Tips Berhadapan dengan Crush | Assalamualaikum. Dan selamat pagi buat semua warga dunia yang sibuk dengan urusan. Harini mood nak up entri pasal crush. Crush tu seseorang yang kau minat. Semalam masa aku masuk dalam library, aku nampak bayangan F. Aku pun mengambil kesempatan duduk sebelah dia dan dengar segala perbualan dia dengan kawan dia sorang lagi. Bukan niat nak ambil kisah pun sebenarnya tapi sebab niat nak duduk sebelah dia. Sebelum sebelum ni nampak dari jauh dan tak berani nak dekat takut dituduh nak ambil perhatian pulak. Tapi semalam jodoh pertemuan tuhan yang tentukan.
Aku pun tak tahu semalam lepas je aku duduk sebelah dia aku senyum macam orang gila. Kadang kadang bila ingat balik aku jadi segan. Takut dia perasan apa yang aku buat. Aku siap sms kawan aku nak bagitau sesuatu yang menarik. Menarik untuk aku bukan menarik untuk dia.
Harini aku nak berkongsikan tips berhadapan dengan crush sebab semalam aku mengalaminya. Harini mood aku up sikit jadi 200%. Jangan jeles k? Harini entri merapu.
Buat selamba macam tak ada apa apa yang berlaku
Ni memang susah nak buat sebab bila duduk sebelah orang yang kita minat kita akan jadi macam tak betul. Semuanya serba tak kena. itu jatuh ini jatuh. Senyum tiba tiba. Jadi, korang kena pandai kawal emosi. Hati gelodak takpa. Orang tak nampak. Yang penting is ekspresi muka. Kalau tak boleh kawal, acah acah la main handphone atau buat buat busy. Untuk menghilangkan rasa eksitednya korang.
Jadi kawan
Macammana nak rapat dengan crush? Cuba berbual perkara perkara yang menggembirakan atau perkara perkara yang merepek. Jangan terlalu serius. Mana tahu cara tu buat dia lebih nak kenal kau. Mana tahu dia suka perempuan yang happy go lucky. Kalau boleh berkawan lah dengan semua kawan dia. Biar dia tahu kau ni jenis tak memilih. Mudah didekati dan senang diajak berbual.
Jangan terlalu obses
Perkara paling penting is jangan terlalu taksub sangat dengan dia seolah olah dia tu milik kau. Nanti orang sekeliling akan rasa kau ni jenis yanng annoying gile. Takut orang menyampah. Jaga perilaku.
Jangan takut kan bayang bayang
Maksud aku kat sini ialah kita akan takut pada bayang bayang sendiri. Mana tahu crush kau tu jodoh kot. Kita pun tak tahu kan. Kadang kadang orang yang tak de keyakinan diri ni mudah down. Sama macam aku. Tapi aku masih boleh dikikis lagi tak teruk. Aku tak pernah percayakan diri aku untuk semua perkara. Sebab aku tak cantik. Bila berkisar hal lelaki kalau boleh aku tak nak bukak mulut. Aku takut orang mengata suruh tengok cermin la apa lah. Tapi tu dulu sekarang tak. Aku kena yakin benci benci aku dengan diri sendiri, diri sendiri lah yang selalu ada teman aku. Yang jadi kuat dan jatuh. Aku sendiri yang mencorakkan diri aku. Kau mesti percaya kan diri kau. Bagi peluang untuk diri sendiri mengecap bahagia macam orang lain. Bersama crush walau cuma impian :)
Bagaimana pula nak bagi hint dekat crush yang dia sebenarnya ada peminat rahsia? Dan peminat rahsianya adalah kau? Okay sabar sabar. Korang boleh buat macam ni tapi jangan over okay.
Tweet pasal diri dia
Upload gambar di media sosial dengan caption yang deep
Selalu dekat dengan dia
Senyum macam Ronald McDonals setiap kali terserempak
Pakai baju sama macam dia *susah ni nak buat
Kalau dia tak perasan tukar crush baru je ^_^
Aku rasa tu je kot. Korang boleh tambah kalau korang nak di ruangan komen. Pengalaman aku pulak, aku jenis kalau minat orang tu aku bagi surat dekat dia. Aku cakap aku minat dia. Kadang kadang aku bagitau siapa aku. Kadang kadang aku biarkan ia jadi rahsia. Orang yang aku minat tu so far layan aku baik la walaupun dia dah tahu aku mana satu. Ada yang jadi kawan sampai sekarang. :) | Tips Berhadapan dengan Crush
3 Comments
Singgah pagi..
ReplyDeleteWow!menarik pengalaman smlm yea...
Dlu zaman skolah dlu ada lah jugak minat kat someone ni..
ade jugak la try beberapa tips kat atas tuh..hihi..
tapi melepas jugak..sbb dia tamat sekolah dahhh...
ak takut nk berhadapan ngan dia..macammana eh sebb ak buat satu ig tapi bukan buat nama ak tapi ak buat secretadmirer1706
ReplyDeleteharap tips ni berkesan n crush aku suke aku.....aminnnn
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.