan". Jadi setiap kali adanya peristiwa peristiwa penting pasti header tu akan bertukar wajah. Rajinnya lah beliau. Cukup kagum. Header yang cukup simple dan menarik tapi mampu buat pengunjung mengerti akan makna gambar yang diulah pada header. 



Semenjak beberapa menjak aku mula cuti semesta, makin kerap aku jejak beliau. Harini selesai aku masukan beliau dalam bloglist istimewa. Aku nak baca penulisan dia hari hari. Bukan entri yang dia sampaikan. Bongok tak? Hahhaha. Ha korang. Terlupa nak bagitau, walaupun beliau seorang jejaka, tak salah rasanya kalau beliau memiliki bakat memasak. Beliau ni macam suka pada dessert :') Jadi beliau ada membuat perkongsian resepi. Aku tinggalkan link disini. 




Beliau juga rajin kongsi contest contest yang dianjurkan nuffnang atau seangkatan dengannya. Jadi aku rasa tak rugi kalau korang berkenalan dengan beliau :') **aku rasa dia peramah, tapi .. Mungkin . Tak mungkin dia akan tegur aku. -,- kbye


Jadi aku rasa cukup sampai situ je perkongsian aku. Meh terjah blog beliau --> Budak Bandung Laici

Saturday, October 12, 2013

Mutiara Kata

Mieza S | 10/12/2013 06:08:00 PM | 0Comments |


Tak perlu menjadi ornag lain untuk kelihatan sempurna. 

Thursday, October 10, 2013

Daun Kering

Mieza S | 10/10/2013 01:47:00 PM | 1Comments |



Daun daun kering,
Menggugur menghentam ke tanah,
Berserakkan,
Tak ada apa lagi yang tinggal di atas,
Yang tinggal hanya sisa daun yang masih utuh,
Membotak mengias si pohon tunjang,
Mereka mencebik,
Apa makna terus hidup,
Andai hiasannya tidak seindah,
Seperti semalam,
Daun daun kering,
Semakin menggugur,
Semakin layu,
Mengering dek panahan matahari tajam,
Semakin lama, 
Semakin sepi,
Sesepi malam tanpa bintang,
Semakin lama, 
Jiwanya semakin mati,
Terus mati terkubur,
Membajak meninggal seri.




Wednesday, October 9, 2013

Bangkit yang curam

Mieza S | 10/09/2013 02:41:00 PM | 7Comments |



Bangkit yang curam,
Kian tenggelam dalam rongga biru,
Kain curiga mulai menyirna membungkam,
Hanya kerana selipar,
Buruknya terngadah,
Namun tak pula dibedil,
Hanya sesekali bersuara,
Tidak puas seketika,
Yang cuma berlalu menjadi kelam,
Seketika, 
Bangkit nya menjengah kamar,
Beralun alun menapak,
Menodai jiwa sepi,
Perlahan lahan,
Selipar yang buruk,
Ditinggal berganti baru,
Hanya kerana, 
Bangkit yang curam.


Tuesday, October 8, 2013

Rindu Abang EkalDude

Mieza S | 10/08/2013 10:39:00 PM | 0Comments |

Lama rasanya aku tak update pasal EkalDude. Dulu masa mula- mula aku nak menapak dalam dunia blogspot ni, dia diantara orang yang banyak tolong aku. Aku banyak jugak cerita pasal dia dalam entri aku yang lama-lama. Dari situ aku belajar macam benda. Serius. Aku rindu blog dia. Dah lama dah dia tak update entri baru :'( .


Walaupun aku tak letak blog EkalDude dalam bloglist aku, aku tetap jugak menjengah blog dia. Tertunggu-tunggu entri baru. Makin lama makin takada. Hidup mati hidup mati je blog dia seyh.


Aku ingat lagi, dulu waktu aku tengah dungu macam mana nak buat header kebabom, dia lah satu - satunya blogger yang menghulurkan bantuan tanpa  mintak dibalas. Dia buat kan aku header. Aku nak tunjuk pun gambar dah tak ada. Ni lappy lain. Kalau ada dulu pun aku dah format lappy  ni banyak kali. So dah terbuang. Sayang. Dah tak ada kenangan.


Sekarang aku update cerita pasal dia semua dekat facebook. Tapi masalahnya facebook pun dia dah jarang update. Susah nak nampak batang hidung dia. Cuma kadang kadang dia banyak berseloroh dengan wajah kacak dia. Hahhaa. Oke dia comel. Anak mummy :'D .


Giler ah, bila teringat balik kenangan masa mula mula aku nak menapak dalam dunia blog ni banyak jugak lah cabaran. Mungkin orang nampak orang dungu macam aku yang mula mula nak bukak blog dan memiliki blog ni tak ada bende pun. Nampak biasa biasa. Sebagai kanak kanak dibawah umur, zaman masih sekolah batak jugak nak ada blog, cabaran paling besar ialah aku terpaksa menapak carik CC semata mata nak edit blog, dan update blog. Masa tu memang jauh. Kena lalu highway jalan kaki seyh. Paling best, aku pernah kena halau dari CC. Asal ada CC je aku bantai masuk.


Kebanyakkan CC area rumah aku tu banyaknya tempat judi. CC tu nak mengaburi mata pihak berkuasa je. Huhuuu. Aku ni dengan serabai habau nye. Lawak lawak. Lagi satu yang aku ingat. Waktu umur aku 14 tahun, aku mohon jadi pengawas pusat sumber sekolah. Aku bukan apa, aku cuma nak online. Hahha. Kalau jadi budak biasa dapat online sejam je. Tak boleh lebih lebih. Kalau jadi pengawas pusat sumber dapat lah online lama sikit. Tapi aku memang selalu sangat curik masa bertugas. Cikgu aku pernah baling rotan dekat aku.


Jantung aku habau seyh. Kecut tekak rasa takut gile weyh. Tapi masa tu akaun blog yang aku buat dah tak ada. Dah banyak sangat la. Kalau ada pun time tu aku tak berapa nak reti pakai. Sampai lupa paswed dengan e-mail segala. Ni blog blog yang aku dah tak guna. Lepas aku tukar link blog, terus je ada orang report kat aku, link blog aku dah ada orang amek. -,- .

http://kekapasberceloteh.blogspot.com/ - Ni paling latest sebelum aku guna http://www.kanvasdakwat.com
 http://kekapas.blogspot.com/ - Ni tak ingat lah.
 http://gulewkapas.blogspot.com/ - Ni zaman zaman batak dengan blogskin. Hahahha. Bila baca balik kelakar sangat. Ayat budak sakai mana tah kan. Hahhaha.


Tapi itulah semua kenangan. Eh aku dah merepek sampai mana tah. Actually main point dia kat sini, aku nak cakap, aku rindukan EkalDude. Aku tau, dia busy dengan study dia. Tapi, tah la. Dah lama aku tak gurau gurau kasar dengan dia kat facebook. Itu je yang menghubungkan aku dengan dia. Dalam banyak banyak entri dia. Ada satu entri dia, yang buat aku nangis. Entri tu entri bodoh bodoh je sebenarnya, tapi yang buat tersentak kat hati tu, sebab ikhlas nya dia berkongsi pengalaman dia. Dia nak bagitau dia bukan lah budak pandai macam yang orang pandang.


Dia cerita pasal family, dia cerita pengalaman dia sekolah dulu. Dia pemalas, itu ini . Apatah lagi. Pengakuan jujur dari hati yang tak semua orang nak kongsi kan? Memang serius terkesan kat hati gua seyh. Itu antara sebab kenapa dalam banyak banyak blogger , aku memang respect cara dia. Aku pandang dia sebagai blogger yang pandai. Tak sangka sampai harini, aku masih lagi berperasaan macam tu dekat EkalDude.


Sampai satu masa, aku jadikan dia sebagai idola aku dalam dunia blog. Bukan setakat aku amik dia sebagai contoh blogger yang tak kerek, tapi aku jugak jadikan dia idola aku dalam pelajaran. Nak kata dia hebat? Aku cakap dia hebat. Tapi dia cakap tak. Tapi aku tetap nak cakap dia hebat. Kadang kadang aku terfikir, antara lelaki dengan perempuan yang dapat sambung belajar dekat universiti, aku lebih rasa malu dengan lelaki.


Kita tau, masa sekolah rata rata budak lelaki ni pemalas, kerja sekolah tak pernah nak siap. Kan? Aku tak dapat bayangkan macam mana masa sekolah lelaki ni memang malas gila, orang pandang pun nak tak nak je. tau dorang ni apa lah sangat nak masuk universiti. Sekali bila aku dapat belajar kat universiti, bila aku terpandang budak lelaki yang cuma bawak pensil dan pen dalam poket, tub tub jadi pelajar terbaik. Padahal aku tau, diorang ni suka buang masa berpeleseran dan main game je kalau tension. Ke main bola ke apa ke. Kalau nak dibandingkan perempuan yang struggle gile bila study.


Sebab tu aku memang respect gila dekat budak lelaki yang dapat masuk universiti. Bukan aku nak menghina tapi aku jadikan diorang ni contoh terbaik aku :). Dan salah seorang nya EkalDude. Dia belajar untuk jadi siapa dia sekarang pada mata orang ramai, dengan cuma secebis kekuatan yang tinggal.

# lelaki tu pandai cuma diorang tak tunjuk je :') Sebab tu pemimpin dipilih dikalangan lelaki :'D



Baca entri dia  kat sini --> Siapa cakap Aku Budak Pandai ?

Andai aku dinikahi

Mieza S | 10/08/2013 02:47:00 PM | 3Comments |




Andai aku dinikahi,
Biarlah kekurangan ini tak pernah dinilai,
Biar aku kelihatan sama seperti mereka,

Andai aku dinikahi,
Biarlah hatinya merelakan,
Aku dicintai segenap waktu,

Andai aku dinikahi,
Biarlah tidak diungkit segala kekurangan,
Yang pernah terzahir atau tersingkap,

Andai aku dinikahi,
Biarlah kerana ketulusan,
Untuk mengajak aku membina bahagia,

Andai aku dinikahi,
Biarlah cinta ku dihargai,
Hingga ternanung disyurga Allah kelak,

Andai aku dinikahi,
Biarlah jiwanya redha,
Aku menjadi ibu pada anaknya,

Andai aku dinikahi,
Biarlah seluruh hidupnya disemadikan,
Sekadar mencintai aku,

Andai aku dinikahi,
Biarlah kerana kasihnya kepada Tuhan,
Menjadikan aku zaujah syurga,

Andai aku dinikahi,
Biarlah cinta pada Tuhannya,
Tak pernah terkurang walau sekelumit,

Andai aku dinikahi,
Biarlah aku hidup dalam ketenteraman,
Rumah tangga bahagia,

Andai aku dinikahi,
Biarlah aku meniti perjalanan,
Dengan kudrat melengkasi bersama,

Andai aku dinikahi,
Biarlah Tuhan menjadi saksi,
Bahawa hidup ini dijaga oleh Adam yang menyayangi,

Andai aku dinikahi,
Biarlah aku yakin,
Dia mampu menjaga seluruh hidupku,

Andai aku dinikahi,
Biarlah aku percaya,
Tuhan telah titipkan dia buatku,

Andai aku dinikahi,
Biarlah aku mengerti,
Dia lah cinta yang tak pernah ku jangka,

Subhanallah. Cinta yang terzahir hanya milik Allah yang tak pernah tersingkap dek waktu.
Subhanallah. Pelihara cintaku yang engkau kurnia hingga syurga abadi. 

Monday, October 7, 2013

Just be there

Mieza S | 10/07/2013 06:53:00 PM | 1Comments |


Terus hadapi kenyataan,
Kita berdiri diatas tanah,
Nyata lagi terang, 
Terus lah berada disitu,
Mengadapi kenyataan yang datang,
Sebagai manusia,
Kita sendiri tak boleh lari,
Dari menghadapi kenyataan itu,
Meski ia perit untuk dilalui.

Jadi lah setabah bayang bayang,
Walau sirna pada malam gelap,
Masih utuh wujud pada siang hari,
Itulah kekuatannya,
Mengejar tanpa lelah. 



Sunday, October 6, 2013

Hadirnya dinanti

Mieza S | 10/06/2013 10:41:00 PM | 0Comments |



Semalam, suda pun berlalu pergi,
Esok, masih tidak menjanjikan sebarang keputusan,
Mungkin,
Hadirnya masih dinanti pada ketikak ini,
Malamnya selalu berhasrat,
Agar esok yang mendatang akan berlalu,
Dengan penuh pengharapan,
Menjadi hari yang terbaik,
Sepanjang dalam langkah.


Andainya

Mieza S | 10/06/2013 12:58:00 AM | 1Comments |


Bila perasaan sayang menjengah,
Pintu hati mula terkuak,
Mengharap sang pencinta mampu mencintai setulusnya,
Namun,
Bayangan hati sedikit demi sedikit mula memudar,
Memandang pada diri yang serba naif,
Mampukah,
Kita ini mencintainya?
Kita ini menyayanginya?
Kita ini memilikinya sepanjang zaman?
Atau,
Apa mungkin dia yang seharusnya di aju kata pertanyaan hujahan,
Inginkah dia mencintai kita?
Inginkah dia menyayangi kita?
Inginkah dia miliki kita sepanjang waktunya?
Dengan hati yang cukup indah,
Penuh dengan keikhlasan,
Tanpa beralas sedikit akan rasa kekurangan,
Atau,
Mungkin saja dia akan bersahaja,
Meninggalkan kita atas dasar siapa kita sekarang,
Atau meninggalkan kita sebelumnya,
Andainya,
Kita punya waktu,
Untuk memiliki jasad dan jiwamu,
Nyata akan kita kerah segala bayang dan rasa,
Agar terus tegar menyimpan tiap kata coretan sayang,
Membelai hati kian memudarkan perasaan,
Agar bisa menyayangimu dalam alur waktu sepanjang masa,
Andainya,
Dia kita miliki,
Ingin sekali jasad dan jiwanya kita jaga,
Mengikut alun rentak irama kasih,
Andainya,
Kita bisa,
Sampaikan pada angin,
Menceritakan bagaimana,
Kita ingin menjaganya dengan penuh hemah kasih.
Dan andainya,
Dia mengerti,
Kita mencintai atas dasar siapa sebenarnya dia.


bila aku CINTA, aku mencintai sejujurnya, bila aku SAYANG, aku bersungguh menyayanginya, bila aku KASIH, aku kasih seikhlasnya, andai aku ditinggalkan, aku masih mampu tersenyum melihat bahagianya dia berlalu bersama insan tercinta :')

Saturday, October 5, 2013

Kanvas Bercerita

Mieza S | 10/05/2013 07:06:00 PM | 0Comments |


Semalam tuntasnya sebuah harapan,
Kejayaan beronak kian kuncup mewangi atmosfera,
Tiada lagi dedaun jernih kepayahan yang gugur,
Persengketaan antara jasad dan jiwa mulai suram,
Kesengsaraan kian pudar warnanya dalam mentari senja,
Kian terlewat sang pencinta melajur asmara,
Dakwat dakwat pena kian terlakar,
Memenuhi dimensi kanvas kehidupan,
Tiap kata, Tiap bicara, Tiap madah, Tiap pujangga,
Semuanya sekadar tersazdur dalam adunan satu aliran bahasa,
Titik permulaan menjiwai langkah,
Itulah titik pertama membasah pada berus tinta,
Membuka pekung sebuah perjalanan. 

Friday, October 4, 2013

Kebahagiaan Yang Didamba

Mieza S | 10/04/2013 06:03:00 PM | 1Comments |


Alhamdulillah. Aku masih lagi diberi peluang untuk terus menaip dan terus menaip untuk sekadar berkongsi kata-kata dalam setiap perkataan yang terbias. Masyaallah. Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana masih memberi peuang hambanya diduniai ni mengemis kasih dan sayang Nya. Masih berpeluang menikmati cinta sesama manusia. Aku tersenyum melihat kebahagiaan mereka. Lantas, kebahagiaan yang mereka miliki sedikit sebannyak memberi peluang untuk aku juga menikmati kesan kebahagiaan tersebut.


Tadi, tergerak hati nak stalker facebook orang. banyak rupanya yang aku terlepas. Orang tu bertunang. Menikah. itu ini. Aku baru tau. Naif sungguh rasanya. Alhamdulillah semakin dekat dengan cinta sang suami. Sepupu aku? Sampai sekarang aku rasa nak menangis dan rasa nak gelak sampai lebam pun ada gak. Aku teringat kisah diorang masa sekolah dulu. Dulu aku satu sekolah dengan dia jugak.


Tak sangka Allah tu  maha berkuasa. Merencana kisah cinta adam dan hawa secara tersembunyi. :) Aku selalu berharap, siapa pun yang ada kat sekeliling aku akan terus menikmati kebahagiaan hidup dunia dan akhirat yang Allah titipkan dalam segenap kehidupan mereka.


Kerana kebahagiaan aku adalah kebahagiaan mereka :') Subhanallah.


Misteri Hotel California dan Lirik



Wednesday, October 2, 2013

Misteri Hotel California dan Lirik Lagu

Mieza S | 10/02/2013 09:09:00 PM | 1Comments |






Dah lama giler aku rasa tak update blog. Malang, aku punya kekangan. Sekarang kan dah final. Alhamdulillah, dah lepas tiga paper. Ada lagi tiga paper. Start 5 haribulan. Mood nak update tu ada so aku cepat cepat lah update. Takut malas menyelongkar diri pulak. Ye dak. Disebabkan aku ni suka sangat benda misteri, so aku nak kongsi dengan korang. Walaupun aku ni tak lah berani sangat. Tapi tah la. Aku memang minat benda macam ni. Seronok tau. :) Aku tau ada antara korang yang dah tau. Aku pun baru je tau. Sebab benda ni tak meluas sangat. Mungkin kalau time benda ni femes pun aku tak pandang sangat dan tak tahu. Masa tu kecik lagi kan. Blog ni pun tah apa benda tah. Tak tahu pape kod. Hhahah. 



Versi asal lagu ini dipersembahkan dalam stail slow rock dan diterbitkan pada 1976 dalam album (dengan tajuk yang sama) 'Hotel California'. Menurut The Eagles, 'Hotel California' ialah sebuah album metafora tentang orang-orang Amerika yang tertewas dengan dunia materialistik. Ia adalah album pertama band ini bersama Joe Walsh (gitar/vokal) dan tanpa line-up pengasas mereka, Bernie Leadon (gitar/banjo). Ia juga adalah album terakhir yang menampilkan penyanyi dan pemain bass asal mereka, Randy Meisner (Meisner kemudiannya diganti oleh Timothy B. Schmit). 


Lagu dan lirik "Hotel California" adalah ciptaan bersama Don Henley (dram/vokal), Glenn Frey (gitar/vokal) dan Don Felder (gitar/vokal). Ia pernah dinobatkan sebagai salah sebuah lagu album-orientedterbaik genre rock, malah The Rock and Roll Hall of Fame pernah menyenaraikannya antara 500 lagu yang telah membentuk genre rock.


Misteri

Ada ura2 mengatakan yang hotel tersebut merupakan nama timangan bagi sebuah hospital yang terletak di pinggir Los Angeles iaitu Hospital Psikatrik Camarillo State. Namun tiada bukti yang mengesahkannya. Kisah ganjil yang menjadi buah mulut orang ada mengatakan yang hotel berkenaan merupakan tempat yang dihuni oleh puak kanibal yang mana akan melayan pengunjung yang datang dan pada akhirnya mereka dijadikan menu hidangan sebagaimana yang tertulis di dalam lirik lagu - “You can check in any time you like, but you can never leave”

Dari pemerhatian melaui lirik itu juga ada mengisahkan tentang ketagihan dadah iaitu melalui liriknya - “Warm smell of colitis rising through the air” di mana merujuk kepada suasana ketika menghisap marijuana dan Hotel California merupakan kod nama bagi penggunaan kokain dan jalan menuju ketagihan.


Ada juga yang percaya bahawa hotel berkenaan melambangkan kediaman Ketua Penyembah Syaitan, Master Aleister Crowley yang berhampiran tasik Loch Ness yang mana banyak perkara2 ganjil dan aneh sering berlaku. Nama samaran Crowley pula adalah The Beast - nama yang disebut dalam salah satu perenggan di dalam lirik berkenaan.

Ada juga satu kisah yang aku dengar tentang sekumpulan remaja yang dalam perjalanan pulang dan akhirnya berhenti bermalam di sebuah hotel kerana kereta rosak. Pada mulanya hotel tersebut kelihatan biasa, namun bila tiba waktu tengah malam.. beberapa orang antara mereka hilang. Salah seorang dari mereka berjaya melepaskan diri..itu pun setelah terbit fajar pagi. Selepas membuat laporan akan kehilangan rakan2nya di hotel berkenaan.. pihak polis lantas membuat siasatan, dan mendapati tiada hotel yang didakwa oleh remaja berkenaan..malah hotel tersebut tiada di situ. Kisah tersebut menjadi urban legend pelancong2 yang melewati kawasan berkenaan. Apa kata korang rasai sendiri pengalaman dengan menghuni hotel tersebut di Todos Santos, Mexico.


Yang Palsu

Ada yang betul-betul percaya kewujudan Hotel California. Kerana lirik
"You can check out anytime you like, but you can never leave", ada yang mendakwa ia adalah sebuah rumah persinggahan yang dikendalikan oleh manusia kanibal yang menerima tetamu hanya untuk dijadikan hidangan makan malam!

Ramai juga yang menganggap hotel yang menjadi inspirasi lagu ini ialah Hotel California yang terletak di Todos Santos, sebuah bandar dalam semenanjung Baja California, Mexico. Sebaliknya ia adalah satu kebetulan sahaja. The Eagles tidak pernah berkunjung ke hotel itu, apa lagi mendapat ilham darinya. Sebenarnya, gambar bangunan yang terdapat pada kulit album 'Hotel California' ialah Hotel Beverly Hills, California. 






Teori lain mengatakan "Hotel California" ialah nama panggilan Hospital Camarillo State, sebuah 
hospital psikiatri berdekatan Los Angeles yang beroperasi selama 60 tahun sebelum ditutup pada 1997. Mereka yang mempercayai teori ini berpendapat lirik lagu ini adalah gambaran perasaan seorang pesakit mental yang hidup 'terpenjara' terlalu lama di dalam sebuah institusi seperti itu. 







Hospital Camarillo State. Adalah dipercayai bahawa memang ada sebuah 'mission bell' di sini sepertimana yang tertulis di dalam lirik lagu "Hotel California". Selepas hospital ini ditutup, ia menjadi lokasi tumpuan pemburu-pemburu hantu dan juga produksi-produksi filem dan TV. 'N Sync misalnya, pernah menjadikan hospital ini sebagai lokasi klip video mereka "I Drive Myself Crazy". 



Teori paling popular tentang lagu ini ialah kaitannya dengansatanism. Kononnya, sebuah gereja lama telah diubah menjadi markas pengikut ajaran syaitan 'Church of Satan' yang ditubuhkan pada 1969. Markas itu dikenali sebagai "Hotel California" dan dikatakan tempat lahirnya Satanic Bible. Lirik yang berbunyi "...kill the beast" atau "...that spirit here since 1969" dikatakan menjadi asas teori ini dan ia diperkukuhkan lagi dengan imej-imej yang terdapat pada kulit album 'Hotel California'. Ada yang mendakwa ternampak imej Anton LaVey, pengasas ajaran sesat itu pada kulit album sedangkan imej itu ialah seorang model wanita yang diupah untuk sesi fotografi album tersebut. Ada juga yang mendakwa terlihat gambar pelakon tambahan (aka hantu!) pada album itu dan menokok pula cerita kononnya itu ialah hantu seseorang yang telah dibunuh oleh LaVey untuk dijadikan korban! 






Yang Benar 

Berlatarbelakangkan industri muzik di California dan industri hiburan Hollywood, 
"Hotel California" sebenarnya mengisahkan tentang satu dunia baru yang dialami oleh The Eagles. Ketika lagu ini diterbitkan, The Eagles sedang berada di kemuncak karier mereka. Walaupun mereka puas dengan kemewahan, dadah dan perempuan, kejayaan yang mereka kecapi itu telah bertukar menjadi mimpi ngeri hari demi hari.

Walaupun dunia mereka itu memang seronok dan menakjubkan, mereka mula terasa bahang bahayanya. Bagi mereka, dunia mereka itu dikuasai pengaruh 
hedonism, perasaan tamak haloba, kepura-puraan dan materialistik yang membawa kehancuran. Mereka berasa terperangkap dan mula mengutuk dunia baru mereka itu. Namun, realiti pahitnya, industri hiburan memang mudah untuk dimasuki, tetapi jalan untuk keluar berpatah balik dan kembali seperti asal mungkin sukar untuk ditemui. "Hotel California" adalah 'medium' The Eagles untuk meluahkan rasa takut dan memberi peringatan kepada orang lain agar tidak turut terperangkap seperti mereka.

Perkataan "colitas" yang terdapat pada lirik 
"warm smell of colitas rising up through the air" seringkali disalah tafsir dan dikaitkan dengan unsur seksual. "Colitas" sebenarnya ialah satu perkataan dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud "kuntum-kuntum kecil". Ia merujuk kepada ganja, dan maksud perkataan ini telah diperjelaskan kepada The Eagles oleh pengurus tour mereka. Baris lirik itu juga adalah tentang bau ganja. Tetapi menurut Frey pula, ia adalah satu metafora tentang ketagihan kokain dan gambarannya ada tersirat dalam lirik "you can check out anytime, but you can never leave." 

Apa pula maksud di sebalik 
"They stab it with their steely knives but they just can't kill the beast"? Sebenarnya ia adalah ejekan balas The Eagles kepada Steely Dan (kedua-dua band ini berkongsi pengurus dan pernah berselisih faham). Sebelum itu, Steely Dan telah mengejek muzik The Eagles yang kedengaran 'selamat' dalam lagu mereka"Everything You Did". Kata Steely Dan dalam lirik lagu itu, "Turn up The Eagles, the neighbors are listening." 


~Wallahualam



© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.